ASSALAMUALAIKUM...
PABILA ALAM MULA MENANGIS.
FENOMENA MUSIM TENGKUJUH SUDAH BERMULA .HUJAN TURUN DENGAN LEBAT DAN KERAP YANG MENYEBABKAN BANJIR MENDADAK SEPERTI YANG BERLAKU DI BERTAM CAMERON HIGHLAND BARU-BARU INI SEHINGGA MENYEBABKAN KEHILANGAN BEBERAPA NYAWA.
KEJADIAN YANG SAMA SEOLAH MENGULANGI PERISTIWA YANG BERLAKU PADA TAHUN LALU. NAMUN TETAP KITA TIDAK BERDAYA UNTUK MENGELAKNYA. SEDIHKAN?
SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA YANG DITIMPA BENCANA PABILA ALAM MULA MENANGIS.
RAHMATNYA...INSYA ALLAH.
MUSIM HUJAN SELAIN TERPANDANG DARIPADA PERSPEKTIFNYA YANG KONTRA ITU TERLEBIH-LEBIH PULA MENAFAATNYA. AIR YANG DITURUNKAN ALLAH DARI LANGIT ITU AKAN MENGHAPUS SEGALA KOTORAN ALAM SEKITAR DARIPADA SEGALA CEMARAN BERACUN.
SELAIN MENYUBURKAN POHON-POHON DAN TANAM-TANAMAN.
KETIKA MUSIM BEGINILAH MUDAH SEKALI MENDAPAT BEKALAN IKAN AIR TAWAR DENGAN BANYAK KERANA IKAN-IKAN INI ADA YANG TERSEKAT DI LALUAN AIR YANG KECIL DIBAWA AIR HUJAN LEBAT DAN MUDAH MENANGKAPNYA.
KULAT SISIR JUGA TUMBUH DENGAN BANYAK DI BATANG KAYU YANG REPUT. KULAT SISIR SANGATLAH SEDAP DIGORENG TUMIS BIASA ATAU DIGULAI BERSAMA
PIC FB SEKULEY KUPPIE.
UBI.
SELALUNYA DI MUSIM LEMBAB BEGINI UBI KAYU ATAU KELEDEK YANG DITANAM AKAN SEGERA DICABUT UNTUK MENGELAKAN UBINYA ROSAK. JADI DENGAN MUDAH UBI-UBI YANG BOLEH DIPELBAGAIKAN RESEPI MAKANAN INI DIDAPATI DENGAN HARGA MURAH
PIC BLOG SMBRONG BANGKIT.COM
Inilah yang berlaku dinegara kita bila bencana berlaku baru sibuk nak buat sesuatu lepas tu senyap tak ada yang berubah.
ReplyDeleteTakziah buat keluarga yang ditimpa bencana.
Musim hujan pokok2lah yang paling seronok hidup subur.
sepatutnya apa yg berlaku dijadikan pengajaran bersiaga apa yg patut kan tapi walhasil balik asal....musim hujan pun melimpah rahmat Alah....tq zaitun.
Deletelama sungguh kak nah xjumpa kulat sisir..sedap dimasak lemak dengan pisang muda...terliur dah..
ReplyDeleteyeke..kat sebelah Phg ni mudah kedapatan di pasar2 tani...kalau kalau ada kebun getah yg kebetulan ditebang menjadi tempat kulat sisir tumbuh di musim ujan gini...tq kak nah
DeleteMusim nie macam membawa kembali suhu sejuk melampau yang melanda negara kita sis. Zumal memang tak terdaya mengharungi cuaca begini...
ReplyDeletecuaca sejuk sgt ni mmg mengganggu diri zumal...samalah dgn kak xtahan sejuk...tq zumal.
DeleteAssalamualaikum kak,
ReplyDeleteYa, sekarang sudah pun masuk peralihan ke musim hujan. Ada yang mengeluh kerana banyak aktiviti yang tergendala dek kerana hujan. Ada yang suka kerana peluang untuk menambah rezeki. Ada yang biasa-biasa sahaja. Hakikat kejadian, semuanya adalah kebaikan jika dilihat daripada mata hati. Allah, Tuhan kita Yang Maha Pengasih. Dia sentiasa tahu berbuat baik kepada hamba-Nya. Hujan...rahmat yang tercurah dari langit Ilahi...
wsalam dik abu ikhwan..benar sekali tulisanmu...setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya tersendiri...tq
Deleteteringat makanan orang dulu-dulu.
ReplyDeleteubi kayu saja sudah cukup mengenyangkan pada waktu2 darurat..
sekarang, satu pinggan nasik pun belum tentu cukup.
hujan; rahmat & nikmat Allah yg tak terkira.
boleh jadi juga boleh turun sebagai peringatan pd kita..
wallahu'alam =)
makanan orang2 dulu simple saja mengenyangkan untuk meneruskan hidup...Allah memberi kita peringatan dlm pelbagai peristiwa....tq gee.
DeleteAssalam,
ReplyDeleteitulah kan fenomena alam, baik musim hujan atau musim panas itu semua ada hikmah nya....
Allah itu maha berkuasa, segala kejadian ada sebab musabab nya...
kekadang kita ni ajer yang selalu terlepas pandang dan tak bersyukur dengan nikmat NYA...
Allahuakbar!...Subhanallah...
wsalam...setuju sekali dgn komen bunda...Allah maha mengetahui setiap apa saja kejadian-Nya.....tq bunda.
ReplyDeleteSetiap musim ada yang kurang dan ada yang lebih....semua seimbang. Cuma yg menjadi bencana apabila kita cuba memusnahkan serta mengubah alam dan peraturannya.
ReplyDeleterindu kat cendawan kayu tu . masa kecil selalu dapat cendawan ni kat batang pkok yg dah lama kena tebang ... masak tumis dengan ikan bilis dan cili padi dan boleh juga masukkan santan , mkn dgn nasi panas ... perghhh
ReplyDelete