Wednesday, 2 December 2015

MAHKOTA DEWA HERBA MUJARAB...

ASSALAMUALAIKUM....







Namanya saja sudah cukup “gempak”kan?. Mana dapat nama ni? Walluhua’lam..Nama saintifiknya ialah Phaleria Macrocarpa. Buah ini asalnya dari Papua/Irian Jaya di Indonesia. Memang agak sukar sedikit untuk mendapatkan buah ini, tapi khasiatnya cukup banyak dengan kandungan bahan yang tertentu. Saya senaraikan khasiat buah mahkota dewa di bawah ini.

ALKALOID:
Bersifat detoksifikasi, yang mampu meneutralkan racun dalam tubuh kita
SAPONIN BERMANFAAT SEBAGAI:
Sumber anti bakteria dan anti virus
Meningkatkan sistem imun tubuh
Mengurangkan kadar gula dalam darah
Mengurangkan penggumpalan darah
FLAVONOID YANG MAMPU:
Melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah.
Mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi pengumpulan lemak pada dinding pembuluh darah.
Mengurangi kadar risiko penyakit jantung koronari.
Mengandung antiinflamasi (antiradang).
Berfungsi sebagai anti-oksidan.
Membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan.
POLIFENOL:
Berfungsi sebagai anti histamine (antialergi).


Insya Allah tetap dipercayai, sudah terbukti dan diakui buah mahkota dewa ini dapat mengubati dan mencegah berbagai penyakit seperti:-
Demam Berdarah(Denggi)
Kanser & Tumor
Hati(Hepatetis)
Darah Tinggi(Hipertensi)
Stroke/Angin Ahmar
Penyakit Jantung
Kencing Manis/Diabetes
Ginjal/Cuci darah
Keputihan
Haid tidak lancar
Reumatik( Sakit Sendi)
Lemah Syahwat
Gout & arthritis
Hepatitis (Radang Hati)
Eksim (Penyakit Kulit)
Penyakit Lumpuh
Kegemukan/obesiti
Batuk
Sesak nafas
Jerawat (menghaluskan kulit)


SIFAT DAN KHASIAT MAHKOTA DEWA

Buahnya berkhasiat menghilangkan gatal (antipruritus) dan antikanser. Tetapi bijinya adalah beracun. (Perlu di rebus dahulu bijinya)
Kandungan kimia daun mahkota dewa pula mengandungi antihistamin, alkoloid, saponin dan polifenol (lignan). Manakala kulit buah mahkota dewa mengandungi alkaloid, saponin dan flavonoid.
Alkaloid berfungsi sebagai detoksifikasi yang dapat meneutral racun di dalam tubuh. Polifenol, berfungsi sebagai anti-histamin (anti-alergi).
Saponin, menjadi sumber anti-bakteri dan anti-virus, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan vitalitis, mengurangi kadar gula dalam darah, mengurangi penggumpalan darah.

Flavanoid, melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah, mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi penimbunan lemak pada dinding pembuluh darah,
mengurangi kadar risiko penyakit jantung koroner, mengandungi anti-inflamasi (anti-radang), berfungsi sebagai anti-oksidan, membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan

WAKTU MINUM

Waktu yang paling sesuai adalah sebelah malam sebelum makan.
Tertapi bagi yang baru mencubanya, elok diminum 2 kali sehari iaitu
Sekali sebelah pagi dan sekali lagi sebelah malam selama 2 bulan kemudian
Minumlah 1 kali sehari sebelum tidur.

KEKERAPAN MEMINUMNYA
 
Bergantung kepada situasi peminum sendiri yang merasa bagaimana perubahan keadaan fizikal yang timbul kesan tindakbalas badan terhadap mahkota dewa. Jika kadar kehangatan yang timbul agak ketara, boleh rehat seketika selepas 3 atau 4 hari minum, rehat, 2 atau 3 hari, baru minum kembali.

KESAN SAMPINGAN

Kesan sampingan yang boleh timbul akibat meminum air rebusan buah atau daun mahkota dewa buat pertama kali adalah rasa pening kepala. Ia bergantung pada kadar kepekatan air rebusan yang dibuat. Jika teramat pekat, kadar pening kepala agak ketara. Peminum harus bersabar dan bertahan kerana selepas meminum untuk kali yang kedua atau ketiga, keadaan akan menjadi stabil. 


Terdapat juga kadang kala, peminum akan merasa badan mereka lemah lesu, lengoh sendi, akibat meminum pertama kali buah mahkota dewa.

TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL JIKA KEADAAN LUAR BIASA

Minum lebih air kosong bagi tujuan untuk mencair air rebusan mahkota dewa yang telah diminum.

Minum susu segar

Minum secara sedikit demi sedikit jika proses ingin berubat mahu diteruskan juga.

Berhenti minum air rebusan mahkota dewa kalo rasa tak boleh tahan.

AMALKAN  SETIAP HARI

Amalkan meminum Air Buah Mahkota Dewa ini setiap hari, Insya Allah, anda akan dapat melihat sendiri perubahan pada diri anda, Antara beberapa perubanah yang akan berlaku pada diri anda setelah anda mengamalkan meminum buah mahkota dewa dalam masa 1 hingga 3 minggu adalah seperti berikut:-

1.    Setiap kali anda membuang air kecil, anda merasa amat puas, terutama diwaktu pagi selepas bangun tidur.

2.    Bagi anda yang menghisap rokok, apa bila anda membuang air besar, kadang kala najis anda akan mengeluarkan warna hitam, anda jangan terkejut, kerana sifat Buah Mahkota Dewa membersihkan toksit yang berada didalam badan anda.


20 comments:

  1. tengok warnanya menarik..mcm jambu bol pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm besar juga buahnya...senang nk diricis n keringkan sebelum direbus utk jadikan ubat KY...tq.

      Delete
  2. Kawan CH ada beri benih pokok Mahkota Dewa ni Faridah..
    Dia kata senang tumbuhnya..
    Dirumahnya banyak sungguh buahnya...
    Mula2 saya ingat buah jambu bol macam Kakyon kata tu..
    Rupanya pokok mahkota dewa..
    Memang banyak khasiatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlh ambil tanam di rumah pula yati..senang nk gunakannya kala diperlukan...tq.

      Delete
  3. baru aiza tahu banyak khasiat mahkota dewa..

    ReplyDelete
  4. Jiran sebelah rumah ada tanam. Dalam pasu jer. Kalau berbuah...bukan main lebat!
    Melihat buahnya memang menarik perhatian...rasa nak petik makan jer...hehe

    ReplyDelete
  5. mudah hidup kalau ditanam pokok ni BM ..buahnya merah mcm manis jer tapi rasanya kesat jer...ubatlh katakan...tq.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. hmm..jgn abaikan kegunaannya tu nohas...tq.

      Delete
  7. mahkota dewa memang banyak sekali khasiatnya, di tempat saya banyak yang mengembangbiakkan

    ReplyDelete
  8. Ada banyak khasiat dari mahkota dewa ni ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela fidah ..khasiatnya kita perlu tahu manatahu mungkin kita mencarinya utk dijadikan penawar kala sakit....tq fidah.

      Delete
  9. bagus tu mengembangbiak utk produksi kesihatan...tq jery yanuarian.

    ReplyDelete
  10. saya minum teh mahkota dewa ... tapi kat sini susah nak cari buah mahkota dewa ...

    ReplyDelete
  11. baru miknggu lalu minum air rendaman mahkota dewa, apapun ada yang kata jangan lebih dos tu Pi nanti mabuk..macam ubat jga..ambil cara betul ya

    ReplyDelete
  12. di keningau jarang nampak ni kecuali ke tamu hujung minggu..ada tak blogger nak..Etuza hantar pos laju kan..tak apa free ja...

    ReplyDelete
  13. dulu sy ingt buah ni adalah sejenis nama jamu ;-)

    ReplyDelete
  14. oowh ini pokoknyaa.. ada kat rumah CT teh mahkota dewa =)

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”