Wednesday, 4 February 2015

ANTARA BACANG DAN MACANG...

ASSALAMUALAIKUM....

Sinopsis Masasilam

ANTARA BACANG DAN MACANG

Pada kira-kira 100 tahun dulu, disebuah kampung berhampiran Macang, Kelantan, terkhabarlah seorang bernama Poksu Heng yang ada seorang anak bernama Mustafa. Mustafa ni hebat orangnya. Kehebatannya di Kelantan tersangatlah masyhur. Bakat semulajadinya dalam hal-ehwal perniagaan sangatlah terkenal. Apa juga yang disentuh menjadi emas belaka. Pendek kata menjadi untung selamanya.
Mustafa ini berniaga diseluruh Malaya. Salah satu bahan komiditinya ialah buah macang. Dia mengusahakan tanaman pokok macang ini disatu kawasan di Kelantan. Sehinggalah pemerintah memberikan nama sebuah pekan di Kelantan dengan nama Macang.
Dalam pengembaraannya meluaskan perniagaan, sampailah kesebuah tempat di Melaka. Oleh kerana kepenatan dan ingin berehat panjang, Mustafa sanggup menyewa tanah dengan menidirikan sebuah pondok. Jualan buah macang tersangatlah larisnya. Bagaimanapun, sudah menjadi kebiasaan Mustafa, dia akan bersarapan buah macang yang masak setiap pagi. Bijinya tidak dibuang, diletakan baik-baik ditepi pondoknya.
Alangkah terkejutnya Mustafa bila dia balik dari urusan berniaga buah macang, biji yang diletakan ditepi pondoknya telah tumbuh dan hampir sama tinggi dengannya dan berdaun lebat. Terfikirlah olehnya, bahawa tanah yang disewa itu sangat subur dan sesuai untuk tanaman pokok macang.
Mustafa berjumpa Tok Empat untuk memohon kebenaran menanam pokok macang. Malah dia sanggup membeli tanah yang disewanya itu. Tok Empat setuju dengan satu syarat, kata Tok Empat …
“Kamu bolehlah mengusahakan tanaman pokok Bacang ini….semoga hubungan antara Negara Kelantan dan Negara Melaka ini akan bertambah erat. Saya akan jumpa baginda Sultan supaya kita ujudkan Bandaraya Kembar antara Macang di Kelantan dan Bacang di Melaka….”
Terpinga-pinga Mustafa, eh kenapa pulak Bacang….

TULISAN NORADABI ROSDI.

16 comments:

  1. macang ngan bacang buah yang sama kan..cuma panggil je beza sikit..huhu..org kelate prefer macang.

    ReplyDelete
  2. hmm...buah yg sama serupa...tq cikgu nick nashram...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya..kami panggil macang..buat sambal..terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm...sebelah utara kita panggil macang...tq nohas.

      Delete
  4. Assalamualaikum kak,
    Hmm, menarik hikayat ini. Dulu pokok alah ni banyak kat rumah arwah tok wan. La ni tadok dah..semua kena sodok, anak-anak nak buat rumah...Kami panggil buah macang

    ReplyDelete
  5. wsalam dik ustaz...tadok dh yer..dirumah kak tadok juge dh tumbang pula hmpir nk hempap umoh..tq abu ikhwan..

    ReplyDelete
  6. kalau di indonesia entahlah buah apa namanya,...

    ReplyDelete
  7. XTAU YA..CUBA DIBELEK BETUL2 MESTI TAU TU...TQ ZULHAM EFENDI.

    ReplyDelete
  8. oh pernah dengar, bau bau bacang kann haha.. buah mempelam berserat kan..

    ReplyDelete
  9. HMM...BUAH NI BIASANYA DIBUAT SAMBAL BELACAN SEDAP..TQ BabYpose.

    ReplyDelete
  10. saya panggil buah bacang . baunya sangat kuat dan getahnya boleh jadi kudis bila kena at kulit ...

    ReplyDelete
  11. BETUL TU..KENA HATI2 DGN GETAHNYA...TQ QV.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”