Monday, 2 November 2015

KENAPA PIPIT YANG MAKAN PADI , MERBAH PULA TERBAWA RENDONG...

ASSALAMUALAIKUM....

PANTUN-PANTUN PERIBAHASA PAK ENGKU

JAMBU BATU BUAHNYA MASAK,
DIPETIK MAHU SI KACANG BENDI,
BUAH DIINGIN SI ORANG KEDI.
BAGAI PINTU TIDAK BERPASAK,
BAGAI PERAHU TAK BERKEMUDI,
DITIUP ANGIN APAKAN JADI?
Peribahasa : Bagai pintu tak berpasak, bagai perahu tak berkemudi.
Maksudnya : Sesuatu keadaan yang membahayakan.
JAWAB BERMAIN PANDAI MENEKA,
RAJA BERSIUNG BERTEKA-TEKI;
KILAT CERMIN SUDAH KE MUKA,
KILAT BELIUNG SUDAH KE KAKI.
Peribahasa : Kilat cermin sudah ke muka, kilat beliung sudah ke kaki.
Maksudnya : Sesuatu maksud jahat yang telah diketahui.
AYAM DIDIK MAKAN DI DAIK,
AYAM JALAK KALAH BERSABUNG;
SIAPA CERDIK TINGGI NAIK,
SIAPA CALAK MENANG TERHITUNG.
Peribahasa : Siapa cerdik tinggi naik, siapa calak menang terhitung.
Maksudnya : Orang pandai yang bijak memutarbelitkan perkara sehingga
orang percaya kepadanya.
BURUNG BELATUK MATI DIREJAM,
BANGKAI DIBUANG DI JURANG TERJAL;
JANGAN DICATUK DENGAN YANG TAJAM,
JANGAN DICENCANG DENGAN YANG MAJAL.
Peribahasa : Jangan dicatuk dengan yang tajam, jangan dicencang dengan
dengan yang majal.
Maksudnya : Memberi nasihat adalah tidak baik dengan kata-kata yang
tajam melainkan dengan kata-kata yang lembut penuh
kesabaran.
DI ATAS TIANG DI TEPI BENDANG,
BURUNG BALAM MATI TAK MAKAN;
BERKATA SIANG MEMANDANG-MANDANG,
BERKATA MALAM DENGAR-DENGARKAN.
Peribahasa : Berkata siang memandang-mandang, berkata malam dengar
dengarkan.
Maksudnya : Rahsia janganlah dapat didengari orang atau diberikan kepada
setiap orang tanpa berhati-hati.
KUIH BIJAN DIBAKAR HANGIT,
BAWAH AMPAIAN LALU BUANGKAN;
HARAPKAN HUJAN DARI LANGIT,
AIR DI TEMPAYAN LALU CURAHKAN.
Peribahasa : Harapkan hujan dilangit, air di tempayan dicurahkan.
Maksudnya : Mengharapkan keuntungan yang belum tentu, keuntungan
yang sudah sedia ada disia-siakan.
KE TASIK CINI TUAN PUTERI,
NAIK BENDI BERSUKA-SUKA;
HILANG BINI BOLEH DICARI,
HILANG BUDI BADAN CELAKA.
Peribahasa : Hilang bini boleh dicari, hilang budi badan celaka.
Maksudnya : Orang yang tidak berbudi akan celaka atau malang hidupnya.
DALAM LOYANG BUAH RAMBAI,
SAMA SELOYANG SI BUAH KERDAS;
SIAPA YANG MAKAN CABAI,
DIALAH YANG BERASA PEDAS.
Peribahasa : Siapa yang makan cabai, dialah yang berasa pedas.
Maksudnya : Siapa yang terasa akan sindirin itu dialah orang yang ditujukan
sindiran itu, siapa yang berbuat kurang baik dialah yang terasa.
HALA MENUJU KE POHON TERAP,
TERTUSUK ONAK KAKI MENANTU;
CAMPAK BAJU NAMPAK KURAP,
SEPERTI ANAK KACANG HANTU.
Peribahasa : Campak baju nampak kurap, seperti anak kacang hantu.
Maksudnya : Orang-orang muda yang tidak memelihara kehormatan dirinya
ataupun kehormatan orang lain.
MATI KEBULUR SI KERBAU BALAR,
DI DALAM SELUT BADAN TERJALAR;
SAMA MENJULUR SAMA MENJALAR,
TAK SAMA BELUT DENGAN ULAR.
Peribahasa : Sama menjulur sama menjalar, lain belut lain ular.
Maksudnya : Dua orang yang bersamaan dari segi paras rupa, tingkah laku
dan gerak-gerinya tetapi amat berlainan budi pekertinya.
POKOK RAMBUTAN BERBUAH JARANG,
HENDAK DITEBANG PARNG TIADA,
RUSA DI HUTAN KANCAH TERJERANG,
BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA.
Peribahasa : 1. Rusa di hutan kancah sudah terjerang.
2. Burung terbang dipipiskan lada.
Maksudnya : 1. Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum
tentu diperolehi lagi
2. Belum tentu lagi diperolehi sudah mereka-reka akan
gunanya.
AKAR MEMBELIT BATANG KELEPUNG,
TUMBUH MELATA BERSILANG-SIUR;
REMBES DIPALIT TITIK DITAMPUNG,
ITULAH TANDA ORANG BERSYUKUR.
Peribahasa : Rembes dipalit titik ditampung.
Maksudnya : Biarpun hasilnya sedikit hendaklah diterima juga.
BIRI-BIRI MENGHILANG DIRI,
LARI KE TANJUNG TERLEPAS KEPUNG;
ADAT BERNEGERI MEMAGAR NEGERI,
ADAT BERKAMPUNG MEMAGAR KAMPUNG.
Peribahasa : Adat bernegeri memagar negeri, adat berkampong memagar
kampung.
Maksudnya : 1. Kehidupan yang tidak mementingkan diri sendiri.
2. Kesanggupan menahan hak dan kedaulatan Negara dan
tidak mementingkan diri sendiri.
DIANYAM SUMPIT TIDAK MENJADI,
MENGKUANG DIHELA KE TEPI PUNDUNG;
KENAPA PIPIT YANG MAKAN PADI,
MERBAH PULA TERBAWA RENDONG.
Peribahasa : Pipit yang makan padi, merbah terbawa rendong.
Maksudnya : Orang lain yang mendapat kesenangan, orang lain yang
menanggung akibatnya.
TUMBUH SATU POKOK LELETOP,
TEMPAT BERBATU TANAHNYA SAKA;
SATU PINTU KALAU TERTUTUP,
SEPULUH PINTU LAGI TERBUKA.
Peribahasa : Satu pintu kalau tertutup, sepuluh pintu lagi terbuka.
Maksudnya : 1. Sesuatu perkara atau rahsia yang telah terdedah dan tidak
dapat ditutup lagi.
2. Orang yang mahir berkerja, walau diberhentikan kerja
masih ada banyak lagi pekerjaan yang boleh dilakukannya.

30 comments:

  1. Wah amat mendidik dan mengkayakan bahasa dan kiasan kata..kalau pelajar SPM pasti dapat tambahan ilmu membaca nian bicara PI kali ini..sure

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq cikgu. ya kalau minat membaca mesti boleh tambah ilmu.

      Delete
  2. Wah amat mendidik dan mengkayakan bahasa dan kiasan kata..kalau pelajar SPM pasti dapat tambahan ilmu membaca nian bicara PI kali ini..sure

    ReplyDelete
  3. wah pantun kalah lah kalau saya P tak retii langsung cuma reti baca ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka baca menambah tahu oklh tu...tq noor.

      Delete
  4. Kalau tidak diberi, Ada diantaranya memang xdapat nak ditelah maksudnya. Sungguh hebat pendaharaan kata PE

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu BM lenggok bahasa sastera Melayu agak sukar difahami jika xdijelaskn tentu xtahu...tq

      Delete
  5. Assalamualaikum kak,
    Lama sungguh tak singgah ke sini...
    Alhamdulillah malam ini singgah untuk menikmati bait-bait pantun pak engku. Puitis sungguh susunan bahasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam dik ustaz...tq ingat nk singgah...pantun2 pak engku ni sgt indah n kita mndpt menafaat kerana beliau sudi mengongsinya di blog kak...tq

      Delete
  6. tak jemu baca pantun Pak Engku..sungguh tinggi nilai bahasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. indah bahasanya buat kita terpesona kan nohas...tq

      Delete
  7. pantun yg last tu menarik perhatian., rezeki ada dimana2 insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke..semuanya indah tu...rezki maha luas insyaAllah...tq wak.

      Delete
  8. Indahnya pantun kak...menuh makna tersendiri... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pantun2 peribhas yg menjelaskan maksudnya...tq atie

      Delete
  9. Replies
    1. rendong ni jenis masakan kot..mcm rendang...merbah kan boleh dimasak rendang tapi pipit tidak..tq anies.

      Delete
  10. Bait2 indah terus menusuk kalbu pembaca ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. permainan bahasa yg indah mempesona tq zumal...

      Delete
  11. Orang kita, bahasanya indah, cakapnya berkias.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahasa berkias bangsa kita perlu diteliti maksudnya...tq fidah.

      Delete
  12. Asalamualaikum kak..singgah pagi
    :-))

    ReplyDelete
  13. ada di antara peribahasa ini baru aiza tahu..

    ReplyDelete
  14. dan kita berkongsi ilmu pak engku tentang sastera Melayu kita yg unik indah...
    tq aiza.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”