Wednesday, 24 December 2014

PUJI-PUJIAN YANG MERUSUHKAN...

ASSALAMUALAIKUM...

CORAT-CORET PAK ENGKU..
KADANG-KADANG AKU JADI TAKUT DENGAN PUJIAN YANG MELAMBUNG TINGGI YANG ORANG BERIKAN KAT AKU. TAHU SAJALAH KALAU DILETAKKAN TERLALU-LALU TINGGI, KALAU JATUH, TERAMAT-AMAT SAKIT. DULU KAWAN AKU, NORMAN IPIN KATA AKU MACAM A.SAMAD SAID, BIJAK BERPANTUN, BERSYAIR DAN BERSAJAK. PANDAI BERFALAFASAH.
KINI TIMBUL PULA ADA RAKAN DI ALAM MAYA INI NAK SAMAKAN AKU
DENGAN USMAN AWANG. KAWAN SETAMAN AKU, DI TAMAN MATAHARI HEIGHTS NI, SAIDIN FITRI, LABELKAN AKU SEBAGAI 'SASTERAWAN TAMAN MATAHARI HEIGHT. DAN BARU-BARU INI KAWAN BAIK AKU DATO' ANDUKA MANDULIKA, ZAINOL ARIFFIN IBRAHIM KATA PANTUN-PANTUN GUBAHAN AKU SAMA SEBARIS HEBATNYA DENGAN PANTUN-PANTUN PROFESSOR PAK ENGKU AZIZ.. ADUH, ADUH, ADUH, JANGAN BEGITU, REBAH AKU NANTI KERANA TAK TERPIKUL BEBAN YANG SEBERAT ITU. NAK PUJI AKU BIARLAH BERPADA-PADA. PUJIAN YANG SEBEGINI MEMBUATKAN BULU TENGKOK AKU MEREMANG. TAKUT BEBENAR AKU.
DUA PULUH TAHUN DULU PUN PERNAH AKU TERIMA PUJIAN YANG TERLALU TINGGI. SELEPAS AKU MENYANYI DI PUB, SEORANG PENGUNJUNG PUB BERITAHU.. "PAK ENGKU YOU CAN SING VERY WELL. I CAN TAKE YOU ANYWHERE IN K.L..TO SING.. TAK MALU!!!
YANG LAST SEKALI PUJIAN AKU TERIMA DARI SEORANG TABLIQH YANG BERKUMPUL DI SURAU TAMAN PERUMAHAN AKU INI, SELEPAS AKU HABIS LAUNGKAN AZAN, DIA DATANG KEPADA SAYA LALU BERKATA, "LAUNGAN AZAN TUAN SANGAT MENUSUK KE KALBU." IYE KE NIH...
ISY, ISY, ISY... AKU TAKUT DI KATAKAN RIAK DAN TAKBUR. AKU TAK SEPANDAI MANA DAN TAK SEHEBAT MANA UNTUK DIBANDINGKAN DENGAN SASTERWAN-SATERAWAN TERUNGGUL YANG TERDAHULU. MEMANG ITULAH HAKIKATNYA...SAYA YANG BIASA-BIASA SAHAJA.
...
PANTUN-PANTUN UNTUK PENGANTIN BARU.
Hari ini kawan aku Mej. (B) Samad mengadakan Majlis Perkahwinan 
anak beliau bertempat di Dewan Orang Ramai, Taman Perwira, Sikamat,
Seremban. Malam tadi dia minta aku karangkan beberapa rangkap pantun
untuk keluarga dia bacakan semasa Majlis Persandingan kedua-dua
mempelai. Inilah pantun-pantun yang dapat aku karangkan. Bolehkah
dipakai pantun-pantun ini?
Ini dia pantun-pantunnya...
HINGGAP PULING DI DAHAN RAMIN,
BURUNG JELATIK DI RUMPUN PANDAN,
HINGGAP SEJENANG DI POHON RUMBIA;
MEMPELAI BERSANDING DI ATAS PELAMIN,
SAMA CANTIK SAMALAH PADAN,
BAGAIKAN PINANG DI BELAH DUA.
BUKAN MUDAH BELUKAR DIREDAH,
MENCARI SIGAI DITENGAH HARI;
AKAD SUDAH BERNIKAH SUDAH,
SAHLAH SEBAGAI SUAMI ISTERI.
BUAH YANG RANUM DIPETIK SURI,
DIMAKAN SUDAH SI BUAH KUNDANG;
PENGANTIN TERSENYUM WAJAH BERSERI,
TERASA INDAH DUNIA DIPANDANG.
PERGI BERDUA MEMASANG BUBU,
ANGIN SAKAL BERTIUP LAJU;
BERSERTA DOA AYAH DAN IBU,
SEMOGA KEKAL KEANAK CUCU.
SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT,
INIKAN PULA SUAMI ISTERI;
BERSAMA SUSAH BERSAMA SAKIT,
GELOMBANG BERKALA SAMA DIHINDARI.
BUNGA KESTURI BARU BERKUDUP,
HARUM MEWANGI SETIAP SATU;
DALAM MELAYARI BAHTERA HIDUP,
SAYANG MENYAYANGI SETIAP WAKTU.
TINGGI MENJULAI SI JAMBU BATU,
DIPANJAT PERIA BERKAIN KEMBAYAT;
SEMOGA MEMPELAI KASIH BERSATU,
KEKAL BAHAGIA SEPANJANG HAYAT.
DI DAHAN CERMAI SI BURUNG HANTU,
BULUNYA BASAH BERHUJAN LAMA;
HIDUP YANG DAMAI SALING MEMBANTU,
SENANG DAN SUSAH TETAP BERSAMA.

7 comments:

  1. Lumrah bila ilmu penuh di dada enggan menerima pujian melangit sebaliknya bimbang dgn pujian tersebut. Namun kita yg membaca dan menilai mengakui yg beliau memang patut menerima pujian tersebut..

    ReplyDelete
  2. Bahasa anda terlalu puitis dan bermutu tinggi.

    ReplyDelete
  3. memang hebat berpantun..terbaik..memang napak bakat besar..teruskan berkarya ya

    ReplyDelete
  4. hihihihi pantun nya bagus ..
    boleh nih di save satu pantunnya mba :D

    ReplyDelete
  5. suka pantun pengantin baru..sangat indah & puitis..

    ReplyDelete
  6. Indah sekali pantun karangan Kak Paridah! Boleh jual nih! hehe...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”