Sunday, 27 March 2016

ANAK SUNGAI LAGIKAN BERUBAH....

ASSALAMUALAIKUM...

Hati manusia ini umpama baling-baling. Sering berubah dan tidak pernah tetap kedudukannya. Jadi apalah hendak dihairankan jika seseorang berubah hati terhadap kita. Bak kata perbidalan, “Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang”. Tepat sekali apa yang diungkapkan itu.
Dalam bab berkasih sayang, biasanya kita amat mengharapkan supaya pasangan kita tidak berubah hati terhadap kita. Biarlah berkekalan sepanjang hayat hendaknya. Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Kenapa seseorang itu berubah hati terhadap kita hanya orang itu sahaja yang tahu. Dan yang pastinya Allah Yang Lebih Mengetahui.
Hati seseorang boleh berubah atas beberapa sebab. Mungkin dia mempunyai pilihan lain yang lebih baik. Boleh jadi juga diri kita sendiri sudah tidak punya tarikan lagi padanya. Mungkin juga hatinya terluka atas sikap dan perilaku kita. Jadi kita muhasabahkanlah diri kita. Carilah jawapannya sendiri.
Andainya perpisahan tetap juga terjadi, setelah kita mencuba sehabis daya upaya untuk tidak berpisah, akur, redha dan pasrahlah atas ketentuan Ilahi. Bukankah kita ini hidup di bawah takdir-Nya? Usahlah ditangisi atau diratapi. Jangan disesali nasib diri dengan menganggapnya sebagai malang. Mungkin ada banyak hikamh di sebaliknya. Berserahlah pada Allah sambil memohon petunjuk dan pertolongan-Nya. Andai kata kita tangisi kehilangannya dengan mengeluarkan air mata darah sekali pun, tidak mungkin nasib kita akan berubah. Biarkanlah semuanya itu berlalu. Hadapi hari muka dengan tabah. Ketahuilah bahawa Allah sentiasa bersama kita.
Ingatlah…. HIDUP INI TERLALU SINGKAT UNTUK DERITAI

9 comments:

  1. betul kak..kalau dah tidak suka..tidak ada gunakan dipaksa-paksa..namun berhati -hati dengan tipu daya syaitan yang sering gemar menghasut si anak adam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya perlu berhati hati dgn godaan iblis n syaitan ni agar selamat hidup kita dunia n akhirat tq PC

      Delete
  2. Iye lah kak PI..
    Cari kebahagian diri sendiri..
    Tidak perlu diratapi pada yg tak sudi..
    Kebahagian diakhirat itulah yg hakiki.

    ReplyDelete
  3. dalamnyalautan dan samudera bisa di ukur, dalamnya hati sulit diukur, sebab hati adalah hati yang tak ada alat ukurnya

    ReplyDelete
  4. Betul tu Pn PI...bertepuk sebelah tangan tentu tak berbunyi...

    ReplyDelete
  5. ye betul..jika x boleh juga..kita redho je

    ReplyDelete
  6. Teringat pulak kat lagu Uji Rashid...

    Asal kapas jadi benang
    Dari benang dibuat baju
    Barang lepas jangan dikenang
    Sudah jadi orang baru
    Mengapa diri rindu

    ReplyDelete
  7. Hati manusia ni hanya Allah jua yg tahu kan... wallahualam...

    ReplyDelete
  8. betul tu PI, hidup ini terlalu indah dan singkat jadi lalui dengan gembira, usah ingat perkara derita

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”