Monday, 18 April 2016

BALIK KAMPUNG LAGI...

ASSALAMUALAIKUM....

Sudah bertahun juga asyik berulang alek dari Selayang ke kampong halaman di ulu jempol Pahang semenjak patah kaki yang sakitnya masih juga belum pulih lagi. Sudah uzur dan sakit terpaksalah bergantung hidup dan kekuatan diri dengan anak-anak yang prihatin dengan masalah ibu mereka ini. Mestilah terpaksa pulang setiap bulan untuk mengemaskan rumah, membersihkan semak samun dan menguruskan semua urusan berkaitan sebagai pemastautin felda yang termaktub dalam perjanjiannya.
Balik bertemu muka bertanya khabar saudara mara dan jiran tetangga yang baik-baik kesemuanya dan sering tolong mengawasi rumah daripada kerosakan dan gangguan yang tak diingini.
Dalam perjalanan pulang hujan merembas gerimis. Dingin dan nyaman suasananya melintasi sungai Pahang di Temerloh yang semakin sempit aliran sungai lantaran kemarau dan menimbulkan beting pasir sepanjang sungainya. Penduduk tempatan yang biasa dengan keadaan begitu memenafaatknnya dengan mencari etak dan kijing. Kalau tidak terbiasa seperti orang tempatan jangan terlalu berani pula kerana ada kawasan berpasir akan menelan kaki yang menjejaknya lantaran pasir jerlus. Kan bahaya tu. Hajat nak bersuka-suka tapi mengundang bahaya.
Baru baru ini PI dan anak anak memugar kawasan rumah dengan menambak tanah agar lebih samarata kerana kawasan belakang rumah agak berpaya dan sering banjir jika hujan lebat. Bila dah selesai kerja kerja penambakan bermulalah kerja menanam pisang pula. Justeru menanam anak pisang dalam waktu kemarau terpaksalah menyiramnya setiap hari. Mujurlah saudara PI yang mengushakannya tidak berputus asa dan tidak membiarkan anak pisang tidak mati kering dipanah bahang panas mentari


.
Syukur Alhamdulillah mutakhir ini hujan sudah mulai turun membasahi bumi. Dan pohon-pohon yang layu daunnya kelihatan segar dan bermaya kembali.

Sebelum pulang ke Selayang hujan mencurah begitu lebat sekali di daerah sini. Tapi sungai Pahang di Temerloh masih ketara beting pasirnya.

26 comments:

  1. Bermakna hari-hari biasa rumah itu kosonglah ye PI
    Sayangnya.. tapi kalau dak buat sendiri pun tak larat kakak rasa.
    Melihat pokok pisang yg subur suka betul. Tak lama mesti berhasillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela kakzakie terpksa ditinggalkan. kalau ikutkan hati xingin nk biarkannya terababai xterjaga tapi apakandaya tiada suatu apapun yg kekal dgn kita kecuali DIA...tq insyaAllah xlama lagi dptlah merasa pisang yg ditanam di tanah kak

      Delete
  2. baru tahu kak PI tinggal di selayang. Dekat je dgn saya di gombak ni. btw cantik kampung kak PI

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm dekat je dgn gombak ada rezki dpt jmpa raihaanah di gombak..tq

      Delete
  3. Kak PI... seronok balik kampung... hujan rahmat... hujan Allah turunkan sekejap saja rumput2 dah hidup semula... kalau duk siram lambat juga nak naik rumput2... byk nak pokok pisang, dah besar leh mkn hasil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok balik kampung shela kalau boleh xmau kemana mana lagi tapi apa nk kata kan...syukur alhamdulillah hujan dh mulai turun menyegarkan kelayuan rumput n kekeringan bumi....tq

      Delete
  4. selamat kembali menikmati suasana kampung nan asri dan menenangkan jiwa dan raga, semoga kehadirannya kembali ke kampung menjadikan kampungnya bertambah maju

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH CT...INSYAALLAH SESEKALI BALIK KAMPUNG MEMAJUKANNYA HEH..HEH...TQ

      Delete
  5. Kampung la tempat paling tenang sekali di dunia. :)

    ReplyDelete
  6. seronok balik kpg..in shaa Allah, nanti boleh menuai hasil tanaman pisang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. IKUTKAN HATI NK JE DUDUK DI KAMPUNG NOHAS MNGHABISKAN MASA DGNN BERCUCUK TANAM APA SAJA...TQ

      Delete
  7. Masa balik kampung mertua di Temerloh hari tu, memang nampak air sungai Pahang semakin sikit. Kawasan pasir juga semakin jelas kelihatan.
    Moga hujan turun dan membasahi bumi...aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. YELA FIDAH NAMPAK JALUR AIR SG.PAHANG SEMAKIN KECIL DAN BETING PASIR JELAS TINGGI.
      HUJAN DH MULA TURUN MAKIN OKLH TU...TQ

      Delete
  8. Seronoknya PI masih ada kampong ingat memang orang Selayang.Tengok pokok pisang menghijau daunnya hidup subur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TAKLAH ZAI BARU JE JADI ORG SELAYANG MSH ADA KAMPUNG LAMANNYA.
      MUDAHAN PISANG2 TU AKAN TERUS SUBUH HINGGA MENGHASILKAN BUAHNYA...TQ ZAI

      Delete
  9. Jauh juga perjalanan PI setiap bulan menjenguk kampung kan...Alhamdulillah dapat saudara dan jiran yang baik tolong jaga rumah.
    Harap dengan turun nya hujan sekali sekala dapat menyuburkan pokok pisang yang ditanam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JAUH JUGA JARAKNYA TAPI DH KAMPUNG HALAMN TETAP JUGA DIJENGUK SANIAH.
      INSYAALLAH JIRAN2 KAK BAIK2 SEMUANYA N RAJIN MENOLONG.
      POKOK2 PISANG TU NMPKNYA DH MULA PECAH DAUNNYA MUDAHN AKN TERUS HIDUP SUBUR...TQ

      Delete
  10. Saya pun ada mak saudara dan sepupu duk di felda kat tasik cini, tapi mmg ketara musim panasnya hingga kolam hiasan yg dibuat ada tangga ala2 jejambat jadi kering kontang tinggal tangga dan jejambat je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. YEKE...KAK PUN ADA MAK SEDARA DI CHINI YG BERDEKATAN DGN TASIK CHINI...MUSIM KEMARAU NI KEADAAN TASIKNYA MCM YG NOR CAKAPLH DH SEMAKIN KERING AIRNYA...TQ

      Delete
  11. Mbak selayang itu di daerah mana ya mbak, soalnya saya baru pertama kali mendengar selayang ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SELAYANG NI DEKAT DGN BANDARAYA KL LUKMAN KIRANYA KWSN PINGGIR BANDAR...TQ

      Delete
  12. Mrs. A pun dah hampir sebulan tak balik kampung, walaupun kampung dekat aje.
    Hurm... rindu kat mak

    ReplyDelete
  13. PULANGLAH MRS A LBH DKT LBH SNG NK BALIK JUMPA MAK...TQ

    ReplyDelete
  14. INSYAALLAH HARAPAN KITA GITULAH DIANA...TQ

    ReplyDelete
  15. malam tadi , di sini juga hujan . alhamdulillah , dapatlah rasa dngin malam . klu tidak , panas memanjang ... mudah2n hujan akan turun lagi memberi tumbuhan makanannya ...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”