Friday, 31 July 2015

BERIMAN DENGAN TAKDIR...

ASSALAMUALAIKUM..

SALAM JUMAAT YANG MULIA...


.Di riwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw pernah menuturkan bahawa akan lahir di kalangan umat baginda yang mengingkari Allah swt dan Al Quran secara yang tidak mereka sedari.
Sahabat pun bertanya:
Apa yang mereka lakukan Ya Rasulullah
Baginda menjawab:
Mereka mengucapkan bahawa kebaikan berasal dari Allah swt dan keburukan berasal dari Iblis. Kemudian mereka mencari cari kebenarannya dengan pendapat sendiri tanpa menggunakan Al Quran Padahal sebelum nya mereka adalah orang yang beriman dan mengenal kebenaran Allah swt.
Akibat dari pengamalan ini maka umat Islam berpecah belah dan sering berdebat. Lalu Allah pun mengirmikan penyakit – ta’un yang mematikan banyak umat Islam. Kemudian Allah kirimkan bulan gerhana sehingga semakin sedikit yang dapat bertahan hidup. Di waktu itu mukmin sejati adalah mereka yang sedikit bahagia dan banyak sengsara.
Ada satu ketika Rasulullah menangis dengan derai air mata yang mengharukan sekelian sahabat yang hadir sehingga tidak ada satupun yang tidak menangis. Sahabat juga dapat merasakan betapa perit nya Sang Rasul memikirkan apa yang akan melanda umat nya.
Lalu dengan derai air mata yang semakin mencurah
Baginda bersabda:
Aku sangat mengasihani umat umat ku yang malang
Di antara nya ada ahli ibadah dan juga Ahli berkarya
Tapi mereka mendustakan takdir dengan pena nya
Lalu seorang sahabat bertanya:
Jika demikian bagaimana seharus nya beriman kepada Takdir?
Baginda menjawab:
Kalian beriman kepada Allah swt yang Maha Esa
Tidak menyekutukan Allah Swt
Kalian beriman kepada RasulNya
Kalian beriman kepada Al Quran
Kalian beriman kepada Takdir yang di tentukan Allah
Kalian beriman kepada Syurga dan Neraka itu ujud
Di riwayatkan juga bahawa syurga dan neraka tercipta sebelum Allah Swt mencipta yang lain2 nya. Kemudian Allah Swt jadikan siapa yang di kehendakinya menjadi penghuni syurga ataupun penghuni neraka.
Semoga Iman kita tidak akan tergugat sedikit pun dengan kejahatan dari tangan2 kotor dan pena tulisan nya

Ustazah nurbaya Usman.

12 comments:

  1. semoga dapat berkah di hari jum'at :)

    ReplyDelete
  2. INSYA ALLAH..MOGA BEGITU...TQ OBAT HERBAL PSORIASIS.

    ReplyDelete
  3. SubhanaAllah InsyaAllah , Kekalkan Iman ku

    ReplyDelete
  4. Moga iman kita terpelihara. Insha Allah..

    ReplyDelete
  5. Semoga sentiasa berada dalam lindungan-Nya & semoga iman kita terpelihara. Aamiin

    ReplyDelete
  6. salam weekend mak kakPah tuu ;p
    semoga dipermudahkan segala urusan.,

    ReplyDelete
  7. WSALAM TIGA LALAT..INSYA ALLAH..TQ

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”