Sunday, 18 January 2015

PAYAH PAYAH DILAMUN OMBAK, TERCAPAI JUGA TANAH YANG TEPI...

ASSALAMUALAIKUM...



CORAT-CORET PAK ENGKU....
PANTUN-PANTUN PERBIDALAN PAK ENGKU.
DIPASANG LAYAR KAIN YANG ADA,
BERSAMA TAULAN DI DALAMPERAHU,
LAUT DILANDA TAUFAN DAN BADAI;
KALAU BELAYAR DENGAN NAKHODA,
KALAU BERJALAN DENGAN YANG TAHU,
KALAU BERKATA DENGAN YANG PANDAI.
Perbidalan: Belayar dengan nakhoda, berjalan dengan yang tahu,
berkata dengan yang pandai.
Maksudnya: Sebarang pekerjaan yang besar itu hendaklah diketuai
pelaksanaannya oleh orang yang ahli supaya selamat.
DI TANAH LEMBAP SI POKOK BETIK,
BUAH YANG MASAK SEKALI TIGA;
JANGANLAH SEBAB NILA SETITIK,
HABIS ROSAK SUSU SEBELANGA.
Perbidalan: Sebab nila setitik rosak susu sebelanga.
Maksudnya: Kerana yang sedikit rosak yang banyak.
SEDARI TADI TERNAMPAK ASAP,
API MENJULANG MEMBAKAR ATAP;
JANGANLAH JADI BAK NAKHODA KASAP,
HUJUNG HILANG PANGKAL PUN LESAP.
Perbidalan: Bagai nakhoda kasap, hujung hilang pangkal lesap.
Maksudnya: Membuat pekerjaan yang membawa kerugian
(perbelanjaan yang berlebih-lebihan).
BURUNG HELANG DI POHON MANGGA,
DAHANNYA SEKAH PUCUKNYA BERSEMI;
NAIK MEMBILANG ANAK TANGGA,
TURUN SELANGKAH JEJAKLAH KE BUMI.
Perbidalan: Naik membilang anak tangga, turun selangkah
jejaklah ke bumi.
Maksudnya: Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat
tetapi hendak jatuh mudah sahaja.
BANYAK BERISI UBI SENGKUANG,
GUGUR BERANGAN KE DALAM BENCAH;
BIARLAH NASI YANG TERBUANG,
ASAL JANGAN PERIUK YANG PECAH.
Perbidalan: Biar nasi terbuang asal jangan periuk pecah.
Maksudnya: Biar anak mati asal ibunya selamat (ketika bersalin).
BUBUR CACA DIBUAT BEKAL,
DIBUBUH GULA SEBAGAI MANISAN;
KALAU NERACA PALINGAN BUNGKAL,
HATI PULA PALINGAN TUHAN.
Perbidalan: Neraca palingan bungkal, hati palingan Tuhan.
Maksudnya: Fikiran atau pendirian seseorang itu boleh berubah-ubah.
DI DALAM RAGA BUAH SEMANGKA,
BUAH DIBELAH MERAH ISINYA;
SIAPA JUGA YANG MAKAN NANGKA,
MAKA DIALAH KENA GETAHNYA.
Perbidalan: Siapa makan nangka maka kena getahnya.
Maksudnya: Siapa yang berbuat salah dialah yang menanggung
hukuman.
LARI MERONTA SI ANAK SAPI,
LARI MERATA KE HUJUNG TITI;
JANGANLAH KITA BERNAFSU-NAFSI,
BERAJA DI MATA BERSULTAN DI HATI.
Perbidalan: Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati.
Maksudnya: Melakukan sesuatu dengan sesuka hati sendiri.
TERKENA PARANG TANGAN TERLUKA,
DUDUK BERSILA RASA TAK BETAH;
KENAPA ORANG YANG MAKAN NANGKA,
AWAK PULA TERKENA GETAH.
Perbidalan: Orang makan nangka awak kena getah.
Maksudnya: Orang lain yang berbuat salah, kita yang mendapat
kesusahan.
KENAPA GOYAH TANGKAINYA TOMBAK,
TOMBAK DIJAGA BEGITU RAPI;
PAYAH-PAYAH DILAMUN AOMBAK,
TERCAPAI JUGA TANAH YANG TEPI.
Perbidalan: Payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah tepi.
Maksudnya: Setelah beberapa lama menanggung susah, akhirnya
tercapai juga cita-citanya (terlepas juga dari sengsara).
SEKIAN. TAMMAT KALAM

12 comments:

  1. Puitis sungguh bshasa melayu kan

    ReplyDelete
  2. ya indah n puitis...tq dorset pink.

    ReplyDelete
  3. kata-katanya sangat indah dan penuh makna tersendiri :)

    ReplyDelete
  4. berseni n klasik sekali...tq hary wardiansyah...

    ReplyDelete
  5. Puisi orang lama sgt mendalam maksudnya.. kan kak? ")

    ReplyDelete
  6. benar tu karyanya indah n bermakna..tq wawa.

    ReplyDelete
  7. Kita tak kaya harta pun tak apa asalkan kaya dengan budi bahasa kan...

    ReplyDelete
  8. benar tu budi bahasa jadikan pakaian diri akan tmbh cntik kperibadian lg disukai...tq zumal.

    ReplyDelete
  9. pantun2 yang menarik sekali...syabas ya amat suka membacanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. PANTUN PAK ENGKU NI BERKUALITI N PUITIS SEKALI....TQ CIKGU.

      Delete
  10. yg dilamun ombank tu macam nk sama je maksudnya dengan "berrakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian" je....

    ReplyDelete
  11. AGAKNYALH TU...BAHASA MELAYU LAMA NI LAIN SIKIT...MUNGKIN KITA SEBUT LAMBUNG TAPI INI LAMUN PULA...TQ PHA IS.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”