Thursday, 8 October 2015

PENGHARGAAN TIGA LALAT...

ASSALAMUALAIKUM....

BERBUNGA-BUNGA RASA HATI KALA DIHARGAI ...KAN...APALAGI DIHARGAI KAWAN-KAWAN BLOGGER YANG MENYEDARI KEHADIRAN PI DI PERSADA MAYA  NI DAN MENERIMA PERSONA YANG TIDAK BERMAYA INI SEPERTI PAPARAN N3 YANG DITERBITKAN BLOGGER TIGA LALAT YANG MEMBAHASAKAN DIRINYA SEBAGAI WAK SAJA...HISH FEMES SEMALAMAN PI EKORAN N3 TERBITAN WAK NI...BAIK SUNGGUH HATI WAK NI...KAN...

BUKAN SENANG NAK DAPAT PELUANG DIWAWANCARA BLOGGER HEBAT YANG LUAS PENGALAMANNYA DALAM BIDANG SENI FOTOGRAFI NI....BERTUAH SUNGGUH PI KAN...TERIMA KASIH BANYAK WAK!

DI SINI PI COPY PASTE WAWAWANCARA SANTAI ANTARA PI DAN WAK TIGA LALAT VIA EMEL SAJAPUN....TAK BERHADAPAN MENUKAR BICARA.


Thursday, 8 October 2015


SEPTEMBER 2015 TOP COMMENTATORS INTERVIEWS BY 3LALAT - KAK PAH


Ini bukan tag atau GA atau Blog Review.

Bulan ini, setiap hari Khamis dan Isnin penulis akan buat satu entri istimewa untuk kengkawan yg best-best itu. Penulis akan temubual rakan blogger untuk Top Commentator bulan September 2015 yg jauh dan dekat, yg selalu sudi singgah-singgah, jenguk-jenguk dan komen-komen blog penulis yang biasa-biasa ini.


Tanpa membuang masa, untuk hari Khamis malam Jumaat ini, kita tengok siapa yg kena. Tidak lain dan tidak bukan ialah kak Pah aka PI (Paridah Ishak) yg punya blog ‘Karyahku - Paridah Ishak‘ lah pula. Kak Pah adalah blogger ketiga yang penulis temuramah untuk segmen ini. Blogger OKU yang lumpuh separa badan kerana kemalangan jalanraya 25 tahun yang lalu. Kak Pah seorang yang cekal, tabah dan suka menanam pokok-pokok bunga pelbagai jenis sampai meng'updet' blognya hampir setiap hari. Blog kak Pah: http://karyaku-paridahishak.blogspot.my/ . Jom kawan-kawan, kita layan.

Q1. Kak Pah ada membuat kerja sambilan dirumah?
- Tiada.

Q2. Berapa lama kak Pah sudah berblog?
- Mula berblog pada Jun 11

Q3. Kenapa kak Pah mulakan blog? Dan kenapa masih memblog?
- Blog kak ni adik kak yg tolong bukakan sbb adik tu tahu kesukaan kakaknya ni menulis. Kak hingga kini masih berblog untuk mengelakan rasa bosan disamping dapat menyimpan karya2 yang telah dihasilkan dan mencatat isu semasa terkini juga menyimpan foto2 keluarga. Berblog juga memberikan keseronokan tersendiri justeru dapat berkenalan dengan ramai blogger yang mesra maya seperti wak.

Q4. Kak Pah pernah terfikir untuk berhenti berblog? Kenapa?
- Setakat ni belum terfikir lagi untuk berhenti blogging. Tapi macam kata wak blog bukan hak milik kekal...hanya takdir penentunya.

Q5. Kak Pah suka menanam bunga-bunga orkid dll yang cantik dirumah. Dimanakah selalu kak Pah membeli bunga itu?
- Orkid kak tu ada yg dibeli di Temerloh, Kuantan, Cameron Highland, Bentong dan Sg.Buluh.

Q6. Kak Pah pernah berjumpa dan bergambar selfie dengan artis dan selebriti?
- Kak hanya kenali dan berselfie dgn seorang saja artis/wartawan iaitu Fauziah Samad sebab beliau adik ipar kak.

Q7. Pernah tak kak Pah sehingga sekarang masih tidak berjumpa bunga yang sangat-sangat kak Pah hajati untuk ditanam di rumah?
- Masih banyak lagi pokok/bunga yang ingin kak tanam kalau berjumpa dengan anak benih yang kak ingini.

Q8. Kak Pah pandai mengarang cerpen dan bersyair. Pantun apa yang kak Pah suka dengar?
- Heh..heh...taklah pandai sangatpun hanya suka2 jer...pantun2 yang kak suka adalah pantun2 lama yang klasik.

Q9. Harga minyak naik dan turun pada awal bulan, kadang-kadang 10 sen, kadang-kadang 15 sen. Pernah terfikir tak kenapa tak naik sampai RM5?
- Kak rasa harga minyak akan naik juga setinggi itu seiring dengan masa dan buat masa ini janganlah ada kenaikan yang terlalu tinggi sehingga berlaku pula perubahan gaya hidup yang menyusahkan semua. Dengan harga minyak yg amat tinggi menyebabkan inflasi mencanak tinggi.

Q10. Kak Pah pernah cuba masak masakan Jepun di rumah?
- Masakan Jepun yg dimasak selalu mee maggie jer heh..heh..

Q11. Tiap-tiap hari kak Pah rajin updet blog. Blog siapa pula yang kak Pah suka baca setiap hari?
- Kak akan baca blog yg dibloglist blog kak...mana yang diupdate awal dan muncul dibloglist akan kak segera singgah.

Q12. Sky Bridge di KLCC itu terletak di tingkat 41 dan 42 antara dua menara berkembar Petronas. Kak Pah pernah naik ke jambatan KLCC itu?
- Belum lagi.

Q13. Jarak bulan ke bumi ialah 384,400 kilometer. Berapakah jarak dari rumah kak Pah ke kampung keluarga belah kak Pah?
- 500 meter jer.

Q14. Selain blog ‘karyaku-paridahishak’ ini, adakah blog lain kepunyaan kak Pah?
- Tiada.

Q15. Kak Pah pernah membuat buku dari novel-novel karya sendiri?
- Kak sudah berusaha menghantar sebuah novel kak ke penerbitan DBP....kalau ada rezeki-Nya insyaAllah..wak tolong doakan ya.

Q16. Kalau kak Pah ada duit dua puluh enam juta hinggit (RM26,000,000), apa yg kak Pah rasa akan lakukan?
- Aduhai banyaknya duit juta2 tu...dunia ni sementara jer dan kak akan pastikan duit juta2 yg dimiliki digunakan ke jalan kebaikan yg diredhai-Nya.

Q17. Selepas eksiden 25 tahun lepas dan dalam berkeadaan seperti sekarang, pernahkah kak Pah ke luar negara?
- Kak eksiden tika usia 29 tahun, ...anak paling kecil baru 50 hari usianya...terhenti sudah keseronokan dunia salah satunya berwisata ke mana-mana ...apa lagi ke luar negara. Setakat pusing2 dalam negara jer dibawa anak2.

Q18. Ketika berada dirumah, apakah bunyi atau suara yang kak Pah tidak suka dengar?
- Bunyi enjin yg bingit.

Q19. Sebutkan lagu allahyarham Sudirman yang kak Pah suka dengar?
- lagu Sudirman banyak yg mengasyikan n kak suka lagu Penyu Menangis...lirik pemuisi JM AZIZ tu...

Q20. Kak Pah pernah naik keretapi KTM dari KL ke JB?
- Belum pernah lagi.

Dalam blog kak Pah tiadalah gambar-gambar beliau dipaparkan atas sebab-sebab yang beliau sendiri tahu. Untuk entri istimewa ini pun sebenarnya penulis telah memujuk gambar beliau yang akhirnya beliau setuju untuk ditempekkan. Pandaikan penulis pujuk, kehkeh.

Penulis mengucapkan ribuan terimakasih kepada kak Pah yang bersukan (baca: sporting) kerana sudi melayan temubual penulis ini. Dan siapa pula yg bakal menduduki kerusi merah jambu diatas sambil silang kaki pada minggu depan? Penulis pun tidak tahu uooolss. Kita tungguuuuu.. ;-P

Blog bukanlah hakmilik kekal

40 comments:

  1. wah..nice sis..
    nampak satu lagi sisi dlam diri sis..
    nice sharing and interview by wak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ SOB..
      SATU SISI GELAP DLM KEHIDUPAN SIS YG XPERLU DISEMBUNYI HAKIKATNYA...

      Delete
  2. tahniah, kak..hihi..terus berblog..

    ReplyDelete
  3. Idea wak tu memang bagus kakak salute cara dia menghargai teman yg rajin komen di blognya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hebatkan idea wak ni kan kak zakie...secara xlangsung mengenalkan blogger pilihannya kpd rakan2 blogger n viewrs juga.
      tq kakzakie.

      Delete
  4. oke mak Pah, timekaseh banyak2 juga sbb sporting layan interview wak nih., mugo2 kita tetep menjadi rakan siber yg baik2.,

    jgn serik2 dtg lg komen2 blog wak yee., hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh..bersukan melayan interview wak yg menghiburkan hati tu...tq wak.
      insyaAllah semoga kemesraan perkenalan kita n kwn2 blogger kekal selamanya...

      Delete
  5. Tahniah kak PI..")

    Terbaikk..")

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq wawa...heh..heh..wak tu bnyk ideanya.

      Delete
  6. Tahniah akak PI. Agak menarik soalan yang diajukan ^-^

    ReplyDelete
  7. tq zumal...soalan wak yg bijak tu pening juga nk jawab.

    ReplyDelete
  8. wahhh best nya lah kak..siap di interview lagi... tahniah ya... :)

    ReplyDelete
  9. Salute lah kak. Semuga Allah sentiasa mempermudahkan urusan Sis PI. Semuga terus rajin berkarya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq notie...kak ni gitulah notie mcm org lain juga ada mahu n kesukaannya meneruskan hidup seadanya...insyaAllah tksh bnyk doamu.

      Delete
  10. heh..heh..wak tu ada jer idenya atie...tq.

    ReplyDelete
  11. Tahniah PI. Cara yang baik menghargai antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  12. TQ ZAI..BETUL TU..PERLU SALING MENGHARGAI SESAMA KITA...TQ ZAI.

    ReplyDelete
  13. Woww!!. Baca ulang kali SB dibuatnya. Tahniah kak PI. Teruskan berkarya!!.

    ReplyDelete
  14. heh..heh...yeke sue.
    insyaAllah sue...tq.

    ReplyDelete
  15. Soalan wak haru biru kan kak..tapi seronok juga..sesekali menjawab soalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh..yela yanty...bersukan jelah.
      tq iryanty ahamad.

      Delete
  16. interview yang menarik hati untuk menjadikan sebuah wacana dalam sebuah penghargaan luar biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah tu chilembu thea ...penghargaan drpd seorang shbt blogger yg bernilai sekali.
      tq.

      Delete
  17. Assalamualaikum..

    Saya dah baca interview Wak.. Nampak sempoi tapi sangat bermakna kepada rakan blogger yang terpilih kan Kak PI. :-)

    ReplyDelete
  18. wsalam lyz.
    wak menginterview kak dgn soalan2 kesukaannya yg santai jer tapi pening juga fikirkan jawapannya tu.
    tq lz.

    ReplyDelete
  19. menarik le Wak Lat cretip nak buat interview gini..

    ReplyDelete
  20. YELA SITI ADA JER IDE WAK TU...
    TQ SITI.

    ReplyDelete
  21. Idea yang menarik.
    Tahniah kerana mendapat penghargaan dari Wak Lalat.

    ReplyDelete
  22. tq fidah.
    wak lalat ni baik hati n suka mnghargai kwn2 blogger ikut caranya

    ReplyDelete
  23. TQ ANIES..SAJA WAK TU NK SUKAKAN HATI KWN2 BLOGGERNYA TU.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”