Tuesday, 7 July 2015

#Cabaran20Hari Puasa/ Raya 2015-11 LAGU RAYA PILIHAN...

ASSALAMUALAIKUM...
.

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015




Teramatlah merdu dan syahdu lagu-lagu indah yang bersenikata suasana di hari raya dimainkan media siaraya setiapkali menjelang raya. Terlalu banyak lagu-lagu raya daripada dahulu semenjak radio beroperasi dan piring hitam mula merakam lagu-lagu ciptaan karyawan tempatan hinggalah kini.

Zaman PI kecil suka sangat dengar lagu DENDANG PERANTAU dendangan P.Ramlee dan SELAMAT HARI RAYA nyanyian Saloma sambil meniti batas-batas bendang berhari raya ke rumah jiran-jiran
.

Era 60-an  pula lagu-lagu raya yang femes tika itu adalah nyanyian Ahmad Jais . Masa tu sudah mula bersekolah rendah.

Lagu-lagu era 70-an dan 80-an nyanyian Sharifah Aini, Junainah M. Amin, Sanisah huri, Aman Shah, Black dog bone, Uji Rashid, Hail Amir dll memeriahkan keindahan hari raya dengan pelbagai ritma dan senikata. Ada yang berunsur sendu dan ada yang ceria gembira.

90-an hingga kini nampaknya lagu-lagu raya Siti Nurhaliza, M Nasir dan penyanyi-penyanyi yang seangkatan dengannya yang mendominasi.

Pada PI lagu-lagu raya yang merdu dan bersesaian dengan suasana semasa sentiasa evergreen/malarhijau akan kekal diingati penggemarnya walau bergantian tahun dan jadi kenangan yang sebati di jiwa. Terutama lagu-lagu raya seniman negara P.Ramlee dan isterinya seniwati negara Saloma.
Kesukaan PI lagu-lagu raya tu walau telah terlalu lama usianya dicipta.

29 comments:

  1. Replies
    1. lagu raya lama mmg merdu disukai ramai kan...tq amiiza.

      Delete
  2. Lagu2 raya lama dan klasik jugak jadi pilihan SB. Keluaran 90an, tak berapa sgt meriah lagunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagu raya yg lama ni bgitu menyentuh hati kan sue...tq

      Delete
  3. lagu2 raya lama lebih meriah dan original..evergreen, tak jemu mendengarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau xbergema lagu2 raya yg lamma ni rasa bukan suasana raya kan nohas...tq

      Delete
  4. setuju dengan komen nohas. hakikatnya macam tu la. lagu raya baru takde da yang ada aura! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh..lagu2 raya baru ni sedap juga cuma x berapa feel kala dgrnya kan najmi nawawi...tq

      Delete
  5. Lagu lama jugak menjadi pilihan...evergreen

    ReplyDelete
    Replies
    1. org muda pun suka lagu raya lama kan fidah..org lama apatah lagi heh..heh..tq

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. lagu paling evergreen nyanyian P.Ramlee dan Saloma juga jadi pilihan akak..sangat syahdu dan se suai dèngan suasana hari raya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ky sesuai sekali dgn suasananya kan...tq

      Delete
  8. Zumal pun suka juga lagu dendang perantau tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. indah merdu n senikatanya menusuk kalbu kan zumal...tq

      Delete
  9. salam ramadhan kak pah tuu, saloma tu memey asek menyanyi je kann keje dia ;p

    ReplyDelete
  10. salam ramadan...betullah tu dh kja mrk nyanyi jer kan artis pro tu...tq tiga lalat.

    ReplyDelete
  11. Lagu-lagu raya zaman dulu tetap evergreen.. tetap sedap didengar walau dah berpuluh tahun usianya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagu raya lama evergreen n memeriahkan sambutan raya...tq aizamia.

      Delete
  12. Apa pun lagu lama juga yang feeling raya memang meruntun jiwa. Apa lagi lagu dendang perantau... buat anak perantau dengar lagu tu je dah meronta-ronta rasa nak balik kampung..

    ReplyDelete
  13. syahdu say lagu dendang perantau ni kan..setuju dgn notie dengar je lagu ni tak sabar nak balik kampung...tq notie.

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. lagu2 raya lama ni tinggi nilai seninya anies...tq

      Delete
  15. Cerita bab lagu2 lama.. saya dari dulu mmg minat dgn suara saloma.. semulajadi suka sejak waktu sekolah rendah lagi.. tak tau kenapa. Suka dgn lagu2 saloma... :)

    ReplyDelete
  16. yeke...peminat saloma ni...kadang kita mmg xfaham dgn minat kita terhadap sesuatu kan..tapi suara saloma mmg merdu n mengasyikan...tq khir khalid.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”