Friday, 13 February 2015

PROJEK BARU...

Assalamualaikum....

APA PULA PROJEK PI DENGAN MEMBAWA MASUK JENGKAUT KE BELAKANG RUMAH PI YA? SEBENARNYA DI SINI DIPENUHI DENGAN POHON RAMBUTAN MERAH DAN KUNING. JIKALAU MUSIM BUAH MERIAH BUAH-BUAH RAMBUTAN MERAH KUNING BERGAYUTAN DI POHON.

 PABILA TERLALU BANYAK MEMANG TAK TERMAKAN. HENDAK DIBERI KEPADA JIRAN-JIRAN MEREKA PUN ADA. HENDAK DIJUAL PUN TIDAK LAKU.  JADI DIBIARKAN SAJA RANUM DI POHON MENJADI SANTAPAN UNGGAS-UNGGAS DAN MERGASTUA HUTAN YANG BERDEKATAN SEKITARNYA.

 KOLAM IKAN TALAPIA PUN ADA JUGA. KALA PETANG PI AKAN MENABUR MAKANAN KEPADA IKAN-IKAN INI. TAPI PROJEK KOLAM IKAN INI TIDAK BEGITU BERJAYA KERANA SETIAPKALI HUJAN LEBAT KOLAM IKAN AKAN MELIMPAHKAN IKAN-IKAN KELUAR KERANA DI HUJUNG TANAH PI TERDAPAT SUNGAI KECIL YANG MENYEBABKAN AIRNYA MEMBANJIRI KAWASAN BELAKANG INI HINGGA MENENGGELAMKAN KOLAM IKAN DAN SEKITARNYA.

Displaying IMG_20150202_172352.jpg

Displaying IMG_20150202_172337.jpg
KINI POHON RAMBUTAN YANG BANYAK ITU AKANDITEBANG DAN KOLAM IKAN DITIMBUS PULA.

Displaying IMG_20150202_172343.jpg
SEBENARNYA PI TIDAK GEMAR HENDAK MENGGUNAKAN KHIDMAT BULLDOZER DAN MEMBAWANYA MASUK KE TANAH PI KERANA KAWASAN TANAH PI INI AGAK LEMBAH DAN BIMBANGKAN JENTERA YANG BERAT ITU TENGGELAM PULA. TAPI NAMPAK ELOK PULA JENTERA BERAT ITU BERKERJA TANPA MENIMBULKAN MASALAH PADA PENGENDALINYA.


APA AGAKNYA YANG ELOK DITANAM SETELAH TANAH LAMA YANG RANG DAN USANG INI DITAMBAK DENGAN TANAH BARU? TANAH BARU BIASANYA LEBIH SUBUR DAN BAIK UNTUK BERTANI.
. SEBELUM TU FAHAMKAH DENGAN MAKSUD TANAH RANG DAN USANG? TANAH YANG TELAH LAMA DIGUNAKAN BERCUCUK TANAM POKOK-POKOK TAHUN AKAN MENJADI RANG DAN USANG TIDAK SUBUR LAGI JIKA TAK DIPULIHKAN.

TANAM PISANG PUN OK KOT. PISANG RAJA, PISANG ABU, PISANG AWAK, PISANG KEPADANG PISANG NANGKA, RESTALI, PISANG EMAS, PISANG BUNGA DLL  TENTU ADA PASARANNYA...EH..EH..KALAUPUN LAKU TERJUAL YA...BELUM APA-APA SUDAH BERANGAN-ANGAN.





12 comments:

  1. Di mana mana sedang musim buah ya kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah mbak susi...musim buah baru nk mula...tq.

      Delete
  2. berbudi pada tanah..hasilnya baik rezeki murah ya paridah..tahniah projek baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah cikgu tanah akan berikan kita hasil ikut usha yg dilakukn...projek anak2 tu cikgu...tq

      Delete
  3. mcm2 blh tanam . tapi klu nak sekali tanam , tak yah jaga , terus blh hidup dan beranak pinak , mmg pokok pisang lah jwb nya ...

    ReplyDelete
  4. tanam pisang jerlah ya QV...TQ.

    ReplyDelete
  5. kak...gmbr x kuar laa...x leh tgk ;-(

    ReplyDelete
  6. ha'ah anies gmbr tah hlg mana...tq anies.

    ReplyDelete
  7. Tanam pelbagai pokok buah-buahan tempatan. Biar lengkap... spt, rambutan (dah ada), mangga, kuini, cempedak, manggis, nangka, durian belanda, kelapa, pisang, jambu, nona, putat, cermai, duku, langsat, belimbing besi dan buluh, gajus,nanas, ramunia, mengkudu, limau, durian dan lain2 lagilah... Nanti boleh saya datang merasa hasilnya...hehe

    ReplyDelete
  8. wah banyak tu...kak cadang nk tanam pisang dulu kemudian baru cari jenis pokok yg BM sebut tu...insya Allah nanti kak jemput dik datang tengok kebun kecil kak tu bila projeknya dh jadi...tq

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”