Wednesday, 21 January 2015

INDONESIA LAKSANA HUKUM TEMBAK 6 PENGEDAR DADAH..

ASSALAMUALAIKUM....

SESEKALI KITA DIKEJUTKAN MEDIA MASSA TV, AKHBAR JUGA MEDIA MAYA DENGAN KISAH-KISAH ARTIS YANG DITAHAN POLIS KERANA TERLIBAT DENGAN DADAH YANG PELBAGAI JENISNYA.

HEBOH KISAH ITU DIPERKATAKAN DENGAN KOMENTAR YANG KADANG AMAT MENYENTUH HATI LAGI MENEKAN PERASAAN SESEORANG YANG TERLIBAT ITU.

RAMAI YANG LAIN DITAHAN POLIS,DIDAKWA MEMILIKI DADAH TAPI AWAM TIDAK GEMAR MENGAMBIL TAHU TENTANG MEREKA KERANA MEREKA BUKAN ARTIS YANG KONONNYA MILIK MASYARAKAT. BEGITULAH JIKALAU NAMA MASYHUR, KESILAPAN YANG DILAKUKAN SENGAJA ATAU TIDAK, ATAU DIPENGARUHI PERSEKITARAN MEMASYHURKAN PERLAKUAN MEREKA.

SEBENARNYA MASALAH DADAH INI BOLEH MENJERAT SESIAPA SAJA SEKIRANYA TIDAK BERHATI-HATI DALAM MENGATUR HIDUP. KADANG TERLALU BERHATI-HATI JUGA AKAN TERJEBAK JUGA. NAMUN LEBIH BAIKLAH BERHATI-HATI MENJAGA DIRI AGAR TIDAK TERJERAT.

SEORANG JIRAN PI AMAT BERSEDIH DAN MERASA MALU KERANA ANAK LELAKI KESAYANGANNYA TERIBAT DADAH DAN TERPAKSA BERURUSAN DENGAN PEJABAT POLIS DAN MAHKAMAH UNTUK MENYELESAIKAN KES ANAKNYA ITU SAMBIL MENGADU KEPADA PEGAWAI POLIS YANG BERTUGAS DI SITU.

KATA PEGAWAI POLIS ITU, BUAT APA KAK NAK RASA MALU ...BUKAN ANAK KAK SORANG YANG TERLIBAT DENGAN DADAH...RAMAI LAGI...SUDAH JADI PERKARA BIASA SEKARANG NI...TANGGUNGJAWAB KITA PUIHKAN MEREKA KEMBALI...

SEORANG ANAK LELAKI YANG SERING BERKUNJUNG KE RUMAH PI MENYEBABKAN PI TERPAKSA BERGANTI HP SETIAP TAHUN. PI CUMA GUNAKAN HP YANG KOMAN SAJA TAPI SELALU DIKEBASNYA. TERDETIK RASA JAHAT DI HATI...BUDAK NI SELAGI DIA TAK MATI TAK SELAMAT HP AKU...

DAN BARU-BARU INI PI MENDAPAT TAHU ANAK LELAKI YANG MASIH MUDA REMAJA ITU TELAH MENINGGAL DUNIA KERANA MENGHIDU GAM DAN MENGAMBIL DADAH TERLARANG, KASIHAN SUNGGUH...ALFATEHAH.

SEORANG IBU YANG PI KENALI  JUGA DIUJI ALLAH TERPAKSA BERDEPAN DENGAN MASALAH ANAK KETAGIHAN DADAH HINGGA TERPAKSA KE PUSAT RAWATAN SUNGAI BESI UNTUK MEMULIHKANNYA.  SETELAH PULIH SEDIKIT TIBA PULA MASALAH LAIN. MENTALNYA PULA TERGANGGU. DAN TERPAKSA DIRAWAT DI HOSPITAL PSIKITIARI.

BUKAN MASALAH KECIL BAGI SEORANG IBU YANG MELAHIRKAN ANAK KECIL COMEL NORMAL TIBA-TIBA ANAKNYA  ITU BERTUKAR MENJADI PREDATOR DALAM RUMAHTANGGA KERANA DADAH.

TERLALU BERAT MASALAH YANG DITINGGALKANNYA UNTUK DITANGGUNG BERSEORANGAN TANPA BANTUAN....IKUTKAN RASA HATI YANG KECEWA TIDAK TAHU APAKAH DOA IBU KEPADA KHALIKNYA.

TERNYATA HATI KASIH SEORANG IBU MASIH SANGGUP BERSABAR, BERDOA TANPA JEMU AKHIRNYA DIMAKBULKAN ALLAH JUA. ANAKNYA ITU KEMBALI NORMAL SETELAH  MENJALANI RAWATAN ALTERNATIF DAN SENTIASA MENGAMBIL UBAT DOKTOR MENERUSKAN KEHIDUPANNYA. TANPA MENYUSAHKAN SESIAPA LAGI.

APAKAH KITA MERASA TIDAK WAJAR NEGARA-NEGARA YANG MENJATUHKAN HUKUMAN MATI KEPADA PENGEDAR DADAH KERANA PERBUATAN KEJI MEREKA MEMBUNUH ANAK BANGSA DAN MEMPORAKPERANDAKAN KEHIDUPAN KELUARGA YANG SELAMA INI AMAN SEJAHTERA.


JAKARTA: Indonesia melaksanakan hukuman tembak ke atas lima warga asing dan seorang wanita negara itu atas kesalahan mengedar dadah meskipun terdapat rayuan dari kerajaan negara rakyat terbabit.
Empat lelaki warga Brazil, Malawi, Nigeria dan Belanda serta wanita Indonesia itu ditembak mati secara serentak sebaik tengah malam tadi, beberapa kilometer dari penjara berciri keselamatan tinggi di Pulau Nusakambangan.
Seorang lagi wanita warga Vietnam melaksanakan hukuman itu di Boyolali, demikian menurut jurucakap Peguam Negara, Tony Spontana.



23 comments:

  1. As'salam..berbagai ujian yang Allah berikan. Tiap perkara ada sebab, tanggungjawab ibubapa dan masyarakat lain berat sebenarnya. kena benar2 beri perhatian pada anak-anak...kena beri kasih sayang.kasihan yang terjebak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...ya ujian Allah ini pelbagai...benar kata cikgu ibubapa perlu beri perhatian kpd anak2 mrk....tq cikgu etuza.

      Delete
  2. soal hukuman mati untuk pengedar narkoba(ganja, heroin dan sejenisnya), sekalipun banyak tentangan tapi menurut saya pribadi hukuman seperti itu pantas dan layak, mereka sudah membunuh lebih banyak lagi anak-anak yang tidak berdosa karena ulan mereka mengedarkan barang haram tersebut,... keluarga saya ada yang sampai meninggal karena ketergantungan obat harang tersebut,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak setuju dgn zulham effendi tq....sesebuah negara berhak menjaga rakyatnya drpd pengedar2 dadah yg merosak n membunuh anak bangsa dgn apa cara jua. mrk yg xmengalami mslh anak2 saudara2 ahli keluarga yg terlibat dadah xtau betapa susahnya mndepani mslh bgini.

      Delete
  3. Satu dunia kena bekerjasama dalam isu dadah ini... Insha Allah kita tak perlu lagi hukum pengedarnya jika ia sudah tak wujud...

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu dunia perlu bersatu hati memerangi pengedar dadah ni...tq zumal.

      Delete
  4. mohon dijauhkan perkara2 begini dari anak2 kita ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita doakan yg baik2 saja utk anak2 kita...tq Kesuma angsana.

      Delete
  5. Ya Allah...hati seorang ibu sentiasa mengasihi walau anaknya membawa masaalah. Semoga dijauhkan dari benda haram ini dari keluarga kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya hati seorang ibu sentiasa reda dgn setiap perilaku anaknya agar anaknya xberdosa terhadapnya n Allah memakbulkan doa seorg ibu...doakn yg baik2 saja utk anak2...tq zaitun.

      Delete
  6. Suatu yg sukar utk digambarkan betapa kecewanya hati ibu-bapa bila dpt tahu anak terjebak dgn dadah. Selain malu dgn Allah juga dgn masyarakat seperti jiran terdekat bila tahu asyik kerja mencuri HP tak sudah...

    Jadi kakak sokong tindakan Indonesia ni. Bila bertindak begini jadi pengajaran pada yg lain. Sebab isu ini bagai tak ada kesudahannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu kakzakie...rasa malu, sakit hati dgn kerenh anak2 bgini xtergambarkn....negara2 dunia harus berani spt Indonesia .........................malaysia,Singapore yg mnjatuhkn hukuman mati kpd pengedar dadah sbb mrk membunuh ramai jiwa....tq kak zakie.

      Delete
  7. Jika anak sendiri menagih dadah... Barulah tahu bagaimana rasanya. Tak tahu nak buat mcm mana lagi dah, nak marah atau kesihan. Semoga Allah beri petunjuk buat mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL TU YG XTAU XMERASAI BETAPA SUKAR N SIKSANYA JIKA ADA ANAK ATAU AHLI KELUARGA YG TERLIBAT DADAH...SEMUA IBUBAPA INGINKN KEBAIKN N BUKAN KEBURUKN DLM KHIDUPAN ORG2 YG MRK KASEHI...TQ BM.

      Delete
  8. masalahnya anak - anak ni klu di luar ibu bapa tdk tahu dgn sapa mrk bergaul dan brkawan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. IYALAH ANAK2 SEKARANG LUAS PERGAULANNYA N IBUBAPA KENA SERING MERISIK TANYA SIAPA KWN2 MRK...TQ QV.

      Delete
  9. Kena sentiasa pantau aktiviti anak-anak zaman sekarang. Sebab pengaruh terbesar untuk golongan remaja ini memang rakan sebaya.

    ReplyDelete
  10. takut juga kan...ish xpayah tengok diana...

    ReplyDelete
  11. BENARTU..APA SAJA TINDAKAN MRK PERLU DIPERHATI...TQ FAARIHIN.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”