Thursday, 16 April 2015

MERENTAK TIDAK MEMUTUS TALI..BERANTUK TIDAK BERLAMBUNG BUMI...

ASSALAMUALAIKUM....

RENUNGI PANTUN-PANTUN PERBIDALAN PAK ENGKU DENGAN HATI TERBUKA. BETAPA INDAHNYA SASTERA MELAYU LAMA YANG KLASIK, KIASAN HALUS MENYIRAT MAKSUD.



CORAT-CORET PAK ENGKU.
PANTUN-PANTUN PERBIDALAN PAK ENGKU

BESAR SUDAH POKOK CERMAI,
BERSAMA GAHARU TEPI LEMBANGAN,
BERBUNGA BARU POHON BERANGAN;
TIDAK MUDAH MENGGELMAI,
KURANG HARU CIK KAMBINGAN,
TERLAMPAU HARU BERLANTINGAN.
Perbidalan: Tidak mudah menggelamai, kurang haru cik kambingan, terlampau
haru berlantingan.
Maksudnya: Kalau tidak hati-hati mengerjakan sesuatu tentu tidak selamat.
LETAK PISAU DI DALAM BATIL,
DIAMBIL BUDAK BAWA KE KALI,
DIKERAT HENDAK BATANG JERAMI;
USAH DIRISAU SI KAMBING KECIL,
MERENTAK TIDAK MEMUTUS TALI,
BERANTUK TIDAK MELAMBUNG BUMI.
Perbidalan: Umpama kambing kecil, merentak tidak memutus tali, berantuk
tidak melambung bumi.
Maksudnya: Orang yang di anggap ringan kerana tidak berkuasa apa-apa.
BUNGA SETANGKAI MERAH WARNANYA,
BARU BERKUDUP HARUM BAUNYA;
KALAU BANGKAI GALIKAN KUBURNYA,
KALAU HIDUP SEDIAKAN BUAIANNYA.
Perbidalan: Kalau bangkai galikan kuburnya, kalau hidup sediakan buaiannya.
Maksudnya: Tunggu dulu dengan tenang apa yang akan terjadi, kemudian barulah
dibuat pertimbangan.
HINGGAP DI RANTING SI BURUNG JAMPUK,
TERSULUH MATA NAMPAK BERSINAR;
KALAU MELANTING MENUJU TAMPUK,
KALAU BERKATA MENUJU BENAR.
Perbidalan: Melanting menuju tampuk, berkata menuju benar.
Maksudnya: Setiap usaha itu ada maksudnya.
BELIMBING BESI DAUNNYA LAYU,
PUCUK BERTUNAS DIMAKAN PELANDUK;
ASAL BESI PENGAPAK KAYU,
ASAL EMAS MENJADI PENDUK.
Perbidalan: Asal besi pengapak kayu, asal emas menjadi penduk.
Maksudnya: Asal atau darjat seseorang ditentukan pada tingkah lakunya.
TERBANG MALAM SI KUNANG-KUNANG,
TERBANG KE PANGKAL POKOK LOMBOK;
AIR DALAM KITA BERENANG,
AIR DANGKAL KITA BERCEBOK.
Perbidalan: Air dalam berenang, air dangkal bercebok.
Maksudnya: Perbelanjaan itu harus dipadankan mengikut banyak sedikitnya
pendapatan.
BUAH DIMAKAN SI KACANG KARA,
POKOK SENDUDUK LEBAT BUNGANYA;
DITIMBA BUKAN AIR MUARA,
SUDAH DISAUK DARI HULUNYA.
Perbidalan: Ditimba bukan air muara, sudah disauk dari hulunya.
Maksudnya: Bukan khabar angina tetapi didapatu dari pangkalnya (sumbernya)
yang benar.
DI TEPI RIAM SI BARAU-BARAU,
MEMBUAT SARANG DI POHON KEMPAS;
SEMBELIH AYAM DENGANNYA PISAU,
SEMBELIH ORANG DENGANNYA KAPAS.
Perbidalan: Menyembelih ayam dengan pisau, menyembelih orang dengan kapas.
Maksudnya: Manusia harus diperlakukan dengan lemah lembut.
KE TALI AIR MEMBAWA SIGAI,
SAMA SEJELUK SI DAUN INAI;
IBARAT AIR MUDIK SUNGAI,
SEMUA TELUK HABIS DIRANAI.
Perbidalan: Ibarat air mudik sungai, semua teluk habis diranai.
Maksudnya: Orang yang boros tidak memilih barang, mana yang melintas dibelinya.
JATUH KE PANGKAL DAHAN BELANGKAN,
POKOK PEDADA DAHAN MENJULAI;
ILMU DAN AKAL DIHALAI-BALAIKAN,
ITULAH TANDA ORANG YANG LALAI.
Perbidalan: Ilmu dan akal dihalai-balaikan itulah tanda orang yang lalai.
Maksudnya: Janganlah lengah menyelidiki ilmu atau menambah pengetahuan.
DUDUK DI PANGKIN DUA BERADIK,
SAMA BERTIGA RAKAN SEBAYA;
BIARLAH MISKIN ASALKAN CERDIK,
TERLAWAN JUGA ORANG YANG KAYA.
Perbidalan: Biar miskin asal cerdik, terlawan juga orang kaya.
Maksudnya: Kebijaksanaan itu lebih juga daripada kekayaan.
KE RUMPUN PANDAN TERBANG SERINDIT,
BURUNG PEMANGSA DI DAHAN DUKU;
ROSAK BADAN KERANA PENYAKIT,
ROSAK BANGSA KERANA LAKU.
Perbidalan: Rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku.
Maksudnya: Kelakuan yang jahat itu memburukkan bangsa yang mulia seperti
menghilangkan rupa yang elok.
SEKIAN. 

28 comments:

  1. Senang sekali saya membacanya. Indah dan penuh hikmah. Salam Sastra Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. karya indah berseni mndamaikn jiwa kan..tq fahrizal mukhdar.

      Delete
  2. bahasa klasik..penuh kiasan, penuh nasihat..

    ReplyDelete
  3. jie pro sastera melayu dlu..hehe

    ReplyDelete
  4. Selain indah, kata2 nya penuh mengandung makna :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ PENGETAHUAN PRODUK...ORG LAMA NI BAHASANYA HALUS BERKIAS.

      Delete
    2. TQ PENGETAHUAN PRODUK...ORG LAMA NI BAHASANYA HALUS BERKIAS.

      Delete
    3. TQ PENGETAHUAN PRODUK...ORG LAMA NI BAHASANYA HALUS BERKIAS

      Delete
  5. Sembelih orang dengan kapas
    Balut lukanya dengan sutera....moga lebih lembut, Kak Paridah..hehe :)

    Kata2 yang sangat indah

    ReplyDelete
    Replies
    1. LUKA WALAU DIBALUT SUTERA XKN KURANG SAKIT PEDIHNYA PUN KAN FIDAH.
      KLASIK UNI ATURAN BAHASA MELAYU LAMA NI...TQ FIDAH.

      Delete
  6. Betapa indah pantun pak Engku
    Berisi santun bagi nasehat
    Siapapun baca tersentuh haru
    Ilmu didapat hiduppun sehat selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAK ENGKU MENDEDAHKAN KPD KITA BETAPA INDAHNYA SASTERA MELAYU LAMA...TQ ANISAYU.

      Delete
  7. Salam follow sini..
    Penuh kiasan.. penuh nasihat.. suka baca...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ ATIE YUSOF FAMILY SUDI SINGGAH N FOLLOW SINI.

      Delete
  8. Rupanya masih ada perkataan yang masih Zumal tak pernah jumpa ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahasa kitani terlalu luas boleh rujuk kamus dewan zumal...tq

      Delete
  9. pantunnya pak engku bagus deh ih.

    ijin link gambarnya ya kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya bagus sungguh karya pak engku ni..indah berseni.

      silakan dik chilembu thea..tq.

      Delete
  10. KE RUMPUN PANDAN TERBANG SERINDIT,
    BURUNG PEMANGSA DI DAHAN DUKU;
    ROSAK BADAN KERANA PENYAKIT,
    ROSAK BANGSA KERANA LAKU.

    setuju sgt lbh2 zaman skrg..

    ReplyDelete
  11. pantun perbidalan yg indah tapi maksudnya berat kan...tq anies.

    ReplyDelete
  12. saya suka peribahasa2 ni semua.. sesetengah di atas, memang tepat kena pada situasi saya sekarang.. hurmm..

    ReplyDelete
  13. KEMPAS NI JENIS POKOK HUTAN DIANA..TQ

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”