Friday, 13 November 2015

TRAGEDI DI KARAK HIGHWAY...

ASSALAMUALAIKUM...


PADA 11 NOV 015 DIKEJUTKAN DENGAN BERITA GELONGSORAN TANAH YANG BERLAKU AKIBAT HUJAN LEBAT....SESETENGAH MEDIA BERITA MELAPORKANNYA SEBAGAI BANJIR KILAT....SYUKUR ALHAMDULILLAH KERANA KEJADIAN TERSEBUT TIDAK MENGAKIBATKAN KEMALANGAN JIWA KEPADA PENGGUNA LEBUH RAYA TERSEBUT.

KALA HUJAN LEBAT LEBUHRAYA INI TELAH MENCATATKAN KEJADIAN TANAH RUNTUH SEJAK IANYA DIBUKA PADA 1977 HINGGA KINI.






pic google images.

KUALA LUMPUR – Berikut kejadian tanah runtuh yang dilaporkan berlaku di Lebuhraya Karak sejak 1985 hingga 2015.


1977: Mula dibuka kepada lalu lintas dan mempunyai dua plaza tol di Gombak, Selangor dan Bentong, Pahang.

1985: Pada 23 Nov, berlaku tanah runtuh di KM33 menyebabkan laluan di kawasan itu ditutup.

1987: Pada 14 Dis, sebuah bas ekspres ditimpa runtuhan tanah di KM35 mennyebabkan bas itu merempuh penghadang keluli di tepi sebuah gaung. Kesemua 44 orang yang menaiki bas itu selamat.

1990: Pada 20 Dis, tanah runtuh berlaku di KM36 dan laluan ditutup akibat banjir setinggi satu meter.

1991: Pada 11 Nov, kejadian tanah runtuh besar di KM47.3. Bongkah-bongkah batu jatuh menyeberangi jalan raya menyebabkan Lebuhraya Karak ditutup dua hari. Tiada kecederaan dilaporkan.

1993: Pada 23 Nov, tanah runtuh di KM25.2 berlaku selepas hujan lebat. Laluan hubungan Kuala Lumpur dengan pantai timur hampir terputus. Tiada laporan kecederaan.

1993: Pada 28 Nov, tanah runtuh di KM63 menyebabkan dua penunggang motosikal terbunuh.

1995: Pada 30 Jun, tanah runtuh berlaku kira-kira 200 meter dari persimpangan Karak di jalan susur menghala ke Genting Highlands semasa hujan lebat. Pelbagai kenderaan terbabit menyebabkan 21 orang terbunuh dan 23 orang cedera.

2003: Pada 28 Ogos, lereng bukit setinggi 50 meter di KM41.7 dekat Bukit Tinggi runtuh menyebabkan kesesakan lalu lintas selama lima jam dari Bentong ke Kuala Lumpur. Tiada yang tercedera.

2004: Pada 1 Nov, tanah runtuh berlaku di KM52 dekat Bukit Tinggi, Bentong susulan hujan lebat selama tiga jam. Tiada kecederaan dilaporkan.

2004: Pada 3 Nov, tanah runtuh kecil berlaku di KM53.3 pada 9 malam. Tiada kecederaan dilaporkan.

2015: Pada 11 Nov, tanah runtuh di KM52.4 berhampiran Lentang-Bukit Tinggi menyebabkan laluan ditutup. Tiada kecederaan dilaporkan.

Pengguna Lebuhraya KL-Karak Terkandas Akibat Tanah Runtuh
– BERNAMA - rujuk


Pengendali lebuh raya itu, Anih Berhad dalam satu kenyataan berkata, laluan di kedua-dua arah ditutup sebagai langkah keselamatan dengan keadaan cuaca dilaporkan masih hujan selepas kejadian.
Pengguna dari arah Kuala Lumpur diminta supaya menggunakan jalan alternatif laluan dalam di Bukit Tinggi atau Kawasan Rehat Lentang manakala pengguna dari arah Kuantan boleh menggunakan jalan dalam dari Bentong Timur.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor mengesahkan tiada kerosakan membabitkan harta benda dan nyawa dalam kejadian tanah runtuh berkenaan.
Menurutnya, kedua-dua laluan masih belum boleh dilalui dan jentera MTD Prime Sdn. Bhd. sudah tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 8 malam tadi untuk melakukan kerja pembersihan.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/

35 comments:

  1. Musim-musim hujan begini mmg takut dan kalau boleh elakkanlah melalui jalan-jalan yang berisiko tinggi macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela sweetie kalau jln2 yg dilalui tu selalu terjadi insiden begitu kita pasti rasa bimbang...sbb terpaksa dilalui juga...tq sweetie.

      Delete
  2. Seriau lalu jalan-jalan berbukit masa-masa hujan ni...pokok-pokok besar yang tidak dijaga pun boleh mengundang bahaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu fida dlm musim hujan lebat bgini apa yg xdijangka kdg berlaku...tq fida.

      Delete
  3. Dah banyak kali lah terjadi tanah runtuh di Highway Karak tu ye paridah..
    Patutnya kena ada analisis dan apa tindakan yg perlu dilakukan supaya tak berulang lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm sejak ianya dibuka ada saja gelinciran tanah berlaku...maklum lebuhraya ini membelah bukit laluannya....tq sweetie.

      Delete
  4. bencana alam sukar diramal walaupn telah mmbt langkah pencegahan awal.. bkn di lbhraya Karak shj, tp dmana2 pasti de bencana alam.. cuma kita perlu beringat n berdoa djauhi musibah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu syok moga kita dijauhi musibah yg xdiingini di mana saja berada...tq.

      Delete
  5. Inilah laluan yang selalu digunakan bila kak Zai pergi ke Pantai Timur. Syukur alhamdulillah ketika kejadian baru beberapa hari balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur alhamdulillah kan zai walau selalui melaluinya Allah melindung drpd sebarang musibah...tq zai.

      Delete
  6. Allah dah beri peringatan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. peringatan yg diberi Allah utk kita beringat...tq anies.

      Delete
  7. salam jumaat makPah tuu., sekarang musimhujan.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAM JUMAAT WAK...HMM MUSIM HUJAN JGN JLN2 SGT KAN...TQ.

      Delete
  8. skrg ni musim hujan kan.. kene bnyk berhati2

    ReplyDelete
    Replies
    1. HMM HATI2 SENTIASA JAGA DIRI...TQ SERA ROSE.

      Delete
  9. Malang tidak berbau tapi setiap kejadian itu pasti ada sebabnya. Inilah akibat dari sikap rakus manusia terhadap alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MALANG XBERBAU TAPI ALAM MEMBERI TANDA2NYA UTK DIFIKIRKAN...TQ BM.

      Delete
  10. memang seriau lalu situ bila musim hujan..terbayang jer kalau ada runtuhan berlaku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. WALAU JLN YG KITA LALU HUJAN XLEBAT TAPI AIR YG TURUN DARI BUKIT DGN LAJU MENYEBABKAN BANJIR KILAT JUGA...ITU YG SGT MERISAUKAN...KEPLA AIR YG AKAN MENOLAK APA SAJA...TQ KY.

      Delete
  11. Takut lak nak balik cuti ni.. memang tulah pun jalan nak balik kg..sob sob sob

    ReplyDelete
  12. yela diana hati pasti bimbang nk lalu lebuhraya di musim hujan gini bila timbul kejadian2 yg merisaukan...tq diana.

    ReplyDelete
  13. BILA LEBUHRAYA DH DIBUKA/DIBAIKI..CUACA PUN OK XJADI MASALAH NK LALU JLN TU WA...TQ.

    ReplyDelete
  14. asalam PI apakan daya banyakkan bersabar ya masyarakat kat sana...semua aturanNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. WSALAM CIKGU ETUZA...KEJADIAN ALLAH DGN HIKMAH-NYA...INSYA ALLAH...TQ.

      Delete
  15. syukur tiada kemalangan jiwa yang berlaku.. namun aiza terkejut juga dengan kejadian yang berlaku ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SYUKUR ALHAMDULILLAH...TIADA KEMALANGAN JIWA BERLAKU...TQ AMIIZA.

      Delete
  16. WAJIB DIPERHATI TEGURAN-NYA...TQ FIDAH.

    ReplyDelete
  17. Sebenarnya pada hari ahad sebelum kejadian tu saya baru balik dari KB lalu jalan tu... ada plan nak balik 2 - 3 hari lagi tapi disebabkan ada hal lain terpaksa balik KL juga. Syukur sgt2...mujurlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke syukur alhamdulillah dijauhi Allah sebarang musibah...tq KK.

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”