ASSALAMUALAIKUM....
TIK TOK TIK TOK JUMAAT LAGI ESOK...SEMOGA SEMPAT BERAMAL SEBAIKNYA SEBELUM MASA BERHIJRAH TINGGALKAN KITA SEIRING DETIKAN WAKTU...
Thursday, 31 March 2016
MANDAI NANGKA..
ASSALMUALAIKUM...
MANDAI NANGKA
Bagi masyarakat Banjar,
Mandai terdengar tidak asing dan bahkan sangat terkenal.
Mandai
adalah sebutan untuk kulit cempedak @ nangka yang sudah di buat jeruk @perapan. Untuk masakan bahan utamanya adalah kulit
cempedak@nangka di mana boleh dijadikan lauk menemani makanan utama seperti
nasi, rasanya sangat nikmat dengan tekstur berserat serta lembut, kelembutannya
tergantung seberapa lama kulit cempedak @ nangka di rendam.
Pembuatan Mandai adalah
mudah. Kebiasaannya masyarakat banjar, akan membuat mandai melalui proses
rendaman bersama dengan sedikit garam selama beberapa hari tetapi cara yang
saya nk share ni special sikit cara pembuatannya.
Cara ni mak saya yg ajar.
Lebih cepat, lebih mudah dan sedia di masak dan dihidang hanya dalam masa
beberapa jam sahaja berbanding proses rendaman mengambil masa bebrapa hari.
Jom try cara mak saya buat
mandai. Kali ni saya buat guna kulit nangka madu:
1) Buah nangka@cempedak haruslah
dalam keadaan matang, setelah itu isi buahnya di ambil dan dimakan atau
diasingkan.
2) Kulit nangka@cempedak
kemudian dikupas hingga kulit bagian yang paling luar tidak ada lagi, dan kulit
bahagian dalamnya yang putih gebu inilah yang akan di digunakan dan diolah
menjadi Mandai.
3) Setelah itu kulit dalam
ini di potong-potong menjadi beberapa bahagian ikut pada kesukaan masing2.
.
4) Kulit yang sudah dikupas tadi kemudian dibasuh sekejap @ dibilas dengan air bersih dan ditoskan.
.
4) Kulit yang sudah dikupas tadi kemudian dibasuh sekejap @ dibilas dengan air bersih dan ditoskan.
5) BAHAGIAN INI PALING
PENTING:
Rebus air dalam periuk sehingga mendidih. Kemudian masukkan kulit nangka ke dalam periuk sekejap @ dicelur seketika. Jangan terlalu lama kerana kulit nangka @cempedak ini akan jadi lembik (Anggaran 1 min - 3 minit @ hingga isinya agak lembut).
Rebus air dalam periuk sehingga mendidih. Kemudian masukkan kulit nangka ke dalam periuk sekejap @ dicelur seketika. Jangan terlalu lama kerana kulit nangka @cempedak ini akan jadi lembik (Anggaran 1 min - 3 minit @ hingga isinya agak lembut).
6) Tos kan kulit yang sudah
direbus tadi hingga betul-betul sejuk.
7) Kemudian boleh la
ditabur dengan sedikit garam mengikut kesesuaian dan diratakan keseluruh
bahagian.
8) Kulit nangka @ cempedak
yang sudah digaram tadi disimpan dalam bekas atau boleh disimpan dalam peti
sejuk.
9) Proses perapan tidak
lama. Hanya mengambil masa 1 @ 2 jam sahaja. Kemudian mandai sedia di masak dan
dihidang mengikut selera masing-masing.
Siap! Ringkas, Cepat dan
mudah...
Berikut adalah salah satu
cara memasak dan menghidangkan Mandai.
Bahan-bahan:
Mandai
Minyak goreng
Bawang besar
Bawang putih
Cili merah atau hijau
Sedikit Garam
Mandai
Minyak goreng
Bawang besar
Bawang putih
Cili merah atau hijau
Sedikit Garam
Cara Pembuatan:
Bawang besar, bawang putih di tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan cili.
Bila bahan-bahan tumis tadi sudah agak layu barulah dimasukkan mandai. Letak sedikit garam jika perlu.
Digaulkan sebati dan digoreng hingga masak atau sedikit garing.
Bawang besar, bawang putih di tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan cili.
Bila bahan-bahan tumis tadi sudah agak layu barulah dimasukkan mandai. Letak sedikit garam jika perlu.
Digaulkan sebati dan digoreng hingga masak atau sedikit garing.
Sedia dihidang bersama nasi
nasi panas2. Siap!
CARA MEMBUAT MANDAI..
Kulit yang sudah dibuang kulit kerasnya dimasukkan dalam bekas
Kulit tadi kemudian dibasuh sekejap @ dibilas dengan air bagi menghilangkan habuk2 sekiranya ada
Kulit yang sudah ditabur garam diperam dalam peti sejuk selama 1 @ 2 jam sebelum boleh dimasak. Selebihnya biar sahaja disimpan dalam peti sejuk.
Ni cara paling simple... Goreng mandai kemudian taburkan bawang dan cili. Goreng hingga garing
Wednesday, 30 March 2016
AZIZI HJ.ABDULLAH PENULIS DALAM KENANGAN....
ASSALAMUALAIKUM....
Pic google images
Jalan Panjang Mencipta Nama
Pengalaman menelaah
karya cerpen dan novel penulis Azizi Hj. Abdullah
Pic google images
Walau tidak pernah mengenali penulis tersohor ini secara dekat
namun setiap karya beliau yang disiar di media massa lewat tahun 70-an, 80-an,
90-an hingga alaf baru sentiasa tidak lepas daripada perhatian. Antaranya
cerpen yang diantologikan dalam HADIAH yang menjadi teks subjek sastera untuk
pelajar aliran sastera tingkatan empat pada tahun 1974. Antologi cerpen Hadiah
menggabungkan cerpen cerpen karya penulis tersohor ketika itu hingga kini
seperti Ali Hj. Ahmad/Nora, Zaharah Nawawi dll.
Sebagai seorang pelajar
yang sangat berminat dengan karya bercorak cerpen dan novel tentulah saya akan
menekuninya sesungguh hati. Menghayati
cerpen dan novel hasil tulisan penulis Azizi Hj. Abdullah terasa apa yang mahu
diterjermah maksudnya sampai dan melekat di hati. Dan cikgu Sarwan yang
mengajar subjek sastera tika itu tersenyum puas dengan pencapaian markah saya
dalam subjek itu terutama dalam ujian tentang topik cerpen penulis yang saya
amat kagumi ini.
Cerpen ’Tulang Pekasam Ikan Puyu’ yang sangat menarik dengan latar suasana sawah
padi dan kampung tradisi yang indah telah diolah menjadi skrip drama TV yang
saya ingati hingga kini. Maklumlah saya juga berasal dan dilahirkan di sebuah
desa di utara. Terbayang-bayang kenangan memancing ikan puyu, keli, menahan
taut ikan haruan, menangkap ikan sepat di bendang untuk dijadikan pekasam kalau
terlalu banyak yang kedapatan. Jika sedikit saja hasil daripada aktiviti
mencari rezeki itu dijadikan lauk untuk santapan tengahari atau malam.
Di dalam cerpen ini seorang cucu yang kembali ke rumah tok dan
tokwannya untuk merasai suasana kehidupan di kampung pada mulanya tidak
disenangi tokwannya kerana sikap anaknya yang selama ini telah melupakan tokwan
dan tok, ibu bapanya. Namun sikap cucu itu yang berusaha mengambil hati
tokwannya berjaya melunturkan kemarahan tokwannya. Ditambah dengan kegemaran
cucunya memakan ikan puyu yang dijadikan pekasam membuatkan tokwannya begitu
rajin memukat ikan di lubuk yang dalam di bendang.
Kegelojohan anak menelan nasi bersama lauk ikan puyu pekasam
menyebabkan tulangnya yang tergaul bersama terlekat di kerongkong si cucu.
Insiden yang tidak diduga itu pada mulanya menimbulkan perbalahan antara anak
dan ibu bapanya dan menyalahkan tok dan tok wan kerana mengambil mudah cara
pemakanan yang berbeza antara bandar dan kampong yang menyebabkan anaknya terlekat tulang ikan
pekasam. Tetapi berakhir ceritanya dengan harmonis kerana masing-masing
menerima setiap sesuatu yang berlaku ada hikmah Allah yang tersembunyi di
sebaliknya.
Penulis yang banyak memenangi pelbagai hadiah sastera kerana
sumbangan yang banyak di dalam bidang penulisan antaranya SEA WRITERS AWARD
1988 bagi novelnya SEORANG TUA DI KAKI GUNUNG yang dijadikan tek subjek sastera
tingkatan lima dan banyak novelnya yang diterbitkan mendapat penghargaan yang
berwajib. Seperti:
·
'Garis Lentang Anak Haram' (1968)
·
Novel ‘Senja Belum Berakhir’ (1971) memaparkan perjuangan petani
di sawah padi (satira perjuangan
mendapatkan kemerdekaan negara).
·
‘Sami Mekong’ (1969) novel yang membentangkan kehidupan penganut
Buddha, novel berunsur agama.
·
'Seorang Tua di Kaki Gunung’ ( 1984)- kisah ‘Ketuaan makhluk dan
keajaiban alam’ (Berita Harian Rabu 7 April 1984) .Novel ini telah diterjemah
ke bahasa
Jepun oleh
Dr. Fujimorai dan Tahiyibah Sulaiman.
·
'Cahaya di Pendalaman' 1992
·
‘Ayahanda’ terbitan Creative Entr (1999) adalah novel biografi.
Jalan Panjang Mencipta Nama
·
SAYA
amat yakin untuk menjadi seorang penulis sama ada penulis kreatif dalam gerne
novel, cerpen, atau non-kreatif memerlukan disiplin yang kuat. Maksud disiplin
ialah kemahuan menulis dalam waktu yang tidak menentu tanpa disuruh atau
didesak oleh pihak lain. Oleh sebab saya termasuk dalam golongan penulis yang
tidak mempunyai disiplin secara khusus dalam semua perkara maka saya sehingga
hari ini menjadi penulis yang sering “tangkap muat” dan ini menjadikan tulisan
saya tidak kuat.
·
Hal
ini seperti menjadi identiti saya pula, kerana sekiranya ada orang yang
benar-benar mengikuti perkembangan awal saya menulis mereka pasti akan dapat
menelah bahawa itulah karangan saya walaupun tidak dicatat nama penulis.
Penelaah sastera yang saya dapat kesan ialah Dr. Othman Puteh yang dapat
memastikan dalam ratusan karya yang dibaca, bahawa salah satu ialah tulisan
saya. Mereka akan dapat mengenal pasti cara saya menamatkan cerita dalam
keadaan gopoh, terburu-buru hendak sudah. Editor pula, tanpa melihat nama saya
juga dapat mengenal pasti tulisan saya berdasarkan skrip yang kotor dan tidak
bersih.
·
Kerana
itu pada peringkat awal saya menulis Allahyarham Zakry Abadi, pengelola sastera
Warta Mingguan dan Utusan Zaman yang mengulas perkembangan penulis utara dalam
buku Cenderamata Penulis Kedah terbitan Persatuan Penulis dan Peminat Sastera
Kedah pada 30 September 1996 menganggap saya penulis pengotor dan tidak
berdisiplin dan malas menjaga kebersihan. Sasterawan Negara Prof. Emeritus
Dato’ Hj. Shahnon Ahmad sering menegur saya dalam ceramah bahawa saya penulis
yang gopoh dan mahu cepat sudah.
Dari
blog Azizi Hj. Abdullah.
Membaca novel Azizi
Hj. Abdullah iaitu WI DAN WILLIAM amat menyentuh hati mengenangkan keadaan
semasa ketika itu di Langkawi yang kini bertukar wajah daripada sebuah pulau
indah yang masyhur dengan cerita Mahsuri yang dihukum sula tapi mengalirkan
darah putih sebagai tanda hukuman yang
diterimanya adalah kerana fitnah mereka yang ternyata amat dengkikan
kecantikannya dan keperibadiannya yang
mulia.
Novel Wi dan
William mendapat tempat ketiga dalam Hadiah Sako Utuan Publication 1995, novel
yang asalnya dikembangkan daripada
cerpen Kuras Kuras kreatif asyik sekali saya membaca ide yang dijelmakan
fikirannya tentang isu pembangunan di Langkawi yang seharusnya melibatkan kaum
yang berada di situ sejak keujudannya.
Pembangunan
hartanah dan segala jenis perniagaan di Langkawi yang akan memberi keuntungan
kepada semua warganya dan tidak hanya dibolot sesuatu pihak saja.dan
persahabatan watak Wi yang berbangsa Melayu dan William yang berketurunan China
merealisasikan impian bersama secarah mahabbah murni. Pengutaraan isu dan tema
yang sangat menarik lagi releven sentiasa dalam situasi semasa.
Ralit sekali kalau
saya membaca setiap karyanya yang mencerna minda untuk mengupas fikiran seorang
penulis yang sangat berwibawa. Al fatihah dan doa semoga penulis yang terlalu
banyak menyumbang tulisannya yang sangat bermakna untuk bangsa dan negaranya
dan telah kembali ke Rahmatullah pada ini dicucuri rahmat rohnya dan di sisi-Nya
bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. Amiin.
BLOGGER JARI MANIS YANG BAIK BUDI....
ASSALAMUALAIKUM....
SUDAHLAH ORANGNYA SANGAT CANTIK MANIS DISERIKAN LAGI DENGAN BAIK BUDINYA YANG MULIA....BLOGGER YANG SUKA TRAVEL MERATA INI TIDAK PERNAH MELUPAKAN KAWAN KAWAN BLOGGER YANG DIKENALINYA SEKADAR BERBALAS KOMEN DI BLOGNYA...http://jarimanistravel.blogspot.com/2016/03/trip-solo-reclining-buddha-di-wat-pho.html TETAP MENGIRIMKAN OLE OLE INGATAN SEPULANGNYA DARI KEMBARA PERCUTIAN.
RAMAI KAWAN KAWAN BLOGGER YANG DAH UPDATE N3 TENTANG HADIAH KIRIMAN JARI MANIS.....DAN PI PUN TAK MAHU KETINGGALAN HEH..HEH...
SUDAHLAH ORANGNYA SANGAT CANTIK MANIS DISERIKAN LAGI DENGAN BAIK BUDINYA YANG MULIA....BLOGGER YANG SUKA TRAVEL MERATA INI TIDAK PERNAH MELUPAKAN KAWAN KAWAN BLOGGER YANG DIKENALINYA SEKADAR BERBALAS KOMEN DI BLOGNYA...http://jarimanistravel.blogspot.com/2016/03/trip-solo-reclining-buddha-di-wat-pho.html TETAP MENGIRIMKAN OLE OLE INGATAN SEPULANGNYA DARI KEMBARA PERCUTIAN.
RAMAI KAWAN KAWAN BLOGGER YANG DAH UPDATE N3 TENTANG HADIAH KIRIMAN JARI MANIS.....DAN PI PUN TAK MAHU KETINGGALAN HEH..HEH...
COMEL SUNGGUHKAN HADIAH KIRIMAN JM KEPADA PI SIAP DITEMPAH DENGAN NAMA PI LAGI.....TERIMA KASIH BANYAK JM....INI ADALAH KALI KEDUA JM MENGIRIMKAN PI HADIAH WALAU HANYA MENGENALINYA DI ALAM MAYA....PERKENALAN YANG MEMBAWA TUAH JALENAN SILATURAHIM YANG DIRESTUI ALLAH SESAMA KAWAN KAWAN BLOGGER....MEMERIAHKAN LAGI KEGIATAN DUNIA BLOGGING DI SAMPING MENGUTIP INFO BERGUNA MELALUI N3 YANG DITERBITKAN KAWAN-KAWAN BLOGGER....KALAU NAK INFO TRAVEL SINGGAHLAH DI BLOG JARIMANIS, SALBIAH M, MOHD KHAIRUDIN LIM, SITI YANG MENAIP, DORSET PINK DAN RAMAI LAGI...
Tuesday, 29 March 2016
ROYAL PUDING PAHANG...
ASSALAMUALAIKUM...
DI PAHANG PUDING RAJA JALA MAS NI MEMANG SANGAT TERKENAL...MULANYA HANYA MENJADI RESEPI SANTAPAN KEGEMARAN KELUARGA DIRAJA SAJA TAPI KINI TIDAK LAGI.....PUDING INI MELEPASI TEMBOK ISTANA DAN DISUKAI RAKYAT JELATA YANG MARHAEN JUGA...TAMBAH DI DALAM CUACA YANG PANAS BAHANA EL NINO INI LAJU SAJA MENGADAPNYA SEMANGKOK MENYEGARKAN TEKAK....
SELAMAT MENCUBA...
5 biji kuning telur dibuang tali pusatnya
1 cawan gula*
2 cawan air*
sehelai daun pandan disimpul*
samada acuan roti jala muncung kecil atau kelongsong daun pisang)
penapis
cara
1. masukkan bahan bertanda dlm kuali (pan)
2. sambil menunggu air gula mendidih kita kacau kuning telor biasa sebati dan tapis
kuning telor (gambar)
3. setelah air mendidih, keluarkan daun pandan tadi.. serta masukkan telor dlm
acuan roti jala atau dlm kelongsong daun pisang
4. tinggikan kan sedikit acuan roti jala atau kelongsong tadi (mcm saya ajar buat
butter prawn) untuk mendapatkan urat yang halus.. tuang kan kuning telor tadi
dari tepi pan (kuali) secara bulatan .. cara tuang pun seperti mana kita buat roti
jala .. kalau 5 biji telor ni dlm 3 kali buatla..jgn buat sekali gus ye..buat sikit2 dlm
3 kali
5. jala mas ni tak lama sangat ye dlm air gula tu ..lepas tuang tunggu sekejap pastu
angkat samaada guna chop stik atau guna senduk dan toskan air gula tu
6. buat lagi sampai 3 kali atau 4 kali bergantung..ketepikan
Pisang goreng pulak
kalau boleh carilah pisang lemak manis (sgt sesuai) kalau takde pun carila pisang apa2 pun asal rasa nya manis ye
caranya
panaskan kuali dan masukkan minyak serta goreng pisang tersebut sebiji2 (tak yah belah/potong tp kalau pisang tu bukan pisang lemak manis dan saiz agak besar terpulanglah nak potong atau tidak)goreng sampai agak gelap sikit warna nya mcm dlm gambar
Sos kastard
1 biji telor
400ml susu cair
1 cawan air
1 helai daun pandan disimpul
sedikit esen vanila
2 @ 3 sudu besar gula (saya buat tak isi banyak sangat gula sbb jala mas dah rasa manis dan pisang pun dah ada rasa manisnya) kira sos saya ni manis2 buah je
caranya
masukkan telor, susu cair, esen vanila, kacau sebati
kemudian masukkan air dan daun pandan serta gula
masak dgn api sederhana besar..mendidih tutup api
dan sejukkan dlm peti ais
Hiasan
buah prune dibuang biji
buah ceri merah dan hijau dipotong 4
gajus di goreng sebentar
caranya hiasanya
1. mula2 dlm bekas taruk pisang goreng dulu
2. letakkan atas pisang jala mas sehingga menutup pisang
3. letak buah prune, ceri merah dan hijau serta gajus
4. curah sos kastard yang sejuk tadi sedia dihidang
DI PAHANG PUDING RAJA JALA MAS NI MEMANG SANGAT TERKENAL...MULANYA HANYA MENJADI RESEPI SANTAPAN KEGEMARAN KELUARGA DIRAJA SAJA TAPI KINI TIDAK LAGI.....PUDING INI MELEPASI TEMBOK ISTANA DAN DISUKAI RAKYAT JELATA YANG MARHAEN JUGA...TAMBAH DI DALAM CUACA YANG PANAS BAHANA EL NINO INI LAJU SAJA MENGADAPNYA SEMANGKOK MENYEGARKAN TEKAK....
SELAMAT MENCUBA...
Resepi Puding Raja/Royal Puding Pahang :
Jala Mas..
Jala Mas..
5 biji kuning telur dibuang tali pusatnya
1 cawan gula*
2 cawan air*
sehelai daun pandan disimpul*
samada acuan roti jala muncung kecil atau kelongsong daun pisang)
penapis
cara
1. masukkan bahan bertanda dlm kuali (pan)
2. sambil menunggu air gula mendidih kita kacau kuning telor biasa sebati dan tapis
kuning telor (gambar)
3. setelah air mendidih, keluarkan daun pandan tadi.. serta masukkan telor dlm
acuan roti jala atau dlm kelongsong daun pisang
4. tinggikan kan sedikit acuan roti jala atau kelongsong tadi (mcm saya ajar buat
butter prawn) untuk mendapatkan urat yang halus.. tuang kan kuning telor tadi
dari tepi pan (kuali) secara bulatan .. cara tuang pun seperti mana kita buat roti
jala .. kalau 5 biji telor ni dlm 3 kali buatla..jgn buat sekali gus ye..buat sikit2 dlm
3 kali
5. jala mas ni tak lama sangat ye dlm air gula tu ..lepas tuang tunggu sekejap pastu
angkat samaada guna chop stik atau guna senduk dan toskan air gula tu
6. buat lagi sampai 3 kali atau 4 kali bergantung..ketepikan
Pisang goreng pulak
kalau boleh carilah pisang lemak manis (sgt sesuai) kalau takde pun carila pisang apa2 pun asal rasa nya manis ye
caranya
panaskan kuali dan masukkan minyak serta goreng pisang tersebut sebiji2 (tak yah belah/potong tp kalau pisang tu bukan pisang lemak manis dan saiz agak besar terpulanglah nak potong atau tidak)goreng sampai agak gelap sikit warna nya mcm dlm gambar
Sos kastard
1 biji telor
400ml susu cair
1 cawan air
1 helai daun pandan disimpul
sedikit esen vanila
2 @ 3 sudu besar gula (saya buat tak isi banyak sangat gula sbb jala mas dah rasa manis dan pisang pun dah ada rasa manisnya) kira sos saya ni manis2 buah je
caranya
masukkan telor, susu cair, esen vanila, kacau sebati
kemudian masukkan air dan daun pandan serta gula
masak dgn api sederhana besar..mendidih tutup api
dan sejukkan dlm peti ais
Hiasan
buah prune dibuang biji
buah ceri merah dan hijau dipotong 4
gajus di goreng sebentar
caranya hiasanya
1. mula2 dlm bekas taruk pisang goreng dulu
2. letakkan atas pisang jala mas sehingga menutup pisang
3. letak buah prune, ceri merah dan hijau serta gajus
4. curah sos kastard yang sejuk tadi sedia dihidang
Monday, 28 March 2016
MENGGAGAU IKAN DI BENDANG...
ASSALAMUALAIKUM....
BANYAKNYA IKAN....MACAM-MACAM JENIS ADA....IKAN NI HASIL TANGKAPAN SEPUPU PI YANG MENGUSAHAKAN BENDANG DI KAMPUNG ASAL PI DI KEDAH....SEPUPU PI NI TINGGAL DI SEREMBAN TAPI SERING BERULANG ALEK DARI SEREMBAN KE YAN MEMPERHATIKAN KEDUA IBUBAPANYA...MAKNGAH DAN PAKNGAH PI SAMBIL MEMBANTU MENGERJAKAN SAWAH BENDANG MILIK IBU BAPANYA....LA NI MUSIM KEMARAU DENGAN KEPANASAN YANG AMAT SANGAT MENYEBABKAN SAWAH KERING KONTANG DAN ADA JUGA TEMPAT YANG AGAK DALAM BERSELUT BOLEH DIDAPATI BANYAK IKAN PELBAGAI JENIS...TIDAK PERLU SUSAH PAYAH NAK MENANGKAPNYA...CUMA MAIN GAGAU SAJA DENGAN BERHATI-HATI TAKUT DISENGAT IKAN KELI SAKIT JUGA.
IKAN IKAN NI KALAU TIDAK HABIS DIJADIKAN LAUK/GULAI BOLEHLAH DISIANG BUAT PEKASAM PULA....TAK LAMA LAGI DAH NAK SAMBUT PUASA DAN BOLEHLAH SEDIAKANNYA SEBAGAI PEMBUKA SELERA KALA BERBUKA PUASA KELAK...SEDAP TU...
BANYAKNYA IKAN....MACAM-MACAM JENIS ADA....IKAN NI HASIL TANGKAPAN SEPUPU PI YANG MENGUSAHAKAN BENDANG DI KAMPUNG ASAL PI DI KEDAH....SEPUPU PI NI TINGGAL DI SEREMBAN TAPI SERING BERULANG ALEK DARI SEREMBAN KE YAN MEMPERHATIKAN KEDUA IBUBAPANYA...MAKNGAH DAN PAKNGAH PI SAMBIL MEMBANTU MENGERJAKAN SAWAH BENDANG MILIK IBU BAPANYA....LA NI MUSIM KEMARAU DENGAN KEPANASAN YANG AMAT SANGAT MENYEBABKAN SAWAH KERING KONTANG DAN ADA JUGA TEMPAT YANG AGAK DALAM BERSELUT BOLEH DIDAPATI BANYAK IKAN PELBAGAI JENIS...TIDAK PERLU SUSAH PAYAH NAK MENANGKAPNYA...CUMA MAIN GAGAU SAJA DENGAN BERHATI-HATI TAKUT DISENGAT IKAN KELI SAKIT JUGA.
IKAN IKAN NI KALAU TIDAK HABIS DIJADIKAN LAUK/GULAI BOLEHLAH DISIANG BUAT PEKASAM PULA....TAK LAMA LAGI DAH NAK SAMBUT PUASA DAN BOLEHLAH SEDIAKANNYA SEBAGAI PEMBUKA SELERA KALA BERBUKA PUASA KELAK...SEDAP TU...
PULAU REDANG YANG INDAH NYAMAN..
ASSALAMUALAIKUM...
Pulau Redang, located 45km off the coast of Kuala Terengganu, is the largest of a group of nine protected islands dotting the South China Sea off the Terengganu coast. The island offers crystal clear waters and numerous dive sites for enthusiasts. Sheltered within the Pulau Redang Marine Park, the waters here are rich in marine life. At midday when sun rays penetrate the sea, brilliant hues of coral, anemones and fish can be seen.
The waters around Pulau Redang also contain two historic shipwrecks: The H.M.S. Prince of Wales and H.M.S. Repulse, which sank here at the start of World War II, setting the stage for the Japanese occupation of Malaya. This paradise island is perfect for snorkelling, swimming, scuba- diving, jungle trekking, boating and canoeing. No fishing is allowed within a 3.2km radius of the island as Pulau Redang is gazetted as a marine park. The collection of corals and other aquatic life is also strictly prohibited. Berjaya Resort offers a golf course in an idyllic setting.
Pulau Redang, located 45km off the coast of Kuala Terengganu, is the largest of a group of nine protected islands dotting the South China Sea off the Terengganu coast. The island offers crystal clear waters and numerous dive sites for enthusiasts. Sheltered within the Pulau Redang Marine Park, the waters here are rich in marine life. At midday when sun rays penetrate the sea, brilliant hues of coral, anemones and fish can be seen.
The waters around Pulau Redang also contain two historic shipwrecks: The H.M.S. Prince of Wales and H.M.S. Repulse, which sank here at the start of World War II, setting the stage for the Japanese occupation of Malaya. This paradise island is perfect for snorkelling, swimming, scuba- diving, jungle trekking, boating and canoeing. No fishing is allowed within a 3.2km radius of the island as Pulau Redang is gazetted as a marine park. The collection of corals and other aquatic life is also strictly prohibited. Berjaya Resort offers a golf course in an idyllic setting.
Getting Here
By Boat
Begin your island-hopping adventure by catching a boat at any of the jetties in Kuala Terengganu and Merang. Travelling time to Redang is one hour from Kuala Terengganu and 50 minutes from Merang.
Begin your island-hopping adventure by catching a boat at any of the jetties in Kuala Terengganu and Merang. Travelling time to Redang is one hour from Kuala Terengganu and 50 minutes from Merang.
Tourism Malaysia.
Khamis lepas anak cucu PI bersama officemate papa mereka menaiki bas dari KL ke Terengganu untuk meraikan keluarga staff PAKATAN ARKITEK di Pulau Redang. Sebuah pulau percutian yang sangat indah lagi sangat. Blogger yang kaki travel yang Pi tahu seperti SALBIAH M, JARI MANIS, SITI YANG MENAIP rasanya sudah pernah ke sini. Tentu sangat arif dengan situasi dan suasananya yang nyaman lagi aman damai....dapat bermain ombak, menyelam, snorkling dan pelbagai aktiviti kelautan yang menyeronokan...
Pic google images.
chalet penginapan.
AQIL, ARIFF DAN ABQORI SUDAH BERSEDIA NAK TERJUN KE LAUT ...SWIMMING KATA SI KECIL ABQORI.
Sunday, 27 March 2016
PESTA KUTIP ETAK DI SUNGAI PAHANG....
ASSALAMUALAIKUM..
SERONOKNYALAH KALAU DAPAT BERENDAM DALAM SUNGAI PAHANG YANG SEMAKIN CETEK KERANA MUSIM KEMARAU KINI. MENYEGARKAN BADAN YANG PANAS BERBAHANG......KALAU DI MASA AIRNYA MELAMPAUI HINGGA TEBING AMATLAH DALAMNYA DAN AIRNYA MENGALIR DERAS TENTU TAK BERANI MENGHULUR KAKI KE DALAMNYA.....APALAGI MEMBAWA ANAK-ANAK BERSAMA....SITUASI SEKARANG BERBEZA PULA....RAMAI YANG MENJADIKANNYA TEMPAT MENCARI REZEKI MENANGKAP IKAN ATAU MENCARI ETAK...RAMAI YANG HANYA SEKADAR SUKA-SUKA SAJA BERAKTIVITI DI HUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGA...
PIC MESTIKA PANCADELIMA
SERONOKNYALAH KALAU DAPAT BERENDAM DALAM SUNGAI PAHANG YANG SEMAKIN CETEK KERANA MUSIM KEMARAU KINI. MENYEGARKAN BADAN YANG PANAS BERBAHANG......KALAU DI MASA AIRNYA MELAMPAUI HINGGA TEBING AMATLAH DALAMNYA DAN AIRNYA MENGALIR DERAS TENTU TAK BERANI MENGHULUR KAKI KE DALAMNYA.....APALAGI MEMBAWA ANAK-ANAK BERSAMA....SITUASI SEKARANG BERBEZA PULA....RAMAI YANG MENJADIKANNYA TEMPAT MENCARI REZEKI MENANGKAP IKAN ATAU MENCARI ETAK...RAMAI YANG HANYA SEKADAR SUKA-SUKA SAJA BERAKTIVITI DI HUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGA...
PIC MESTIKA PANCADELIMA
DURIAN TAWAR - Sungai Pahang yang surut dan cetek sejak beberapa minggu lalu, kini menjadi tumpuan orang ramai pada waktu petang bagi mengutip etak untuk dijadikan hidangan.
Keadaan sungai cetek bukan sahaja memberi kesempatan kepada mereka mengutip etak bersama keluarga dan rakan, malah memberi peluang kepada anak-anak kecil bermandi-manda.
Seorang pengunjung dari Felda Rentam, Ahmad Fadzil Yaakob, 26, berkata, ini kali pertama dia mencari dan mengutip etak selepas mengetahui mengenai aktiviti itu menerusi laman sosial.
“Saya tidak pernah kutip dan makan etak tetapi bila tengok di Facebook, aktiviti ni dah macam pesta... saya jadi teruja nak cuba.
“Sesekali buat aktiviti macam ni memang seronok sebab boleh dapat pengalaman, etak pun dapat dimakan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.
Zahari Ibrahim, 55, pula berkata, fenomena seperti itu jarang berlaku dan apabila air sungai surut, orang ramai akan mengambil peluang untuk mencari etak yang sukar diperoleh di pasaran berikutan terdapat undang-undang yang menghalang ia dijual.
Katanya, dia tidak mahu melepaskan peluang mengutip etak bersama ahli keluarganya, sekali gus anak-anaknya dapat mengenali haiwan bercengkerang itu.
“Saya bawa anak-anak supaya mereka boleh kenal, tahu macam mana nak kutip etak ni dan paling penting mereka seronok.
"Lagipun saya datang kutip etak pun sekadar suka-suka, kalau ada rezeki, bolehlah dapat banyak,” katanya.
Mohd Nazri Abdul Rahman, 32, berkata, dia teruja melihat deretan kenderaan di tepi jalan dan kemeriahan orang ramai di sepanjang sungai di kawasan itu ketika dia memandu menghala ke Kota Gelanggi, Jerantut.
“Saya teruja sebab ini kali pertama saya kutip sendiri etak. Walaupun tidak dapat banyak, tetapi saya seronok sebab dapat pengalaman baharu,” katanya.
Sementara, Ketua Wanita Umno Bahagian Bera, Sabariah Saidan yang turut berada di kawasan itu berkata, air sungai surut memudahkan orang ramai mengutip etak dan mereka yang berpengalaman akan mencari di kawasan berlumpur yang menjadi habitatnya.
“Kawasan ini jadi tumpuan penduduk kampung dan orang luar untuk cari dan kutip etak sejak dua minggu lalu... suasananya dah macam pesta.
Sumber SINAR HARIAN..
ANAK SUNGAI LAGIKAN BERUBAH....
ASSALAMUALAIKUM...
Hati manusia ini umpama baling-baling. Sering berubah dan tidak pernah tetap kedudukannya. Jadi apalah hendak dihairankan jika seseorang berubah hati terhadap kita. Bak kata perbidalan, “Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang”. Tepat sekali apa yang diungkapkan itu.
Dalam bab berkasih sayang, biasanya kita amat mengharapkan supaya pasangan kita tidak berubah hati terhadap kita. Biarlah berkekalan sepanjang hayat hendaknya. Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Kenapa seseorang itu berubah hati terhadap kita hanya orang itu sahaja yang tahu. Dan yang pastinya Allah Yang Lebih Mengetahui.
Hati seseorang boleh berubah atas beberapa sebab. Mungkin dia mempunyai pilihan lain yang lebih baik. Boleh jadi juga diri kita sendiri sudah tidak punya tarikan lagi padanya. Mungkin juga hatinya terluka atas sikap dan perilaku kita. Jadi kita muhasabahkanlah diri kita. Carilah jawapannya sendiri.
Andainya perpisahan tetap juga terjadi, setelah kita mencuba sehabis daya upaya untuk tidak berpisah, akur, redha dan pasrahlah atas ketentuan Ilahi. Bukankah kita ini hidup di bawah takdir-Nya? Usahlah ditangisi atau diratapi. Jangan disesali nasib diri dengan menganggapnya sebagai malang. Mungkin ada banyak hikamh di sebaliknya. Berserahlah pada Allah sambil memohon petunjuk dan pertolongan-Nya. Andai kata kita tangisi kehilangannya dengan mengeluarkan air mata darah sekali pun, tidak mungkin nasib kita akan berubah. Biarkanlah semuanya itu berlalu. Hadapi hari muka dengan tabah. Ketahuilah bahawa Allah sentiasa bersama kita.
Ingatlah…. HIDUP INI TERLALU SINGKAT UNTUK DERITAI
Saturday, 26 March 2016
BATU GAJAH BANDAR DI PINGGIR SUNGAI...
ASSALAMUALAAIKUM...
Pic google images.
Pic google images.
BATU GAJAH BANDAR DI PINGGIR SUNGAI
SUNGAI
KINTA PENYAKSI CERITA
Sungai Kinta mengalir lalu
Tenang nyaman jernih dingin
Patin, tapah, sebarau berenang bermain
Sesekali arowana menyerlah kelibat warna
Dalam malu ragu kepada rakusnya pemburu
Penyaksi kisah sang gajah sepasang
terkaku
membatu tugu petanda cerita kehidupan sudah bermula
sejak berabad lama dalam metos Kelembai
menyumpah
Dengan izin-Nya.
Mencatat citra pedagang senusantara
melayar jong
Ulang-alek menyusuri tebingnya
Mengangkut khazanah timah merata dunia
Alam indahnya flora fauna gunung ganang
Menyatu bisu tanpa suara
Namun tasbih zikir munajat
Dikirim doa hasrat
Batu Gajah direstu Allah penuh rahmah
Bersama sujud ibadah
PARIDAH ISHAK
11/3/2016
SELAYANG UTAMA
MENGGAPAI CINTA....
ASSALAMUALAIKUM....
Cerpen:
Paridah
Ishak.
Gunung
Jerai yang megah berdiri gagah. Di sinilah Merong Maha
Wangsa melabuhkan bahteranya. Dongeng Melayu yang masih gah. Entah bagaimana
cerita sebenarnya yang tersurat periwayatnya perlulah diselak baca. Meneliti
sambil mengkaji akan realiti walau kadang sukar juga terpercaya menurut logik
akal yang sederhana. Namun cerita lisan yang terbawa sejak generasi ke
generasi, zaman berzaman tentu ada kebenaran lantaran perbidalan kitapun
mengatakan “tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.”
Dan ada pula tinggalan
artifak yang dikatakan berupa bahtera besar telah bertukar menjadi batu kerana
kelamaan usianya untuk menyokong kebenaran riwayat yang disangka metos semata.
Kisahnya bagaimana Merong Maha Wangsa yang menabur khidmat mempertemukan puteri
maharaja China dengan putera raja Rom dengan tujuan mengahwinkan pasangan itu
namun dilanggar burung geroda yang ingin menggagalkan niat itu. Niat baik menghubungkan dunia timur dan barat
dengan jalenan ikatan yang lebih murni melalui perkahwinan.
Maka tersadailah
bahtera besar itu di puncak gunung Jerai dan kesudahan ceritanya tentu tidak berlaku
setakat itu saja. Lanjutan cerita kisah cinta timur dan barat yang terabadi di
kaki gunung Jerai menyimpan pertanyaan yang tidak berkesudahan. Namun gunung
jerai bagiku adalah objek seni lagi indah di mana pun aku berada. Sawah padi
terhampar sejauh mata memandang di kakinya seolah menggamit aku pulang ke
sisinya. Apabila berada di tengah bendang dan memandang gunung Jerai menyapu
awan putih seolah-olah sebahagian masalahku telah terlerai. Tenang dan damai.
Namun sebenarnya
kehidupan di sebuah rumah di tepi sawah di kaki gunung Jerai ini tidak setenang
dan damai seperti yang dijangka juga. Di dalamnya meriah aneka perasaan yang
berbaur menurut situasi demi situasi. Ada tawa-hilai, jerit- pekik, tangisan
dan kata-kata yang melukakan perasaan. Demikianlah kehidupan sebenar bukan?
Tidak berirama sekata tapi ritemnya melenggok. lemah gemalai, turun naik, menyusun tarinya
“Maaflah kak! Baru hari
ini dapat datang melawat kak.”
“Tak mengapa dik, kak lama
lagi di sini. Bolehlah datang bila bila saja melawat kak, teman kak yang
sendirian tak berkawan di sini.”
“Hajat hati memang
begitu kak. Kak Emilia pun selalu pesan pada saya agar selalu datang menjenguk
kak. Tapi sibuk sangat di rumah menolong
mak menjaga padi di bendang dan pelbagai kerja di rumah yang kena dibuat. Mak
pun dah tak larat sangat maklum dah berusia juga.”
Pertemuan di relong
waktu berlalu dengan sedikit cerita di permulaannya. Beliau adalah adik kepada
sahabat lama sepersekolahan di era kecilku. Seringkali pula gadis berperwatakan
lembut, berbudi bahasa itu mengunjungiku selama aku bermukim di sini, di rumah
tok dan emak saudaraku yang bungsu. Ayahku yang membawa aku ke sini untuk
mencari solusi kepada penyembuhan sakit yang menyebabkan diriku terlantar tidak
bermaya setelah melahirkan zuriatku yang pertama. Kompilikasi saat melahirkan
yang kritikal kerana tekanan darah yang amat tinggi menyebabkan aku sengsara
begini.
Dan kini hanya menjadi
penyaksi, perenung, pemikir semata dalam suasana yang samasekali tidak aku
mahukan. Ego yang menjerut diriku sukar juga terlepaskan nampaknya. Masih perlu
kuat berusaha lagi mendidik nurani agar murni. Semoga Allah menetapkan hatiku
agar tidak bolak balek sentiasa.
Namun Allah Maha
berkuasa ke atas segalanya justeru telah merubah hati gadis yangku kenali
sewaktu kecilnya seorang yang kasar, tutur katanya kesat dan mengguris hati
kecilku kini tampilannya berbeza sekali. Selain wajahnya cantik berkulit putih
bersih dan peribadinya lunak mulia.
Nurita aisya yang
kukenali dulu tidaklah sebaik kakaknya sahabatku Emilia. Dia menjadikan aku
musuhnya yang akan disembur api kemarahannya kerana sering ke rumahnya dan
berkawan dengan kakaknya . Aku tidak ambil hatipun justeru mengangapnya sebagai
adikku yang terlebih sedikit kenakalannya. Setiap perbuatannya kepadaku
diingati dan tidak malu-malu memohon maaf kepadaku. Mendengarkan itu aku
tersenyum cuma. Dirinya dulu dan sekarang terlalu jauh bezanya. Agaknya pabila
diri semakin dewasa dan matang kita hanya akan berfikir positif semata.
Seboleh-bolehnya ingin mendisplinkan diri sebaik yang mungkin. Begitulah
peribadi gadis ayu Nurita aisya kini. Dan
seketul arang kecil itu dulunya telah
ditempa menjadi berlian yang amat elok berharga. Tentulah hasil kebijaksanaan
didikan kedua ibu bapanya.
Kenangan zaman
anak-anak yang sangat mendukacitakanku terimbau semula. Aku ditinggalkan ayahku
pada tokwan dan tok untuk menyambung persekolahan di sini dan menggauli suasana
yang mencorakan warna hidupku kini. Jika aku tinggal bersama keluargaku di sana
tentu lain pula rona takdir-Nya. Justeru bersama ibu bapaku yang teramat
mementingkan pencapaian didikan akademi yang cemerlang tentu rona kehidupanku
lain pula.
Bukankah kecapaian ilmu
itu sangat penting dalam pembentukan kehidupan yang diingini. Tidaklah seperti
diriku yang hanya menjadi suri rumah sepenuh masa kerana ditamatkan didikan persekolahan di
peringkat sekolah rendah saja. Ramai kawan-kawan sepersekolahan yang berjaya
dalam karier pilihan masing-masing . termasuklah sahabat baikku Emilia. Seorang
yang amat berjaya dalam karier dan kehidupannya setelah nenamatkan pengajian hingga peringkat
tertinggi.
Nurita aisya juga
musykil dengan dirinya yang seakan menyesali nasibnya yang tidak berjaya
berkerjaya seperti adiknya Hafiz dan kakaknya Emilia. Meninggalkan dia seorang
di rumah membantu ibu bapanya melakukan kerja rumah dan bendang. Penerimaan ibu
bapa terhadapnya juga menyedihkan. Dirasakan seolahnya kedua ibu bapanya
itu membezakan kasih sayang kepada
anak-anaknya. Sering berjauh hati dan merasa terpinggir. Tambah pula dengan
usianya yang semakin meningkat dan sudah sepatutnya berkahwin . namun Nurita
aisya masih juga belum dipinang sesiapa.
Mungkin ini merupakan
masalah besar bagi ibu bapa . Mereka merasa malu, terhina lantaran anak gadis
mereka tidak disunting orang. Alangkah kolotnya pandangan itu. Mengapa perlu memandang
dengan prasangka pesimis lagi sinis pada gadis gadis yang tidak bertemu
jodohnya lagi. Jodoh pertemuan itu adalah takdir Tuhan. Sukar sangatkah hendak
menerima andaian begitu?
Pada anggapanku
perkahwinan juga adalah nasib. Tidak semua perkahwinan akan memberi apa yang
diimpikan. Asas cinta juga tidak akan membina rumahtangga yang berkekalan
selamanya. Segalanya adalah ketentuan Allah yang harus diterima semata. Bukan
mempersoalkannya kenapa dan mengapa. Sunnah nabi Muhammad saw yang memakmurkan
umat Islam sedunia itu akan berlaku dengan izin-Nya dan tidak mungkin kerana
kemahuan sesiapa sahaja. Telah dirancang
sebaiknya, ditentukan tarikh dan waktu tetap ada saja aral menggendalakannya
jika tidak diingini-Nya berlaku.
Aku juga merancang
perkahwinanku sesuai citarasaku agar sentiasa berbahagia selamanya dikelilingi
anak anak pengikat kasih sayang yang akan dididik sesempurna mungkin. Tidak sempat pulaku lakukan kerana
kemudaratan fizikal yang menguzurkan kesihatanku. Langsung tidakku duga akan
begini kesudahan hidupku. Perancanganku bukan ketentuan-Nya.
Apakah menyesali takdir
yang terjatuh di lorong hidupku? Tanpa
rasa reda tentu akan terselit dosa. Dosa yang tidak mahu lagi kuukir apapun
rupa bentuknya. Samaada besar atau se kecil zarah. Astaghfirullah. Ampuni
hamba-Mu ini ya Allah.
Perkahwinan yang
memberiku rasa bahagia pada mulanya tidak berkekalan selamanya. Singkat sekali berada
dalam situasi yang disenangi terhapus pula tiada terduga. Mungkin ada kesilapan
yang kulakukan di mana-mana tanpa kusedari dan kifarah-Nya perlu ku bayar sejak
di dunia lagi. Astaghfirullah. Ampuni hamba-Mu ini ya Allah. Sesungguhnya hamba-Mu
ini adalah orang yang berdosa.
“Kak dah lama juga
berubat dengan Tok Minah sambil berurut setiap hari Ita tapi masih juga belum
sembuh. Rasanya minggu depan ni ayah kak datang kak akan balik ke tempat kak.
Nak sambung berubat di sana pula.” Sebenarnya aku sangat rindu kepada anak kecil yangku tinggalkan dalam penjagaan
ibu di sana. Anak kecil yang kehilangan kasih sayang ibunya semenjak ia lahir
ke dunia lantaran aku tidak berdaya berbuat sesuatu apa deminya. Tidak dapat
langsung untuk memenuhi tanggung jawab sebagai ibu kepada seorang anaknya.
Namun rinduku kepada anak itu sentiasa membuak-buak.
“Yelah kak. Eloklah
begitu. Jangan berputus asa kak. Berubatlah sehingga sembuh sediakala. Biasalah
sakit ni datangnya seperti ribut tapi nak baiknya berdengut-dengut macam semut.
Tapi nampak pada saya wajah kak sudah semakin merah berseri dan tidak lagi
pucat seperti pertama kali saya ke sini jumpa kak dulu. Insya-Allah kak pasti
pulih. Saya selalu doakan kesejahteraan kak.”
“Terima kasih banyak
dik. Insya-Allah.”
Aku merenungnya tajam.
Renungan yang menyeluruhi wajah mongel ayu itu.
“Kenapa kak pandang
saya begitu? Tak betul apa yang saya katakan itu?” tersipu malu pula ia menuturkannya dengan
rasa keserbasalahan menyebabkan aku digelut bimbang.
“Eh! Bukan itu maksud
kak dik Ita. Sebenarnya kak sedang mencari wajah Emilia dalam wajahmu. Dah lama
kami tak jumpa itu yang rindu sangat. Teringat dulu dulu kak selalu jalan kaki
melalui batas bendang ke rumahmu sebelum bersama-sama Emilia menapak hingga ke
sekolah. Jauh juga jaraknya. Rasanya
dekat 4 kilometer juga. Pendek kata memang penatlah meredah embun di pagi hari
sebelum tiba ke sekolah. Baliknya terpaksa melangkah pula di tengah rembang panas
tengah hari. Sedang perut bukan main
berkeroncong lagi. Setelah makan kami berdua ke rumah Pak Utih pula belajar
mengaji al-quran. Masa tu kau masih kecil dan tak bersaing dngan kami sebab
bersekolah petang. Kenangan zaman kecil yang sangat indah kan Ita. Terasa
hendak mengulanginya. Tapi masakan mungkin.”
Zaman persekolahan yang
menemukan aku dengan ramai guru guru yang bertanggung jawab dengan bidangnya
lelaki dan perempuan terutamanya cikgu
Zakaria. Seorang guru yang menyenangkan hatiku kerana sering membaca karanganku
di dalam kelas dan meminta kawan kawanku yang sekelas mencontohinya. Setiap kali peperiksaan pula aku dan Emilia
sering bergantian mendapat tempat pertama atau kedua hanya dengan perbezaan
markah yang sedikit. Disebabkan itu tidak pula menjadikan kami bermusuh. Emilia
berfikiran terbuka dan dia amat menyedari kekurangan dan kelebihanku iaitu
hanya di dalam subjek bahasa Melayu tapi di dalam subjek metamatik sentiasa di
belakang kecapaiannya.
Nurita aisya tersenyum manis
seraya spontan membalasnya.
“Kak ni rindukan kak
Emilia ya!” tanpa sedar ada buli buli jernih di kelopak mata tanda benar sekali
jangkaan Nurita aisya.
“Kak Emilia pun dah
lama tak balik kampung kak. Sibuk sangat dengan tugasan pejabat. Macam-macam
program pula yang terpaksa diikuitinya. Kadang hingga ke luar negara. Kami
hanya dapat berhubung melalui telefon saja kak. Mak dan ayah pun tak
renti-renti bertanya kenapa kak Emilia tak balik-balik. Saya yang tercongok
selalu di depan mata mereka tak dipeduli pun. Tak kisah pun apa keadaan saya.
Samaada saya gembirakah, sedihkah, peningkah, tak pernah tanya pun kak. Sedang
saya nilah yang sentiasa banyak membantu mak dan ayah di rumah. Kak Emilia dan
adik Hafiz hanya balik sekali sekala saja.”
Aku menggenggam erat tangannya
yang berjemari halus itu. Lontaran suaranya menyatakan kesebalan disebalik
fakta yang diungkap.
“Biasalah Ita, yang
tiada, yang jauh di mata sentiasa diingat, sentiasa dirindu. Kalau Ita tiada di
hadapan mak Tam dan pak Tam mereka juga akan tertanya-tanya dan rindu amat. Anak
dan emak ayah ini hubungannya sangat erat Ita. Berkongsi aliran darah dan jiwa
juga. Walau ada perbezaannya. Janganlh terlalu fikirkan semua tu dik. Bila kak
dah tiada di sini tentu Ita juga akan teringatkan kak. Jadi jangan lupa SMS kak
ya. ”
Tinggallah tok dan mak
cik Aina yang bersusah payah menjagaku, mengurusi setiap keperluanku selama aku
di sini menumpang ehsan dan kasih sayang mereka. Membebani mereka yangku
hurmati dan kusayangi ini justeru keuzuranku bukan kemahuanku. Tapi ujian Allah
kepadaku melibatkan mereka yang berada di sekelilingku juga. Kesabaran mereka
menerima masalah besar yangku bawa bersama diriku hanya Allah yang membalas
ganjarannya. Mudah-mudahan.
Tinggallah Nurita
Aisya, kesudianmu menemani sunyiku selama aku di sini dengan cerita sedih dan
gembiramu begitu bermakna sekali. Akanku simpan abadi di hati. Semoga kelak
suatu ketika kita ketemu lagi dalam suasana berbeza yang kita amat
menyenanginya.
Friday, 25 March 2016
JANGAN REMEHKAN PERKARA KECIL...
ASSALAMUALAIKUM...
Lumrah kehidupan manusia memandang sesuatu yang kecil itu sebagai perkara remeh-temeh. Tidak kiralah jika yang kecil itu keburukan mahu pun kebaikan. Umpamanya orang akan meremehkan gigitan seekor nyamuk. Memanglah benar seekor nyamuk hanya haiwan kecil namun jika ia seekor nyamuk aedes, tahukah kita apa kesan akibatnya? Ia boleh mengakibatkan kita kehilangan nyawa. Begitu jugalah dengan setitik noda atau dosa yang kita lakukan. Tahukah apa kesan dan akibatnya? Kesannya adalah satu titik hitam akan melekat di hati kita. Jika ianya kita lakukan berterusan, maka ianya boleh menjadikan hati kita menjadi hitam seluruhnya.
Begitu jugalah dengan kebaikan. Ada orang yang menganggap bersedekah sebanyak seringgit apalah nilainya di zaman ini. Teramat-amat kecil. Namun, tahukah kita bahawa bagi seorang kanak-kanak sekolah wang seringgit atau dua ringgit itu sudah cukup besar bagi mereka untuk berbelanja di kantin sekolah.
Cubalah kita lakukan iaitu sewaktu balik dari solat berjemaah di surau atau masjid di waktu subuh. Apabila bertemu dengan kanak-kanak yang hendak pergi ke sekolah kita berikan dia seringgit dua. Pasti kanak-kanak ini akan berbesar hati dan mengucapkan terima kasih kepada kita. Inilah cara ynag terbaik untuk kita bersedekah, di mana orang yang menerimanya bersyukur dan menghargainya pemberian kita.
Begitu jugalah dengan senyuman. Orang memandang senyuman sebagai suatu perkara remeh. Namun sebenarnya senyuman itu juga adalah satu sedekah. Wwalaupun ianya kelihatan kecil pada pandangan segelintir manusia, senyuman yang manis boleh membuat hati orang yang rawan menjadi ceria, orang sakit menderita terasa kurang penderitaannya,orang yang marah akan berkurangan marahnya dan banyak kebaikannya lagi..
Oleh yang demikian janganlah kita cuba meremehkan perkara-perkara yang kecil terutamanya dalam soal kebaikan. Hargailah ia seperti sepatutnya. Hargailah senyuman seseorang kepada kita walaupun kita tidak pernah kenal mereka siapa. Yang pasti ianya mestilah senyuman yang ikhlas.
Renungkan dan fikir-fikirkanlah.
SEKIAN.
SERANGKAP PANTUN 100 RM...
ASSALAMUALAIKUM....
Pertandingan Serangkap Pantun Bernilai RM 1000!
1) Bina serangkap pantun 4 kerat bertemakan ‘Sehari bersama keluarga di MAEPSerdang’
2) Isi pantun hendaklah berdasarkan maklumat berkenaan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016. Idea/maklumat boleh rujuk di website www.kualalumpurbookfair.my
3) Semakin banyak maklumat yang digunakan berkaitan pesta buku 2016, Semakin cerah peluang anda untuk menang.
4) Pantun tersebut hendaklah dihantar ke email pestabuku2016@gmail.com berserta maklumat peribadi anda (Nama penuh | No. Kad Pengenalan | No. telefon)
5) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 April 2016. Email penyertaan hendaklah sampai sebelum pukul 12 tengah malam. Penyertaan yang sampai lewat, tidak akan diterima.
6) 3 Pantun menarik dan kreatif akan diumumkan pada 2 Mei 2016 di Facebook Pesta Buku. 3 pemenang tersebut masing-masing akan menerima wang tunai RM1000. Pemenang akan dihubungi melalui pesanan ringkas (SMS) / panggilan telefon.
Pantun anda berpeluang untuk dibacakan di pentas utama semasa majlis perasmian pesta buku nanti. Semoga berjaya
DAHAN RUSUH DAN LURUH
TINGGAL RANTING KERING GARING
SIANG BERPELUH MALAM MENGELUH
PANAS KERING JIWA GERING,
TIADA ARUS DALAM TELAGA
JAUH SEKALI AIR DASARNYA
TEKAK HAUS AMAT DAHAGA
LETIH DIRI TIDAK BERMAYA.
POHON CENDANA TUMBUH MERATA
KELOPAK TIPIS BUNGA CHEMPA
MENTARI GERHANA EQUINOK BERSERTA
OZON MENIPIS HABA MENGGEMPA
DARI ARAU HINGGA KUNDASANG
FENOMENA ELNINO BUKAN GURAUAN
MUSIM KEMARAU TANAH KONTANG
FLORA FAUNA MEMOHON HUJAN.
DI PANTAI REMIS DUDUK MERINTIS
DAUN CELAGI DAUN CEMARA
WALAU GERIMIS TURUN MENITIS
TETAP DIRINDU AKAN HADIRNYA.
SEMOGA ALLAH LIMPAH REDHANYA
HUJAN TURUN MEMBAWA BERKAT
HANYA BERSERAH AKAN TAKDIR-NYA
KITA MEMOHON TULUS MUNAJAT
PS...PANTUN PANTUN PI NI TAK SESUAI UNTUK MASUK PERTANDINGAN SEBAB DAH LARI TEMANYA...KALAU BERMINAT NAK SERTAI PERTANDINGAN NI REKALAH PANTUN YANG BERSESUAIAN YA....LUMAYAN HADIAHNYA TU...RUGI KALAU TAK MENCUBA...
DAHAN RUSUH DAN LURUH
TINGGAL RANTING KERING GARING
SIANG BERPELUH MALAM MENGELUH
PANAS KERING JIWA GERING,
TIADA ARUS DALAM TELAGA
JAUH SEKALI AIR DASARNYA
TEKAK HAUS AMAT DAHAGA
LETIH DIRI TIDAK BERMAYA.
POHON CENDANA TUMBUH MERATA
KELOPAK TIPIS BUNGA CHEMPA
MENTARI GERHANA EQUINOK BERSERTA
OZON MENIPIS HABA MENGGEMPA
DARI ARAU HINGGA KUNDASANG
FENOMENA ELNINO BUKAN GURAUAN
MUSIM KEMARAU TANAH KONTANG
FLORA FAUNA MEMOHON HUJAN.
DI PANTAI REMIS DUDUK MERINTIS
DAUN CELAGI DAUN CEMARA
WALAU GERIMIS TURUN MENITIS
TETAP DIRINDU AKAN HADIRNYA.
SEMOGA ALLAH LIMPAH REDHANYA
HUJAN TURUN MEMBAWA BERKAT
HANYA BERSERAH AKAN TAKDIR-NYA
KITA MEMOHON TULUS MUNAJAT
PS...PANTUN PANTUN PI NI TAK SESUAI UNTUK MASUK PERTANDINGAN SEBAB DAH LARI TEMANYA...KALAU BERMINAT NAK SERTAI PERTANDINGAN NI REKALAH PANTUN YANG BERSESUAIAN YA....LUMAYAN HADIAHNYA TU...RUGI KALAU TAK MENCUBA...