Tuesday, 14 July 2015

#Cabaran20Hari Puasa/ Raya 2015-18 MEMORI KAD RAYA...

ASSALAMUALAIKUM...

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

Menerima kad raya menjelang raya amatlah menyeronokan. Pengalaman PI setiap kali Ramadan sudah bersedia dengan beberapa keping kad raya yang akan dipos kepada kawan-kawan dan saudara mara sebagai tanda ingatan.

Setelah dipos menungu-nunggu pula balasannya lewat posmen lalu. Posmen pun bukan orang lain dengan PI rakan sekampung juga. Saling mengenali dengan mesra dan sering usik mengusik juga.



Komen posmen kenalan PI ini membuat PI tersengih lucu. "Tiap hari koi anto kad raye kat rumah aok yerk...ramai peminat aok ter..."

Alahai setakat 10-20 keping kad raya yang diterima taklah sebanyak mana pun. Lainlah kalau berkarung-karung kan...posmen nak menghantar pun kena guna van bukan naik motorsikal lagi.

Walau sedikit kad raya yang diterima tapi cukuplah untuk digantung pada ranting kayu kering yang diletakan di sudut ruang tamu untuk tambah menyeri suasana raya.


pic google images sekadar hiasan.

43 comments:

  1. salam ramadhan makk, semoga berjaya dgn cabaran raya tuu ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ramadan...tq doanya insyaAllah nak tiga lalat...tq

      Delete
  2. 10 - 20 keping tu banyak gak la akak...

    ReplyDelete
  3. Dulu mak saya pun suka gantung kad raya yang diterima.. best je kenangan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh..agaknya sama zamannya dgn mak ai tu...tq aizamia3

      Delete
  4. di kampung saya sekarang sudah tidak ada lagi yang mengirmkan seperti ini. sekarang sms saja atau bbm

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela di sini pun dh semakin tiada aktivti gitu...tq desa seibaru.

      Delete
  5. dulu pernah dpt..skrg org bg msj je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh.. kak dapat juga 2 kad raya drpd blogger zumal n blogger qv...tq nor azman

      Delete
  6. Assalaamu’alaikum wr.wb, Kak Paridah Ishak

    Tangan dihulur maaf dipinta,
    Erat hubungan sesama kita,
    Semoga gembira di hari yang mulia ini,
    Salah dan silap harap dimaaf,

    Selamat Hari Raya Aidilfitri,
    Maaf Zahir dan Batin.

    Salam Syawal dari Sarikei, Sarawak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam dik fatimah.
      salam idilfitri maaf zahir batin
      semoga kekal hubungan terjalen.

      tq dik fatimah.

      Delete
  7. Amboi banyaknya kad raya dapat .__.

    ReplyDelete
  8. dah lama tak dpt kad raya...kena wujudkan blk tradisi kad raya nie...

    ReplyDelete
  9. Masa dulu dulu, kalau dapat kad raya, selalunya si pengirim akan tulis:
    Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas
    Pecah kaca pecah tong, sudah baca harap gantung

    memori.... :)

    ReplyDelete
  10. Zaman 90an kad raya kalu banyak mmg best..kira ramai peminat la.. awal puasa dah sibuk mencari kad raya best2.. bila dpt kad raya seronok di gantung do ruang tamu.. lepas tu baca satu persatu.. best kan kad raya ni.. nampak depan2.. dan kita akan ingat sampai bila2

    ReplyDelete
    Replies
    1. akhir 90-an dah tiada lagi kad raya yg dihantar pengirim kpd penerima sempena hari raya..
      tq chintahati lina.

      Delete
  11. Memang seronok kalau dapat kad raya kan kak PI... nostalgia sungguh... maklum skrg ni kan dah jarang yg kurang...hehe..
    Salam Lebaran ..maaf zahir batin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memori lama yg manis dikenang tu..
      salam lebaran atie n famili maaf zahir batin...tq.

      Delete
  12. Kad raya mmg nostalgia terutama kpd kita yg membesat di zaman sblum adanya IT ni kan.. best dulu2.. dan ayat yg femes..
    "Pecah kaca pecah gelas.. sudah baca harap balas" hehehee.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yele memori yg mengusik jiwa tu..

      pecah kaca pecah gelas
      dh baca jgn xbalas.

      kalau xbls alamatnya sekali tu jer dpt kad raya drpd pengirimnya heh..heh..tq khir khalid.

      Delete
  13. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat kak PI dan keluarga,
    Maaf zahir dan batin.. salam ceria selalu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya khir khalid n keluarga maaf zahir batin semoga berbhgia n gembira di hari mulia...tq

      Delete
  14. Alhamdulillah kakak dah boleh komen. Tapi kakak tak tinggal Seliratan Cinta cuma tak boleh tinggal komen sebab kotak komen ada masalah. Sekarang dah ok.Kakak suka blog PI ni sebab seliratan cinta itulah...:)

    Apa pun selamat hari raya, maaf zahir batin dari kakak buat PI

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke..syukur alhamdulillah...eh kakzakie sukakan blog kak cuma sbb seliratan cinta jer...dh tamat pun novel tu nampaknya tiada lagi peminat blog kak yer sedihnya..
      selamat hari raya buat kakzakie n keluarga maaf zahir batin.

      Delete
  15. Replies
    1. selamat hari raya idilfitri obat tumor hati ...tq.

      Delete
  16. hahaha ok kad raya kat ranting pokok tu memang legend hahaha..
    serious dulu kat rumah nenek mmg akan buat.. siap sembur ranting dgn cat silver lagi..
    nak kasi efek glemer kononnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh heh dah jadi legend ya siti...memori silam lalu...tq siti.

      Delete
  17. kartu ucapan hari raya idul fitri saat ini jika dibandingkan jaman sebelum ada teknologi internet jauh lebih sedikit, seperti halnya saat ini saya juga dan Kami sekeluarga mengucapkan kepada kakak Admin dan segenap kru plus blogger yang lewat kemarih, pada:
    SELAMAT IDUL FITRI, TAQOBBAL ALLAHU MINNA WA MINKUM

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu dh ada ada internet bnyk yg kita terminate kan..
      salam idilfitri maaf zahir batin chilembu thea n famili..tq

      Delete
  18. ooo ramai peminat rupanya ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh.heh...bukan peminat tu..tq muhammad nizam.

      Delete
  19. hahaha.. ramai peminat tu...


    salam aidilfitri...
    maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh..bukan peminat tapi kawan2 pha is.
      salam idilfitri maaf zahir batin...tq

      Delete
  20. dlu kad memang gantung kat ranting . Siap cari pokok utk gantung kad lagi ... best tul moment masa tu ...

    ReplyDelete
  21. yela qv sekarang ni dah tiada lagi kan..tq

    ReplyDelete
  22. Agaknya siapa yg teruskan tradisi gantung kad ucapan lepas ni..mmg memori silam yg manis gitu bila dapat kad ucapan byk

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”