Monday, 30 November 2015

BENGKEL PENULISAN DAN PENYAMPAIAN PUISI DPMP...

ASSALAMUALAIKUM...

KEPADA YANG BERMINAT MENYERTAI BENGKEL PENULISAN ANJURAN DPMP/DEWAN PERSURATAN MELAYU PAHANG DAN BERADA SEKITAR KUANTAN ATAU DI MANA SAJA BOLEHLAH HUBUNGI PENGANJURNYA SEPERTI KENYATAAN DI BAWAH INI...PI DULU-DULU JUGA ADALAH SEORANG AHLI DPMP

DAN DPMP JUGA MEMBANTU  RAMAI PENULIS YANG MENJADI AHLINYA BERJAYA DALAM BIDANG PENULISAN YANG MEREKA CEBURI....HANYA PI SAJA YANG TAK BERBAKAT SEBENARNYA SEBAGAI PENULIS...JADI TIDAKLAH TERKENAL...TAPI JADI ORANG TERKENAL NI SUSAH JUGA KAN...SENTIASA DIPERHATI...HEH..HEH..TAK PAYAHLAH PERASAN NAK FEMES PI!...



 to
PIC GOOGLE IMAGES SEKADAR HIASAN.


Salam DPMP

Perkara : BENGKEL PENULISAN DAN
MALAM PEMBACAAN PUISI
Tempat : KUANTAN 
Tarikh : 10-12 DISEMBER 2015
Peserta : 50 peserta
Anjuran : Dewan Persuratan Negeri
Pahang - Bera

Nota 1: pada yg berminat, sila hubungi Pn. Mawaddatun As-Syakirin atau saya CikguIlham Pujangga di 01111224021, wassap/pm saya butiran di bawah:
1. NAMA PENUH
2. NAMA PENA
3. KAD PENGENALAN
4. NOMBOR TALIFON (yang senang utk dihubungi)
5. ALAMAT
6. E-MAIL
Nota 2: pada yang berminat, sila bawa 5 sajak hasil tulisan sendiri.
T.kasih.
ILHAM PUJANGGA
PENGERUSI DPMP Bera

Sunday, 29 November 2015

PERJALANANKU...

ASSALAMUALAIKUM...

Cerpen:
Perjalananku.
Karya:
Paridah Ishak.

                                                    PERJALANANKU.



BAGAIMANA hendakku mula perjalananku berwisata ke benua Eropah yang  sudahku rancang sebaiknya untuk menghabiskan percutianku di musim bunga di sana? Apa pula masalah yang mendepaniku sehingga aku merasa kesulitannya memberatiku? Bukan tidak pernah pun ke sana tapi memang aku minat mengulanginya terutama pada musim bunga-bunga mengorak kelopak dan menebarkan keharumannya di setiap ruang. Sangat indah dan mendamaikan suasana alamnya  kurasakan.
 Asyik sekali melewati jalan beraspal di desa-desa tradisi Inggeris yang indah damai dengan hati digayuti kekaguman melihat epal merah hijau, peach yang hijau kuning, anggur yang merah ungu hijau juga serbaneka buah-buahan yang tidakku kenali namanya. Dan ingin kunikmati saat itu lagi setelah merasainya sekian tahun sehingga tamat pengajianku di university Manchester.
Pulang ke tanah air dengan ijazah pengurusan perniagaan tentulah aku akan berkerja dalam bidang yangku pelajari dengan sangat gigih itu. Tidak susahpun aku hendak menjawat jawatan yang penting bersangkutan bidang tersebut kerana jawatan GM/general manager memang telah tersedia untukku. Buat sementara waktu sepanjang aku meneruskan pengajianku di Manchester,  mamaku yang memangku jawatan yang Allahyarham dedi  telah wasiatkannya kepadaku. Perlulah aku mengisi ilmu di dadaku dengan perkara yang menyangkut bisnis dalam segenap aspek sebelum aku digalaskan dengan tanggung jawab menguruskan syarikat dedi yang agak terkenal di antara syarikat-syarikat terkenal di Malaysia dalam bidang alatan perubatan.
Mama yang menggalakan dedi untuk menceburi bidang ini setelah perniagaannya dalam bisnis impot ekspot kenderaan pelbagai jenis mengalami kerugian kerana persaingan sengit pemain-pemainnya yang aktif dalam bidang ini. Prospek perbekalan alatan perubatan kepada pihak hospital dan lain-lain pihak yang memerlukannya amat baik menurut mama kerana tidak ramai anak bangsa yang menceburinya.
Mamaku memang tahu soal itu kerana mamaku bergelut dalam bidangnya sebagai doktor di sebuah hospital kerajaan. Keperluan perbekalan pada alatan perubatan memang kritikal dan hanya bergantung kepada syarikat-syarikat dari luar negara semata. Apa salahnya sekiranya anak bangsa turut menyumbang sedikit kepada keperluan semasa dengan turut bergiat sama. Beberapa kilang dedi dirikan untuk memproduksi barang dagangannya yang pada mulanya hanya memenuhi keperluan alatan perubatan tempatan tapi menjangkaui pasarannya hingga ke negara luar juga justeru ada permintaannya.
Perniagaan dedi berjalan lancar dan kukuh stabil sehingga dedi meninggal dunia dalam kemalangan udara tika menghadiri majlis perkahwinan anak salah seorang sahabat perniagaannya. Cessna yang dinaiki dedi bersama mamaku terhempas di dalam belantara Bentong. Mamaku masih panjang umurnya dan ditemui selamat dalam usaha pencarian yang dilancarkan anggota keselamatan negara justeru tercampak keluar daripda Cessna sebelum Cessna itu meletup dan mengorbankan dediku dan juruterbangnya. Tragedi sadis yang menimpa dedi membuatku meratap kesedihan. Apalagi mamaku.
Bertahun-tahun juga mamaku mengalami tekanan jiwa, kemurungan lantaran kehilangan suami kecintaanya iaitu dediku. Mamaku seorang pakar psychiatris tapi jiwanya yang lemah ekoran insiden yang merentap jantungnya itu membuatnya jatuh terjelepuk.  Semakin dia memahami kondisi mereka yang mengalami masalah tekanan jiwa yang mampu dikawalnya hanya dengan bantuan ubat-ubatan. Ubat yang mampu melemahkan emosi umpama harimau yang disuntik pelali.
Seorang pesakit mamaku juga hilang kewarasannya kerana tertekan dengan tragedi kehilangan suaminya dalam insiden yang seakan sama dialami mamaku. Dan mamaku prihatin sekali dengannya lantaran diabaikan keluarganya kerana sikapnya yang suka mengamuk dan memberontak tiba-tiba meledak bagai bom jangka itu. Setelah diberi rawatan emosinya kembali normal dan dihentikan rawatannya dengan dibekali pil aneka jenis yang perlu diambil. Tapi wanita sebaya mama, pesakit jiwa mamaku itu dikembalikan semula ke hospital oleh keluarganya setelah beberapa hari saja berada di rumahnya. Begitulah perulangan kisah itu berlaku sehingga mamaku jatuh kasihan dan simpati amat terhadap pesakitnya itu.
Mamaku mengambil keputusan untuk membawa pulang aunti Syarmila ke rumah kami dengan niatnya tentulah hendak memberi rawatan terbaik yang mampu diberikan seorang doktor kepada pesakitnya yang satu itu. Menurut pemahamanku begitulah. Aunti Syarmila boleh dipulihkan kemurungan jiwa yang dialaminya dengan ubatan dan perhatian mereka yang prihatin kepada dirinya kata mamaku kepadaku. Janganlah biarkan dirinya diganggu dengan gangguan emosi yang bercelaru dalam delusi sentiasa di dunia fatamorgana yang luas tiada penghujungnya.  Walau hatinya sedih dan menangis tapi sentiasa berketawa tidak tentu masa. Berhalusinasi sambil berdialog sendirian seolah berteman dan alogia adalah petanda psikosis skizofrenia.
Skizofrenia yang dinadapi auntie Syarmila boleh diubati dengan sentiasa mengambil pil Ahalorbedol dan Akhlorbernazzin di samping cara pemakanannya yang nutrisinya adalah omega 3 dan omega 6.
Mamaku merasa dialah yang selayaknya memberi pertolongan kepada pesakit jiwa itu lantaran dia sangat memahami kondisi pesakitnya. Aku ikut saja apa keputusan mamaku kerana mamaku berhak membuat keputusan apapun yang terbaik difikirkannya. Dan aku yakin aunti Syarmila tidak akan menimbul masalah kepadaku kerana di rumah kami ada ramai pembantu.  Di dapur ada dua pembantu yang kerjanya cuma memasak dan menguruskan tentang dapur saja. Mak cik Inah dan kak Sari memang pandai memasak menu kegemaran mamaku dan keluargaku. Kak Sari asal Indonesia dan mak cik Inah pula adalah seorang saudara jauh dengan Allahyarham ayahku. Kedua-duanya amat kusenangi dan mereka juga pastinya menyenangiku.
Pengemas rumah keluargaku dua orang juga. Kedua-duanya orang Filipina. Kerja mereka tentulah mengemas saja di segenap ceruk dan penjuru untuk memastikan kekemasannya agar majikan mereka iaitu keluarga kami berpuas hati. Elli dan Eva memang pakar dengan kerja yang diberi kepada mereka.
Penjaga dan pengurus ruang halaman rumah mamaku hanya Pak Leman saja. Seorang yang pendiam dan suka menyendiri. Hanya leka melakukan pembersihan laman rumah dan menjaga pohon-pohon dan bunga-bunga yang kesemuanya adalah tanamannya.
Pemandu pula hanya seorang saja. Tugas abang Kadir hanya menghantar mamaku ke hospital dan kemana saja mamaku hendak berpergian. Sedang aku memandu sendiri sahaja  ke pejabat walau mama menyarankan kepadaku untuk menggunakan khidmat pemandu berbayar bagi memudahkan semua urusanku. Tidaklah aku perlu terkocoh-kocoh setiap pagi bergegas menghidupkan enjin terlebih dahulu untuk memanaskannya kemudian baru mempersiapkan diri seadanya sebelum bersarapan dan bertolak ke pejabat.
Lebih mudah kalau ada pemandu sendiri dan aku cuma perlu masuk kereta dan menghenyak ponggong di sit belakang dan tangan menyelak lembaran akhbar The Edge atau Financial Times. Kejora mata menyorot berita urus niaga ekonomi sedunia dengan amat selesa tanpa perluku perhatikan jem di jalan raya yang amat sibuk setiap pagi pada waktu berkerja. Yang penting sampai dengan selamat dan tepat masuk pejabat mengikut masa berkerja yang ditentukan.
Tapi itu kisah kebanyakan karyawan pejabat yang punyai kedudukan tinggi dalam organisasi mereka  yang sentiasa menarik perhatian umum namun tiada kena mengena denganku. Kalau boleh aku hanya hendak bermotosikal saja ke pejabat sesuai dengan naluri usia mudaku tapi mamaku tidak sesekali membenarkan puterinya nan seorang ini melakukannya. Bimbangkan aku kepanasan dan kehujanan atau alami kemalangan  dihimpit kenderaan besar yang menguasai jalanraya tanpa mempedulikan keselematan pemandu-pemandu kenderaan kecil samada motor atau kereta kata mamaku.
Sebelum memulakan  perjalanan mamaku mengajarku doa-doa perjalanan yang perluku hafal agar perjalananku dilindungi Allah daripada sebarang mara bahaya sehingga selamat sampai ke destinasi yang ditujui. Dan perjalananku yang lebih jauh ke benua Eropah akan ku atur tidak lama lagi. Tapi!
Ada rasa termengkelan dan kemusykilan yang menyesak rongga rentetan frasa pendek itu. Auntie Syarmila menimbulkan gara-gara pula. Aku pula yang menjadi tidak keruan dibuatnya. Sedang mamaku yang sepatutnya berada di sisiku untuk membantu menyeselesaikan permasalahan auntie Syarmila tidak ada kerana sedang mengikuti kursus mengenai kerjaya yang sedang dipraktikkannya di sebuah pusat perubatan yang terkenal  di India.
Auntie Syarmila sering mengganggu kerja-kerja kak Suri dan mak cik Inah di dapur secara dengan pantas mengambil pisau yang digunakannya untuk meracik apa saja. Jikalau dilarang sikapnya bertukar agresif dan menakutkan sekali adu mereka kepadaku. Membuatkan kedua-dua tukang masak itu tidak berani berada di dapur kerana risaukan keselamatan diri sekiranya aunti Syarmila tiba-tiba mengamuk menggunakan peralatan dapur yang kebanyakannya tajam dan perlu dikendali sebaiknya. Memasak tentulah menggunakan api dan tabung gas yang menyalurkan api ke dapur bolehjuga menyebabkan kebakaran banglo  besar di pinggir kota itu sekiranya aunti Syarmila bermain-main dengan api di dapur.
Sudahnya pintu dapur sentiasa perlu dikunci ketika kedua-dua pembantu dapur itu mahu memasak atau meninggalkannya. Ruang dapur tidak lagi tempat yang menyelesakan buat kak suri dan mak cik Inah seperti yang dirasakan mereka selama ini.
Kala malam pula auntie Syarmila kelihatan susah hendak lelapkan mata dan dia menghala langkahnya ke segenap ruang sambil tangannya membongkar apa saja dan menyepahkannya di lantai. Habis berserak buku-buku di library mama dan Allahyarham dediku digeledah dan dilambakkannya merata. Merungut pula Eva dan Elly kepadaku kerana aunti Syarmila menyebabkan kerja-kerja yang mereka perlu buat bertambah banyak. Aku cuba memahami masalah mereka dan ligat memikirkan solusi kepada permasalahan  aunti Syarmila ini. Kenapa agaknya aunti Syarmila berperangai begitu? Sepanjang ada mamaku tidak pula sikapnya menyusahkan sesiapa. Nampaknya tenang dan normal saja. Mungkin barangkali auntie Syarmila tidak mengambil ubat-ubat sebetulnya mengikut jadual. Jikalau ada mamaku pasti mamaku akan sentiasa mengingatkannya. Keperluan kepada ubat yang mengawal kecelaruan emosi pesakit mamaku itu ternyata begitu penting.
 Tiada mamaku tiada sesiapa yang memerhatikan keadaan auntie Syarmila. Hendak diharapkan aku sukar juga. Masa sentiasa mencemburui dan aku terpaksa berkejar dengan masa lantaran kesibukan mengendalikan syarikat peninggalan dediku. Seawal 7.00 pagi sudah ke pejabat dan pulang keletihan kadangkala lewat malam. Masaku untuk memberi  sedikit perhatian kepada autie Syarmila kurasa tidak ada. Aku cuma mengharapkan pembantu-pembantuku di rumah sepanjang ketiadaanku dan mamaku menguruskan apa saja masalah aunti Syarmila. Tapi sebaliknya pula jadinya.
Terpaksalah aku menyerah kalah kerana aku tidak mampu menjadi sebaik mamaku dalam mengurusi seorang skizofrenia. Aku pun bukan mamaku yang sangat arif dan pakar dalam kerjaya yang dijiwainya selama ini. Keputusan yang kuambil untuk kemasylahatan auntie Syarmila dan semua yang berada di bawah tanggungjawabku tentu mamaku akan mempersoalkannya.
“Kenapa kembalikan aunti Syarmila kepada keluarganya? “
“Kan mereka itu keluarganya terdekat. Kenapa mama dan kita pula yang perlu menjaga aunti Syarmila. Sedang mereka senang-senang saja lepas tangan. Tugas mama tu mama perlu selesaikan di hospital saja, kenapa perlu mama bawa pulang ke rumah pula?”
“Sebenarnya kau langsung tak faham apa yang mama sedang lakukan sebagai tanggungjawab mama sesama manusia dan amal kebajikan mama demi Allah Sayang.”
“Ish! Mama ni ada saja.”
“Sayang nak tahu ya? Biar mama jelaskan.”
Penjelasan mamaku dinantikan aku dengan sabar.
“Auntie Syarmila seorang yang baik. Sebenarnya dia kawan mama juga walau tidak terlalu rapat. Dia tidak minta ditakdirkan begitu namun ketentuan Allah tidak mampu untuk kita duga bagaimana bentuknya yang terjatuh di lorong hidup kita hari ini atau keesokannya. Peranan kita sebagai hamba-hamba-Nya adalah membantu setakat terdaya untuk meringankan bebanan yang mereka tanggung. Mama ingin membantu auntie Syarmila kembali kepada kehidupannya sediakala dengan bantuan ubatan yang ditentukan dan perhatian.
 Keadaan dirinya yang alami serangan sakit saraf mental tidak boleh dibiarkan. Ramai pesakit skizofrenia yang telah pulih dan kembali normal menjalani kehidupan seperti ramai yang lain. Sakit mental pun seperti sakit-sakit yang lain juga yang perlu diubati untuk kesembuhannya Sayang! Cepat atau lambat pemulihannya tergantung kepada kita yang berusaha dengan izin Allah jua. Setiap kita yang berusaha pasti ada kejayaannya.
Mama dulupun berusaha keras untuk hidup di tengah belantara seorang diri kala eksiden Cessna berlaku dengan tidak putus-putus berdoa kepada-Nya agar mama dapat kembali menemui Sayang dan semua yang mama sayang. Hanya kuat bergantung dengan tali-Nya sesungguh hati.”
Mama terkedu. Sebak di dadanya yang beriak di wajahnya yang pilu sayu membuatku drastic memeluknya. Mama pasti teramat sedih mengenangkan pengalaman yang menyebabkannya trauma yang masih berbekas di hatinya. Apalagi insiden penuh tragik itu mengorbankan dediku, suami kecintaannya. Air mata kelihatan bergenang bening di kelopak mata mamaku namun tidak tumpah.
Tiada bicara lagi bagai malaikat lalu kata orang dulu-dulu. Mamaku sedang berusaha menenangkan jiwanya yang berkocak tiba-tiba. Menyesal pula aku bertindak bodoh tanpa pengetahuan mamaku terlebih dahulu terhadap aunti Syarmila.
“Sayang minta maaf banyak-banyak ya mama. Kalau mama masih mahu merawat aunti Syarmila di rumah kita, Sayang boleh minta abang Kadir mengambil aunti dari rumah keluarganya.”
“Tak mengapalah sayang. Mungkin aunti Syarmila juga rindu untuk kembali ke rumahnya dan bersama keluarganya. Kita tengoklah dulu bagaimana perkembangan hidupnya selanjutnya sementara ini.”
Mama menggenggam tanganku erat dan kejora matanya menikam wajahku.
“Mama rasa hendak berehat pula sebelum hujung tahun ini dan berhajat mengerjakan umrah di tanah suci.”
“Elok juga mama bercuti sambil merehatkan diri. Selama ini mama asyik berkerja saja.”
“Sayang mahukah temankan mama.?”
“Sayang bercadang hendak ke Manchester sambil keliling Eropah hujung Disember ini.”
“Kan sudah selalu Sayang keliling Eropah semasa menuntut di sana dulu? Buat apa nak ke sana lagi? Mama rasa Sayang tidak pernah lagi ke tnah suci Mekah.  Mama dan dedi selalu juga ke sana tika Sayang sedang belajar di Manchester dan merasa terkilan tidak dapat membawa Sayang bersama.”
Aku merasa amat berat hati hendak menolak permintaan mamaku ini walau aku rasa mamaku amat mengerti jika alasan yang kureka boleh diterimanya. Dan tidak memaksaku mengikutinya.
“Kita ke sana bertamu ke rumah Pencipta kita. Kenapa tidak mahu pula. Di sana kita terlalu dekat dengan Dia walau dimana saja kita dekat dengan-Nya tapi di tanah suci yang kita jejak kaki lebih istimewa lagi. Sambil kita beribadat dengan banyak memohon doa Allah meredai kita, mengampuni semua dosa-dosa kita yang telah lalu, yang tersembunyi atau yang tidak kita ketahui dan semua amal ibadah kita diterima-Nya, bolehlah kita melawat peninggalan sejarah rasullullah saw menyebarkan syiar Islam dengan penuh kesukaran.”
Mama memelukku erat. Kehangatan kasih sayangnya kurasakan menyerap hatiku.
“Jom temankan mama ya. Sekali Sayang sudah ke sana Sayang pasti akan sentiasa hendak mengulanginya berkali-kali. Dan mungkin terlupa hendak ke Eropah, Amerika, Jepun, China dan serata tempat indah di dunia yang telah Sayang kunjungi selama  ini.”
Teruja mendengar kata-kata lunak syahdu mamaku membuatku membatal hasratku berwisata ke Eropah seperti rencanaku pada mulanya. Rupanya bukan aku seorang yang mam ajak menemani perjalanannya ke tanah suci Mekah. Seisi rumah kami termasuk kak Suri, mak cik Inah, abang Kadir, Pak Leman pun ikut sekali. Elli dan Eva tidak ikut kerana mereka pulang bercuti ke Zamboanga Filipina kampung halaman mereka.
Mamaku tidak lokek berkongsi rezeki dengan mereka yang selama ini berkhidmat dengan jujur kepadanya dan keluarga kami dengan tidak hanya mengaut seorang rasa bahagia beribadat sambil berziarah ke tanah suci. Tapi turut diberi kepada mereka yang tidak mampu melangsaikan niat suci berumrah ke tanah suci kerana masalah kewangan. Dan baruku tahu pula bahawa kak Suri, mak cik Inah, abang Kadir dan pak Leman adalah bekas pesakit skizofrenia yang pulih dirawati mama dengan izin-Nya jua. Subhanallah! Maha suci Allah.

Tamat.
 


Saturday, 28 November 2015

PULUT MANGGA THAI...

ASSALAMUALAIKUM...

LA NI DAH MUSIM MANGGA KAN...KALAU ADA POKOK MANGGA DI TEPI RUMAH BOLEH DIPETIK SAJA UNTUK DIBUAT SARAPAN BERSAMA PULUT ESOK PAGI...TENTULAH KENA DIAMBIL BUAH YANG MASAK MANIS RASANYA UNTUK DIMAKAN BERSAMA PULUT LEMAK...BUKANNYA MANGGA MASAK TAPI MASAM RASANYA...KALAU DAPAT MANGGA HARUM MANIS TERAMATLAH SEDAPNYA...

NAK MAKAN PULUT BERSAMA MANGGA KENALAH TANAK PULUTNYA...TAK SUSAH PUN.




Pulut Mangga Thai
Bahan-bahan
2 biji mangga - potong ikut suka
250gm beras pulut - rendam semalaman atau 4 jam
100ml santan + 1/4 sudu teh garam
2 helai daun pandan - carikan
Sos santan
150ml santan KARA
150ml air
4 sudu besar gula perang
1/4 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
4 sudu kecil tepung jagung larutkan dgn sedikit air
Cara-cara :
1. Tos pulut dan kukus selama 15 minit. Angkat dan masukkan ke dalam bekas.
2. Gaul bersama santan hingga rata. Masukkan kembali ke dalam pengukus bersama daun pandan.
3. Kukus semula selama 20 minit atau hingga masak.
4. Sos santan : Satukan semua bahan kecuali tepung jagung. Masak hingga gula larut. Kemudian masukkan tepung jagung dan masak hingga sos nampak pekat.
5. Hidangkan pulut bersama mangga dan sos santan.

Kongsi resepi bonda fb.

BINTANG DI LANGIT DAPAT DIBILANG TAPI TAK SEDAR MUKANYA ARANG.

ASSALAMUALAIKUM...

Dalam kehidupan di dunia ini adalah lumrah akan ada orang yang kerjanya suka mencari kesalahan orang lain sahaja. Suka mengintai keburukan atau keaiban orang tanpa pernah mahu memandang ke dalam diri sendiri. Mereka akan hanya nampak kesalahan orang lain. Kesalahan sendiri langsung dia tidak nampak. 

Bak kata perbidalan, "Pacak mencerca biduk orang, biduk sendiri tidak terkayuh." Ada juga yang jenis suka menegur kesalahan orang tetapi kesalahan sendiri yang lebih besar tidak disedari. Ibarat kata perbidalan, " Bintang di langit dapat dibilang, tetapi tak sedar di mukanya arang!" Satu kumpulan lagi adalah jenis yang sering melihat kesalahan atau keburukan orang lain walau sekecil mana pun. Namun kesalahan besar yang di lakukannya, dia tak nampak. 

Tak ubah seperti kata perbidalan, "Kuman atau tungau di seberang laut, nampak, gajah di depan mata atau gajah di pelupuk atau bertengger di pelupuk mata, tiada nampak." Jadi janganlah kita suka menuding jari atas kesalahan atau keburukan orang lain kerana tanpa kita sedari tiga jari menuding ke arah kita. Sering-seringlah kita cerminkan diri kita sebelum kita memperkatakan akan kesalahan atau keburukan orang lain. Kita bukanlah insan yang sempura. Ada kekurangan dan kelemahannya. Renungkan dan fikir-fikirkanlah...



Kata orang tua-tua, "Kalau mengira dari satu, Kalau mengeja dari alif.
Apa pun yang kita hendak lakukan ikutlah adat dan peraturan. Jangan
main hentam keromo sahaja... Sedikit nasihat buat kawan-kawan semua.
Renungkan dan fikir-fikirkanlah....


Friday, 27 November 2015

SEGMEN APAKAH SAYA?

ASSALAMUALAIKUM...JOM RAMAI-RAMAI KITA SERTAI SEGMEN ANJURAN BLOGGER FIDA Z Ein

Segmen Apakah Saya...?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya terasa nak buat segmen ini dengan tiba-tiba sahaja....
Tujuannya nak menambah kenalan dan juga di sebaliknya adalah Follower.

Nak tengok siapa yang boleh cari Apakah Saya...? Kena tengok dalam gambar yang dimaksudkan. Hanya 10 tekaan yang pertama akan dapat cenderahati. Selain itu, semua blog blogger yang menyertai segmen ini akan tersenarai dalam bloglist khas bagi segmen ini. 
Bermula 4 Dis 2015 sehingga 31 Disember 2015.

Caranya...

  1. Wajib Follow Blog Saya.... Fida Z Ein
  2. Kemudian Buat Satu Entri. Tajuknya : Segmen Apakah Saya...?
  3. Klik Entri Saya yang Bertajuk Lukisan Di Batang Pokok ? Ada ke...?
  4. Cari Gambar yang Saya Maksudkan. Pastikan Gambar Tersebut Adalah Betul.
  5. Salin (Copy) Gambar Tersebut Ke Dalam Entri dan Jangan Lupa Backlinks Ke Entri Ini.
  6. Hanya 10 Penyertaan Terawal Dengan Jawapan yang Betul Akan Mendapat Hadiah Cenderahati....
  7. Bermula 27 Nov 2015 sehingga 3 Dis 2015.
  8. Pengumuman Pemenang Adalah Pada 5 Dis 2015.



Terima Kasih

Thursday, 26 November 2015

PENGHUNI SYURGA DAN NERAKA...

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT YANG MULIA...


RASULLULLAH S.A.W.

BERSABDA...

:"Mahukah kamu ku beritahu tentang penghuni syurga?"
Para sahabat menjawab, "Tentu (wahai Rasullullah)"
Lalu Rasullullah bersabda, "(Penghuni syurga adalah) orang yang lemah lagi direndahkan orang lain.
Kalau dia bersumpah (berdoa) kepada ALLAH nescaya ALLAH kabulkan doanya..

"Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang penghuni neraka?"
Para sahabat menjawab, "Tentu (wahai Rasullullah)'"
Lalu Rasullullah bersabda, " (Penghuni neraka adalah) orang yang keras kepala, berbuat sesukka hati (kasar)
lagi sombong perangainya.

Hadiis riwayat Bukhari dan Muslm


MEMUKAT IKAN SEBELUM BANJIR MELANDA...

ASSALAMUALAIKUM...

HUJAN SEMAKIN KERAP TURUN DENGAN LEBATNYA....DAN PENGUSAHA KOLAM IKAN SUDAH BERSEDIA DENGAN TINDAKAN YANG SEPATUTNYA SEGERA DI AMBIL...
TIDAK BOLEH LAGI MEMBIARKAN IKAN DI KOLAM TANPA MENGELUARKANNYA...
DIBUATNYA HUJAN LEBAT MENYEBABKAN BANJIR TENTU HABIS IKAN-IKAN ITU DIBAWA AIR ENTAH KE MANA.










PIC FB DIKNA/SEKULEY KOPI.

IKAN TALAPIA YANG SUDAH BESAR DAN MEMANG SEPATUTNYA DIKUTIP HASILNYA.
SEDAP NI DIMASAK ANEKA RESEPI KESUKAAN.
GORENG PUN SEDAP KAN...



IKAN TILAPIA MERAH GORENG ANEKA RASA


BAHAN BAHANNYA
5 ekor ikan tilapia merah
1 labu bawang besar dihiris
2 batang serai dihiris
15 biji cili padi dihiris
2 biji tomato dibelah2
4 - 5 helai daun limau purut dicarik2
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos ikan
1 sudu makan gula
CARA MEMASAK
Goreng ikan sehingga garing dan ketepikan dulu
Panaskan 3 sudu makan minyak masak dan tumiskan semua bahan yang dihiris halus sehingga kekuning2an dan naik bau
Masukkan sos tiram dan sos ikan dan kacau2kan
Diikuti buah tomato dan daun limau purut dan tunggu sebentar
Akhir sekali baru masukkan gula & sedikit garam (jika perlu)
Apabila sudah sebati rasanya boleh la ditutup api dan tuangkan ke atas ikan yang sudah digoreng tadi

RESEPI PENTERNAK IKAN TAMBUNAN.

PIC DAPUR MAKLONG.BLOGSPOT.

Wednesday, 25 November 2015

SULTAN YANG MENYAMAR...

ASSALAMUALAIKUM....

BANJIR YANG MELANDA NEGERI TANAH SERENDAH SEKEBUN BUNGA ITU MELIBATKAN RAMAI YANG MENJADI MANGSA....PERTOLONGAN DAN BANTUAN DARIPADA BANYAK DAN PIHAK DAN MEREKA YANG AMAT PRIHATIN KEPADA MANGSA YANG BANYAK KEHILANGAN HARTA BENDA DAN SEMANGAT HIDUP LANTARAN TRAGEDI TERSEBUT SEGERA DIBERI..

SEORANG MEJOR TENTERA MEMBERI ARAHAN KEPADA ANGGOTA PENYELAMAT TERMASUK ORANG AWAM YANG RINGAN TULANG MENGHULUR PERTOLONGAN MENYELAMATKAN MANGSA-MANGSA BANJIR.

SETELAH SELESAI SEGALA KERJA YANG PATUT DILAKUKAN BEREHATLAH MEREKA SAMBIL MENJAMU SELERA DENGAN MAKANAN YANG DISEDIAKAN PIHAK YANG SUKACITA MEMBERI.

SEORANG LELAKI MENEGUR LELAKI YANG BERERJASAMA DENGANNYA DALAM BANYAK MEMBUAT KERJA-KERJA DI SITU.

+ABANG NI ORANG MANA?
-ORANG SINI JUGA.
+RUPA ABANG NI MACAM TUANKU!

LELAKI YANG DITANYA ITU TERSENYUM SAJA SAMBIL MEMELUKNYA...

SETELAH MENYEDARI BAHAWA YANG DITANYA SEMEMANGNYA BAGINDA SULTAN MUHAMMAD V SULTAN KELANTAN DIA MEMOHON BERBANYAK MAAF.

.DAN MAJOR YANG BANYAK MEMBERI ARAHAN ITI TERKEDU PULA...TIDAK TAHU LAGI HENDAK MEMBERI APA-APA ARAHAN.

Kisah Sultan menyamar seperti 'orang biasa' bantu rakyat jadi bualan
Tindakan Sultan Muhammad V mendapat pujian dan menjadi kebanggaan anak Kelantan.
KUALA LUMPUR: Di media sosial, rata-rata memuji sikap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mencemar duli membantu mangsa banjir tanpa sebarang protokol rasmi.

Kisah Sultan Muhammad V disebut ramai dek kerana kesanggupan Baginda turun padang tanpa ada pemberita mahupun pengiring.

Menurut sumber, rakyat sendiri tidak menyedari kehadiran Baginda kerana dilihat ‘seperti orang biasa’ ketika membantu mangsa banjir

ASTRO AWANI.

RUMAH KECIL KITA...WORDLESS WEDNESDAY....

ASSALAMUALAIKUM...

RUMAH KITA...

Letak di pintu manisan mayang
kain labuh buat bertudung
Rumah itu warisan moyang
tempat berteduh tempat berlindung

Pokok melaka di dalam kota
batang berkelok diletak kaki
Rumah pusaka milik kita
sentiasa diperelok sentiasa dibaiki

Saprah hiasan siap berenda
letak di sisi tabur perada
Rumah warisan tempat bersenda
kita berkongsi apa yang ada

Senduduk ungu di tepi kolah
sayang angsana merah cerah
Rumah itu anugerah Allah
moyang membina susah payah

Sorong papan di dalam taman
anak panah dilepas jatuh
rumah warisan zaman berzaman
jangan dipunah jangan diruntuh

Tuesday, 24 November 2015

KENALI ID ORKID KITA..

ASSALAMUALAIKUM...

MOTH /BUTTERFLY ORCHIDS

MOTH ORKID ATAU PHLAENOPSIS ADALAH ORKID YANG BANYAK TERDAPAT DI MANA-MANA NURSERI...BUNGANYA CANTIK DENGAN BENTUK KELOPAK BERBEZA SEAKAN RERAMA BERAYUN DI POHON DENGAN DAUN YANG PENDEK DI POHON RENDAH.




DENDROBIUM ORHIDS


Dendrobium adalah merupakan antara genera okid yang terbanyak di dunia. Harganya juga murah dibandingkan dengan orkid-orkid lain di pasaran. Kita boleh mendapatkan sepasu Dendrobium yang sedang mekar berbunga dalam berbagai warna dan corak dengan hanya RM 15 sahaja. Dengan sebab itulah juga kita akan dapati Dendrobium banyak menjadi hiasan di kebanyakan rumah di Malaysia di samping penjagaannya yang sangat minima dibandingkan dengan orkid-orkid yang lain.
Walaupun bunganya kelihatan seakan-akan Moth Orchid, namun saiz kelopak bunganya tidak sekata besarnya seperti dalam Moth Orchid. Namun begitu kita dapat mengecam Dendrobium Orchid melalui batangnya yang tinggi dan daun yang tumbuh di sepanjang bahagian atas batangnya. Tangkai bunga akan keluar dari celah-celah daun di sepanjang batangnya.

CATTLEYA ORCHIDS

Cattleya memang terkenal kerana bunganya yang sangat besar jika dibandingkan dengan orkid yang lain. Di samping itu bentuk bunganya juga memang berlainan dengan bunga orkid jenis yang lain kerana Cattleya mempunyai lenggang lenggok di bahagian tepi bunga seperti renda baju. Renda ini membuatkan Cattleya kelihatan sangat cantik dan bergaya sekali. Dengan itu Cattleya juga dikenali sebagai QUEEN OF ORCHID.
MASDEVALLIA ORCHIDS

Ciri utama bunganya yang sangat berlainan dari orkid yang lain ialah tiga kelopak yang bercantum di bahagian dasarnya. Ketika bunga ini tidak kembang, Masdevallia Orchids kelihatan seperti pokok bunga biasa sahaja.
REED STEM EPIDENDRUM 

Biasanya bunga orkid akan keluar di sepanjang tangkai bunganya. Berlainan dengan bunga Reed Stem Epidendrum yang mana bunganya tumbuh sekelompok di hujung batang dan membentuk bulatan. Satu lagi ciri yang istimewa pada bunga orkid Reed Stem Epidendrum ialah bentuk CLOWN FACE. Pada sesetengah bunga nampak begitu jelas sekali.
LYCASTE ORCHIDS

Lycaste orkid mempunyai bunga yang berlilin, berbeza dengan bunga orkid yang lain. Di samping itu bunganya sangat tahan lama dan terdapat dalam berbagai-bagai warna. Tidak seperti bunga orkid yang lain, bunga orkid ini mempunyai bauan tersendiri. Ada yang berbau seperti lemon dan ada juga yang berbau seperti kulit kayu manis dan sebagainya. Kesemua bunga orkid Lycaste mempunyai 3 kelopak sahaja. Kesemua ciri-ciri yang telah disebut ini membolehkan kita mengenali Lycaste dengan senang.
SLIPPER ORCHIDS

ORKID SELIPER CANTIK BUNGANYA DAN ADA KANTUNG YANG BOLEH MEMERANGKAP SERANGGA YANG MENYERANGNYA..TAPI MENDEBUNGAKANNYA.
Paphiopedilum sanderianum
PAPHIDELIUN JUGA DARI JENIS SLIPPER ORCHID..KELOPAKNYA UNIK DAN KELOPAK KIRI KANAN SANGAT PANJANG HINGGA CAPAI SATU METER....ORKID INI TUMBUH DI GUNUNG MULU NATIONAL PARK SERAWAK.



hafidzyoungscientist.blogspot.com/
PIC SALOMA NURSERI
KELAB ORKID KELANTAN
PONDOK PERAWATAN ANGGERIK.

NEGARA KITA HAK KITA...

ASSALAMUALAIKUM...



Sultan Brunei " Ini Negara Saya, Jangan Berani Masuk Campur Hal Negara Saya " | CNN & media Barat kini sibuk mengancam Brunei disebabkan pelaksanaan Undang-undang Syariah. Mereka memboikot semua hotel & kepentingan Brunei.
Berikut adalah jawapan kerajaan Brunei kepada mereka:
“DALAM negara2 kamu, kamu mengamalkan kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan beragama & lain-lain. Ianya di dalm Perlembagaan kamu, ianya sistem politik kamu, identiti negara kamu, hak kamu, aturan cara hidup kamu...
“Dalam negara saya, kami mempraktikkan kemelayuan, Islamik, sistem Monarki & kami akn mula mengamalkan Undang2 Islam, Undang-undang Syariah. Islam berada di dalm Perlembagaan kami, identiti negara kami, hak kami, aturan cara hidup kami...
“Kami mgkin menjumpai kelopongan2 dalam undang-undang & sistem keadilan kamu & kamu mgkin menjumpai kelopongan2 pada kami pula, akn tetapi ini adalah Negara kami...
“Seperti mana kamu mengamalkan hak kamu utuk Gay & lain-lain. Kamu lakukannya utk dunia ini yg kamu diami sekarang, sdg kami mengamalkan hak kami menjadi Muslim utuk dunia ini & dunia selepasnya. Ini adalah Negara Islam yg mengamalkan Undang-undang Islam...
“Mengapa tidak kamu risaukan anak2 kamu yangg ditembak di sekolah-sekolah kamu, penjara kamu yg gagal menempatkan orang-orang yg tertuduh, kadar ketinggian jenayah & DUIs, kadar bunuh diri & pengguguran yg tinggi & apa-apa yg patut dirisaukan DI SANA. Banyak agama yg menentang Homoseksualiti, ianya bkan sesuatu yg baru....
“Saat kamu mendengar bahawa Islam & Muslim membuat pendirian & meneguhkan kepercayaan mereka, kamu menghakimi, kamu memboikot, kamu katakan ianya salah, ianya bodoh, ianya kejam. Sekali lagi, pergilah kepada kebimbangan yg kamu patut tumpukan pada yg tlh saya beritahu sebelum ini...
“Tidak salahkah membenarkan senjata-senjata membunuh, tidak salahkah membenarkan bayi yg belum lahir dibunuh, tidak salahkah membenarkan gaya hidup yg membawa pada AIDS & kerencatan pada generasi baru??
“Mengapa terlalu risaukan tntg apa yg terjadi di sini, di dlm negara Islam sdg kamu tidak pun membuka mata tentang apa yg berlaku di Syria, Bosnia, Rohingnya, Palestin & lain-lain. Ribuan terbunuh di sana & kamu masih tidak peduli, tiada seorang pun yg terbunuh di sini di bawah Undang-undang Syariah & kamu kecoh menggembar-gemburkan ia, walaupun penduduk di sini yg secara langsung terkesan darinya, menerimanya dgn aman...
“Hukuman mungkin sedikit keras, tidak bermakna ianya mudah utk dilaksanakan. Di sana ada proses-proses yg perlu dijalani sebelum bleh disabit bersalah. Kami baik-baik saja dengannya, malah gembira.”
OLEH | Ke bawah Duli Yg Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien | SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
TAKBIR!!!
dimalaysia kuasa raja2 disekat.
pihak mana yang sekat?
bila disekat ada yang tunjuk jora.
jilaker!!
islam itu indah
islam itu mudah
islam memerintah
bukan diperintah

LIPAS KUDUNG.

RERAMA HIJAU...

ASSALAMUALAIKUM...

RERAMA HIJAU.
KARYA:
PARIDAH ISHAK. 


Pic google images.
IA hinggap dibahuku sambil mengepak sayap tipisnya yang kecil. Hijau warnanya. Keseluruhannya hijau yang berkemilau. Seakan sebati ronanya dengan kehijauan alam yang sedang melingkungiku nuansanya yang terlalu luas  mandalanya. Inginku sentuhinya lunak agar tidak mengejutkannya namun pantas pula ia berterbangan meninggalkanku dan hinggap pula di dedaunan hijau gelap yang rantingnya melempai menyentuhi kali yang mengalir jernih mencelahi batu-batu besar kecil yang tidak sekata rupa bentuknya dan tidak tersusun. Lanskap alam semula jadi yang indah lagi damai persekitarannya.
Kemana pula hilangmu rarama hijau? Kau yang membawa aku mengikutimu hingga ke sini dan kini kau meninggalkan aku pula. Janganlah begitu! Janganlah tinggalkan aku sendirian di rimba belantara yang asing ini. Temanilah aku aduhai rerama hijau! Walau sebenarnya kau langsung tidak ada kaitan dengan langkah yangku atur untuk mengikutimu hingga ke sini. Barangkali juga kerana hatiku ralit sekali mengarang puisi tentang rimba ini. Puisi yang belum sempat kufikirkan tajuknya ini.
Indah taman rimbaku
menghantar lelah, bermain perah
mengutip merah saga
sesekali terlena, di bawah rendang tembusu.

Aku sering ke rimba ini,
mencari dedaun herba
kembang semangkuk, tongkat ali
menyusuri banir jejawi
bersirat akarnya hingga ke tepian paya.

Keruing, halban, tualang menjulang
nectar bunga, tumpuan lebah dan kelulut
menghimpun manis madu
riang tempua terbang kembali ke sarang.

Pesona flora aneka warna
melayut kemboja, kenanga
harum tanjung menyebar wangi
anggerik menumpang di dahan
meliuk-lambai dalam senyum
beralun membelai bayu.

Denai dan lorong meniti rimba
laluan fauna, kecil dan besar
kembara kehidupan penghuninya
harus kita lestarikan
kerana kita juga
ingin mengongsi rezeki milik-Nya. 

Dan rerama yang mengepak sayap kecilnya mengiringi langkah yangku atur dan tidak

kutahu kemana hala destinasinya.


Rerama terbang membawa indah
warna-warni kepaknya
ke rimbun hutan dara
menghisap madu.

Rerama itu pernah hinggap
di sanggul nostalgiaku
memberi kemilau bahagia
memberi dalamnya luka.

Rerama semakin terbang jauh
ditelan rimba dara
meninggalkan aku di ranjang rindu
dan aku sering menyelak kembali
lembar silam itu.

“Taman herba ini bersambung dengan hutan simpan bersebelahan,  jadi kamu semua jangan dibawa langkah dan tidak sedar hingga lepas ke sana. Mesti sentiasa bersama kumpulan mencari sepesis herba yang ditentukan kepada kamu semua untuk dibuat ujikaji di makmal bila kita pulang ke kampus nanti.” Pesan Prof Madya Dr. Azmir itu kepada semua bakal pharmasis yang mengikuti rombongan untuk melakukan tugasan pharmacognosy mengkaji ubatan herba yang akan menambah kredit dalam cgpa ini memang  sangatku ingati.

Tapi entah kenapa kakiku boleh menyasar jauh mengikuti rerama hijau hingga di tempat keberadaanku kini.

Setelah aku tidak mendengar lagi suara rakan-rakanku yang rabung bertanya itu ini kepada Pak Mahat yang menjadi penjaga kepada taman herba ini mengenai maklumat sepesis herba yang ditemui barulah aku menyedari bahawa aku telah terpisah jauh daripada mereka. Mungkinkah aku telah tersesat? Mungkin rerama hijau ini yang menyesatkan aku kerana aku teruja melihat keindahannya di samping aku taksub mencari tumbuhan herba yang aneka jenisnya yang sudah berada di dalam genggaman tanganku.
Terngiang-ngiang di deria dengarku penerangan pak Mahat tentang kegunaan ubatan secara tradisi tumbuhan ekor tupai, ekor tikus,embun tengahari, ganda suli, geli-geli,gelenggang pasir, gelenggang nasi, gelenggang padang, gepur batu, getam guri dan berjenis-jenis lagi. Ada yang tumbuh merenek. Ada yang tumbuh melata dan menjalar. Ada juga yang merimbun menjadi pohon tinggi berdaun, berbunga cantik seperti siantan, hari ini esok dan semalam, gadis lompat dan pelbagai namanya yang sangat unik, indah dan baru kuketahui hari ini. Begitu kayanya perbendaharaan bahasa Melayu yang meliputi penggunaannya mencakupi seluruh keperluan kita tanpa perlu ada pengulangan kata untuk menjelaskan maksudnya yang berbeza.
“Pokok herba ni apa pula nilai perubatannya?”
“Eh! Ini pokok gandarusa. Gandarusa ni orang dulu-dulu kita gunakannya untuk menghalau hantu?” yakin sekali pak Mahat menuturkan kalimatnya. Khalid, Syafiq, Ariff, Jagjit, Tony, Nathan dan Swee Lin, masing-masing tersenyum sedikit. Mungkin memikirkan bagaimana hendak menulisnya tentang herba gandarusa putih, gandarusa kuning dan gandarusa hijau di dalam kertas tugasan ujikaji yang akan dihantar kepada penyelia tugasan kelak. 
“Nampaknya dah banyak contoh sepsis herba untuk kita gunakan di makmal yang dah kita dapatkan. Bolehlah kita berehat sekejap sementara menunggu Dr. Azmir yang dah hilang entah ke mana tu!” Syafiq mulai melabuh punggungnya di banir pohon jejawi yang merimbun dan akarnya menyelirat hingga ke alur air kecil. Di pohon jejawi ini tempat kediaman sepsis alam halus yang tidak nampak dengan mata kasar; aku teringat cerita atok kepadaku. Melangut ke atas terlihat kepadaku betapa daun-daunnya yang sangat rapat bertautan antaranya sehingga tidak ada jalur cahaya yang mampu menembusinya. Di bawahnya redup sekali dan selesa duduk berehat melepaskan kepenatan yang meresapi tubuh. Rasanya usia pohon jejawi ini sudah sangat tua dan melebehi ratusan tahun.

“Kau nak ke mana pula tu? Duduk saja di sini berkumpul sekali. Tak payah nak berpecah. Bimbang tersesat risau pula. Kita pun bukan biasa dengan tempat ni. Pak Mahat pun dah pergi menyusul Dr. Azmir tu.”
“Aku nak ke belakang pokok ni saja. Mana tahu mungkin terjumpa daun herba yang lebih hebat nilai perubatannya daripada yang kita ada ni. Kau tak dengar kata Swee Lin tadi bahawa herba-herba Melayu ni tidaklah setanding herba-herba daripada negara China seperti ginseng, ganoderma dan yang lain-lain. Hanya biasa-biasa saja. Jadi aku nak cubalah tengok di sebelah sini mungkin terjumpa apa yang aku cari. Pasti hebat penemuanku dan ujikaji yang kita akan buat nanti.”
“Ikut suka kaulah. Tapi jangan pergi jauh.”
‘Iyalah Syafiq.’
Syafiq sudah pasti tidak mendengar suara hati yang menggema dalam ruang kalbuku ini tapi aku yakin kawan rapatku itu memahamiku. Kami memang saling kenal sejak mula mendaftar untuk memasuiki university di Serdang ini dan kebetulan jurusan yang dipilih pun serupa. Ditambah lagi dengan kebetulan yang mengeratkan hubungan kami adalah kami sebilik pula. Sikap dan keinginanku terhadap sesuatu yangku putuskan sangat diketahuinya.

Sikap kemahuan tegar yang kini menjerat kakiku di sini. Hanya berpusing-pusing di sini. Tersesat jauhkah aku? Sedangku rasa aku hanya berada di sebalik pohon jejawi ini saja. Dan rerama hijau itu masih mengepak sayap kembali kapadaku entah dari mana. Hinggap pula di dedaunan rimbun yang menjalar membentuk semak samun. Seakan ada yang menggerakkan kakiku untuk menghampiri semak samun itu.

Wah! Inilah yangku cari. Daun rerama hijau yang tumbuh asli secara semula jadi dan sering diperkatakan khasiat dan nilai perubatannya yang tinggi sehingga mampu menyembuhi penyakit kronik Aids, SLE  dan kenser. Beruntungnya aku menemuinya. Inilah yang sebenarnya inginku dapatkan untukku jadikan bahan ujikaji di makmal farmasi Serdang.
Tapi? Bagaimana mahuku bawa pulang daun-daun rerama hijau yang sudah ku kutip ini berserta anak pokoknya yang telahku cabut ini sedang aku hanya mengelitari sini? Jalan pulangnya tidakku temui. Sesia saja penemuan sepsis herba yang dikatakan sangat mahal harganya kepada yang berminat menjual dan membelinya. Niat hatiku tidaklah begitu. Hanya sekadar mahu mengkajinya. Dan jikalau terbukti akan nilai perubatannya yang maksima tentu bermenafaat digunakan sebagai produk kesihatan buat membantu mereka yang memerlukan untuk memulihkan kesihatan yang terjejas.

Buntu sungguh aku memikirkan bagaimana mahu kucari jalan pulang dengan membawa dedaun rerama hijau dan pelbagai jenis dedaun herba yang kemas berada digenggamanku ini. Aku tidak berani lagi melangkah ke mana-mana kerana di hadapanku adalah hutan rimba yang diselirati tumbuhan menjalar yang sukar dimasuki.

Dan sebenarnya aku sangat yakin bahawa aku berada tidak jauh daripada tempat kawan-kawan yangku tinggalkan sebentar saja tadi. Masih kelihatan kepadaku pokok jejawi yang disandari Syafiq sambil duduk di perdunya. Tapi puas aku mengelilinginya tidakku temui sesiapa pun. Tidak ada kelibat Syafiq, Nathan, Jagjit, Swee Lin, Arif atau Tony. Pada pengamatanku seolahnya langsung tiada kesan bahawa di bawah pohon jejawi ini ada kehadiran kawan-kawanku. Mungkin ini pohon jejawi lain dan bukan pohon jejawi yangku tinggalkan tadi. Fikiranku mencongak kira. MasyaAllah! Tersesatkah aku?

“Kalau kita berniat memmasuki hutan rimba kita mesti lengkapkan diri dengan ilmu kehutanan sebelum kita berada di dalamnya. Maklum hutan rimba itu bukannya kampung laman kita. Tempat yang kita ketahui menjadi kediaman aneka tumbuhan, haiwan yang nyata kelihatan. Tapi penghuninya yang bersifat halus tidak ketara. Hutan rimba, laut, gunung ganang sudah Allah tentukan sebagai penempatan makhluk Allah yang  begini. Kau jangan berani tanpa ilmu di dada untuk cuba-cuba masuk ke sana. Jaga pertuturan, jaga kelakuan sebab yang sedang memerhatikan kamu tu kamu tak sedar dan tahu. Bacalah ayat-ayat quran yang lazim  dihafal dalam solat tu dengan betul tajwidnya sebagai pendinding diri daripada sebarang gangguan yang tidak diingini. ”

Aku mulai membaca ayat-ayat quran setelah kotak fikirku teringat pesanan atokku.
Tekakku terasa kering pula dan amat dahaga. Kali yang mengalir jernih ku dekati lalu meraup airnya dengan kedua telapak tanganku.
“Jangan minum air yang kelihatan jernih sebab dibimbangi mengandungi kuman malaria.” Menggema pesanan atok kepadaku membuatkan membatalkan hasrat itu walau tekakku perit kekontangan.

“Kalau terasa haus makan umbut pokok-pokok yang kau kenali tidak beracun.”
Di manalah hendakku cari umbut-umbut itu alahai atokku sedang aku sudah amat keletihan kini. Aku juga kepenatan menyusuri anak air berpandukan pesanan atokku kalau aku ingin mencari jalan pulang kala tersesat. Tapi anak air itu kulihat menghala ke dalam hutan tebal itu dan aku tidak berani untuk memasukinya.
Kakiku yang pegal uratnya memaksa aku duduk untuk melegakannya. Daun-daun termasuk gandarusa kuletakan di riba sambil mataku pejamkan.
“Eh! Haziq bangun kau tertidur di sini rupanya.”
Aku terkapa-kapa membuka mata sebab terasa wajahku dilibas dengan daun yang tengik baunya. Tangan Pak Mahat mencengkam kepalaku sambil mulutnya terkumat-kamit. Dan daun gandarusa di tangannya sekali lagi dilibaskan ke seluruh tubuhku. Aku kehairanan diperlakukan Pak Mahat begitu. Tapi tidak menyoal apa-apa.
“ Puas kami berkeriau memanggil kau. Rupanya kau bersembunyi di sini.”
Aku yang bersembunyikah atau aku disembunyikan? Entahlah Syafiq. Aku tak tahu bagaimana nak jelaskannya.
“Kau membawa daun gandarusa ke mana saja bersama?”
“Mestilah takku tinggalkan termasuk daun-daun herba yang lain.”
Pak Mahat tersenyum mendengar penjelasanku kepada Syafiq. Senyumannya membuatku terfikir tentang daun gandarusa dan kegunaannya.

TAMAT.


.

Top of Form