Wednesday, 23 September 2015

AYAM GRILL MUSHROOM...MASALODEH...KOKTEL SEGERA...

ASSALAMUALAIKUM....

SELAMAT BERPUASA SUNAT ARAFAH SEMPENA HARI WUKUF....SAMBIL TU BOLEH MASAK RENDANG SEKALI BUAT LAUKBERBUKA DENGAN BANYAK SEDIKIT AGAR BOLEH DIJADIKAN HIDANGAN RAYA BERSAMA KETUPAT PULUT/NASI ..LEMANG.

KEBIASAANNYA HARI RAYA KORBAN KEBANYAKAN KITA SUKA MEMASAK AYAM DLL ANEKA RESEPI PILIHAN SEBELUM MENDAPAT DAGING KORBAN YANG AKAN DIAGIHKAN KEPADA PENERIMANYA SETELAH IBADAH KORBAN TERNAKAN KAMBING, LEMBU, UNTA DILAKUKAN YANG BERKEMAMPUAN...

PI KONGSIKAN DI SINI RESEPI RENDANG/MASAKAN AYAM YANG ENAK UNTUK DIJADIKAN SANTAPAN BERBUKA DAN HARI RAYA HAJI JUGA...

DAN RESEPI MASALODEH SEBAGAI PENAMBAH HIDANGAN DAN KOKTEL SEBAGAI PEMANIS RASA...



RESEPI AYAM GRILL MUSHROOM SOS
Bahan-Bahan (Ayam Grill)
1 ekor ayam (potong 4) 
1 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1cm halia(tumbuk kasar)
sedikit serbuk lada hitam kasar , oregano
Sedikit olive oil/minyak masak

Cara-caranya:-

Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel.

Bahagian dada/isi cucuk2 sedikit dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.Kalau nak kelar pun boleh juga.

Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah.LiNa Pg guna 1 kiub ayam sebab ayam saiz besar.Kalau ayam kecil atau yg debond guna setengah jer (agak2)

Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.

Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.

Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering.

Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam ayam...memang best

Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus

RESEPI MUSHROOM SOS
Bahan-Bahan
Cendawan butang
1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan
Sedikit kiub ayam
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1/2 tin air (guna tin prego tu)
Sedikit minyak

Cara-Caranya:-
Cendawan butang dibersihkan dan hiris nipis
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit kuning.
Masukkan hirisan cendawan tumis hingga layu.
Masukkan sos carbonara.Tambah air.
Masukkan kiub ayam.Masuk sedikit jer.Kacau hingga pekat.
Sesuaikan rasa.Tutup api



Masalodeh

Bahan-bahan ( Dalam 6-8 biji )

2 genggam kacang dal - direndam semalaman
1/2 bii bawang besar-didadu
Cili padi-dihiris (jika suka pedas)
Daun kari -dihiris
1/2 kiub pati ikan bilis
1/2 sudu kecil jintan manis-ditumbuk kasar
1/2 biji telur
secubit tepung ubi -untuk melekatkan adunan, jangan banyak sangat, nanti liat

Cara-cara

Kacang dal ditumbuk atau kisar -jangan letak air.Kalau tak hancur sume pun takpe.
Dalam satu bekas, campurkan kacang dal, bawang, daun kari, serbuk ikan bilis, jintan manis, telur, tepung.
Perasakan dengan sedikit garam dan aji. Jangan risau kalau rasa adunan tu pahit sikit, nanti goreng ok lah dia.(garam jangan banyak sbb serbuk pati ikan bilis dh masin)
Gaul rata bancuhan dan kepal2 kan. Bahagi kepada 6 atau 8 biji
Ambik satu biji, kepal2 biar padat dan goreng dalam minyak panas. Semasa menggoreng biar bahagian bawah garing dulu baru terbalikkan, kalau tidak kuih ni cepat berderai. Goreng hingga garing/masak.




KOKTEL SEGERA..
Prosedur
1. Buka penutup susu cair & tin cocktail
2. Ambil mangkuk besar & tuang susu cair & cocktail
3. Masukan nata de coco sikit-sikit
4. Kemudian tambah laici
5. campak segala jenis buah buahan yang anda sukai
6. akhir sekali masukkan ketulan ais
7. tabur sedikit garam supaya semua macam macthing




17 comments:

  1. sedap2 semuanya...selamat berpuasa sunat Arafah, Kak PI..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya...nampak menarik :)
    Selamat berpuasa Kak Paridah

    ReplyDelete
  3. nampak sedap ayam tu kak paridah.. selamat berpuasa sunat.. :)

    ReplyDelete
  4. Menu sempurna untuk berbuka puasa hari ni! Selamat berpuasa dan selamat menyambut Aidiladha buat Kak sekeluarga

    ReplyDelete
  5. Wah hidangannya menggugah selera mbak :D
    boleh dong bagi bagi..

    ReplyDelete
  6. Selamat berpuasa PI.

    Hidangan yang menyelerakan. Boleh buat masa raya esok.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya. semua resepnya cocok untuk menu hidangan lebaran idul adha. Tapi kenapa tidak pakai daging qurban...

    ReplyDelete
  8. Semuanya sedap2 dan menyelerakan belaka... Salam Aidiladha buat kak PI sekeluarga. Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan kita semua... aamiin... :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak,
    Sedapnya! Resepi dah salin. Bila nak buat, nanti bincang dengan 'mahbubati'...
    Di kesempatan ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan `Aidul Adha Mubarak 1436H kepada akak sekeluarga. Mudah-mudahan pengorbanan kita semua ada nilaian disisi Allah SWT.

    ReplyDelete
  10. Memang nampak sedap dan menyelerakan.....
    Salam Aiduladha dari Bunda...

    ReplyDelete
  11. Sedapnyaaaa.. Selamat hari raya aidiladha pi..")

    ReplyDelete
  12. petang2 dingin ni rasa nak santap nak makan.hehehe pandai tul Pi memasak pasti bahagia anak2 dan kelaurga lainnya...datang ke blog Etuza ya..

    ReplyDelete
  13. nanti sy suruh org umah cuba resepi baharu akak ni...

    ReplyDelete
  14. Ya Allah sedapnya kak... ayam grill tu buat kecur ailio... huhuhu

    ReplyDelete
  15. woaaaaah dah macam makan mahal2 kat kedai gempak laaaaa..
    paling tergoda tu koktel.. fevret tp pemalas nak buat hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”