Saturday, 25 July 2015

HIDANGAN RUMAH TERBUKA...BERIANI GAM DAGING.

ASSALAMUALAIKUM....

RAMAI YANG TELAH MENYELESAIKAN PUASA SUNAT SYAWAL SELAMA ENAM HARI BERMULA PADA HARI RAYA KEDUA LAGI....KALAU YANG BELUM BOLEH MULAKANNYA BILA-BILA MASA SELAMA ENAM HARI DALAM BULAN TERSEBUT...KATA ALIM ULAMA BERPUASA SEBULAN RAMADAN DENGAN TAMBAHAN ENAM HARI LAGI SELEPAS RAYA PERTAMA BERPUASA BERMAKNA KITA TELAH BERPUASA SELAMA SETAHUN....BESAR GANJARAN PAHALA BERPUASA SELAMA ITU....RUGI KALAU TAK DIBUAT KAN...

SETELAH BERPUASA BERHARI RAYA PULA DAN MENEPATI KONSEP RUMAH TERBUKA KINI UNTUK MERAIKAN RAKAN TAULAN/SAUDRA-MARA/JIRAN TETANGGA DALAM SUASANA YANG LEBIH SANTAI.

TERUTAMA KEPADA MEREKA YANG PULANG BERHARI RAYA DI KAMPUNG DAN BELUM LAGI MERAIKAN HARI RAYA BERSAMA RAKAN SEKERJA DAN JIRAN-JIRAN DI PERTEMPATAN MEREKA.

MENU YANG DIPILIH TENTULAH LEMANG KETUPAT/RENDANG LONTONG/NASI IMPIT/KUAH KACANG, ANEKA MEE, ANEKA MIHUN TIDAK KETINGGALAN JUGA NASI DAN LAUK PAUKNYA BERSERTA KUIH-MUIH YANG PELBAGAI.
ISH! BANYAK TU...SESEKALI BERKENDURI OKEYLAH TU..

PI NAK KONGSIKAN DI SINI RESEPI YANG BOLEH DISELITKAN DALAM MENU RUMAH TERBUKA YANG BAKAL DI ADAKAN KAWAN-KAWAN NANTI...MUNGKIN IANYA DAPAT MEMBANTU MENENTUKAN PILIHAN HIDANGAN UTAMA KELAK.





RESEPI BERIANI GAM DAGING
BAHAN NASI:
1.2 kg beras basmathi
250gm minyak sapi
1 sudu teh buah pelaga
2.5cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
1 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh saffron | boleh juga menggunakan pewarna kuning biasa
6 ulas bawang putih | dihiris halus
2.5cm halia | dihiris halus
5 sudu makan pes rempah beriyani
100gm gajus
100gm kismis
1250ml air
Garam secukup rasa
BAHAN LAUK:
1.5kg daging
250gm bawang besar | dimayang
250gm rempah beriani
100gm rempah tumis
150gm gula Melaka
100gm daun ketumbar | dihiris
100gm daun pudina | dihiris
300ml minyak sapi
250ml madu
250ml puri tomato
250ml sos tomato
250ml sos cili
175ml susu cair
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
200gm bawang merah
150gm bawang putih
150gm halia
100gm kunyit hidup
100gm buah keras
150gm cili merah
150gm cili hijau
4 batang serai

CARA MEMASAK:
1. Pijarkan minyak sapi di dalam periuk, tumiskan buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, jintan manis beserta bahan-bahan yang dihiris sehingga wangi.
2. Masukkan rempah beriyani dan kacau rata sehingga naik bau.
3. Seterusnya masukkan beras dan kacau rata.
4. Masukkan air sehingga menutup beras dan kacau rata.
5. Masukkan saffron, gula dan garam secukup rasa.
6. Kecilkan api. Masak nasi sehingga masak. Taburkan gajus dan kismis.
7. Untuk lauk, panaskan minyak sapi di dalam periuk dan tumiskan bawang besar serta bahan kisar lain sehingga garing.
8. Kemudian masukkan rempah beriani dan rempah tumis. Kacau rata sehingga pecah minyak.
9. Seterusnya masukkan daging kambing dan gaul sebati.
10. Masukkan puri tomato, sos tomato, sos cili, madu, gula melaka dan susu cair. Didihkan. Tambah sedikit air jika perlu.
11. Akhir sekali perasakan dengan garam secukupnya. Apabila kuah hampir kering, taburkan daun pudin adan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi.


18 comments:

  1. bagi dong mab. sepertinya enak banget. jadi ngiler.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekalian saya juga Mau dong Mbak Gam Dagingnya :D

      Delete
    2. mau ya silakan heh..heh..tq

      Delete
    3. ya sedap ni desa seibaru...tq.

      Delete
  2. YES SEDAP AMAT NI SILAKAN DESA SEIBARU..HEH..HEH...TQ.

    ReplyDelete
  3. sedapnya..jarang jumpa beriani gam yg sedap..kena gi Johor lah nampaknya..

    ReplyDelete
  4. nk mkn briani gam sedap mmg ke na gi Johorlh nohas sini briani biasa2 jer...tq

    ReplyDelete
  5. Fuhh mmh sedap... marvelous!! Setelah lebih seminggu beraya, masih selera bila tengok briani gam ni... habis puasa, macam2 masuk perut ni kak hehee.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan raya ni bulan menjamu selera kan...banyak makanan enak terhidang...tq khir khalid.

      Delete
  6. ASSALAMUALAIKUM
    Wah hidangan nya nikmat sekali kayanya Mbak jadi kepengin nih :)

    ReplyDelete
  7. wsalam...ya enak ni..kepingin silakan ke sini..kak belanja,,,tq saud karrysta

    ReplyDelete
  8. heh..heh..mai sini yun sing...tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cari pintu ke mana-mana sahaja Doraemon ni hehe

      Delete
  9. Terliur tengok nasi beriani tu ^-^

    ReplyDelete
  10. cuba masak zumal sedap ni...tq

    ReplyDelete
  11. Waduhhh..boleh try buat tapi tengok list bahannya tuh..heheee..panjang ya amat

    ReplyDelete
  12. TRYLAH SUE...TULIS BAHAN2 DULU SPY XLUPA...TQ

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”