Friday, 14 August 2015

KASIH SAYANG ALLAH...

ASSALAMUALAIKUM..

.Saya telah membaca hadis ini maka mengalirlah kedua air mata, memohon kepada Rabbi agar dpt disampaikan perkara ini kepada semua yg saya sayangi.
Hadis kudsi yang menggetarkan segenap tubuh serta menunjukkan kebesaran Sang Pencipta. Allah swt berfirman :
Wahai anak adam 👤 Aku jadikan engkau dalam perut ibumu, dan aku tutup wajahmu dengan penutup supaya tak lemas/ terhidu engkau dalam rahim. Dan Aku jadikan engkau tenang dilindungi disebalik rahim ibumu. Aku cukupkan bagi engkau makanmu. Dan Aku jadikan di samping kanan dan kirimu tempat berpaut. Di kananmu hati (liver) dan di kirimu hempedu (spleen) ibumu.
Setelah itu, Aku ajarkan engkau utk tetap dan duduk di dalam badan ibumu. Adakah yang lain selain dariKu yang mampu menjadikannya sedemikian??
Setelah berakhir penciptaanmu dan disempurnakan kejadian mu, aku arahkan kerajaanKu dengan penuh kasih dan sayang utk mengeluarkanmu dari rahim, maka dikeluarkanlah dirimu. Tiada bagimu gigi utk mengunyah, jua tangan utk menggapai, juga kaki utk berdiri. Engkau tidak punya apa2. Aku jadikan susu yg lengkap lagi bersih dari dada ibuMu, yg sejuk di musim panas dan panas di musim sejuk. Dan Aku letakkan cinta dan kasih kepada engkau dalam diri kedua org tuamu. Tidak meniarap engkau sebelum mampu, tidak duduk engkau sebelum mampu, tidak merangkak engkau sebelum mampu, tidak berdiri engkau sebelum mampu.
Apabila engkau telah kuat utk berjalan sekarang, engkau bermaksiat saat engkau berseorangan! Dan engkau langsung tidak malu padaKu. Maka Aku tetap peringatkan : jika engkau berdoa, Aku makbulkan. Jika engkau meminta, Aku berikan. Jika engkau bertaubat, Aku bawa engkau kepadaKu.
Sungguh ajaib engkau wahai anak adam 👤. Ketika dilahirkan engkau diazankan dan diiqamatkan tanpa disertai solat. Dan bila kau mati engkau disolatkan tanpa didahulukan azan.
Sungguh ajaib bagimu wahai anak adam 👤.
Ketika lahir tidak kau ketahui siapa yang mengeluarkanmu dari tubuh ibumu, dan ketika kau mati tidak juga kau tahu siapa yang memasukkan engkau ke kuburmu.
Sungguh ajaib perihalmu anak adam 👤.
Ketika kau dilahirkan ada yang menggosok dan membersihkanmu, dan setelah kau mati ada juga yang menggosok dan membersihkanmu.
Sungguh ajaib perihalmu anak adam 👤.
Ketika lahir tidak kau tahu siapa yang gembira dan tersenyum atas kelahiranmu, dan setelah ajalmu masih engkau tidak tahu siapa yang menangisi dan sedih ke atasmu.
Ajaib sungguh perihalmu anak adam 👤.
Ketika engkau di perut ibumu Aku jadikan engkau dalam tempat yang sempit lagi gelap, dan apabila mati dijadikan bagi engkau kubur yang sempit lagi gelap.
Ajaib sungguh perihalmu anak adam. 👤
Lahirmu terus engkau dibalut dengan kain putih utk menutupimu, matimu juga engkau dikafankan dengan kain putih utk menutupimu.
Ajaib sungguh perihalmu anak adam 👤
Apabila engkau lahir ditanyakan manusia mengenai syahadah dan perihalmu. Dan setelah engkau mati engkau ditanyakan malaikat ttg amal2 engkau yg soleh dan apa bekalmu utk akhirat?
..........
Paksakan utk sebut di hati dua kalimah syahadah. **Asy hadu an lailahaillallah, muhammada rasulullah.**
Bacakan juga surah Al Ikhlas
**Bismillah. Qul huwallah hu ahad. Allah hu somad. Lam yalid wa lam yuulad. Wa lam yaqullahu kufuwan ahad
** jika dapat engkau sebarkan maka setiap yg membacanya telah pun membaca sepertiga quran atas perkara yg engkau sebarkan.
 Ustazah Mainura Ibrahim's post.





Di kisahkan seorang pemuda telah keluar dari rumahnya kerana berselisih faham sama ibunya. Dia duduk di taman, sambil berfikir jauh tanpa terasa air matanya menitis dan menyesal dengan kekasaran nya kepada ibunya

Lalu dia mengambil handphone dan mengirim SMS kepada ibunya berbunyi:
Ibu…
Aku sedar bahawa telapak kaki ibu lebih halus.
Apakah ibu mengizinkanku memeriksa kebenaran itu
dengan mencium telapak kakimu?

Kemudian dia kembali ke rumah, dan ibunya sudah berdiri di pintu menyambut kedatangan anaknya. Kelihatan senang di wajah ibunya.

Sebelum dia sempat mengucapkan apapun, ibunya berkata:
Ibu tidak akan mengizinkan kamu melakukan itu
karena dulu waktu kamu masih kecil ibu sudah mencium kehalusan telapak kakimu kerana sayangnya kepadamu.

Mendengar itu, airmata pemuda itu semakin deras mengalir tanpa disedarinya, diapun berlari memeluk ibunya sambil meminta maaf.

Ingatlah..
suatu hari orang tua kita akan pergi
manfaatkanlah waktu selagi masih bersama mereka.
Dan apabila mereka sudah pergi
maka doakan mereka dan selalu ucapkan
“Rabbi Irhamhuma kama rabbayaani shaghira…”

Ingatlah..
setengah dari kehidupan kita yang di jalani adalah bersama orang tua, dan setengah lagi bersama anak-anak kita. Berbuat baik dan berbaktilah pada pertengahan pertama, maka kita akan bahagia pada pertengahan keduanya

~ Semoga bermanfaat ~.

18 comments:

  1. Allah, speechless baca entry ni.. Tq kak..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak,
    Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini. Mudah-mudahan ia memberikan satu keinsafan dan motivasi kepada kita semua dan kita termasuk di dalam golongan yang mengambil manfaat daripada setiap peringatan yang diberikan.
    "Dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu ada manfaatnya bagi orang-orang yang beriman." (adz-Zariyat: 55)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam dik ustaz.
      sebab kak bukan ustazah kak hanya mampu mengongsi tulisan drpd mrk yg diyakini kebenarannya n membwa kebaikan kpd kita insyaAllah.
      tq abuikhwan.

      Delete
  3. Sesuatu yang harus kita renungkan dan mengambil pengajaran daripadanya.
    Semoga Allah mengampunkan segala dosa kedua ibu bapa saya...aamiin
    Thanks Kak Paridah

    p.s : maaf, lambat membalas kunjungan. Internet slow :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah semoga perkongsian bermenafaat utk kita.
      moga dosa2 kita n dosa2 kedua ibubapa kita diampuni Allah....aamiin.
      xmengapa lambat bw..tnet ni kdg tenat fidah...tq

      Delete
  4. berbuat baik pada mak ayah masa diorang masih hidup.
    sedekahkan doa untuk mak ayah bila diorang dah mati.

    ReplyDelete
  5. ibu ayah kita tiada duanya n mrk berhak mendapat kasih syg anak2nya...tq cikgu nick nashram.

    ReplyDelete
  6. Subhanallah... perkongsian yg baik buat renungan dan peringatan kita semua.. t kasih kak

    ReplyDelete
  7. insyaAllah semoga ianya bermenafaat tq khir khalid.

    ReplyDelete
  8. rabbighfirli waliwalidayya... warhamhuma kama rabbayani soghiro...

    ReplyDelete
  9. amiin..tq annies..berdoa setiap hari utk ibubapa kita.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”