Thursday, 27 November 2014

MULTAQA SULTAN SHARAFUDDIN..

ASSALAMUALAIKUM....




[SAJAK] MULTAQA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH(Ilham yang dibawa dari Majlis Multaqa yang berlangsung pada hari Khamis, 13 Muharram 1436H bersamaan 6 November 2014M di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan dan dihasilkan di Beijing, China, 9 November, 2014)


Ini Multaqa (Pertemuan Keilmuan)
dinamakan ia dengan nama
“seorang sultan”,
pertemuan ini sangat bermakna
kerana ia diasaskan atas nama ugama.
Ya, apakah yang lebih agung
dari ugama?
Apakah yang lebih penting
dari ugama?
Apakah yang lebih suci
dari ugama?
Ugamalah kemuliaan
ugamalah kedaulatan,
ya, tiada lain
yang lebih menentukan
kecuali ugama.
Multaqa ini khusus
untuk mengenali undang-undang Allah,
– sambil juga –
dengan sendirinya akan menyingkap
siapa pendukungnya
siapa penentangnya
siapa yang tidak mantap pendirian
dari kalangan sesama kita.
Ya, memang macam-macam ada
ragam manusia,
bukan satu dua ragam,
tetapi pelbagai ragam,
demikianlah hukum alam.
Walaupun semua sudah tahu
jalan cuma satu sahaja
ke akhirat . . .
namun pentas tidak pernah sunyi
dari sandiwara demi sandiwara
dengan para pelakunya penggemar sensasi
terus beraksi
membakar semangat dan emosi
supaya para hamba ini
terus menerus berbeza,
ya, biar terus berbeza :
berbeza pendapat
berbeza pendirian,
lalu atas sikap inilah
hukum Tuhanpun diteorikan.
Ada yang berkata :
“kalau di negara sekian ...
undang-undang Allah itu tiadalah masalah
tetapi di Nusantara ada masalah itu
kerana Islam di dua tempat ini berbeza
sebab budaya berbeza.
Ini juga teori sangatlah naifnya
berdasarkan Islam tetap Islam
di manapun ia,
di Asiakah di Afrikakah di Eropahkah,
Islam adalah sama sekali tidak boleh
di Asiakan atau di Afrikakan atau
di Eropahkan,
tetapi ia tetap bulat satu-satunya
ugama seluruh alam.
Dan mengenai budaya pula,
bukan ugama yang tunduk kepada budaya
tetapi budayalah yang mesti tunduk kepada
ugama.
Kemudian menyusul lagi teori lain :
“tidak boleh tergesa-gesa atau terburu-buru
melaksanakan undang-undang ini.”
Ini juga pendapat yang aneh.
Sekarang, Brunei telahpun melaksanakannya,
apakah ini tergesa-gesa atau terburu-buru?
Mohon ingati hakikat ini :
sejak bilakah undang-undang itu dikanunkan?
Adakah baru setahun dua
atau seratus tahun?
Tidak! Tetapi Al-Qur’an dan Al-Hadits
telahpun mencanangnya semenjak
dari seribu tahun lebih lagi,
sementara Islam pula
sudahpun sampai di Nusantara
termasuk Brunei,
tidak kurang dari 600 tahun,
jadi di mana wajarnya
istilah “tergesa-gesa” atau “terburu-buru” itu?
Selepas itu,
ada lagi teori lebih celaru :
orang hanya mahu “feqih baru” saja
undang-undang jenayah syar’iah yang kita ada
adalah “feqih lama”,
penteori ini tidak mahu “feqih lama”
dia hanya mahu “feqih baru”
kerana “feqih lama” itu sudah lapok
berumur beratus-ratus tahun,
ia tidak layak
untuk dijadikan sandaran penggubalan
bagi undang-undang ini
dalam alaf baru.
Apa erti feqih?
Erti feqih ialah
ilmu berkaitan undang-undang Islam
yang disusun dikarang dan dirumus dengan
ijtihad
oleh para ulama muktabar
bersumberkan Al-Qur’an dan Al-Hadits.
Apa inikah yang mahu ditolak itu?
Dan kerana lamanya beratus-ratus tahun,
makanya ia perlu diganti dengan “feqih baru?”
Apakah ini juga bererti
teori itu sekaligus menolak
ulama muktabar dan kitab-kitab turats mereka:
Al-Imam Malik dan kitab-kitab Mazhabnya,
seperti :
Al-Muaththa’ dan Tanwirul Hawalik
Al-Imam Abu Hanifah dan kitab-kitab
Mazhabnya, seperti :
Al-Mabsuth dan Fathul Qadir
Al-Imam Syafe’i dan kitab-kitab Mazhabnya,
seperti :
Al-Um dan Ar-Risalah
Al-Imam Ahmad bin Hanbal dan kitab-kitab
Mazhabnya, seperti :
Kutub Al-Qadha’ Wal Ifta’ dan Al-Iqna’.
Wah, wah, hebatnya penteori ini
mahu mempertikai ulama muktabar,
ya, boleh saja jika mampu
tetapi kemampuan itu
bukan setakat pandai berteori saja
tetapi berteorilah sambil menghasilkan juga
karya-karya besar “feqih baru” itu,
ya berkaryalah seperti Al-Imam Malik
berkarya
berkaryalah seperti Al-Imam Abu Hanifah
berkarya
berkaryalah seperti Al-Imam Syafe’i berkarya
berkaryalah seperti Al-Imam Ahmad berkarya
berkaryalah seperti Al-Imam Ibnu Hajar
berkarya,
berkaryalah seperti Al-Ghazali berkarya
berkaryalah seperti An-Nawawi berkarya,
ya, berkarya, ayuh berkarya
dengan “karya-karya besar”
seperti Imam-Imam ini berkarya,
jangan kurang dari mereka,
jika kurang, sanya
teori “feqih baru” itu
akan hanya
jadi omongan saja.
Dipendekkan madah
tentang Multaqa ini,
ia adalah satu cetusan
dari minda hebat
oleh orang hebat
dan wawasan
oleh orang berwawasan,
kemudian lebih istimewa lagi
ia juga turut didepani
oleh seorang Raja
yang bistari.
Allah Maha Kaya
menentukan semua ini.
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu Akbar
sama-samalah kita
meraih berkah-Nya,
insya’ Allah.

ADI RUMI
China World Hotel,
Beijing, China,
9 November, 2014


Baca selanjutnya: http://www.penaminang.com/

10 comments:

  1. bagus sekali sajaknya..sangat mendalam maknanya, menegur mereka yg menentang pelaksanaan hukum hudud dan feqih baru (menafsir Al-quran mengikut teori sendiri)..semoga kita mengambil iktibar..

    semoga kita istiqamah dengan ajaran Al-Quran dan hadis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju amat dgn nohas...perkara tentang agama tidak boleh diambil mudah....tq nohas.

      Delete
  2. Hukum Allah itu adalah paling sempurna...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. sesuatu yg indah bermkna wajar kita kongsi ilmunya...tq zaitun.

      Delete
  4. Asalam alhamdulillah ada ilmu pengetahuan hal kesultanan ni..tq share ni. Infor mengenai sultan...selangor

    ReplyDelete
  5. wsalam cikgu ...sultan itu lambang kekuatan kita n melindungi agamaa agar utuh tnpa kompromi apa2 n menjaga kemshlahtn rakyat jelata...tq

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”