Monday, 13 April 2015

JAMBU-JAMBU MALAYSIA...

ASSALAMUALAIKUM...

BERJENIS-JENIS JAMBU YANG TERDAPAT DI NEGARA KITA NI YA. DARIPADA YANG TUMBUH MELIAR DI HUTAN HINGGALAH YANG DIJADIKAN TANAMAN LAMAN. ADA YANG BESAR, ADA YANG KECIL. ADA YANG MANIS ADA YANG MASAM. ADA YANG BANYAK BIJINYA ADA YANG TIADA. PILIH SAJA YANG MANA MAHU.





Jambu batu atau jambu biji (Psidium guajava Linn) merupakan buah-buahantropika. Nama saintifik jambu batu adalah dari keluarga "Myrtaceae". Jambu batu banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur



Jambu batu adalah buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia.
Ia juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia.Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.Kita digalakkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu utk mendapat kesan yg baik.Ia perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.Jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.Bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya.Jambu batu juga  boleh membantu memperbaiki tekstur kulit anda dan mengelakkan masalah kulit dan kesannya lebih baik dr krim-krim kecantikan boleh lakukan.

DAUN PUCUK JAMBU BATU BOLEH DIMAKAN UNTUK MENGUBATI SAKIT PERUT.

JAMBU SUSU.
JAMBU AIR...SEDAP JUGA DICOLEK DENGAN ASAM BOI NI..


JAMBU BERTEH..MASAM RASANYA SEDAP DICOLEK/CICAH SAMBAL.


JAMBU BOI MASAM MANIS RASANYA.

JAMBU MADU MANIS DAN BERJUS.



JAMBU GOLOK MANIS RASANYA SEDAP JUGA DIGULAI ATAU DIMASAK PAJERI.


pic google image sekadar hiasan.

28 comments:

  1. sedap2 semuanya..jambu susu dah lama x jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jambu susu ni org xjual kot..tq nohas.

      Delete
    2. Sis faridah jambu susu tu kita orang panggil jambu gelas... manakala jambu boi yang merah jalur putih tu kita orang panggil jambu ball. Jambu susu dan jambu boi tu daun pokok dan pokoknya lebeh kurang nak sama. Jambu susu masih ada lagi pokoknya dibelakang rumah aruah mak kat kampung. Jambu boi pula dah lama tak dapat makan sebab buahnya banyak busuk dan lagi pokoknya dah tua jadi buahnya dah tak cantik besar macam kat atas tu. Lamanya tak jenjalan rumah akak.

      Delete
    3. yeke..jambu boi ni mmg gitu kalau pokoknya dh tua buahnya xelok lagi..pakabar notie lama xjumpa msti bz sgt ni...tq notie.

      Delete
  2. kak rumah hanya ada jambu air je yg merah tu sedap jugak dicicah colek

    ReplyDelete
  3. jambu madu yang kaler pink putih tu tak pernah tengok ehehe..
    jambu susu sedap walaupun masam.. makan ngan gula garam aaa dapnye..
    rumah nenek ada satu pokok tu.. tunggu jatuh brtabur bru kutip
    gigih buang bahagian busuk

    ReplyDelete
  4. seger sekali kalau di buat jus ini,,Obat Asam Urat

    ReplyDelete
  5. Feveret Zumal jambu madu tu... Teringinnya ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. jambu madu ni manis di rnr tapah banyak dijual...tq zumal.

      Delete
  6. Jambu golok tu kakak panggil jambu gajus PI. Pucuk daun yg muda sedap tau utk dijadikan ulam. Sekarang payah nak jumpa. Dulu masa kakak kecik-kecik rumah embah (atok) kakak ada pokoknya. Kami panjat. Ambil biji luar dia tu kami bakar, belah makan - tak sakit perut pun (sedap tau) hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat kak dipanggil janggus...sedap bijinya digoreng dlm pasir...tq kakzakie.

      Delete
  7. jambu batu dan jambu madu pujaan hatiku. hahaha

    ReplyDelete
  8. paling suka jambu batu. ms kecik2 selalu panjat pokok jambu semata2 nk rebut jambu yg msk dgn kwn2 ;-)

    ReplyDelete
  9. jambu batu ni sedap mengunyahnya krup-krup anies...tq

    ReplyDelete
  10. jambu batu isi merah tu pokoknya sedang membesar di belakang rumah . dah 2 kali berbuah sebenarnya ... jambu madu tu kami panggil jambu bol . kat kg dulu ada tapi arwah abah tebang sbb nak buat masak utk kenduri kahwin ... huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. jambu kalau dh mula berbuah xtermakn bnyaknya..

      biasalh qv kalau nk kenduri kawin bnyak pokok yg jadi mngsa..kasi terang semua.

      tq qv.

      Delete
  11. igt kecik2 kenangan manjat pokok jambu

    bawah last tu buah gajus kan?

    brw tq fr address ye

    ReplyDelete
  12. kak pun sama irfa kecik2 asyik kat atas pokok jambu jer.
    ya buah gajus r ketereh.
    tq irfa rajn tnya addrs kak..heh..heh..kak beri jer.

    ReplyDelete
  13. tak sangka jambu batu antara yg tinggi khasiatnya..sesuai tak untuk org mengandung....

    ReplyDelete
  14. bagus juga untuk kulit gebu ni tq Jie.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”