Wednesday, 9 December 2015

SKETSA RASA...

ASSALAMMUALAIKUM...

Kesakitan yang ditanggung ini
keperitan yang dirasai ini
penderitaan yang dihadapi ini
perasaan yang terperam ini
hanya diri ini yang tahu
hanya Dia yang maha tahu

Sekadar melihat gambaran duka di wajah
dan air mata yang menitis
hanya menggamit senyum sinis

Katanya duka yang hipokrit
lakunan yang dijelmakan
alangkah ngilunya perasaan

Sekian lama berjalan bersama duka terpendam
kata seorang kawan;
bersabarlah
pasti rahmat Allah terselindung
bakal mengunjung

Kata seorang adik;
berusahalah mengatasi kelemahan
jangan memanjakan diri melayani kesakitan

Kata seorang suami;
perpisahan bukan kerana tak sayang
arah haluan tidak lagi seiringan
Demikianlah reda berpasrah
jika sudah takdir-Mu sedemikian
terima sajalah... hah?

25 comments:

  1. apa saja pun ujian dan dugaan yang sedang dilalui moga sentiasa tabah menghadapinya..

    Moga sentiasa berada didalam redha dan rahmat Ilahi

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah aryan azra kesabaran reda mengundang rahmat Allah...tq.

      Delete
  2. salams rindu utk kak dah....saya dtg:):)

    ReplyDelete
  3. Orang kata, kalau sedih, menangislah semahunya. Lepas itu, sapulah air mata yang masih bersisa dan bersiap sedia untuk bangkit kembali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yg jatuh boleh berusha bangun kembali ada yg xboleh fidah...tq

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. selamat petang P
    jika itu cuma sketsa diri sendiri bertabahlah ya mudahan ada pengakhiran yg baik menanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat ptg noor...sketsa diri n sesiapa saja noor...insyaAllah setiap yg terjadi itu berhikmah...tq

      Delete
  6. Sbar yer kak.. Kita masing ada sudut derita.. Smg kita mmpu bangkit.. Sabar yer kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ladybird setiap kita ada sisi derita msg2 n perlu tabahkan hati insyaAllah...tq

      Delete
  7. Semoga apa jua ujian yang mendatang dapat diharungi dengan tabah.

    ReplyDelete
  8. anggap sahaja ujian itu sbg pengukur kekental keimanan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah anies tahap keimanan seseorang perlu dilepasi dgn ujian2-Nya...tq anies.

      Delete
  9. jika itu suratannya walau pahit kena telan jua

    ReplyDelete
  10. pahit kan ubat yan heh..heh..nsyaAllah...tq.

    ReplyDelete
  11. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang merasainya yg taaahu bebanannya tq zumal.

      Delete
  12. mendalam sekali Pi..takdirNya..

    ReplyDelete
  13. demikianlah takdirnya cikgu etuza...tq.

    ReplyDelete
  14. selalunya bila saya bersedih atau ada masalah , saya laluinya sendirian . bujang kan... alah bisa tegal biasa lah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti tabahkan hati n jgn pedulikan gangguan perasaan..tq qv.

      Delete
  15. sesedih dan sesakit mana pun kehidupan harus di teruskan.semuga ada sinar di hujung perjalanan..

    ReplyDelete
  16. bergegan kuat dgn tali Allah pasti ada rahmatnya kan KY...tq.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”