Sunday, 20 December 2015

TEMPAT TIDUR RASULLULLAH SAW...

ASSALAMUALAIKUM...



ALAS TIDUR RASULLULLAH SAW.


Alas tempat tidur Baginda Rasululah Saw hanyalah tikar kasar. Bantalnya pula rumput kering yang di bungkus dengan kulit haiwan. Melihat itu, seorang wanita Anshar mengirimkan tilam berisi kapas.

Lalu Aisyah ra pun menyiapkan tempat tidur untuk Nabi Saw. Namun baginda menolaknya dengan halus.

“Kembalikan tempat tidur itu Aisyah”
Kata Rasul..


Aisyah tidak segera mngembalikannya. Bahkan sudah tiga kali Rasul mengulanginya.

“Aku hanya ingin sekali engkau memakainya wahai Rasul”
Jawab Aisyah

Nabi Saw pun menjelaskan:
Seandai aku mau, Allah akan membawakan gunung emas dan perak untuk ku

Di dalam riwayat lain di sebutkan pula, pada satu hari Umar bin Khaab mendatangi rumah Nabi Saw. Di kala itu beliau sedang tidur di atas kain yang kasar. Sebahagian tubuh beliau berada di atas tanah.

Umar tertegun melihat keadaan Baginda. Seketika saja air matanya menitis. Umar tak kuasa menahan haru. Lalu Baginda tersadar.

Apa yang membuat mu menangis ya Ibna Al Khattab ?
Tanya Baginda

Umar pun berkata:
Bagaimana aku tak menangis.
Alas tidurmu telah meninggalkan bekas di tubuh mu
Penguasa kisra berbaring di atas katil emas berselimutkan sutera
Istana nya di penuhi buah buahan dan minuman
Sangat berbeza dengan mu Ya Rasulullah
Makhluk pilihan Nya

Agak lama baru baginda menjawab:
Tidak kah kau rela jika akhirat milik kita dan dunia milik mereka?

Umar menjawab:
Tentu sekali aku rela, Ya Rasulullah

Baginda pun menyambung:
Kenikmatan dunia mereka telah di segerakan
Namun itu akan cepat berakhir.
Tapi kenikmatan untuk kita di tangguhkan kelak di akhirat

Pada satu kisah yang lain pula melihat Aisyah ra sedang menangis baginda pun menegurnya:
Jika kamu ingin mengikut ku
Merasa cukuplah dengan dunia
Hindari berkumpul dengan orang orang kaya

Sejak mendengar penjelasan tersebut, Aisyah ra tidak pernah lagi mengganti pakaian nya yang rosak dengan pakaian yang baru dan bagus. Pakaian mereka berdua tidak lebih dari pakaian yang bertampal tampal.

Muawiyah pernah memberikan uang sebanyak 80,000 dirham kepada Aisyah buat membeli pakaian yang telah lusuh dan rosak. Tapi Aisyah langsung membagi bagikan uang tersebut kepada fakir miskin yang lebih memerlukan buat mengisi perut mereka.

~ Demikian lah cara hidup Baginda dan isteri nya yang Qanaah

Ustazah Nurbaya Usman.

28 comments:

  1. Subahanallh..sungguh hebat kisah ini. terasa ada titis air mata hendak menitis....
    Sungguh hebat keperibadian Nabi junjungan..
    marilah selalu memberi kepada yang memerlukan...Sentiasa sedar agar tidak lakukan keegoan dalam hidup. Tetapi lakukan kehidupan dengan selalu mengingatiNya.Terbaik entri ni. Kami baru balik dari majlis kahwin. Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus kita contohi kehidupan rasullullah saw yg sgt sederhana ini dgn tidak terlalu mementingkan kemewahan duniawi semata...
      mkn kenduri lagi hari ni cikgu ya...tq

      Delete
  2. hampir dekat 24hb Dis..mari berselawat ke atas nabi kita...

    ReplyDelete
  3. ya berselawat nabi selalu jgn dilupa...tq

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang berguna..dahlama tak baca kisah nabi saw

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejuk hati membaca kisah2 nabi kan yan...tq.

      Delete
  5. salam makPah,

    http://tigalalat.blogspot.my/2015/09/siti-jalang.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wak ok nanti makpah cari...tq infonya.

      Delete
  6. Selawat dan salam atas junjungan.

    ReplyDelete
  7. berselawat utk junjungan rasul mulia...tq fidah.

    ReplyDelete
  8. damai jiwa dan terasa sedih bila membaca kisah Rasulullah saw ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya benar tu aryan azraa betapa kita merasakan kita terlalu kasar jiwanya berbanding baginda yg sgt tulus halus jiwanya...tq.

      Delete
  9. Canteknya keperibadian Rasulullah..
    Dah sepatut nya kita contohi kemuliaan hati baginda dan isteri.





    ReplyDelete
    Replies
    1. keperibadian rasullullah yg mulia wajar dicontohi..tq saniah.

      Delete
  10. Canteknya keperibadian Rasulullah..
    Dah sepatut nya kita contohi kemuliaan hati baginda dan isteri.





    ReplyDelete
  11. Sungguh kita tak termampu utk berbuat seperti baginda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu baginda rasulullullah saw beripadi zuhud mulia kita hanya layak mencontohi tapi xsesumpurna manapun tq. kakzakie.

      Delete
  12. sanagt terkesan dengan entry ni.. betul tu...

    sangat zuhud Rasulullah saw..

    kenikmatan untuk orang2 kaya hanya sementara jer.. atas dunia jer depa rasa nikmat hidup mewah macam tu. kat akhirat nanti belum tentu dapat rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hidup kita ini hanya sementara xperlulah terlalu berlebihan sdg nabi saw yg mampu miliki segalanya hanya berpada hidup seadanya...tq DP.

      Delete
  13. Alhamdulillah dapat gak baca entry kisah Rasulullah SAW..

    ReplyDelete
  14. insyaAllah semoga bermenafaat n3 ustzah nurbayah ni...tq Jie.

    ReplyDelete
  15. salam maulidur rasul.. hnya beberapa hari sahaja lagi..

    ReplyDelete
  16. Begitu hebatNya diri seorang Rasul. Moga kita dapat menjadikan Baginda sebagai contoh tauladan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasullullah saw adalah idola manusia sebenarnya...tq zumal.

      Delete
  17. kerana itulah baginda terpilih sbg nabi dan rasul

    ReplyDelete
  18. benar tu nabi saw yg akan member syafaat kpd kita umatnya di padang mahsyar kelak...tq anies.

    ReplyDelete
  19. salam maulidur rasul dan selawat ke atas Baginda Rasulullah saw.. begitu hebatnya keperibadian baginda..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”