Kapal itu telah meninggalkan pelabuhan
sarat muatannya berat bebanannya
kadang melinglung dipukul ombak ganas
kadang tersasar laluan dihempas badai
Namun terus belayar dengan sabar
meredah situasi demi situasi
tanpa mengira nasib diri
Di tengah lautan pelayarannya terhenti
segara luas nan tidak bertepi
tidak gagah lagi direnangi
tiada yang menangisi nasib dirinya
mahu berpayah membaiki kebocorannya
Kini sendirian bermain gelombang
bertemankan camar yang singgah di tiangnya
yang pasti bakal tenggelam
ke dasar lautan perlahan-lahan
untuk menjadi tukun ikan ikan
Paridah Ishak.
PIC GOOGLE IMAGES
sedih membaca ni PI...apa kan daya
ReplyDeletehmm..itulah kehidupan...tq cikgu etuza.
ReplyDeleteAdakala dalam kehidupan ini ada yg tertewas... bahagian masing2 kan kak...
ReplyDeletehmm skrip hidup kita berbeza-beza kan KK.. tq.
ReplyDeletesedihkan kalau tertewas...
Mendalam maksudnya... Moga ada yang membantu kapal itu...
ReplyDeletepuisi satira luahan hati..
ReplyDeletetq zumal memahami maksudnya yg sederhana saja xsesukar mana.
ada maksud yang tersirat.. #deep
ReplyDeletemaksud tersirat yg mudah difahami tu...tq wan muliani.
DeleteAssalamualaikum kak,
ReplyDeleteFitrah...setiap permulaan pasti ada perhentian.
"Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan." (surah Rahman: 26-27)
wsalam dik ustaz...benar tu tiada yg kekal di alam fana ini kecuali Dia.
Deletepengakhiran suatu episod kehidupan yg walau mendukakan wajar diterima dgn reda.
tq abuikhwan pencerahannya.
Bukan pelayar mahukan kapalnya bocor tetapi kadang kala takdir dan ketentuan Ilahi itu sekar dijangkakan. Pasti ada hikmah yang perlu direnungkan...
ReplyDeletehmm...pelayar hanya mahukan kesempurnaan akan kapalnya..
ReplyDeletehikmah Allah sentiasa ada dlm setiap ketentuan-Nya...insyaAllah.
tq BM.
ketabahan sebuah kapal di dalam mengharungi liku-liku kehidupannya..
ReplyDeletehmm ketabahan yg kental...tq aiza.
ReplyDelete