Wednesday, 25 November 2015

RUMAH KECIL KITA...WORDLESS WEDNESDAY....

ASSALAMUALAIKUM...

RUMAH KITA...

Letak di pintu manisan mayang
kain labuh buat bertudung
Rumah itu warisan moyang
tempat berteduh tempat berlindung

Pokok melaka di dalam kota
batang berkelok diletak kaki
Rumah pusaka milik kita
sentiasa diperelok sentiasa dibaiki

Saprah hiasan siap berenda
letak di sisi tabur perada
Rumah warisan tempat bersenda
kita berkongsi apa yang ada

Senduduk ungu di tepi kolah
sayang angsana merah cerah
Rumah itu anugerah Allah
moyang membina susah payah

Sorong papan di dalam taman
anak panah dilepas jatuh
rumah warisan zaman berzaman
jangan dipunah jangan diruntuh

28 comments:

  1. Biar kecil tapi ada tempat utk berteduh. Tidak menumpang meminta-minta sebab ada hak sendiri mudah utk diurusi.

    Cantik pulak kakak tengok rumah ini. Unik kan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah kita walau kecil tetap hak kita. bagaimana menguruskan kehidupan jikalau rumah pun tiada kan kakzakie...tq.

      Delete
  2. rumah kayu dekat hutan.. sejuk suasana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah kayu dekat hutan nyaman n damai nohas....tq.

      Delete
  3. teeingat zaman dulu2 P rumah mcm ni lah kan
    best semuanya asli tk payah bee econ segala

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah kecil yg comel gini hanya dh jadi replika noor...tapi kita yg pernah diaminya selesa sekali....tq noor.

      Delete
  4. Rumah panggung yang cantik
    Ketika pagi terdengar nyanyian gelatik
    Saat malam ditimang lagu jangkrik
    Indah hilangkan rasa pelik...

    ReplyDelete
  5. tmpt berteduh panas dan hujan. walau kecil ttp menjadi pujaan.

    ReplyDelete
  6. Bersyukur kerana ada rumah untuk berteduh..

    ReplyDelete
  7. seburuk apa pun rumah kita..itu rumah kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah kita kalau buruk dicantikkan, kalau rosak diperbaiki kan yan bukan merobohkannya...tq yantie.

      Delete
  8. hebat rumah kecil itu mampu beri teduh..syukur dengan yang ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. walau kecil tetap rumah kita yg melestari kehidupan kita seadanya...tq cikgu etuza.

      Delete
  9. Alhamdulillah kita punyai tempat berteduh...

    ReplyDelete
  10. walau rumah kecil.. terdapat bahagia di dalam nya...:):)

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu atie rumah kecil xmengapa asal kita berbhgia...tq.

      Delete
  11. No matter what, no matter where, it's always home, if love is there...
    Rumah ku, syurga ku :)

    ReplyDelete
  12. No matter what, no matter where, it's always home, if love is there...
    Rumah ku, syurga ku :)

    ReplyDelete
  13. kecil takpe, asal besar dgn kebahagiaan kak..")

    ReplyDelete
  14. setuju dgn wawa..besar r kecil bukan mslhnya...tq.

    ReplyDelete
  15. apa pun jenis rumah, yg penting bersyukur kerana kita masih ada tempat berteduh. bukan berbumbungkn langit dan berlantaikan tanah

    ReplyDelete
  16. HMM...RUMAH KECIL PUN RUMAH KITA...TQ ANIES.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”