Saturday, 31 October 2015

LANGKAH-LANGKAH YANG MENDAHULUI...SALAM TAKZIAH QASEH VEE , SITI YANG MENAIP...

ASSALAMUALAIKUM....


TERASA SEKALI DI HATI PI KESEDIHAN YANG DITANGGUNG DUA ORANG BLOGGER MUDA YANG KEHILANGAN AYAHANDA DAN BONDA YANG SANGAT DIKASEHI BARU-BARU INI...

QASEH VEE  BLOGGER http://harumankasehvee.blogspot.com/ MASIH MERATAPI BONDANYA YANG TELAH MELANGKAH MENINGGALKANNYA KE PANGKUAN ILAHI.

BLOGGER SITI YANG MENAIP PULA  SEDANG MENAHAN SEBAK PILU HATINYA JUSTERU AYAHANDANYA TELAH KE ALAM BAQA.. BERLAKULAH PERPISAHAN YANG MERUNTUN JIWA.

SEMOGA KEDUA-DUA BLOGGER ITU TABAH MENEMPUHI UJIAN-NYA DAN BANYAK-BANYAK BERSABAR...

PI HANYA TERDAYA MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA QASEH VEE DAN KELUARGANYA JUGA KEPADA BLOGGER SITI YANG MENAIP.... DAN BERSAMA KITA MENDOAKAN SEMOGA ALLAHYARHAM BONDA QASEH VEE DAN ALLAHYARHAM AYAHANDA BLOGGER SITI YANG MENAIP DICUCURI RAHMAT ROHNYA DAN BERADA DI KALANGAN PARA SOLEHIN DI SISI-NYA...



AMIIN...ALFATIHAH...
















































HUJAN!

Cerpen:
Hujan.
Karya:
Paridah Ishak.




                                              HUJAN!
Hujan....hujan...hujan...

Musim tengkujuh sudah memasuki fasanya. Mengulangi rentak serupa saban tahun. Justeru hujan pun akan menghujani kawasan-kawasan yang tertakluk kepada perubahan cuaca alam.

"Kalau hujan ni berterusan lebat selama 2 jam pasti akan banjir kawasan kita..." Jiranku Idah bersuara gusar. Hujan mulai menitis halus di halaman rumah dan masing-masing yang seronok berbeka di serambi rumahku di petang yang redup mulai berkira-kira mengangsur diri.
“Hujan renyai begini sekejap saja rentinya tu. Duduklah dulu, minum kopi dan jamah kuihnya!”

" Ialah kak Idah. Lagipun sungai kecik kat belakang rumah kita ni nampaknya dah dipenuhi tanah tebingnya yang runtuh dan dah semakin cetek. Macamana air nak lalu. .." Sela Imah jiranku terdekat. Menambahkan fakta yang merisaukan kedua-duanya.

"Nampaknya setiap tahun kita akan menghadapi masalah serupa. Terpaksa menyapu selut dan mengemas perabot. Penat ooo...tambah kita ni dah tua...kudrat pun tak seberapa...."

"Orang yang penting tu bila kita kena banjir barulah sibuk nak mendalamkan sungai. Dah tu habis pokok pokok yang kita tanam dikorek dan dihumban sesuka hati pemandu bulldozer tu. Kononnya rizab sungai. Rizab sungai kemenda, batu pancang sempadan kan ada. Tak nampak ke...main korek ikut suka dia je..." Kak Idah melepaskan kekesalannya.

"Tak patut tu. Setiap tahun kita yang bayar cukai tanah. Cukai dibayar sedangkan tanah kita sudah jadi rizab sungai."

"Tahun ni kalau banjir lagi tentu orang penting tu suruh korek lagi sungai tu. Korek...korek...korek....sudahnya
sungai tu melebar sampai ke tepi rumah kita..." Imah menambah kegurutuannya yang terlampir dalam suaranya.

"Sepatutnya ada seseorang yang ditugaskan menjaga sungai kita ni. Memerhatikan keadaannya. Jangan biarkan semak samun yang menghalang laluan air atau bina batu-batu penghadang yang dibuat macam kat sungai Gombak tu..."
Idah seolah menggambarkan pengalamannya melewati jalanraya KL dan suasananya sewaktu dalam perjalanannya ke rumah anak-anaknya di sekitar Ampang.

Begitulah rungutan para suri rumah jiran-jiranku yang sentiasa terdengar seiring dengan hujan lebat yang turun di kampungku. Tetapi jeritan dan rungutan suri suri yang keletihan mengurusi tamu yang berkunjung setiapkali musimnya tiada siapa yang peduli. Kecuali gangguan itu menimpa orang orang kota. Maka banyaklah terowong terowong SMART yang dibina.

“Tok Ketua kampung kita tu apa dibuatnya ya? Orang asyik komplen tak berhenti tak kan dia tak perasan kot?”
“Bukan dia tak perasan bukan dia tak dengar tapi rasanya diapun banyak masalah yang nak difikirkannya. Anaknya dua orang sedang belajar di luar negara. Seorang di Mesir seorang di London. Banyak belanja untuk biaya anak yang belajar di luar negara walau ada biasiswa.  Tambah nilai duit kita yang rendah sangat masa ni.

Agaknya tok ketua kita sedang pening fikirkan duit yang perlu ditambah untuk cukupkan keperluan anak-anaknya setiap bulan. Setakat nak harapkan elaun ketua kampung tu berapalah sangat. Tok ketua pun macam kita juga, orang kampung yang hidup dengan hasil tani kampung. Lainlah mereka yang ada perniagaan yang  maju macam kawan kita yang bermahligai besar atas bukit tu..”
“Kaya sungguh kawan kita tu kan! Tapi yang peliknya diapun dapat bantuan banjir setiap kali tempat kita dilanda banjir. Sedangkan rumahnya kan di atas bukit. Manalah naik air.”

Idah dan Zai tersenyum pula seolah memahami maksud apa yang dituturkan kedua-duanya.
“Dengar kabarnya tok ketua tu akan diganti dengan tok ketua yang baru sebab ramai yang kata tok ketua tu tak buat kerja dia menjaga kesejahteraan kampung kita ni.”
“Yeke! Gitu pula ya. Mana kau tahu? Pandai-pandai saja kau ni Zai!”
“Eh! Aku tahulah, kan laki aku tu ahli JKKK…Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung yang rajin hadir bermesyuarat setiap bulan. Apa saja masalah kampung kita dibincangkan di sana.”

“Hmm! Termasuk masalah nak menukar ketua kampung kita dengan ketua kampung yang baru? Takkanlah kot. Sebab setahu aku mesyuarat JKKK akan dipengerusikan ketua kampung yang dilantik tu. Mana boleh buat usul pemecatan jawatan tok ketua dalam mesyuarat yang dipengerusikannya. Sungguh kurang sopan sekali. Tiada langsung adab dan budi bahasanya.”

“Entahlah! Mungkin usul pemecatan dibuat tika tok ketua tidak dapat hadir mesyuarat baru-baru  ni sebab sibuk menguruskan isterinya yang tiba-tiba jatuh sakit dan masuk wad pula.”
“Hmm…Kak Nah isteri tok ketua tu masuk hospital pula. Aku baru tahu. Apa pula sakit kak Nah isteri tok ketua tu Zai? Baru ni aku jumpa dia elok je. Nampak sihat!”
“Kak Nah tu masuk wad sebab keletihan sangat kot. Dia kan terlalu rajin berkerja membuat kuih-muih yang ditempah kepadanya. Agaknya dia terpaksa turut berkerja keras untuk membantu tok ketua menambah pendapatan untuk membiayai pembelajaran anak-anaknya yang di luar negara tu. Tak pasti pula apa penyakit kak Nah yang sebenarnya.”

“Kalau ada masa kita pergi melawatnya nak? Kau ajaklah laki kau tu, boleh aku ikut tumpang sekali. Maklum aku dan laki aku kan tak ada kereta. Harap boleh nak menumpang jiran sebelah yang baik ni je!”
“Boleh sangat! Kau pun memang selalu menumpang kereta aku kalau nak kemana-mana. Hidup kita berjiran ni mestilah ada sikap tolong menolong kan…”

Berbalas senyuman pula kedua-dua kawan baik yang tinggal berjiran itu.
“Tapi kalau tok ketua kita tu dipecat jawatannya, siapa pula nak menggantikannya?”
“Siapa lagi kalau bukan jiran kita yang bermahligai besar atas bukit tu?”
“Hmm…dia rupanya! Tapi kau rasa bolehkah dia selesaikan semua masalah kampung kita ni? Terutama tentang sungai cetek di belakang rumah kita ni. Dan macam-macam lagi masalah sosial di kampung kita ni? Masalah penagihan dadah! Masalah kecurian. Masalah kemiskinan! Masalah ibu tunggal! Pendekata macam-macamlah masalahnya.”

“Itu aku tak jamin. Tapi aku pun cuak juga. Dibuatnya dia pun tak mampu nak galas semua masalah kampung kita ni. Maklum dia kan sangat sibuk menguruskan bisnisnya yang segala macamtu.  Ada restoran, ada mini market, ada bengkel kejuruteraan dan lain-lain bisnis yang tak semua aku tahu.”

“ Dia kan orang muda lagi tentu lebih kuat berkerja dan berminda yang ligat berfikir untuk maju ke hadapan. Bukan macam kita yang seusia tok ketua dan tak lama lagi akan digelar warga emas. Lagipun dia tu ramai pula pembantunya. Setakat nak dalamkan sungai aku rasa langsung tiada masalah baginya. Dia pun ada jengkaut yang boleh buat semua kerja korek-mengorek sungai tu. Tentu  lepas ni projek mendalamkan sungai kampung kita ni dia yang dapat. Tiadalah lagi masalah banjir kalau hujan turun lebat sangat. Masalah yang lain tu aku tak pasti juga.”

“Betul juga tu ya! Biarkan orang muda pula yang meneruskan semua kerja-kerja penting tu demi kesejahteraan kampung kita ni. Jangan terlungkup sudah.”
Pesimis pula kenyataan Idah itu walau disertai rasa hatinya yang positif pada mulanya.

“Tentulah tidak terlungkup diuruskannya atau keadaannya lebih kurang sama saja.
Pengganti tok ketua yang  baru mesti nak tunjukan kewibawaannya melebehi yang lama. Barulah bergaya sebagai tok ketua. Tak perlu nak teruskan cara urus tok ketua yang lama yang dah ketinggalan masa tu. Mesti berfikir di luar kotak seperti ceramah pakar motivasi kat TV tu.”

Memang perlu berfikir di luar daripada kebiasaan jikalau ada kemampuannya diri melakukannya. Itupun perlu dengan hidayah Allah jua. Hatiku yang bersuara begitu.

Hujan yang rintik renyai telah seriat sebaik senja menjelang. Bicara jiran-jiran tetanggaku tidak bersambung lagi. Masing-masing telah melangkah pulang ke kediaman masing-masing.  Pasti akan akan ada pertemuannya antara mereka sekiranya masih berkesempatan.
“Kak Nah dah meninggal dunia Idah, Zai!”
“Iyalah! Tahu juga. Kan subuh tadi diumumkan di masjid. Kamipun nak pergi melawatlah ni. Jom ikut sekali. Nak ajak Imah sekali ni.”

Aku Zai, Imah dan Idah beremba seiring mengatur langkah ke rumah tok ketua Zaman di hujung kampung. Kami disambut anak-anaknya dan jiran-jiran sekampung yang telah terlebih awal tiba dengan niat berziarah juga. Berziarah jenazah yang meninggal dunia itu sunat muakad hukumnya. Amat berpahala dan mengingatkan yang hidup kepada kematian. Dan sesungguhnya kehidupan ini hanya sementara.

Zai sudah menyelesaikan bacaan surah yasin yang dihadiahkan pahalanya kepada almarhummah Kak Nah. Begitu juga aku dan Idah. Sebelum pulang kami menyalami anak-anaknya yang ketara di wajah mereka beriak sayu pilu.
“Bila kamu berdua nak pulang ke Mesir dan London? Mungkin setelah 100 hari ibu kamu berdua disemadikan kot.” Kedua beradik bertudung gelap itu saling pandang memandang antaranya.
“Entahlah mak cik Zai! Mungkin kami berdua tak ke sana lagi kot. Cadang nak sambung belajar di sini saja. Lebih dekat, lebih mudah. Yang penting lebih murah dan jimat sikit.”
“Eloklah gitu. Lagipun kesian tok ketua sendirian di rumah setelah ketiadaan ibu kamu. Adik-adik kamu berdua pun semuanya bersekolah dan tinggal di asrama. Temankanlah ayah kamu tu saat dia lalui masa dukanya sebelum kamu berdua menyambung pengajian. Mungkin masa tu jiwanya yang lemah telah pulih sedikit.”

“InsyaAllah mak cik Zai. Terima kasih makcik makcik semua yang sudi datang menziarah ibu kami.”
Manis sekali anak-anak tok ketua itu berbudi bahasa. Dan jiran-jiranku menyambutnya dengan segaris senyuman sambil terangguk-angguk.

“Jomlah kita. Kami balik dulu ya. Nanti kami datang lagi waktu jenazah nak dibawa ke tanah kubur. Harap-harap hari ni tidak hujan pula ya... sebab nampak hari dah mendung tu.”

Tamat.



Friday, 30 October 2015

BERKAWAN HINGGA KE SYURGA...

ASSALAMUALAIKUM…

SALAM JUMAAT YANG MULIA…

 


1.        BERKAWAN HINGGA KE SYURGA…

2.        BAGAIMANA TU?

1.        MUDAH SAJA DENGAN NIAT BERKAWAN KERANA ALLAH TANPA ADA NIAT TERTENTU YANG TERSELINDUNG.

2.        SUSAH JUGA  TU KAN..SETELAH BERKAWAN NIAT KITA TERPESONG PULA…MISALNYA KITA PERGUNAKAN KAWAN KITA UNTUK KEPENTINGAN KITA SEMATA?

1.        EH…TAK BAIK BEGITU KAN….BERSILATURAHIM ITU SANGAT DITUNTUT AGAMA  KITA SEHINGGA MEMUTUSKANNYA SAJA MENYEBABKAN DOSA YANG TIDAK DIAMPUN SELAGI TIDAK BERTAUBAT DAN MEMPERBAIKI KESILAPAN YANG TELAH DILAKUKAN…

2.       MOGA NIAT KAU BERKAWAN DENGAN AKU TIADA UDANG DI SEBALIK BATU YA!
1.        TENTULAH TIDAK. ..ALLAH MENEMUKAN KITA DENGAN TAKDIRNYA…SIAPA SANGKA AKU YANG MARHAEN FAKIR MISKIN BOLEH KAU TERIMA SEBAGAI KAWAN….KAU  SEORANG YANG KAYA ILMU DUNIA DAN AKHIRAT DAN TURUT BERKONGSI ILMUMU DENGANKU…DAN AKU SANGAT BERHARAP SEKIRANYA AKU TIDAK ADA DI SYURGA DI KALANGAN HAMBA-HAMBANYA  YANG TERPILIH KAU AKAN BERTANYA KEPADA ALLAH  MENGENAI KETIADAANKU DAN MEMOHON ALLAH MENGIZINNKANKU BERSAMAMU DI SYURGA…

2.       ALANGKAH BERBAHAGIANYA BEROLEH SYAFAAT DARIPADA SEORANG KAWAN BAIK DI DUNIA SEHINGGA DI SYURGA TETAP BERSAMA.. .TAPI AKUPUN TAK SEBAIK MANA…BELUM TENTU AKU DAPAT MEMBERI SYAFAAT KEPADA KAWAN-KAWANKU DI HARI PEMBALASAN KELAK…

1.       INSYA ALLAH JUSTERU NIAT JUJUR TULUS SUCI BERKAWAN DENGAN PENUH KASIH SAYANG DIRESTUI ALLLAH DAN KITA SALING DAPAT MEMBERI SYAFAAT KEPADA KAWAN-KAWAN KITA..

2.       KAU BERCAKAP GAYA USTAZAH GAYA DAI’ PULAK YA…

1.       BUKAN BEGITU MAKSUD SEBENARNYA…AKU SEKADAR MENGONGSI APA YANG AKU TAHU DARIPADAMU DAN KAWAN-KAWAN KITA YANG ILMUNYA TINGGI….SIAPALAH AKU NI KAN…




Thursday, 29 October 2015

PUISI ALAM...

ASSALAMUALAIKUM...

PANTUN DAN PUISI BERSAMA ALAM..





KEPIALU JANGAN AMBIL RINGAN...

ASSALAMUALAIKUM...

DEMAM kepialu atau tifoid merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi yang mencemari makanan atau minuman.

Ia mudah dijangkiti dan pesakit akan mengalami simptom seperti demam, sakit perut dan sakit kepala yang mungkin berlanjutan sehingga beberapa minggu.

Komplikasi yang mungkin timbul jika ia tidak dirawat adalah perdarahan dan kebocoran saluran penghadaman, keradangan otak dan psikosis.

Ketahui tanda-tanda jangkitan demam kepialu, cara ia tersebar dan langkah yang boleh diambil untuk melindungi keluarga anda. Wabak itu sedang merebak kini dan seharusnya kita berhati-hati menjaga kesihatan diri.


pic google images.

Simptom-simptom

1.   Keletihan.
2.   Demam.
3.   Cirit-birit.
4.   Muntah.
5.   Sakit perut.
6.   Sembelit.
7.   Sakit kepala.

Kaedah penyebaran

Melalui makanan dan minuman.

Komplikasi
1.   Pendarahan kebocoran saluran penghadaman.
2.   Keradangan otak.
3.   Psikosis.

Langkah pencegahan

1.   Minum air yang dimasak atau dibotolkan.
2.   Elakan makanan yang tidak dimasak.

sumber astro awani.


Wednesday, 28 October 2015

DULANG KECHIL ....

ASSALAMUALAIKUM....

Dulang Kechil desa terpencil

Anak ikan bukan semilang
      daun telepok daun keladi
Dulang bukan sebarang dulang
      dulang mengepok jelapang padi


Kenangan terbayang di malam hening
      jatuh berderai air mata
Sawah bendang kuning menguning
      puncak Jerai menaunginya


Beribu-ribu nama diseru
       kalau-kalau mengingatinya
Laut biru awan pun biru
      pulau pulau di tengahnya

Ke arah taman camar melayang
      merah pulasan di pinggir lata
Kampung laman indah terbayang
      bak lukisan tertera nyata

Hilang bukan sengaja hilang
      gadis kecil menuju kota
Dulang bukan sebarang dulang
      Dulang Kechil desa tercinta


Banyak tekukur di tengah bendang
      usah dihalau dengan tebaran
Lambaian nyiur menggamit pulang
      anak perantau pulang berlebaran

Gunung merapi di Kediri
     Pohon tualang lebat daunnya
Desa sepi kembali berseri
      perantau pulang memeriahkannya

Enak masakan juadah hidangan
      resepi nenda diolah direka
Idilfitri menemukan melerai kerinduan
      ayahanda bonda berbahagia seketika

Berbaju kaftan berbatik jawa
      hatinya suka tidak terkawal
Bersalaman bermaafan gembira ria
      tinggalkan duka di awan Syawal

Tuesday, 27 October 2015

KEDAI MAKAN PUN BERPENUNGGU?

ASSALAMUALAIKUM....

MISTERI PENUNGGU KEDAI MAKAN.



Umairah  mengajak aku berjalan-jalan ke tengah kota KL membeli beberapa keperluannya  setelah wang PTPTN masuk akaunnya. Aku ikut saja menemaninya kemana langkah yang diaturnya. Seronok juga window shopping walau tidak membeli apa-apa. 

Umairah hanya nak beli sepasang kasut sukan saja. Sudah ditemui apa yang dicarinya di sebuah kedai kecil yang berhampiran dengan mall yang besar tersergam.
Memillih berbelanja di kedai-kedai kecil adalah hobi Umairah dan aku juga. 

Mall yang besar tidak pun menjanjikan kualiti barangan yang ditawarkan berbanding harganya yang tinggi lagipun memang tidak layak membeli barangan yang ternyata mahal dengan duit sedikiit yang ada di tangan. Berjimat cermat sudah semestinya lantaran wang kiriman ibu bapa di kampong sekadar menampung keperluan kehidupan seadanya.

Harapkan PTPTN setakat bayar yuran semester pengajian, buku-buku dan keperluan pembelajaran saja cukuplah. Taraf hidup di kota serba mahal sesungguhnya kadang nak bernafas pun payah. Tapi perut tetap perlu diisi. Belajar, belajar juga demi kehidupan cemerlang masa mendatang.

“Jom kita pekena nasi kandar kat restoran tu…aku dah lapar ni. Perut duk berdondang sayang dah..”

“Kau ni pantang keluar ke bandar mesti nak makan nasi kandar…”

Umairah mengangkat mukanya mengadap aku. Yang aku perasan selama aku mengiringnya berjalan dia menunduk saja tidak memperhatikan kiri kanan. Apa masalahnya? Sakit tengkok kot! Ish! Aku cuma mengagak saja.

“Mana kedainya?”

“Tu!” aku menunjukan kepadanya arah restoran yang aku maksudkan. Kelihatan ramai yang berpusu-pusu ke situ. Agaknya makanan yang dijual di situ tentu tersangatlah sedapnya justeru ramai pelanggannya.

“Ish! Taknaklah ke situ…”

“Kenapa pula? Ramai yang makan di situ. Apa salahnya kita cuba.”

“Hisih tak mahu aku. Kau tak nampak lembaga hitam besar berbulu yang duk tolak orang masuk ke situ. Ramai pula tu. Kiri kanan muka kedai semua ada.”

“Ishh! Mana ada. Aku tak nampak pun. Kau ni ada-ada saja.”

 “Aku nampak kau yang tak nampak. Kau tentu perasan kenapa aku jalan menunduk saja disini. Sebab di sini ramai suku sakat tu. Tak sanggup aku nak jeling pun.”

Ungkapan  Umairah serta-merta meremangkan romaku. Terkedu hilang bicara. Kata orang tua-tua jikalau roma menegak seram maka benarlah di sekitar kita memang ada keujudan hamba Allah yang halus sifatnya.

Aku percayakan kata Umairah bukan kerana dia kawan baik aku tapi kerana peribadinya yang sangat baik. Tidak tinggal solat, sering baca alquran juga bidang pengajiannya adalah jurusan perubatan.

“Kau tentu pernah terbaca di akhbar yang najis ditemui di tempat penyediaan nasi kandar kan.”
“Hmm apa kaitannya tu?”

“Mestilah ada kaitannya. Segala najis dan tulang-tulang adalah makanan sepesis tu. Ada faham?”

Meloya tekak aku mendengarnya. Sanggupkah aku nak makan nasi kandar lagi selepas ni?
Mungkin di kedai tidak lagi kot.

Sampai begitu sekali cara yang dilakukan peniaga-peniaga untuk meraih keuntungan kekayaan duniawi hingga sanggup bersekongkol dengan makhluk yang berlawanan sifatnya itu.


Mujur aku tidak dianugerahi  pancaindera ke enam yang terus mata seperti Umairah yang dapat melihat kewujudan mereka bila-bila saja sebab aku ni penakut sangat. Kalau terpandang mahu demam tak kebah dibuatnya. 

Monday, 26 October 2015

REZEKI DI DALAM SELUT....

ASSALAMUALAIKUM...

PENANGAN MENTARANG...

DALAM PERJALANAN UNTUK BERCUTI BERSAMA ANAKCUCU KE LUMUT BARU-BARU NI AKU TERLIHAT GERAI-GERAI YANG BANYAK DIDIRIKAN DI PINGGIR JALAN  MENJUAL ANEKA JENIS BUAH2-AN TEMPATAN DAN MENTARANG.... MENTARANG? ITU YANG PELIK TU. ADA PULA MENTARANG DIJUAL DI GERAI BUAH. AKU MEMANG TERUJA NAK MAKAN DAN SINGGAH BELI. MAKLUM SUDAH BERPULUH TAHUN TIDAK MERASA KEENAKAN SIPUT LAUT YANG BERCENGKERANG KASAR TAPI NIPIS ITU. KATA ANAKKU, KITA SINGGAH BELI WAKTU PULANG NANTI...IALAH AKU ANGGUK SAJA. GERAI-GERAI YANG MENJUAL MENTARANG TERDAPAT DI PARIT 11, 12, 13 AREA SABAK BERNAM.


MENTARANG MENGGAMIT KENANGANKU TAHUN AWAL -70AN KALA MASIH SEKOLAH RENDAH DI KAMPUNG HALAMANKU DI DULANG KECHIL. SUKANYA AKU BERSAMA RAKAN-RAKAN SEBAYA BERMAIN TAMBUR LAUT MENGOREK MENTARANG TIKA AIR LAUT SURUT.

MENGOREK MENTARANG TIDAKLAH SUSAH, HANYA DENGAN MEMBENAMKAN TANGAN DI TEMPAT MATA AIR MENTARANG YANG DIKENAL PASTI DAN MENGELUARKAN MENTARANG DARI TAMBUR LAUT YANG LEMBIK ITU. TAPI HARUS HATI-HATI KERNA KULITNYA KASAR DAN NIPIS MAMPU MELUKAKAN JARI.

SELAGI TIDAK PENUH BESEN DENGAN MENTARANG SELAGI ITULAH LEKA MENCARINYA. MEMBIARKAN SINAR MENTARI AWAL PAGI MEMBAKAR DIRI.  HENDAK BERGERAK DI DALAM TAMBUR LAUT YANG DI PENUHI DENGAN KETAM, IKAN BELACAK, OBOR-OBOR DAN PELBAGAI HIDUPAN TAMBUR LAUT KADANG ULAR LAUT SAMBIL MENOLAK BESEN MENTARANG BUKANLAH SENANG.

SUDAHLAH BADAN KOTOR DAN COMOT DILUMURI SELUT NAMUN KERANA SERONOKNYA MENCARI MENTARANG TETAP JUGA DILAKUKAN. BADAN YANG KOTOR BOLEH DIBERSIHKAN DI TALI AIR YANG JERNIH SAMBIL MEMBASUH MENTARANG YANG DICARI ITU. BERENANG-RENANG MENYEGARKAN BADAN DENGAN RAKAN-RAKAN MERIAKAN DAN MENGURAI KELETIHAN YANG MULAI DIRASAKAN.

SAMPAI DI RUMAH TENTULAH KEPENATAN DAN TUGAS MEMASAK MENTARANG YANG SANGAT ENAK RASANYA ITU DIURUSKAN PULA ANAK-ANAK DARA YANG TAKUT KOTOR TERKENA SELUT LAUT.


LALA DITUMIS REBUS

MENTARANG SEDAP DIREBUS SAJA ATAU DIMASAK GULAI LEMAK DENGAN MENGELUARKAN ISI DARI CENGKERANGNYA.


SIPUT BIJI NANGKA

APABILA MUSIM MENTARANG HABIS, BERGANTI PULA DENGAN MUSIM MENCARI KERANG DAN KEMUDIANNYA MUSIM MENANGGUK LALA.
JIKALAU MALAS BERMAIN SELUT LAUT, DI PANTAI YANG KERING TAPI BERTANAH LEMBUT BOLEH JUGA DIKOREK SIPUT BIJI NANGKA UNTUK DIJADIKAN HIDANGAN.

KERANG


BEGITULAH PUTARAN KEHIDUPAN LAUT MELIMPAH-RUAHKAN REZEKI KEPADA HAMBA-HAMBA-NYA  WALAU DI DALAM SELUT DENGAN IZIN ALLAH. SUBHANALLAH....YANG DIPERLUKAN CUMA TENAGA DAN KERAJINAN BERSUNGGUH.

SEMUA PIC GOOGLE...

Sunday, 25 October 2015

SENI MENGHIAS KEK...

ASSALAMUALAIKUM...

KEK YANG DIHIAS CANTIK BERSENI AMAT MEMPESONAKAN DAN BOLEHLAH DIJADIKAN SEBAGAI KEK HARI JADI, KEK HANTARAN  PERTUNANGAN, KEK HANTARAN PERKAHWINAN ATAU LAIN-LAIN ACARA YANG PERLU MEMPERAGAKAN KEK-KEK YANG CANTIK...

SENI MENGHIAS KEK PUN PERLU DIPELAJARI JUGA SAMAADA ASAS TOPPING DAN BUNGA-BUNGA PERHIASANNYA YANG DIBENTUK DARIPADA MAKANAN...

BAGI PI YANG TIDAK RETI MENGHIAS KEK NI WALAU KEK YANG TIDAK DIHIAS SEDAP JUGA...SELALUNYA LEMAK BERKRIM DAN BERGULA CANTIK ....YANG MENYELIMUTI KEK AKAN MENINGKATKAN KOLESTROL DALAM DARAH JADI UNTUK ELAKANNYA PI KETEPIKAN SAJA...

TAPI BAGI YANG SUKA DAN TIADA GANGGUAN KESIHATAN TAK JADI MASALAH PUN UNTUK MENIKMATI KELAZATANNYA TU....
















FLORES RARAS ALBUM...

MISTERI DJ TERSESAT...

ASSALAMUALAIKUM...

MISTERI... DJ DIJUMPAI LEPAS HILANG 2 BULAN, TAPI SANGKA SEHARI




Pelik campur misteri. Seorang DJ sambilan yang dilaporkan hilang sejak dua bulan lalu ketika mencari siput di jeti nelayan Jalan Genting, Klang, Selangor akhirnya ditemui di lokasi yang sama, pada Jumaat.

Azhar Muhammad, 45 tahun; atau lebih dikenali sebagai DJ Kahong dikatakan ditemui orang ramai dalam keadaan dipenuhi lumpur dan tidak terurus kira-kira jam 7.30 pagi.

Berkongsi cerita tentang apa yang terjadi, dia berkata telah bertemu seorang lelaki tua yang memakai baju warna krim yang mengajaknya bersembang.

Menurutnya, lelaki tua tersebut kemudian memberikan kepadanya rantai leher dan tangan yang berwarna kuning, sebilah keris serta buku kecil tertulis ayat al Quran.

Bertambah aneh, Azhar terkejut apabila mengetahui sudah hilang selama dua bulan kerana menyangka dia tidak pulang baharu cuma sehari.

“Saya ingat satu hari saja saya jumpa dia… rupanya dah dua bulan, saya terkejut apabila diberitahu rakan-rakan dan isteri.

“Saya tak sangka rupanya dah dua bulan saya hilang dan semua orang cari saya,”katanya kepada Sinar Harian.

Azhar dilaporkan hilang pada 10 Ogos lalu selepas dikatakan pergi ke jeti di pangkalan nelayan untuk mencari siput di kawasan hutan bakau berdekatan kira-kira jam 7 malam.

- See more at: http://pahang-ku.blogspot.my/

Saturday, 24 October 2015

CEMPEDAK MENJADI NANGKA PULA?

ASSALAMUALAIKUM....

SUNGGUH TAK DIDUGA BOLEH TERSNGKUT PULA NAMA PI DALAM SENARAI PERSERTA YANG MEMENANGI GA ANJURAN DIANA RASHID BERSAMA MAMALINK.COM.MY
PENYERTAAN SEKADAR SUKA-SUKA MEMBERI KEMENANGAN PULA...SYUKUR ALHAMDULILLAH REZEKI ALLAH NAK BERI TU...

TERIMA KASIH BANYAK DIANA RASHID DAN MAMALINK JUGA SPONSOR-SPONSOR GA YANG MEMBERI HADIAH YANG SANGAT BEERNILAI NI...

PI NI SEBENARNYA BUKAN RETI SANGAT BER GA DAN BERSEGMEN NI SEBAB BANYAK JUGA SYARAT YANG PERLU DIPATUHI SEDANG PI RABUN SIKIT IT JADI HANYA CUBA-CUBA SERTAI GA ANJURAN BLOGGER YANG MESRA SEBAB KALAU TAK TAHU BOLEH BERTANYA TANPA SEGAN...


Berikut adalah senarai pemenang:-

*Mustela travel pack x 10 pemenang (penaja sendiri akan hubungi pemenang)
*Wang tunai Rm30 x 1 pemenang (penaja akan hubungi pemenang)

*wang tunai Rm20 x 1pemenang (pemenang sila hubungi www.bahejabella.com)


 *sehelai instant shawl + broach x 1 pemenang  (pemenang sila hubungi Asyalya)


 *1 set produk kecantikan x 2pemenang (pemenang sila hubungSafura fadhlan)

 Untuk semua pemenang ada yang penaja akan hubungi dan ada yang anda sendiri kena hubungi penaja..jadi ambik perhatian ye..Lepas dapat hadiah boleh la buat entry ..simpan buat kenangan..Ok?
yang tak menang jangan sedih2..Nanti Kita buat GA lagi ok..

sekian..
Diana Rashid

na

RUMAH AGAM PONDOK RUMBIA......

Cerpen:
Rumah agam pondok rumbia.
Karya:
Paridah Ishak.
                                       

                                               RUMAH AGAM PONDOK RUMBIA..

BERADA di tengah masyarakat di kampung pedalaman jiwanya mungkin terasa tenang. Kebanyakan pemastautin di sini adalah daripada keturunan Jawa dan Banjar. Suaminya juga dilahirkan ibunya yang nasabnya Melayu tetapi ayahnya Jawa. Suaminya tidak mahir bertutur jawa tetapi dapat memahami lawan penuturnya dengan baik sekali. Sedangkan dia hanya melopong setiap kali mendengar mereka bertukar kata tatkala berkunjung ke teratak buruknya.

'Mereka ini mengata aku kot, Siapa tahu...' Barangkali hatinya memutuskan begitu untuk menggambarkan ketidaksenangan yang tertera di wajahnya yang suram keliru lantaran tidak faham suatu apapun tentang dialek bahasa jiran-jirannya itu. Cuma kalau jirannya yang Jawa bertemu jirannya yang Banjar mereka akan menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantara. Hanya beberapa patah kata bahasa Jawa yang difahaminya ; wedok/anak perempuan, lanang/anak lelaki, kembang/bunga. Tapi lebih banyak yang dia tidak tahu daripada tahu.

Daripada pemerhatiannya dia menaksirkan kehidupan mereka ini sangat sederhana sekali. Rumah-rumah mereka kebanyakannya bertiang kayu, berdinding papan atau rumbia dan beratap nipah yang disemat. Lebih kurang sama dengan teratak yang dihuninya kini bersama suaminya. Itupun ihsan daripada mbah saudara suaminya. Mbah Joko adik kepada mbah Jiman iaitu datuk kepada suaminya yang bermurah hati membenarkannya dan suaminya menumpang tinggal di tanahnya di mana terdirinya pondok buruk itu.

Keadaannya sangat daif sekali. Sekadar boleh dijadikan sebagai tempat berlindung daripada panas dan hujan. Namun kalau hujan lebat mencurah atapnya yang banyak lompong menyebabkan kebasahan di mana-mana. Ruang kecil itu tetap dikongsi bersama sambil mendoakan dan mengharapkan titis hujan segera berhenti. Amat merimaskannya keadaan sebegitu. Namun demi kasih dan sayang terhadap suaminya yang tercinta dia bersedia menerimanya tanpa berkeluh-kesah.

Kadangkala terbayang juga lintasan keselesaan hidup yang pernah dinikmati suatu ketika dulu. Tiada siapa yang tahu apa yang tersimpan kemas di sudut hati isteri muda itu lantaran tidak pernah zahir sebagai bicara bibir mongelnya. Namun taraf keselesaan hidup bersama keluarganya bak langit dengan bumi tidak pernah melunturkan niatnya untuk bertahan menghadapi rencamnya kehidupan di daerah sini.


Suaminya meneruskan visinya. Dia mengusahakan kebunnya dengan sangat rajin. Dan isterinya yang setia itu membantunya setiap hari. Sebenarnya suaminya tidak pernah memaksanya untuk berlenggeng tangan bermandi peluh di kebun.

Lagipun suaminya bimbang keadaan isterinya yang sedang hamil muda itu akan terganggu kesejahteraannya sekiranya berlasak di kebun membantunya dengan kerja-kerja tani yang agak berat juga. Dan menasihatkannya agar berihat saja di pondok demi menjaga kandungannya..

Kebosanannya sendirian di pondok menyebabkannya lebih selesa berada di kebun bersama suaminya. Ada juga kawannya buat berbeka menghibur hati sunyinya. Tidaklah hatinya tertunggu-tunggu kepulangan suaminya dari kebun setelah usai memasak hidangan tengah hari mereka di dapur kayu pondok itu.


Rona kehidupan kedua-duanya kini begitulah berlangsung  setelah berpindah dari bandaraya ke kampung halaman sendiri ekoran kegawatan ekonomi yang melanda menyebabkan kedua-duanya kehilangan pekerjaan. Dan pampasan yang diberikan syarikat yang menamatkan perkhidmatan mereka berkerja digunakan sebagai modal untuk memajukan tanah pusaka milik suaminya dengan bertanam kelapa sawit.

Harga komiditi itu berbanding getah agak setabil juga kini dan ramai petani yang bergantung hidup dengan produk tani mulai beralih mengushakan tanaman ini untuk menambah rezeki. Dia bersetuju  dengan apa saja keputusan suaminya itu dan sedia setia saja menyokongnya sambil membantu setakat kemampuannya.

Tidak lama dia berada di sini. Hanya lima bulan sahaja. Tatkala kandungannya sudah tiba saat untuk dilahirkan, suaminya menghantar isterinya pulang ke rumah mertuanya. Leganya rasa hatinya. Mungkin. Dia berada di tengah keluarganya kembali.

Dengan bantuan seorang kenalan baiknya yang juga seorang bidan kerajaan dia dibawa ke hospital di bandar berhampiran untuk melahirkan anak sulungnya. Dia terjerit-jerit melepaskan kesakitan yang terlalu dan tidak berdaya untuk menahannya tanpa rasa malu.

Ketika itu dirasakan suaminya terlalu mengasihinya. Suaminya itu menjaganya dengan sebaiknya.
Mungkin dia juga sangat teruja hendak bergelar bapa. Anak pertamanya itu sangat comel. Kulitnya putih melepak seputih kulitnya.

Suaranya  nyaring pabila menangis dan esakannya menjadi-jadi seolah-olah usianya sudah beberapa bulan. Sedangkan baru semalam dilahirkan. Berbahagia sungguh pasangan itu menerima anugerah Allah yang sangat istimewa itu di dalam kehidupan mereka.

Mereka mula merancang sesuatu demi sebuah keluarga yang baru saja terbina. Tanpa sebarang penghasilan bagaimana mereka hendak menyara kehidupan. Apalagi dengan kehadiran cahaya mata penyeri rumahtangga mereka. Masakan hendak mengharapkan hasil dari kebun sawit yang baru saja ditanam.

Setelah selesai tempohnya berpantang dijaga ibu ayahnya, suaminya kembali mengambilnya bersama anak kecilnya ke teratak buruk mereka di kampung Pulau Mekarsuli. Sebuah kampung yang asalnya adalah pulau yang akhirnya bercantum dengan tanah besar daratan menurut cerita orang dulu-dulu. Melihat kepada alam persekitarannya ternyata ada kebenarannya walaupun terletak jauh ke hulu tapi tanahnya seperti berselut laut dan banyak pokok berembang yang tumbuh. Kebiasaannya pokok berembang ini hanya tumbuh di pantai tepi laut.

Kampung yang terpencil di sebuah negeri yang termaju di negara kita yang tiada fasalitas kehidupan terpenting masakini iaitu bekalan air bersih dan api eleterik. Untuk mendapatkan minuman air dirawat penduduknya terpaksa ke kampung yang lebih jauh.  Mengisinya ke dalam tong besar lalu mengangkutnya dengan motor atau basikal pula. Air setong itu bolehlah disimpan selama seminggu sebelum habis digunakan mereka yang berkeluarga kecil. Dan berulanglah rutin yang sama dilakukan demi penghidupan dan kebergantungan kepada air tidak mampu dipersoalkan.

Hendak mandi, memasak dan lain-lain keperluan masing-masing akan menggunakan air telaga saja. Termasuk  dirinya dan suaminya juga tidak terkecuali. Dengan seorang anak kecil di sisinya bertambahlah kesukaran dirinya untuk menjaga anak itu yang sudah mulai merangkak dan dibimbangi anak itu terjelus di lantai kayu pinang yang dibelah-belah dan kini berbubuk pula. Kayu yang sudah berbubuk telah menyatakan kereputannya. Bila-bila masa saja akan patah jika ada sedikit beban yang tidak mampu ditampungnya.

“Agaknya sampai bila kita hendak berteduh di pondok mbah abang ni? Wahidah pun sudah mula merangkak. Tidak lama lagi akan bertateh belajar berjalan pula. Risaulah bang! Lantai pondok ni bukannya sama, berlubang sana sini…dibuatnya terperlus ke dalam lubang mesti sakit tercedera. Anak kita pun tak lama dah nak tambah jadi dua ni.”
“Bersabarlah Ani. Tidak lama lagi pasti kita akan berpindah dari pondok mbah ini ke rumah kita di tanah sendiri. Abang sudah rancang nak bina sebuah rumah yang lebih baik sekiranya tabungan kita dah mencukupi kelak.”

Ani tidak menambah lanjutan persoalan yang dikemukakan kepada suaminya lantaran dia sangat memahami akan situasi kini yang didepani mereka. Suaminya itu seorang yang sangat rajin berkerja untuk menambah rezeki agar yang secupak menjadi lebih segantang dengan berniaga pula.

Pepatah rezeki secupak tidak akan jadi segantang tidak mempengaruhi jiwanya. Bukankah rezeki Allah itu maha luas dan apa saja yang diizinkan-Nya akan berlaku. Tergantung kepada sebanyak mana usahanya yang dilakukan untuk menggapainya.

Suami kepada Ani itu membeli hasil pertanian jiran-jirannya di kampung Pulau Mekarsuli seperti pisang, kelapa, buah-buahan, sayur mayur kampung dan membawa dengan lori pikap kecilnya untuk dijual di pasar borong bandaraya KL. Setakat ini perniagaannya yang kecil saja itu mampu mengalirkan rezeki yang diharapkan untuk menampung kehidupannya yang sederhana di samping membantu jiran-jirannya juga menambah pendapatan dengan  hasil tani mereka yang dijual kepadanya. Walau pada mulanya memang agak sukar juga dirinya hendak mencelahi ruang perniagaan begitu justeru telah didominasi peniaga-peniaga yang lama bertapak dan berpengalaman. Berkat usahanya yang bersungguh-sungguh tanpa jemu berbudi bahasa menegur sapa mereka yang berkenaan tanpa malu akhirnya dia berjaya memperolehi apa yang dihajatinya. Tentulah dengan izin Allah jua.

Ani terjaga daripada tidurnya kala malam teramat sunyi. Suaminya kelihatan tertidur pulas. Amat jenera sekali. Barangkali teramat keletihan sekembali daripada menghantar barang-barang dagangannya kepada peraih-peraihnya di pasar borong bandaraya KL. Menoleh sekali lagi ke sisi kanan membuat jantungnya berdebar kencang. “Kemana anak-anak aku ni! Hish budak-budak ni!” segera di kejutkan suaminya dengan menggoyang-goyangkan badannya.

Kerisauan hatinya mengenangkan keselamatan anak-anak kecilnya membuatnya mulai menitiskan air mata. ‘Mudahan-mudahan Allah melindungi keselamatan kamu berdua daripada sebarang musibah anak-anakku.’  
Segera Ani bingkas mencari anak-anaknya itu dengan menjenguk setiap sudut ruang pondok kecil itu sambil melaung nama mereka.
“Wahidah! Hidayah di mana kamu nak?”
Terdengar rengekan halus seakan menyahut suara Ani. Suaminya yang telah juga bangun terkocoh-kocoh kerana keributan suasana gara-gara isterinya yang kerisauan Segera mencapai lampu picit yang sememangnya sedia ada untuk digunakan tika diperlukan menyuluh ke arah suara rengekan itu.

“Anak-anak kita ada di bawah pondok Ani. Agaknya terjatuh sebab terlalu buas bergolek sana sini dalam tidurnya hingga terpeleset ke dalam lubang.”
Segera suaminya menuruni pondok dan mencempung kedua-dua anak-anaknya itu membawa kedua-duanya naik ke pondok.

“Mujur antara pondok dan tanah tak tinggi sangat. Tidaklah mereka kenapa-napa.”
“Sakit ya nak?” Wahidah dan Hidayah yang terpinga-pinga langsung tidak menyedari apa yang telah berlaku kepada mereka hanya menyembamkan wajah ke dalam pelukan emaknya yang amat erat dirasakannya.
“Itulah bang, memang tak silap apa yang dikata mulut saya kan? Pondok ni dah tak berapa selamat lagi untuk diduduki.”
“Iyalah tu! Sebulan dua lagi siaplah rumah kita yang sedang didirikan tu. Bolehlah kita berpindah ke sana. Janganlah risau sangat. Bersabar sajalah dulu.”

Ani menaiki tangga pondoknya dengan menjinjing secekak pucuk paku dan pegaga yang banyak tumbuh melata dan subur secara alami dan dikutipnya di dalam kebun sawitnya yang bersempadan dengan tanah mbah Joko. Atok saudara kepada suaminya itu telah berpulang ke Rahmatullah pada tahun lepas. Sedih dan hiba hatinya mengenangkan kepergian insan yang telah banyak berjasa dalam kehidupannya dan keluarganya selama ini. Semoga Allah mencucuri rahmatnya ke atas roh arwah mbah Joko dan mereka yang telah mendahuluinya ke sisi-Nya. Begitu doanya selalu.

Pegaga hijau berdaun lebar kerana kesuburannya itu diletakan di dalam besen pelastik kecil. Tangannya mulai mericis pucuk paku pula. Batangnya yang keras dipotong buang. Yang diambil cuma daun dan batangnya yang lembut lagi muda. Mindanya merencana masakan kegemaran anak-anak dan suaminya.

Dia bercadang pucuk paku akan dimasak lemak bercampur udang kegemaran anak sulungnya Wahidah. Dan membuat kerabu pegaga kesukaan Hidayah anak keduanya itu. Sedangkan suaminya dan dirinya tidak pernah menentukan menu selera pilihan. Apa saja yang menjadi rezeki hidangan tengahari mereka akan dicicipi bersama dengan penuh kesyukuran.

“Abang dah balik dari masjid ya? Jomlah makan. Saya masakan makanan kesukaan kita dan anak-anak abang ni!”
‘Ani! Ani! Tidak pernah lupa dia dengan masakan anak-anak kesayangannya itu. Tapi ingatkah Wahidah dan Hidayah kepada ibu dan ayahnya ini setelah lama bermastautin di luar negara. Sweden negara yang  dan ketat undang-undang kekeluargaannya itu memang cantik tempat Wahidah dan keluarganya tinggal. Apalagi negara pelancongan Switzerland yang sejuk sentiasa itu yang menjadi negara mastautin Hidayah. Sangat mengujakan sekali keindahannya bagaikan syurga. Apapun takkan langsung tidak ingat hendak balik menjenguk ayah ibu mereka yang sudah tua ini walau kehidupan mereka sangat berbahagia dan selesa di negara orang.  

Segeralah kembali anak-anakku. Ibumu ini teramat merindukan kamu berdua. Hidupnya dipenuhi kesepian yang menyiksakan jiwanya. Hingga menyebabkannya memaksa ayah kamu mendirikan pondok di tengah kebun untuk mengingati kenangan kita bersama yang bahagia dan indah suatu ketika dulu. Rumah agam yang ayah dirikan untuk kita sekeluarga kini ditinggalkan. Terbiar sepi tanpa penghuni. Nampaknya ayah dan ibumu ini hanya akan menghabiskan sisa hidup ini di pondok ini menunggu kepulangan kamu anak-anaku.’

Monolog suami Ani terhenti. Mulai menghenyakan ponggongnya di atas tikar pandan yang terbentang untuk menikmati hidangan tengahari mereka seadanya tanpa bicara.

Tamat.