Wednesday, 1 April 2015

SEBIDANG TIKAR MENGKUANG...

ASSALAMUALAIKUM...

PIC BN KEDAH.

PANDAI MENGANYAM TIKAR MENGKUANG? PI MENGANYAM TAHU TAPI MEMBUKA LAGANG TAK RETI. MELAGANG TU MAKSUDNYA MEMULAKAN KERJA ASAS MEMBENTUK TIKAR. SETELAH LAGANGNYA DIBUAT BOLEHLAH MULA MENGANYAM DENGAN BERHATI-HATI AGAR KEDUDUKANNYA ELOK LURUS SAJA.
BUKAN MUDAH HENDAK MENYIAPKAN SEHELAI TIKAR MENGKUANG. MULANYA DAUN-DAUN MENGKUANG YANG TAJAM BERDURI ITU DIPOTONG DARI RUMPUNNYA. DILAYUR DI API SEKEJAP UNTUK LEMBUTKAN DAUN-DAUN TU.

SETELAH ITU DIBUANG DURI TENGAH DAN KIRI KANANNYA. DIRAUT/DIJANGAT PULA UNTUK  MENCERAIKAN BAHAGIAN DAUN MENJADI CERAIAN KECIL YANG LURUS PANJANG SEKATA.

PIC GOOGLE.

SELESAI MERAUT/MENJANGAT  DIKUMPUL DAN DIIKAT TIGA SEOLAH BERGENTING TIGA BAHAGIAN IAITU DI KEPALA, DI TENGAH DAN DI EKOR. KEMUDIAN DIRENDAM DALAM AIR BEBERAPA HARI.

TOK PI MEMANG RAJIN MEMBUAT TIKAR MENGKUANG NI DAN PI AKAN MENOLONG APA SAJA YANG ARWAH TOK SURUH. MENGKUANG YANG LAMA TERENDAM DIANGKAT DAN DIJEMUR DI PANAS MENTARI PULA.

PABILA KERING DAUNNYA AKAN MELULUNG ATAU BERGULUNG JADI PERLU DILURUSKAN DENGAN MERAUPNYA MENGGUNAKAN SEKEPING BULUH KECIL.

DAH SELESAI MERAUP DAUN MENGKUANG YANG SUDAH ELOK LEMBUT TOK PUN AKAN MEMBUKA LAGANG DAN MULA MELAGANG. KALAU
 INGINKAN TIKAR MENGKUANG BERWARNA-WARNI KELARAINYA DAUNNYA HENDAKLAH DIRENDAM DENGAN PEWARNA YANG DIKEHENDAKI.

TIKA INI KONSENTRASI TOK HANYA TERTUMPU KEPADA MENGKUANG LAGANGANNYA DAN ANAK CUCU DILARANG MENGHAMPIRI LOKASI KERJANYA.

HEH..HEH..SEKADAR MENGIMBAU NOSTALGIA LAMA. KINI TIADA LAGI TIKAR-TIKAR BARU YANG MENGGANTIKAN TIKAR ANYAMAN ARWAH TOK YANG SEMAKIN DIMAKAN HARI. POKOK MENGKUANG DI TEPI DAPUR JUGA SUDAH DICANTAS, DIBERSIHKAN. TUNGGUL-TUNGGULNYA JUGA TELAH TIADA.

11 comments:

  1. masa kecik2 dulu pernah rasa duduk atas tikar mengkuang.
    sekarang ni nak jumpa pun dah susah kot.

    ReplyDelete
  2. Rumah kakak ada satu tikar mengkuang. Kalau sejuk biasa budak mengaji akan bentang utk mereka duduk. Selesa duduk tikar mengkuang ni. Tapi menganyam memang tak pernah nampak dan tak pernah buat pun kakak ni sedari kecik sampai dah tua ni.:)

    ReplyDelete
  3. Susah juga nak buat tikar mengkuang ni yer... Akak emailkan saya alamat kat zumal84@gmail.com
    Maklumat yang sebelum2 nie tak dapat dicari ^^

    ReplyDelete
  4. nostalgia..tikar mengkuang..sejuk..

    ReplyDelete
  5. dulu2 memang selalu tengok mak dok buat tikar mengkuang ni, dari ambik daun, di raut, direndam dijemur dan akhirnya di buat tikar pernah tengok mak buat,hatta pokok mengkuang pun ada jugak di tanam di kampong masa tu

    ReplyDelete
  6. Akak benar2 mengingatkan kembali kpd mak saya lah! Hanya mak sahaja yg pandai menganyam tikar mengkuang ni. Sesekali mak buat bakul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai mak BM menganyam tikar n mmbuat bakul juga...tok pi pun suka buat bakul yg digunakan untuk mengangkut padi...tq BM

      Delete
  7. Kalau pergi ke Pekan Sehari di Temerloh,..saya selalu pergi kat orang jual tikar mengkung. Suka tengok corak dan warna-warna tikar.

    ** Maaf Kak Paridah, lama tak BW..busy siket lately ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantikkan tikar yg pelbagai warna yg dijual di pekan sari temerloh tu...tq fidah..rajin jg bw walau sibuk

      Delete
  8. kt kg sy dulu ada seorg penggiat kraf ni selalu jemput org kampung utk buat kraf kat umah dia dan tikar mengkuang salah satu kraf yg ada. sy selalu ikut opah n makcik ke rumah tu n dari situ sy dpt tgk sendiri cm ne proses tikar mengkuang dibuat. kalau x sempat opah o makcik sy akan bw blk n smbg menganyam kat umah

    ReplyDelete
  9. yeke baguslh ada yg mngusahakn kraftangan warisan lama ni...tq anies.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”