ASSALAMUALAIKUM...
Hidup ini memang ada pasang surutnya. Ada masa boleh tersenyum, berketawa kerana hati riang gembira. Perjalanan kehidupan pun terasa lancar sempurna saja. Ada kalanya berderai air mata berdukacita lantaran mendepani saat duka yang tidak dijangka.
PI pernah alami detik itu di bulan Ramadan beberapa tahun lalu. Terpaksa berpuasa di hospital Universiti Petaling Jaya sehingga Hari Raya pertama. Tidak ada siapa yang datang menjenguk bertanya khabar lantaran jarak yang jauh antara hospital dan tempat tinggal famili PI di kampung agak jauh juga.
Bukan senang juga hendak membiaya perjalanan yang tidak sedikit disamping terpaksa membawa anak-anak PI yang masih kecil bersama. Ibu bapa hendak meninggalkan anak-anak itu di rumah tentu tidak boleh. Terpaksa menyewa kereta orang pula untuk tujuan itu.
pic google images sekadar hiasan.
PI tidak kisah beraya di hospital walau sedih teramat tidak dapat menyambut raya bersama keluarga tercinta tapi staff hospital itu menegaskan PI harus mengosongkan katil wad12A hospital Universiti itu segera. Pabila mereka seolah kelihatannya sangat mendesak susahlah hati PI dibuatnya.
Kalau PI kuat dan boleh berjalan seperti orang lain pastinya sudah ditinggalkan hospital itu tanpa menyusahkan sesiapa di sana. Ini lumpuh pula diri akibat kemalangan di lebuhraya Karak setahun lalu. Teramat besar dirasa masalah yang menimpa PI itu. Hilang segala kekayaan diri yang sukar untuk kembali semula sediakala. Dan kerana itu juga terpaksa PI sendirian menghuni wad untuk mendapatkan pemeriksaan rapi doktor yang ditentukan pihak insurance bagi memenuhi syarat tuntutan pampasan kecederaan.
Pada bulan puasa pula tu.
Mujur PI ada seorang kakak yang suaminya seorang ahli bomba di bandaraya KL yang amat prihatin dan sudi mengeluarkan PI daripada hospital dengan bantuan beberapa orang ahli bomba Jabatan bomba jln Hang Tuah.. Ketika itu keadaan diri PI teramat lemah dan perlu dibantu. Terima kasih banyak bantuan yang telah dihulurkan itu kepada insan ini.. Semoga Allah membalas jasa baik kalian staff bomba yang sentiasa berkhidmat untuk negara yang tidak hanya memadam api saja.
Sudah terlalu lama pengalaman itu dilalui namun kepahitan berpuasa dan beraya di hospital masih dirasai.
Terima kasih banyak kepada kakak/abang ipar PI anak-anaknya yang sudi menerima PI di rumah mereka pada saat mereka sepatutnya bergembira di suasana hari raya. Ini PI pula yang mengeruhkannya dengan keadaan diri PI yang seumpama sehelai kain buruk yang terjelepok. Menyusahkan sesiapa saja di keliling PI.
betul2 mencabar ni kak... kalau sy...x tau laa cm ne
ReplyDeletebegitulah kehidupan anies...tq
Deletecubaan...
ReplyDeletetakdir-Nya..tq MKL
DeleteSedih membaca kisah akak PI, syukur kerana kita ada keluarga yang prihatin...
ReplyDeletetq zumal...pengalaman hidup yg mahal tu..benar tu hanya ibu bapa n keluarga kita yg prihatin kpd kita..........
Deletesalam ramadhan, semoga tabah menghadapi ibadah puasa dan semoga berjaya dengan contessan cbaran ni ye mak PI ;p
ReplyDeletesalam ramadan nak 3 lalat...amiin doanya...insyaAllah.
DeleteAssalamualaikum kak,
ReplyDeleteKehidupan adalah satu ujian, sebagaimana kematian juga adalah satu ujian. Ia melingkari dan merintangi di setiap takah perjalanan yang lewati. Ia adalah adat hidup dan perjuangan, ujian tidak pernah diam menghinggapi diri manusia. Mari melihat ujian sebagai didikan dan proses Allah SWT sebagai wasilah meningkatkan darjat dan keimanan kita. Yakin dan percaya, bukankah Allah, Tuhan kita yang Maha Penyayang...
Syabas kak kerana masih mampu bangkit kembali!
wsalam dik ustaz...benar kata dik ustaz hidup kita ni sepanjang perjalanannya perlu dilewati dgn pelbagai ujian yang merintanginya...hanya perlu syukur n reda insyaAllah...mestilah kak berusaha utk bangun semula sbb anak2 masa tu msh sgt kecil n perlukan kak utk masa depan mrk n Allah menolong kak n anak mengatasi setiap masalah yg mendatang dgn mrk di sekeliling kak terutama ibu bapa adikberadik shbt handai, jiran2 masyarakat setempat...tq abuikhwan.
DeleteSiapa yg nak beraya di hospital kan.. mmg mencabar ni kak.. alhamdulillah, dikurniakan ketabahan utk mengharunginya... Allahuakbar
ReplyDeletesapa pun xnak kan...tapi suratannya xdaya nk ditolak...insyaAllah hanya bergantung kpd-Nya berserah kpd-Nya...tq khir khalid.
ReplyDeleteKalau saya, tak tanulah nak menghadapinya macam mana.
ReplyDeletePengalaman menjaga anak sakit di hospital di bulan Ramadhan (suatu ketika dulu) pun sudah rasa cukup mancabar....
rasanya cabaran yg kak terpaksa hadapi tu sgt menduga tapi lbh hebat cabaran hdp mrk yg lain yg kak perhati dgn insaf...tq fidah.
DeleteAlahaiii sedihnya... satu pengalaman yang tak boleh dilupakan kan kak. Apa pun semuga akak tabah menjalani cabaran kehidupan
ReplyDeletebegitulah hidup kita notie cabaran yg terpaksa dilalui berbeza-beza...tq notie.
ReplyDelete