Sunday, 4 January 2015

SELIRATAN CINTA BAB 8.

ASSALAMUALAIKUM....

“Macam mana malam tadi, nyenyak tidurnya? Maklumlah sesekali bila berubah tempat dari kebiasaan sesetengah orang tidak boleh hendak tidur nyenyak.”
“Itu orang lain mama. Saya ni pantang letak kepala ke bantal terus hilang dari dunia nyata. Lena sungguh.” Tukas anak itu menyanggah sangkaan mamanya. Dengan sentiasa ramah  senyum menguntum menceriakan suasana pagi..
Mak Kiah meletakan mihun goreng yang masih panas kerana baru saja usai di goreng. Baunya yang harum enak menguasai ruang itu menterjemahkan kelazatannya. Majmin mengambil piring yang tersedia dan menyendok mihun itu ke dalamnya.
Dia menyodorkan piring yang siap berisi itu kepada anaknya. Mihun yang mengandungi nutrisi pemakanan seimbang. Di dalamnya terkandung, protin, kabohidrat, lemak, mineral serat dan pelbagai zat untuk kesegaran, tumbesaran, energi untuk tubuh badan dari resepi yang tergaul di dalamnya.
Resepi yang tidak tetap ramuannya. Sentiasa ditokok-tambah mengikut kesesuaian selera dan yang utamanya mengikut bahan yang ada disimpan  di dalam peti sejuk menurut mak Kiah.
Mak Kiah seringkalinya berbuat begitu kerana tidak mahu susah-payah memikirkan apa yang tidak ada buat diadun di dalam mihun yang digorengnya. Yang penting ada bahan utamanya seperti mihun, sayur, cili, daging @ udang @ telor.
“Malam tadi kata Rizal hendak menyambung pelajaran peringkat Master di UK.”
“Begitulah mama. Tapi rasanya hendak berihat dulu sekejap.” Anak itu mengakuinya. Dia bergerak pula ke sinki untuk membasuh kedua-dua tangannya. Kata ustaz di sekolah rendahnya dahulu, berwuduk dulu sebelum makan. Maksudnya bukan berwuduk kerana mengambil air sembahyang tetapi berwuduk membasuh tangan.
“Baguslah begitu. Sudah penat belajar memerah otak untuk mendapat ijazah yang baik pencapaiannya, eloklah dilupakan sekejap semua perkara tentangnya. Berehatlah dulu, tenangkan fikiran. Lapangkan otak.” Majmin berkata begitu tanpa memandang kepada anaknya kerana perhatiannya tertumpu kepada suaminya yang telah berada di ruangan itu..
“Bagaimana kalau sementara tu Rizal berkerja dahulu dengan ayah. Tidaklah kelak Rizal merasa bosan kerana tidak ada sebarang aktiviti.” Majmin memberi saranan. Anak matanya yang lirih jatuh di wajah suaminya.
“Betul tu...hari ni pun boleh mula.” Balas Datuk Shaari tanpa sebarang keraguan. Tidak membantah apa-apa. Malah merangsang pula. Keputusan yang amat meyakinkan dipertuturkan.
“Abang ni...biar betul sikit kalau nak bercakap tu. Anak kita ni baru saja balik. Biarlah dia berehat dulu.” Shaari terangguk-angguk menyetujui usulan Majmin pula. Dan menyedari keterlanjurannya menyatakan sesuatu secara tergopoh-gopah.
“Terima kasih ayah. Nantilah Rizal fikirkan dulu. Kalau boleh Rizal tidak mahu berkerja di KLni. Biarlah di pedalaman. Jauh sikit dari KL.” Rizal menyebut basmalah sebelum menyuap mihun goreng  ke mulutnya. Baunya yang bersemarak aroma kelazatannya mengait seleranya agar segera menjamah.
Dia mengintai-ngintai kelibat Mak Kiah kerana hendak mengajak pembantu rumahnya itu makan bersama. Mak Kiah masih sibuk mengurusi kerja-kerjanya di dapur. Melakukan kerja-kerja yang disukainya setiap hari walau penat sekalipun tidak terasa sangat baginya.
Datuk Shaari memandang anaknya dengan persoalan. Hatinya diserabuti pertanyaan mendengarkan ketentuan pilihan anaknya.
“Mana ada kerja di kawasan terpencil dengan ijazah yang kau ada tu?” kepalanya tergeleng-geleng selari dengan tutur katanya. ‘Macam-macam budak-budak sekarang ni. Suka cari masalah. Kesenangan sudah berada di depan mata hendak ditolaknya.’ Hatinya memprotes. Padanya keputusan anaknya itu langsung tidak dapat diterima lojik akal.
“Azmi dah hantar notis berhenti kerja di Resort Sri Jelapang. Biar Rizal yang urus resort tu. Buat sementara saja sebelum mendapat pengganti Azmi. Kau nak urus resort mama tu tak?” Shaari terkedu. Dia tidak gembira mendengar keputusan itu.
 Kejora mata isterinya ditauti dengan tajam. Namun apa yang merusuh mindanya tersimpan sebagai rahsia.
“Hai Min, ke situ pula hendak kau hantar anak kita. Sudah lama dia berpisah dengan kita kerana belajar di US sekarang hendak ke pulau di Pahang pula berjauhan dengan kita. Saya tak berapa setuju. Tapi terpulanglah padanya.” Sahutnya jengkel dengan kata putus isterinya.
Dia sangat berharap anaknya itu tidak akan menyetujui cadangan isterinya itu.
 Bunga-bunga pertengkaran yang mulai mercik halus itu tidak digemari mencemari suasananya, spontan terlintas sesuatu di kotak fikirnya buat menyapu dan membersihkannya. Rizal segera mencelah.
“Saya belum buat keputusan lagi ayah. Samaada hendak menguruskan Resort Sri Jelapang atau tidak. Rizal hendak berehat dulu. Tidur, baring, makan dan minum saja dulu. Sesekali saya akan sampai ke opis untuk mengintai suasana berkerjanya samaada bersesuaian dengan saya. Dan saya akan berkerja di sana. Tapi itu bukan janji…”
“Jangan lama sangat buat keputusan tu. Ayah memang perlukan bantuan Rizal untuk menguruskan Shipping Company tu.” Suara ayahnya tegas kedengaran. Tapi dia tidak menanggapinya sangat serius.
“Min, abang ke opis dulu. Waktu makan tengahari abang tak dapat balik. Rasanya sampai ke malam abang kena berkerja di opis kerana nak pastikan kaki-tangan opis menyiapkan kertas kerja perjanjian dengan PERNAS (Permodalan nasional) tentang pengangkutan barang-barang perabot dan pelbagai kraftangan tempatan yang hendak di eksport ke German menggunakan kapal-kapal milik syarikat kita.” Dia memandang isterinya dan Rizal bersilih arah.
Dan sudah pula menghabiskan mihun di piringnya. Tangan kanannya memegang cawan yang berisi air necafe susu panas dan membawa ke bibirnya. Dia menghirupnya perlahan. Tidak dihabiskan air Nescafe susu yang masih beruap kerana panas. Sedikit saja yang berupaya dihirup. Diletakan semula cawan yang dipegangnya di atas meja.
“Min dan Rizal makanlah dulu, tidak usah hendak tunggu abang balik.” Sambungnya lagi. Serius dan sangat penting sekali tugasan yang digambarkannya pada isterinya itu. Perihalnya sebenarnya tidaklah sebegitu. Sememangnya ada tugasan seperti yang disebutkan itu. Tetapi tidak langsung melibatkan dirinya. Dia hanya tahu siapnya saja.
Yang berungkus-lumus melakukan semua tugasan itu tentulah para petugasnya yang sangat didikasi terhadap kerjaya yang memberikan sara-hidup yang setimpal dengan keadaan sosio ekonomi masa kini. Staf yang dibayar gaji sepadan dengan keupayaan  dan kerja yang dilakukan.

                                                        
                                                          

5 comments:

  1. Sambung baca cerita...
    tapi part mi hoon tu...buat rasa lapar lah pulak...hehe..

    ReplyDelete
  2. TQ FIDAH RAJIN IKUTI SAMBUNGANNYA...MESTI XSARAPAN LAGI NI...MKN BIHUN SEDAP JUGA TU..

    ReplyDelete
  3. Mak Kiah punya beehoon tu kakak membayangkan haha...
    Datin tak dpt hidu lagi. Tapi kakak rasa anak dia akan tahu juga kelak..
    Hati-hati Dato' :)

    ReplyDelete
  4. Heh..heh.. mmg sedap bihun mak kiah tu...dato' masih leka dgn lakunya tu...tq kakzakie.

    ReplyDelete
  5. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”