Monday, 12 October 2015

ERTI PERPADUAN KEPADA SEORANG BLOGGER MUDA...

ASSALAMUALAIKUM...

ISTILAH PERPADUAN SERING JADI PERMAINAN BICARA POLITIKUS KIRI KANAN UNTUK MENARIK PERHATIAN SOKONGAN RAKYAT KEPADA MEREKA...SEHINGGA SEOLAH DIGAMBARKAN BAHWA KEHIDUPAN KITA DALAM NEGARA MAJMUK PELBAGAI BANGSA, PELBAGAI BUDAYA DAN KEPERCAYAAN ANUTAN AGAMA INI LANGSUNG TIADA TOLERANSI DAN SERING ADA PERSELISIHAN YANG TIADA SUDAHNYA...HAKIKATNYA TIDAK BEGITUPUN...HARMONIS JER HIDUP KITA SALING MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN TANPA MENGIRA BANGSA.

ASIMILASI ANTARA BERBILANG KAUM TELAH BERLAKU DALAM NEGARA KITA BERABAD LAMANYA DULU...
DALAM KELUARGA PI SENDIRI PUN BEGITU...PI ADA BAPA SAUDARA ASAL INDIA..ANAK SAUDARA CINA, ADIK IPAR CINA DAN SEORANG MENANTU YANG ATOKNYA CINA. ...MESRA DAN HARMONIS JER KAMI BERKELUARGA.

TETAPI HUBUNGAN YANG DILESTARI TIDAK BERLANDASKAN KEPERCAYAAN, KEIKHLASAN SERING MENIMBULKAN PRASANGKA YANG TIDAK ENAK...APALAGI JIKA ISU-ISU SENSITIF DIPERMAINKAN DAN DIAPI-APIKAN PULA.

KAWAN-KAWAN AKAN AKUI KENYATAAN INI DENGAN MEMBACA CATATAN BLOGGER MUDA YUN SING YANG BARU BERUSIA 16 TAHUN...YUN SING SEORANG CINA YANG BERTUTUR BAHASA MELAYU/INGGERIS TERMASUK SEMUA AHLI KELUARGANYA DAN GADIS MUDA INI TIDAK FASIH BERTUTUR MANDARIN/KANTONIS YANG JADI PILIHAN BAHASA PERTUTURAN KAUM CINA.

JOM BACA DAN FAHAMI FIKIRAN YUN SING DALAM ENTRYNYA BERKENAAN PERPADUAN..

PADA PI YUN SING SANGAT BERBAKAT DALAM PENULISAN...MUNGKIN SUATU MASA KELAK AKAN DIKENALI SEBAGAI PENULIS TERNAMA NEGARA KITA SEPERTI DR.LIM SWEE TIN...

KENALI BLOGGER INI MELALUI BLOGNYA...

Krik Krik Krik



Ingatlah yang memisahkan kita, temboknya bukan agama, temboknya bukan budaya, bukan warna bangsa tetapi keegoaan, assabiyah, dan annaniyah. Kepelbagaian bangsa ini, bukan sekadar warna di atas fabrik, sebaliknya ia adalah benang-benang yang menyulam. Jika perpaduan ini umpama kesabaran mengait selembar benang, sabarlah sehingga menjadi kain.

Aaa.. perpaduan. Sebenarnya bangga hidup dalam negara yang berbagai bangsa ni. Sejak kecil lagi, masa umo 5 tahun emak hantar ke tadika kerajaan, sebab dekat dengan rumah. Masa tu la bergaul dengan pelbagai bangsa. Tapi, Yun Sing ni anti-sosial sikit, tak pandai bergaul. Ingat lagi mak pernah kata "Yun Sing, pergilah berkawan dengan budak cina tu. Mak kenal nenek dia." Tapi dia berlagak sombong pula huhu.. kanak-kanak.. kita pun xnk cari pasal la, blah je..

Mai sekolah rendah masih xpandai bergaul. Kawan-kawan semua ingat bisu. Selalu je duduk satu penjuru sorang-sorang. Last-last masa darjah 3 ada yg datang nk berkawan. Sorang tu berbangsa India. Sorang lagi Catholic. Kite ok je. Cakap-cakap, pastu mula dapat kawan. Yang peliknya, semua kawan rapat berbangsa India huhu~ Mai darjah 5 baru ada kawan Cina.

Sekarang dah masuk sekolah menengah, dah pandai pokpekpokpek, rasa bangga pula ehehe. Walaupun nampak pelik pada mata orang tapi biaq argh :) Last year kat kelas, pusing belah kanan cakap English, pusing kanan cakap melayu. To be honest, lagi banyak kawan berbangsa lain dari kawan Cina.

Tak kisah pun. Asalkan happy ^^ Bangsa tak dak kena mengena pun. Tapi yg sedihnya setiap kali nak keluar ngan kawan, keluarga mesti tanya, bangsa apa. Tak paham betul. Adakah bangsa begitu penting? "Bukan apa, Yun Sing. Tengok la kakak sepupu tu, masa sekolah banyak je kawan melayu dan india. Dah graduate tu tak keluar dah ngan diaorang. Lepas keje ada la tu kawan cina."

Masalahnya sekarang bukan apa. Bukan semua bangsa lain tu jahat. Bukan semua yang bangsa sendiri tu baik. Bukan kerana bangsa, kerana kita menilai seseorang individu itu- dirinya, bukan bangsanya. Dan biar argh, bukannya baik pun kita nak judge orang sebab diri kita pun tak sempurna. Yang penting kita kena tau la, ambil iktibar daripada pengajaran dan pengalaman hidup, jangan percaya sepenuhnya pada orang lain walaupun sangat rapat.

Takpe, mereka tak faham. Dulu sekolah cina, tu pun sampai tingkatan satu je, mungkin sebab tu takda kesedaran pasal ni sangat. Nk cakap melayu susah sikit, xreti sangat nampak jiran senyum je. Orang pun pelik.. anak dia sempoi je berutaqa hahaha.

#Saya Anak Malaysia :)
- See more at: http://lifeisgreatwithme.blogspot.my/2015/10/quote-5.html#sthash.DhnpnfeL.dpuf

50 comments:

  1. semoga kita semua sentiasa hidup dlm aman sentosa..kita semua rakyat Malaysia..

    Kak PI, nanti e-mel alamat pd saya: nhdarus@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah nohas bersama kita doakannya.
      ok kak dh emel kpd nohas.
      tq nohas.

      Delete
  2. Kalau kita perhati sebenarnya rakyat marhaen punya ikatan baik walau berlainan bangsa dinegara kita ini - tak ada masalah. Tapi yg menjadi masalah adalah mereka yg berebut kuasa di atas konon nak dptkan sokongan bangsa masing-masing akibatnya menjadi isu racist.. sekarang bertambah hangat bila ada suara-suara sumbang kian lantang bersuara menghina bangsa itu dan pihak satu lagi menghina bangsa lawan... takut peristiwa 13 Mei 1969 terjadi kembali walau masa itu kita tak tahu apa-apa lagi. Masih baby..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sgt tu kakzakie yg jadi mangsa permainan politik adalah rakyat marhaen yg sentiasa dlm keliru..
      moga sejarah perpecahan kita kerna bersengketa xberulang lagi takut juga tu..
      tq kakzakie.

      Delete
  3. semoga negara kita terus aman..Amin...

    ReplyDelete
  4. Kawan baik aiza masa sekolah menengah dulu berbangsa india.. Masa tu aiza tak pernah terfikir pun bab racist ni..

    ReplyDelete
  5. Hebat penulisan die.. Ble semua bangsa bersatu, tiada lagi sengketa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. matang sekali gaya penulisannya kan wawa.
      tq.

      Delete
  6. Kagum dengan penggunaan bahasa Yung Sing ni kak... terbaekk betul lah.. no racist..kita satu Malaysia...moga kite semua terus hidup dlm harmoni... saling menghormati....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya amat baik sekali kan atie.
      insyaAllah tu kita doakannya gitu.
      tq.

      Delete
  7. Keluarga kak Zai pun berbagai bangsa. Menantu satu org putih satu lagi orang siam. Dalam keluarga ada China mualaf tak pernah gaduh2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebanyakan keluarga kita di Msia langsung xkekok dgn percampuran aneka bangsa kan zai..boleh menerimanya sbg saudara juga.
      tq zai.

      Delete
  8. Walaupun baru berusia 16 tahun pandai dia menulis dan bercakap tentang perpaduan... dari gaya tulisannya cukup memberitahu yun sing ni mmg fasih berbahasa Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela sweetie..bijak orangnya ni walau msh muda tapi tahu menilai suasana negaranya.
      tq sweetie.

      Delete
  9. semoga negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa ., aminn

    ReplyDelete
  10. Semoga Yun Sing dapat mencapai cita2nya sebagai penulis. Kipidap Yun Sing ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga2..ada kemahuan pasti jaya...bakat dh ada tu..
      tq zumal.

      Delete
  11. Semoga negara tercinta kita terus aman..
    saya anak Malaysia

    ReplyDelete
  12. insyaAllah fidah.
    kita anak Malaysia.
    tq fidah.

    ReplyDelete
  13. semuga ramai anak2 muda seperti Yung Sing yang menghargai perpaduan. jadilah Anak Malaysia yang menghargai perpaduan kaum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya moga begitulah Kakyon..generasi y yg bijak mcm yun sing ni.
      tq.

      Delete
  14. selamat malam P sorry lambat singgah sampai ke malam baru dpt tiket kesini hehee
    indahnya perpaduan kan P apa lagi pada mereka yg muda2 ni
    yg heran ornag yg tak muda pulak yg suka cari pasai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. perpaduan yg molek diterap indah bentuknya.
      nampak orang muda lbh fhm dari yg dewasa.
      tq noor.

      Delete
  15. Assalamualaikum kak,
    Best pulak baca tulisan Yun Sing. Memang berbakat!
    Islam tiada masalah dengan bangsa. Bangsa adalah ciptaan Allah bukan pilihan kita. "Saya melayu, Allah yang jadikan saya melayu, kamu cina, Allah yang jadikan kamu cina, begitu juga dengan bangsa-bangsa lain. Untuk apa? Mari melihat firman Allah SWT:

    "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (al-Hujurat: 13)

    Allah menjadikan kita berbagai-bagai bangsa dan etnik supaya kenal-mengenal, berbaik-baik, bukan untuk bertengkar dan berbalah. Semoga Malaysia aman damai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam dik ustaz...komentar berserta penjelasan yg sgt tepat ni..harap ramai yg menyedarinya...kenapa perlu ada persengketaan cuma kerna berbilang bangsa kan...
      tq abuikhwan.

      Delete
  16. Kalo pegi kelantan,org cina kat sna dah bunyi macam org melayu..sebijik ckp sama..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cikgu...org cina ni pandai adapt dialek tempat dimana mrk berada..cina di kedah ckp lorat kedah pula.
      tq cikgu nik nashram.

      Delete
  17. Baru tahu blig ni...malu sendiri membaca entri beliau

    ReplyDelete
  18. yeke..bijak orang muda la ni yanty.
    tq iryanty.

    ReplyDelete
  19. Terima kasih ye sebab share entri Yun Sing yang tak seberapa ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ YUN SING...MCIK SUKAKAN N3 YUNSING YG SGT CANTIK MENARIK NI...

      Delete
  20. Sebuah curahan hati dari seorang penulis kecil yang bisa kita jadikan pelajaran, introspeksilah diri kita semua.

    ReplyDelete
  21. BENAR TU RATU SIKUMBANG..PENULIS KECIL YG BAKAL MENJADI PENULIS BESAR KELAK.
    TQ RATU SIKUMBANG.

    ReplyDelete
  22. Pandai dia melontarkan kata2. Bangsa pada gelaran saja tapi hakikatnya hati kita sama seketul daging. Daging tu baik maka baik lah hati dan percaturan hidup boleh terbuka menarima memberi..terbaik Sifu Puisi PI..

    ReplyDelete
  23. cikgu pun akui cara penulisan yun sing sgt bijak bagi gadis seusianya...setuju dgn komen cikgu diri kita hanya seketul daging yg berhati...hati yg baik boleh berada dlm mana2 daging tanpa mengira siapa ujudnya daging itu.
    tq cikgu etuza.

    ReplyDelete
  24. perpaduan dari pelbagai kaum.. moga negara kita kekal aman sentiasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. benartu fifi..usah terpengaruh dgn pihak yg suka mengadudomba ni.
      tq.

      Delete
  25. Perpaduan kita sebenarnya sejak kita kecil sudah berkeadaan tenteram dan makmur. Cuma disebabkan beberapa kelompok yg memprovokasi demi kepentingan kuasa mencipta keadaan yg tidak tenteram dikalangan kita dan mereka... hasilnya, ada diantara bangsa yg timbuk syak wasangka menjejaskan keharmonian yg terbina... Semoga Malaysia sentiasa kekal aman dan makmur... aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgn komen KK.
      mrk yg berkepentingan mempengaruhi kita dgn ideologi perpaduan yg mrk ciptakan tetapi sebenarnya memecahbelahkan.
      tq.

      Delete
  26. faktor luaran yg kadang kala menjadikan kita 'tidak harmoni' terhadap perpaduan yg terbina

    ReplyDelete
  27. asakan pihak luar selalu meminta kita mengikuti telunjuk mrk merealisasikan perpaduan cara mereka kan anies.
    tq.

    ReplyDelete
  28. lim swee tin batch my kakak . dia memang pecinta sastera melayu ...

    ReplyDelete
  29. yeke..hebat kan sasterawan ni kan...tq qv

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”