Monday, 24 August 2015

TERAS TERHUNJAM GUBAL MELAYANG TERTINTING BERTAMPI TERAS GUBAL MELAYANG TERAS TINGGAL....

Assalamualaikum...

PANTUN-PANTUN PERIBAHASA PAK ENGKU

KE LAUT DALAM BERPERAHU PAYANG,
LAUT CHERATING BEROMBAK GANAS,PERAHU PAYANG KEMUDI TERTANGGAL;
TERAS TERHUNJAM GUBAL MELAYANG,
TERTINTING BERTAMPI TERAS,
GUBAL MELAYANG TERAS TINGGAL.

Peribahasa : Teras terhunjam gubal melayang, tertinting bertampi teras,
gubal melayang teras tinggal.
Maksudnya : Orang yang berdarjat atau bangsawan, walaupun miskin
tetap dimuliakan.

TANAM HALIA SAMA PERIA,
TANAH BERKEPAL BERBUNGKAH-BUNGKAH,
TANAM SEBARIS DI KEBUN BARUH;
TIMUN DI DIA PISAU DI DIA,
HIRIS TEBAL TAK SIAPA MENEGAH,
HIRIS NIPIS TAK SIAPA MENYURUH.
Peribahasa :Timun pada dia, pisau pada dia, hiris tebal tiada siapa
menegah, hiris nipis tiada siapa menyuruh.
Maksudnya : Seseorang yang mempunyai kuasa penuh atau hak ke atas
seorang yang lain yang berada di bawah kuasanya.

BERJALAN SI KITUL KE INDERAGIRI,
BELI TERENDAK DI PEKAN SARI;
BELUM BETUL MEMBILANG JARI,
SUDAH HENDAK BANGKIT BERDIRI.
Peribahasa : Belum betul membilang jari, sudah hendak bangkit berdiri.
Maksudnya : Hendak berlagak menunjukkan pandai seperti orang tua
sedangkan diri belum berpengalaman.

BERKATI-KATI DIJUAL REBUNG,
DIJUAL RUNCIT DI PASAR BORONG;
JANGAN SEPERTI SI BUNTAL KEMBUNG,
PERUT BUNCIT DI DALAM KOSONG.
Peribahasa : Laksana buntal kembung, perut buncit di dalam kosong.
Maksudnya :Orang yang bodoh dan sombong tetapi sering bercakap besar.

KE PULAU JAWA PANGLIMA AGUNG,
HENDAK MEMBELI KERIS PANDAK;
JANGAN DIBAWA RESMI JAGUNG,
SEMAKIN BERISI SEMAKIN TEGAK.
Peribahasa : Jangan dibawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak.
Maksudnya : Makin dia berilmu atau kaya, semakin bongkak dan sombong.

DIPAKAI TEMAN BAJU BATIK,
BAJU BERSULAM BABA DAN NYONYA;
MATILAH KUMAN KENA PELANTIK,
SEKALIAN ALAM LIMPAH DARAHNYA.
Peribahasa : Matilah kuman kena pelantik, sekalian alam limpah darah-
nya.
Maksudnya : Orang biasa atau kebanyakkan kalau berkahwin dengan
golongan bangsawan atau berdarjat akan menjadi buah
orang ramai.

MATI TEHIMPIT ANAK NAPUH,
DI PERDU SAGA MATI TERBUJUR,
KALAU SEMPIT SAMA BERTIMPUH,
KALAU LEGA SAMA BERLUNJUR.
Peribahasa : Sempit bertimpuh, lega berlunjur.
Maksudnya : Jika mendapat rezeki yang sedikit, bersabar dan berjimat-
cermatlah, apabila telah mendapat pendapatan yang lebih,
barulah bersenang-lenang.

KENA JELATANG TERASA SAKIT,
KENA KETIKA PERGI KE HUTAN;
TUAH DATANG SEBESAR BUKIT,
SAYANG CELAKA MENIMPA BADAN.
Peribahasa : Tuah sebesar bukit, celaka menimpa badan.
Maksudnya : Orang yang ada ilmu pengetahuan tetapi hidup susah
kerana tidak tetap mata pencarian.

BURUNG GEREJA BURUNG TEMPUA,
BURUNG BIASA MEMAKAN PADI;
PENAT SAJA TUKANG MENEMPA,
BESI BINASA SENJATA TAK JADI.
Peribahasa : Penat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi.
Maksudnya : Banyak wang dan tenaga yang habis tetapi hasilnya tiada
atau tidak mendatangkan faedah.

TINGGI SUNGGUH TERBANG KEDIDI,
TERBANG MENYUSUR PERLAHAN-LAHAN;
KERJA BERTANGGUH TIDAK MENJADI,
KERJA BERANSUR TIDAK BERTAHAN.
Peribahasa : Kerja bertangguh tidak menjadi, kerja beransur tidak bertahan.
Maksudnya : Kerja yang ditangguh-tangguhkan pasti tidak akan siap
tetapi kalau dibuat secara beransur-ansur pasti akan
sudah akhirnya.

IKAN BELIDA GULAI TEMPOYAK,
KUNING WARNA RENCAHNYA BENDI;
KALAU TIADA EMAS SEPIAK,
KERJA MANA BOLEH MENJADI.
Peribahasa : Kalau tiada emas sepiak, kerja mana boleh menjadi.
Maksudnya : Jikalau kita lemah dan miskin, sudah tentulah segala apa
yang kita hajati tidak akan berhasil.

DIGULAI HENDAK SI IKAN MAYUNG,
IKAN DIMAKAN SEDAP RASANYA;
JIKA TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG,
DI MANA AKAN DAPAT SAGUNYA.
Peribahasa : Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Maksudnya : Apa juga cita-cita kita tidak mungkin akan berhasil jikalau
kita tidak berusaha dengan gigih.
SEKIAN. 
   

20 comments:

  1. bagus sekali ,siap ada peribahasa dan maksudnya.terima kasih berkongsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. peribahasa tanpa maksud sukar juga nk faham...tq acik AP.

      Delete
  2. Indah peribahasa orang kita.
    Cakapnya berlapik, katanya berkias

    ReplyDelete
    Replies
    1. org dulu cakap berlapik berkias ni kpd yg tertentu n faham maksudnya agar boleh diterima dgn fikiran terbuka...tq fidah.

      Delete
  3. pantun dan pribahasa dengan teras yang melayang layang diteras rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh..tahukah maksud teras tu..mestilah kan...tq chilembu thea.

      Delete
  4. Assalamualaikum kak,
    Puitis sungguh lenggok bahasanya. Pantun yang pertama tu memang saya tidak memahami maksudnya, tinggi sangat balaghahnya..nasib baik ada keterangan di bawahnya...hebat bahasa orang lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..benar dik ustaz lenggok bahasa org dulu terlalu klasik berseni jauh dgn cara kita bermain bahasa yg lbh ringkas n mudah...kak mmg xpandai tapi minat mengonsi karya2 berkualiti.
      tq abuikhwan.

      Delete
  5. Tinggi sungguh bahasa pak engku, kalau tak de maksud memang wawa tak faham..")

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok juga kita belajar peribahasa lama ni kn wawa...kita hargai usaha pak engku menulisnya untuk kita.
      tq wawa.

      Delete
  6. Cantik sungguh pantun 6 kerat yang berkaitan peria tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TANAM HALIA SAMA PERIA,
      TANAH BERKEPAL BERBUNGKAH-BUNGKAH,
      TANAM SEBARIS DI KEBUN BARUH;
      TIMUN DI DIA PISAU DI DIA,
      HIRIS TEBAL TAK SIAPA MENEGAH,
      HIRIS NIPIS TAK SIAPA MENYURUH.
      mendalam sekali maksud peribahasa ni kan fida...tq.

      Delete
  7. indahnya perkongsian disini paridah..memertabatkan bahasa melayu yang semakin terpinggir oleh bangsanya sendiri,Alhamdulillah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya annajingga kita hargai sastera lama yg indah warisan bangsa ...tq annajingga

      Delete
  8. Replies
    1. ya pantun2 peribahasa yg indah...tq fatimah.

      Delete
  9. Membaca dan menghayatinya tak tercapai dek kakak utk mengolah seindah ini. Hebat sungguh pemilihan perkataan digunakan..

    ReplyDelete
  10. pak engku mmg ahli dlm bidangnya iaitu kesusasteraan Melayu lama...pandai menggubah bahasa...sukar kak menirunya...kakzakie nampaknya pandai juga mengatur frasa...jauh nk dibanding dgn kak.
    tq kakzakie.

    ReplyDelete
  11. Sangat indah berbahasa, terserlah adab dan budaya...

    ReplyDelete
  12. ya amat indah sekali bahasa kita...tq zumal.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”