Thursday, 1 October 2015

SOLAT HAJAT...


ASSALAMUALAIKUM....

Kita sedang kusyuk menjalani ibadah yang wajib siang dan malam  dan kita tambah lagi dengan berdoa dan Jangan lupa bersolat sunat tahajud taubat dan hajat juga untuk memohon keampunan Allah terhadap dosa-dosa yang disedari atau tidak. Dan memohon perkenan Allah akan hajat-hajat kita yang terbuku di hati; di sini diperturunkan 2 versi cara-cara mengerjakan solat hajat yang telah dipelajari daripada seorang imam/ustaz...





Solat hajat dua rokaat:

Rokaat pertama: baca fatehah
qulya kafirun 11 kali

Rokaat kedua: baca fatehah
surah al ikhlas 11 kali

Selepas salam sujud dan baca selawat nabi 10 kali
baca tasbih 10 kali dan baca robbana atina hingga tamat 10 kali

Dan berdoalah minta apa yang dihajati. Permintaan hajatnya hendaklah ringkas saja.
Disudahi dengan bacaan fatehah dan selawat nabi.


Solat hajat 4 rokaat

Rokaat pertama:

Baca fatehah dan alkhlas 11 kali

Rokaat kedua:

Baca fatehah dan al ikhlas 20 kali

Rokaat ketiga:

Baca fatehah dan alikhlas 30 kali

Rokaat keempat:
Baca fatehah dan alikhlas 40 kali

Selepas salam baca aliklas 75 kali
dan Astaghfirullah 75 kali. Kemudian berdoalah minta apa yang di hajati.

Banyak lagi cara bacaan solat hajat mengikut kemampuan kita melakukannya tanpa rasa terbeban sangat tika melakukannya. Yang penting keikhlasan kita berdoa mengharapkan belas kasih Allah yang Maha Esa, 

PI hanya amalkan solat hajat dua rokaat dengan membaca surah fatihah, surah al ikhlas 3x, surah al kafirun 3x, ayat kursi 1x di rokaat pertama dan kedua. Juga tak lupa baca doa iftitah di rokaat kedua.

18 comments:

  1. Terima kasih ilmunya Kak Paridah.
    Salam Jumaat :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih infor tentang hajat..semoga dapat membantu bagi Etuza yang masih belajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAMA2 CIKGU ...INSYA ALLAH SEMUA KITA PERLU SENTIASA BELAJAR SELAGI HIDUP
      KAN CIKGU ETUZA...TQ.

      Delete
  3. Assalamualaikum kak,
    Terima kasih infonya. Solat hajat ni banyak kaifiatnya, terpulang untuk melakukannya. Yang penting jangan tak buat, sekurang-kurangnya seminggu sekali. Mudah-mudahan Allah memperkenankan hajat yang dipinta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WSALAM DIK USTAZ...
      KALAU RAJIN BOLEH DILAKUKAN SETIAP MLM SEKALI SOLAT TAHAJUD, TAUBAT N WITIR KAN USTAZ..
      TQ.

      Delete
  4. mudah2an dengan melakukan shalat hajat ini, Allah berkenan untuk mengabulkan doa-doa kita, aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. YA BERSOLAT HAJAT MOHON DOA...INSYA ALLAH...TQ JERY YANUARIAN.

      Delete
  5. SAMA2 NORA INSYA ALLAH...TQ.

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak solat hajat, terima kasih atas perkongsian akak mengingatkan Zumal untuk solat hajat kembali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KADANG2 PERLU JUGA BERSOLAT HAJAT NI MOHON KEAMPUNAN N BELASEHSAN ALLAH AGAR MAKBULKAN PERMOHONAN KITA YG TERDESAK...TQ ZUMAL...

      Delete
  7. Terima kasih kak, atas perkongsian yg bermanfaat ini..")

    ReplyDelete
  8. Perkongsian yang bermanfaat berkenaan solat hajat..

    ReplyDelete
  9. lazim sy buat 2 rakaat shj... ;-)

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”