Tuesday, 7 April 2015

GST DI DESA.

ASSALAMUALAIKUM....

ISU GST RIUH DI PERKATAKAN SEJAK GOOD SERVICE TAX ITU DIKENAKAN PADA AWAL APRIL 2015..
GST/VAT diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Lauré untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.
Kini lebih 140 negara di seluruh dunia melaksanakan GST atau VAT kerana ia merupakan sistem percukaian yang menjadi antara penyumbang terbesar atau penyumbang kedua terbesar kepada pendapatan negara kerana cukainya lebih menyeluruh dan tidak hanya dikenakan ke atas pengguna akhir barangan


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my


BAGI YANG TAK FAHAM TENTANG SISTEM PERCUKAIAN NEGARA MACAM PI NI DIAM SAJALAH...TAK RETI NAK KOMEN APA-APA. KALAU DIIKUTKAN PENJELASAN PIHAK BERWAJIB LANGSUNG TAK MEMBEBANKAN RAKYAT MARHAEN YANG RATA-RATA BERPENDAPATAN RENDAH. PENIAGA MENGEKSPLOITASI PENGGUNA DENGAN KENAIKAN HARGA BARANGAN YANG LANGSUNG TIADA KENA MENGENA DENGAN GST PUN.

AHAD LEPAS PI DAN FAMILI KE KUALA SELANGOR MENCARI IKAN SEGAR YANG BARU NAIK DARI LAUT DI SG.KAJANG TANJUNG KARANG. MASIH LAGI DAPAT MEMBELI IKAN, UDANG, KETAM DENGAN HARGA DULU.

Muara sg.kajang.

Makan-makan di tepi sg.kajang...lauk2nya dimasak daripada sumber laut terpilih yang segar..ikannya masih hidup menggelitik lagi.

NAMPAKNYA PENIAGA-PENIAGA KECIL DI DESA-DESA LEBIH MEMAHAMI GST. HARGA JUALAN DI GERAI-GERAI BUAH-BUAHAN LESTARI HARGA LAMA.
NENAS MADU HANYA 1RM SEBIJI, APOLLO MELON 3BIJI 10M, TEMBIKAI BESAR 3BIJI 10RM JUGA.

SEPANJANG JALAN DARIPADA KUALA SELANGOR KE SABAK BERNAM BANYAK GERAI TERDIRI MENJUAL PELBAGAI PRODUK TANI TEMPATAN SEPERTI JAGUNG, PISANG, MEMPELAM DLL TERMASUK MENTARANG.

MEREKA DI DESA SANGAT RAJIN BERTANI DAN PRODUKNYA DIJUAL DENGAN HARGA YANG SEDERHANA. BEGITU JUGA MEREKA YANG BERGANTUNG SUMBER DARIPADA LAUT SEBAGAI NELAYAN.

JIKALAU HENDAK JIMAT BELANJA DISAMPING MEMBANTU MENINGKATKAN EKONOMI DESA ELOKLAH MENCARI TEMPAT BERBELANJA YANG SETUJU DI HATI...TIDAKLAH STRES MEMANDANG RESIT PEMBAYARAN YANG MENGENAKAN 6 PERSEN GST.

SETIAP MINGGU ATAU DUA MINGGU SEKALI BOLEH DAPATKAN STOK KEPERLUAN
DAPUR DI SINI. SEKEJAP SAJA BERKERETA DAH SAMPAI.

19 comments:

  1. kalau ngga salah terka, GST ini semacam pajak ya kang?
    sepakat jika demikian bahwa orang desa lebih disiplin dalam melaksanakan pajak (GST), maafkan jika salah

    ReplyDelete
    Replies
    1. AGAKNYALH KOT...INDONESIA JUGA DH GUNAKAN GST LBH AWAL DRPD MSIA KOT...TQ CHILEMBU THEA.

      Delete
  2. GST tu maybe orang tak kisah.. maybe..
    Yg orang kisah peniaga yg suka ambil kesempatan waktu GST..
    Entah betul entah tak je cas diorang tu.. alasannya GST maaa.. hurmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ORANG KISAH JUGA GEE..LA NI RAMAI YG BERILMU N TAHU..TQ GEE.

      Delete
  3. Replies
    1. BAGUS TU...KALAU SEMUA DI GST PENING KITA...TQ MKL.

      Delete
  4. barang2 mentah spt ikan, buah2an, memang tak kena GST, kak....yg meletihkan GST atas barang2 proses, kos perbelanjaan akan meningkat,.,meletakkan beban pada pengguna memang teras ekonomi kapitalis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETULLAH TU TAPI KALAU DH SAMPAI KE MALL BESAR NI JAUH BEZA HARGANYA. KUALITINYA PUN DH KURANG. PERNIAGAAN KAPITALIS XKMPROMI LANGSUNG DGN PENURUNAN REGA BRG..ASYIK NAIK JER..PADAHAL BUKAN XUNTUNG PUN..TQ NOHAS.

      Delete
  5. Ada barang yang tidak dikenakan GST.

    Terima kasih PI bagi tau tempat nak dapatkan ikan segar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. YA MMG ADA...SAMA2..KAK DPT INFO DARI BLOG MKL DULU...LPS TU TERUS CARI N BERULANG KE SANA TIAP BULAN..TQ ZAITUN.

      Delete
  6. Kakak setuju dgn kenyataan PI. Kita kena usaha cari tempat yg menjual di tempat yg masih tidak mengambil kira isu-isu gst seperti di mall/shopping kompleks.

    Lagi pula kalau dpt tempat macam ini memang fresh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. MALL BESAR NI SAH2 FIKIRKN UNTUNG BESAR JER..RUGI SIKIT LANGSUNG XMAU TAPI DUIT DI TANGAN KITA..PILIHAN DI TANGAN KITA...TQ KAKZAKIE.

      Delete
  7. Mungkin harga naik dulu kerana rakyat berpusu-pusu beli barang sebelum GST dan barang tu pula lebih permintaan dari penawarannya... Best duk di kampung, boleh bercucuk tanam dan boleh jimat ^^

    ReplyDelete
  8. MUNGKIN JUGA KOT...LA NI HIDUP KENA BERJIMAT CERMAT..BELANJA YG PERLU SAJA...TQ ZUMAL.

    ReplyDelete
  9. YELA DIANA XYAH TANAM2 BELI JER DI TEMPAT YG SETUJU DGN HATI KITA...TQ DIANA.

    ReplyDelete
  10. nak tanam pun lantai da bersimen...so nk tak nak terpaksa laa membeli wpn tau ada kena gst ;-)

    ReplyDelete
  11. ADA REZKI GST DIKENAKAN PUN INSYA ALLAH..HIDUP JUGA KITA KAN ANIES..TQ

    ReplyDelete
  12. sebenarnya kita yg menentukan perbelanjaan kita jimat ke tidak . bukan GST . jadinya , x perlulah nak salahkan GST klu diri sendiri masih suka mkn besar disetiap hujung minggu di restoran dan masih suka alirkan duit ke hotel utk berholiday katanya ...

    ReplyDelete
  13. benar tu..kena bijak menguruskan perbelanjaan...kos kenaikan sarahidup mmg berlaku masa demi masa n mest dihadapi walaubagaimanapun...tq qv

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”