Sunday, 5 April 2015

SALAM TAKZIAH DAN DUKACITA...

ASSALAMUALAIKUM..



Semenyih – Enam maut dalam insiden sebuah helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, di sini, petang tadi.
Kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira jam 4.30 petang.
Dua mangsa yang dilaporkan berada dalam helikopter terbabit dipercayai rentung.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Sani Harul ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu petang tadi.
Bagaimanapun beliau menjelaskan, maklumat terperinci berkenaan status milik helikopter itu masih belum dapat dipastikan.
Menurut sumber SuaraTV, ahli parlimen Rompin Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis antara penumpang yang berada di dalam helikopter tersebut.
Selain Dr Jamaluddin, pesawat terbabit dikatakan turut dinaiki oleh Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Dato Seri, Azlin Alias.
Sumber tersebut turut berkata, helikopter jenis AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB) itu di pandu oleh Kapten Cliff Fournier, dilaporkan terbakar sebelum terhempas berhampiran Jalan Sungai Lalang – Kg Pasir Baru.
Kesemua mangsa dikatakan baru pulang dari menghadiri majlisperkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, di Pekan, Pahang.
Ahli parlimen Rompin itu sebelum ini dilantik sebagai Pengerusi Program Perumahan Rakat 1Malaysia (PR1MA) dan Utusan Khas Malaysia bertaraf menteri ke Amerika Syarikat.
Namun sehingga kini tiada sebarang pengesahan rasmi berhubung kenyataan sumber tersebut dan SuaraTV masih menuggu pengesahan dari pihak Polis Diraja Malaysia berhubung kejadian ini.
Sehingga laporan ini ditulis, dilaporkan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih, Kajang dan Bangi telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Sementara itu menurut sumber portal Utusan Online lima daripada enam penumpang helikopter AS365 yang dilaporkan terhempas dan terbakar di Kampung Pasir Baru, Sungai Lalang, Semenyih, Hulu Langat petang ini ditemukan maut.
Dua mangsa dikatakan rentung manakala empat mangsa lain berjaya ditemukan.
Jurucakap pasukan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) pula berkata kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.


“Unit Forensik polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti mangsa nahas itu.
INFO KERTAS PAPER.COM.



ALLAHYARHAM DATO' AZLIN ALIAS YANG TURUT TERKORBAN DALAM NAHAS HELIKOPTER TERSEBUT BERSAMA SAHABATNYA DATO' IDRIS BUANG.

DIDOAKAN SEMOGA ALLAH MENGAMPUNI DOSA-DOSA MEREKA JUGA DOSA-DOSA KITA YANG SENTIASA ALPA LEKA INI DAN ALLAH MELINDUNGI KITA DAN SEMUA ALLAHYARHAM YANG TELAH BERPULANG KEPADANYA BERSAMA PARA SOLIHIN YANG DIKASEHI-NYA...AMIN.

UCAPAN TAKZIAH KEPADA SEMUA MANGSA TERLIBAT, TURUT BERDUKACITA BERSAMA. KEMATIAN YANG PASTI HANYA TAKDIR MENENTUKAN SEBAB MUSABABNYA...ASTAGHFIRULLAH.

9 comments:

  1. takziah dan al fatihah semoga ALLAH mengampuni dan merahmati mereka aameen

    ReplyDelete
  2. salam takziah buat mereka semua..
    semoga ditempatkan dalam golongan mereka yang dikasihi..

    ReplyDelete
  3. salam takziah buat mereka semua..
    semoga ditempatkan dalam golongan mereka yang dikasihi..

    ReplyDelete
  4. Al fatihah..
    Dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali
    Terkejut jugak bila dgr berita ni ptg semalam.
    Salam takziah untuk semua ahli keluarga mangsa.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. INNA LILLAAHI WA INNA ILAIHI RAAJI'UUN.... JENZAH ISLAM SEMOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG-ORANG BERIMAN DAN DIPELIHARAKAN HENDAKNYA

    ReplyDelete
  7. al fatihah . semoga keluarga arwah redha dan tabah menerimanya ...

    ReplyDelete
  8. Salam takziah buat keluarga terbabit.

    Alfatihah.

    ReplyDelete
  9. takziah buat keluarga mangsa...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”