Sunday, 10 April 2016

AYAM PERCIK KELANTAN...

ASSALAMUALAIKUM...

MASAKAN BERASASKAN AYAM AMAT DISUKAI SEMUA SAMAADA YANG DEWASA ATAU ANAK-ANAK....TAMBAH CARA MASAKANNYA ENAK LAGI MENYELERAKAN....AYAM PERCIK KELANTAN NI MEMANG SANGAT PI GEMARI KERANA RASANYA YANG LENGKAP....MANIS LEMAK PEDAS MASIN BERGABUNG SEKALI....BOLEHLAH CUBA MEMASAKNYA UNTUK HIDANGAN KELUARGA DI HARI MINGGU INI...TAKLAH RUMIT SANGAT CARA NAK MENGOLAHNYA...

RESEPI AYAM PERCIK KELANTAN

BAHAN-BAHANNYA

3 keping bahagian dada ayam
4 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah (tapi lagi sedap kuah pekat sendiri tanpa tepung jagung)
2 inci halia*
4 batang serai, hiris halus*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*dikisar halus)

BAHAN UNTUK MEREBUS AYAM

3 ulas bawang putih, dititik
1 inci halia, hiris
1 keping asam gelugor
Sedikit garam
Air untuk merebus

CARA MEMBUATNYA

UNTUK KUAH :- Satukan santan dengan bahan kisar halus, kacau rata. Masak dengan api sederhana sambik dikacau selalu hingga kuah pekat dan kelihatan berkilat. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap dan matikan api. Ketepikan.

UNTUK AYAM :- Ayam dibersihkan, cuci dan tos. Didihkan air bersama bahan2 untuk merebus ayam. Masukkan ayam tadi dan rebus setengah empuk. Angkat dan toskan.

UNTUK AYAM PERCIK KELANTAN :- Ayam tadi dibakar dengan api sederhana, sambil dibalik2kan. Sapu kuah pada keseluruh ayam tadi sambil terus dibakar hingga ayam masak. Angkat dan tuang baki kuah atasnya sebelum dihidangkan..

11 comments:

  1. Emmm sedapnya Kak PI..
    Nak cuba jugaklah..
    Tq kak share resepki ;)

    ReplyDelete
  2. SEDAP NI YATI XSUSAH NK BUAT...TQ

    ReplyDelete
  3. Yum yum sedap KPI, dah trend letak tepung jagung memekatkan kuah hingga kicap pun dicampur tepung jagung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. YELA BP XLETAK TEPUNG JAGUNG XBERSALUT PULA KUAH DGN AYAMNYA TU...TQ

      Delete
  4. assalamualaikum kak ..apa khabar...

    yan pengemar makanan pantai timur..biarpun yan asal selatan

    ReplyDelete
  5. WSALAM YAN..KAK OK JE...TKSH BERTANYA HARAP YAN PUN SAMA...
    KAK PUN SUKA MSKN KLNTAN NI SDP SEMUANYA.

    ReplyDelete
  6. kalau beli ayam percik kat pasar malam tu , kering je ayamnya . mahal lak tu . Buatsendiri baru berbaloi kan ...

    ReplyDelete
  7. selalu tengok orang jual..kalau buat sendiri, best ni

    ReplyDelete
  8. Wahhh bisa nih di coba.. enak bener kayaknya

    ReplyDelete
  9. Fuhhh sedappp... marveles ni kak!.. :)

    ReplyDelete
  10. Kan kak, wawa suka makan percik ikan juga. Hihi

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”