Thursday, 19 March 2015

PESAN IBU KEPADA ANAK-ANAK LELAKINYA...

ASSALAMUALAIKUM...

Pesan untuk anak-anak terutamanya anak-anak lelaki.

Bila mak ayah kita mati, terjun la turun dalam liang sambut mayat dia, bukak papan keranda tudung tu angkat sebentar mayat mak ayah kita tu.
Biar kita yang pusing mayat mak ayah kita tu mengadap ke kiblat. Biar kita!!! Bukan orang lain. Jangan kita tengok je.

Allahhurabi.. "Mak kali
terakhir aku tengok mak ni mak, mak hari ni
last mak aku tengok mak". 


Biar kita yang jadi
orang yang perelai ikatan di kepala dia, ikatan
ditubuh dia tu.. 


Biar kita! Pegang pelahan2
badan mak kita tu, pusing dia elok2, ambik gumpalan tanah letak pulak belakang tengkok mak kita tu.
"Mak last mak hari ni mak.. Lepas dari ni aku
tak tengok mak dah". Terlintas dalam hati
dalam kita dok pegang mak kita tu..


Ingat sejak kita lahir,
tangan mak ni yang suap dimulut kita.
Ingat hari pertama kita boleh berjalan, taik, muntah
kita dia la orangnya yang tak pernah tolak pun.


Walau anak jahat mana pun kita, kita tetap anak dia. Dia tak pernah buang pun kita.
Takkan hari mak ayah kita mati, kita tak boleh
terjun dalam liang dia, pusing badan mayat dia,
mengadap ke kiblat. 


Kalau kita ada tiga empat
beradik, empat2 beradik terjun dalam. "Abang
pegang belakang bang". 


Jangan kita dok harap dekat
orang. Kita jadi anak, kita patut terjun dalam tu.
Kita tak boleh baca
talkin, kita naik atas, kita duduk sekejap. Dengar
talkin yang terakhir untuk mak kita tu. Kita duduk kejap tepi kubur mak kita tu.

Tengok macam mana ni last dah hari ni. Tak ada benda dah yang kita nak bagi dekat mak kita dah melainkan kita hanya boleh serah doa.

"Ya Allah, aku angkat
tangan ya Allah.. Aku redha mak aku kau ambik ya Allah..
Dia yang beranakkan aku.. Ya Allah hari ni aku tinggal dia Ya Allah, aku serah dia atas urusan mu belaka Ya Allah.. Aku tadah tangan Ya Allah.. Aku mintak sangat2 kau
ampunkan dosa mak aku, tolong Ya Allah kesian
mak aku Ya Allah.. Aku
ni hasil didikan dari dia.


Ya Allah.. Kau ampunkanlah segala dosa2 dia Ya Allah". Kawan2, kalau dosa mak
sebegitu kita doa dengan Allah Taala, beruntung mak kita.
Adakah Allah akan tolak doa sebegitu? Takkan Allah tolak doa ikhlas datang dari sorang anak. Sebab tu pesanan pd kita selagi kita ada mak kita yang masih hidup..
Kawan2, buat jasa la..


Buat jasa...
Pada sahabat yg dah tiada ibu atau bapa, mari kita sama sedekahkan al-fatihah buat mereka. Bagi sahabat yang lain, kita akan merasa apa yg rakan kita rasa.


Catatan Haslina Hamdan.

9 comments:

  1. subhanallah anak lelaki kaknoor sorang je, elok kena suruh tengok dan baca ni Paridah kan, umur kita tak tau bila2 masa saja kena panggil sedih lah pulak

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Sedih pulak baca..teringat masa arwah emak meninggal dulu. Namun bersyukur kerana tugasan itu telah disempurnakan oleh abang dan adik saya.
    Harus di baca oleh anak2 saya juga ni...ke dua-duanya lelaki...
    Terima kasih atas perkongsiannya Kak Paridah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BENAR TU...ALHAMDULILLAH ABANG N ADIK FIDAH TELAH TUNAIKN TANGGUNGJAWAB TERAKHIR KPD BUNDANYA...TQ FIDAH.

      Delete
  4. bergenang air mata kak membacanya...kita xtau bila dipanggil kembali...hanya mngharapkan anak2 yg ditinggalkn mnngurusi kita sebaiknya Allahhuakbar...tq nooriah.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian akak...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak,
    Alhamdulillah perkongsian yang menarik dan menjadi peringatan kepada anak-anak di luar sana. Saya juga mengimpikan agar jenazah saya diuruskan sendiri oleh anak-anak.

    ReplyDelete
  7. WSALAM DIK USTAZ...SEMUA IBUBAPA MENGHARAPKAN ANAK2 YG SGT DIKASIHINYA MENGURUSI JASAD MRK DGN PNUH TNGGUNGJWB N RASA KASIH SYG...TQ ABUIKHWAN.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”