Thursday, 5 March 2015

BERAPA LAMA BERADA DI MAHSYAR?

ASSALAMUALAIKUM...



Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kite akan berada di alam mahsyar. para sahabat rasulullah saw tanye,mahsyar kat mane? Jawab rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mane bumi ini dihamparkan. tak de pokok,tak de sungai,gunung ganang,tempat berteduh dan tiada bertepian.ini terjadi bile malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali. kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2. lalu manusia bertanye sesame sendiri,dimana kita? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar. bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.rujuk surah yasin ayat 52-54. ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluq pada hari tu. Saidatina Aisyah ra pernah bertanya rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).
Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang,ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan,dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir. bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi.kena tunggu entah berapa lama. lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab. jawab nabi adam dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh,musa,isa, dan ibrahim tetapi diorang semua hanya berdoa keselamatan diri masing2. lalu pergi semua manusia kepada nabi muhammad saw,lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.
Bayangkan semasa menanti perbicaraan,ada orang dah mintak kat Allah awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar. bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je, dek padatnya manusia pada hari tu.
Sebelum hisab bermula, kitab3 amalan kite akan turun dari arash. mase tu tahulah kite tangan mane yang sambut kitab tu. kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kite, masih tak menjamin kite ke syurga. kemudian Allah panggil sorang2 untuk dihisab. sebelum Allah mule hisab, Allah suruh kite bace semua amalan yang tercatat dalam buku kite disaksikan semua manusia. tak de satu pun tertinggal. lepas habis bace Allah akan tanye kite 3 soalan.
1)adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid
2)tak ingat
3)apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.
Setelah ditimbang di al mizan,didapati pahala kite melebihi dosa kita. seolah-olah sikit lagi kite ke syurga, tetapi final check Allah buat. Allah tanye kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka. antara yang mula2 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2, etc. jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kite tadi terpaksa bagi kat diorang. Jika pahala dah habis, dosa diorang pulak kite tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).
Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tp effect jugak orang2 yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.
Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat. Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kite kejar populariti,nak terkenal,takut tak tertanggung kesannye kat akhirat nanti. Kedua,jagalah amanah dan kejujuran kite sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kite akan membantu.
Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang.. Bukan jgk simply boleh masuk dengan baik sorang2.. so jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah tolong kita di hari pembalasan nt. Amin.. ps: Kawan yang sharing ni mintak didoakan sekali...
Terdapat dua jenis manusia
1. Bila dia baca dan lihat ilmu ini dia abaikan..
2. Bila dia baca sesuatu yg bermanfaat dia sebar

CATATAN HASLINAH HAMDAN.

25 comments:

  1. bersusah-susah di bawah langit, berehat-rehat di bawah tanah, bersenang-senang di bawah arasyh..

    syurga itu perlukan mujahadah, pengorbanan..thanks for sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. subhanallah...frasa yg bermakna..hmm dibawah tanah lama rehatnya sebelum dihidupkan n mizan mahsyar menentukan arasynya...tq nohas.

      Delete
  2. kak tq....saling ingat mengigati:)

    ReplyDelete
  3. terimakasih dear, kekadang kita selalu alpa, thanks sekali lagi mengingati sebab semua kita akan kesana jua akhirnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq nooriah jln akhir yg sgt pasti tu...

      Delete
  4. Kakak rasa macam dah banyak kali juga terbaca article ini. Namun bila baca lagi tetap akan terasa kerdilnya diri. Betapa di waktu itu bagaimana keadaan kita. Menanti buku catatan, mengharap syafaat baginda rasulullah, tergolongkah kita, cepat atau lambat. Bagaimana meniti titian as-sirat... Allahurobbi insaf bila membaca ini kan PI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xmengapa walau kita d tahu n selalu ulang baca kisah yg sama sbg peringatan agar kita xalpa....tq kakzakie.

      Delete
  5. Takutnya!... Tak boleh nak membayangkan bagaimana dahsyatnya keadaan di padang masyhar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berserah saja pada belas ehsan Allah...tiada daya kita apapun...tq sweetie.

      Delete
  6. tak terjangkau akalku dgn padang mahsyar ini....

    ReplyDelete
  7. alam kubur, mahsyar langkah kita ke alam kekal...xterjangkau minda fikir kita....tq anies.

    ReplyDelete
  8. peringatan yang baik..thanks PI

    ReplyDelete
    Replies
    1. peringatan utk diri sendiri sebenarnya...tq babYpose...

      Delete
  9. entahlh diana..kakpun terfikir gitu...tq diana.

    ReplyDelete
  10. Semuanya tergantung keikhlasan amal kita dalam beribadah ya kak Paridah... Smoga kita semua dapat syafaat dari Baginda Nabi Muhammad S.A.W. sehingga terhindar dari siksaan Allah S.W.T di padang mahsyar nanti...Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. benartu kita ummat Muhammad mngharapkan syafaat junjungan kita di mahsyar kelak...insyaAllah...tq ahmad fazri.

      Delete
  11. Semuanya tergantung keikhlasan amal kita dalam beribadah ya kak Paridah... Smoga kita semua dapat syafaat dari Baginda Nabi Muhammad S.A.W. sehingga terhindar dari siksaan Allah S.W.T di padang mahsyar nanti...Amin

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas peringatan ni kak. semoga masih lagi sempat untuk kita bertaubat atas dosa2 yang kita lakukan.

    ReplyDelete
  13. insyaAllah...pasti Allah dgr nawaitu hamba-Nya yg kerdil ini...tq faarihin.

    ReplyDelete
  14. Terima kasih atas perkongsian akak... Moga kita dipermudahkan di mahsyar nanti...

    ReplyDelete
  15. insyaAllah ..mogo kita mndpt syafaat nabi kita n urusn dipermudahkn....tq

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”