Monday, 10 November 2014

ESOK LEBIH BAIKKAH DARIPADA SEMALAM?

ASSALAMUALAIKUM...

HIDUP KITA INI HANYA ADA TIGA HARI YANG PASTI.

1.  SEMALAM YANG KITA TINGGALKAN.
2.  HARI INI YANG DILALUI SEHINGGA TERLENA.
3.  ESOK YANG TIDAK PASTI MENJADI MILIK KITA.

SEMALAM YANG KITA TINGGALKAN.

APAKAH  SUDAH KITA ISI SEBAIKNYA DENGAN AMAL IBADAT YANG BAKAL MENJADI BEKAL UNTUK DIBAWA KE AKHIRAT SANA. SEBAB SEM ALAM ITU KITA MUDA, KUAT, TIADA SEBARANG MASALAH KESIHATAN WALAU DIBELENGGUI PELBAGAI MASALAH KEHIDUPAN.

NAMUN KEKUATAN DIRI MAMPU MENGATASINYA SAMBIL BERIBADAH ISTIQOMAH, SEMBAHYANG TAHAJUD DAN SUNAT, BERPUASA HARI ISNIN KHAMIS JUGA LAIN-LAIN IBADAH YANG DITUNTUT AGAMA. JADI KETIKA MUDA BERBANYAK-BANYAKLAH BBERBUAT IBADAH AGAR KITA TIDAK MERASA RALAT ATAU TERKILAN.

HARI INI...

HARI INI SUDAH PASTI TIDAK SAMA DENGAN HARI SEMALAM. DEMI HARI YANG BERANGSUR LALU KITA SEMAKIN LEMAH DAN TIDAK BERDAYA. KETUAAN USIA MENYUKARKAN KITA MELAKUKAN PERIBADATAN SECARA SEMPURNA KEPADA SANG PENCIPTA WALAU KITA BERUSAHA SEDAYA UPAYA MELAKUKANNYA DENGAN HANYA BERHARAP ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG ITU MENERIMA IBADAH KITA YANG SEADANYA ITU.

TAPI TAKDIR HIDUP SESEORANG ITU TIDAK SAMA. ADA YANG KEKAL SIHAT CERGAS WALAU TELAH MELEPASI USIA EMAS DAN MAMPU PULA MENGISI HARI-HARI AKHIRNYA DENGAN CERIA GEMBIRA LEBIH BERMAKNA. NAMUN HARUS DIINGAT KESEMPATAN HIDUP SIHAT KUAT TANPA GANGGUAN PENYAKIT DIRI YANG MENYERANG TIBA-TIBA JARANG-JARANG DIMILIKI.

ESOK LEBIH BAIKKAH DARIPADA SEMALAM?

HARAPAN KITA SELALUNYA BEGITU. HAKIKATNYA SUDAH TENTU BELUM PASTI. SIAPALAH YANG DAPAT MENDUGA APA YANG AKAN BERLAKU KEESOKANNYA. MUNGKIN JUGA KESIHATAN KITA YANG TIDAK BEGITU BAIK AKAN TERUS MEMBURUK.

MUNGKIN PULA MENJADI SEBALIKNYA. ENTAHLAH...ALLAH PENENTU SEGALANYA DAN TERUS BERGANTUNG KEPADANYA TANPA PUTUS HARAPAN....INSYA ALLAH.
YA ALLAH YA TUHANKU KAU SEMPURNAKANLAH HARI-HARIKU DAN HAMBA-HAMBAMU SEPERTIMANA SINAR MENTARIMU MENYELURUHI ALAM INI....

22 comments:

  1. semoga hari ini lbh bae dri hari sebelumnya ....

    ReplyDelete
  2. Mengharap dan terus mengharap agar Allah menyanyangi kita dan mengampunkan kita...

    ReplyDelete
  3. semoga Allah selalu memberikan yang terbaik buat kita
    amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah dik budi purnomo kita berdoa n berharap...tq

      Delete
  4. Berdoa dan berusaha
    apapun hasilnya
    dihari esok syukuri saja
    pasti lebih baik rasanya
    dari semalam yang ada

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. insyaAllah pasti kesana lagi...tq hana syed.

      Delete
  6. semoga hari ini hari yang lebih baik amiin :)

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah itulah yang diharapkan oleh setiap dari kita...
    Semoga hari-hari mendatang lebih baik dari semalam dan hari ini...

    ReplyDelete
  8. mudah2an esok sentiasa lebih baik dari hari ini... berdoalah... nanti akan dimakbulkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah sejuk hati mendengarnya...tq najib ariyan.

      Delete
  9. InsyaAllah... semoga hari yg mendatang akan lebih baik... terbaik dan tersangat baik... mudah2mudahan...

    ReplyDelete
  10. Semoga hari mendatang lebih sempurna yer akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah kita berharap n berserah....tq zumal

      Delete
  11. entahlah PI.. masih tertanya-tanya soalan yg sama berulang kali pd diri..

    ReplyDelete
  12. samalah kita gee sering tertanya-tanya soalan serupa n hanya mampu berdoa...tq gee.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”