Saturday, 11 October 2014

SIREH PINANG.....

ASSALAMUALAIKUM...

PIC GOOGLE

SIREH PINANG SINONIM SEKALI DENGAN ADAT MELAYU DAHULU. GENERASI SEKARANG TENTU TIDAK TAHU BAHAWA MOYANG MEREKA DAHULU GEMAR MEMAKAN SIREH YANG DISERTAKAN DENGAN PINANG YANG DIKACIP KECIL, DICOLEK SEDIKIT KAPUR MAKAN DAN SEDIKIT GAMBIR.

DI DALAM SETIAP RUMAH MELAYU PASTI TERSEDIA TEPAK SIREH BERSERTA BEBERAPA LEMBAR SIREH SEGAR, PINANG, GAMBIR, KAPUR DAN KACIPNYA JUGA GOBEK.

KALAU TIDAK ADA KACIPNYA BAGAIMANA PULA HENDAK MENGECILKAN PINANG YANG KERAS. HENDAK DIGIGIT MEMANG TAK LUT. GOBEK PULA DIGUNAKAN NENEK-NENEK YANG KEKURANGAN GIGINYA UNTUK MENGHANCURKAN SIREH SEPIAK.

PABILA KITA BERTANDANG KE RUMAH ORANG-ORANG MELAYU SUATU KETIKA DULU PASTI KITA DISUAKAN TEPAK SIREH TERLEBI DAHULU SEBAGAI TANDA MEREKA MENGALUKAN TETAMU. SEPIAK SIREH HARUS DIKUNYAH TERLEBIH DAHULU SEBAGAI TANDA TETAMU MENGHORMATI TUAN RUMAH.

RASANYA KINI TIADA LAGI ADAT ITU, SEBAB TOKNENEK SEKARANG TIDAK MAHU LAGI MENGUNYAH ATAU MENGGOBEK SIREH....ISHH ADAT LAMA TU LUPAKANLAH...

TAPI JANGAN KITA TIDAK TAHU SIREH KINI MENJADI BAHAN PENTING UNTUK KOSMETIK JUGA BAIK UNTUK MENGEKALKAN BERAT BADAN YANG STABIL.

KINI YANG MASIH DIARAK DAN DIJUNJUNG KE MAJLIS-MAJLIS PENTING TERUTAMA PERTUNANGAN ATAU PERKAHWINAN ADALAH SIREH JUNJUNG. MAJLIS-MAJLIS LAIN YANG TIADA KENA MENGENAPUN KELIHATAN SIRIH JUNJUNG DIPERAGAKAN.


SIRIH JUNJUNG  PINANG BERSERI
DI DALAM DUPA MOLEK TERSUSUN....
TIDAK BERHUJUNG KASIH LESTARI
TIDAK TERLUPA WALAU BERTAHUN...





BUDAYA BERSIREH JUNJUNG INI MERUPAKAN ADAT MELAYU YANG DIWARISI SEJAK LAMA DAHULU

20 comments:

  1. kak nah masih lagi dapat lihat aci cleaner makan sirih gobek kat belakang opis.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...pandai juga org india tu makan sireh bergobek ya...mesti dh kurang giginya tu...tq kak nah.

      Delete
  2. masa kecik ada nampak nenek mkn sirih ni . merah memanjang jer mulutnya . org dulu mkn sireh mungkin antara sbbnya x ada ubat gigi , kot .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ubat gigi ada tapi penggunaannya masa tu x meluas lagi...tapi cantik juga nenek2 berbibir merah sbb mkn sireh kan...kalau dh tua msh nk bergincu...dulu2 la. kini org tua pun xmerasa tua lagi...tq QV.

      Delete
  3. kadang orang hanya tau mengatakan tentang sirih pinah saja, ternyata banyak juga artinya dan manfaatnya. makasih atau infonya. salam sahabat blogger dan ditunggu kunjungan baliknya di bengkel blogger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya tau menyebutnya saja ya tapi makna disebaliknya xdiketahui ya...tq Mbah Dinan.

      Delete
  4. Replies
    1. benar tu kini hanya tinggal kenangan...tq MKL.

      Delete
  5. arwah nenek dulu suka makan.... tak pernah cuba makan..time kawin memang bnyk org buat cantik-cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. DULU2 JADI KEGEMARAN NENEK2 KINI YG TINGGAL HANYA SIREH JUNJUNG YG DIGUBAH CANTIK KAN...TQ Acik Aku Penghibur.

      Delete
  6. sireh pinang memng sinonim dgn bdaya melayu....
    kadang nampak jgak tok2 kat kmpg mkn pinang n sireh ni sis :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau msh ada generasi lama msh lagi kita dpt lihat mrk bersireh pinang...tapi jarang dh dpt ditemui...tq sobri.

      Delete
  7. Zumal pernah makan sireh tau, sebab masa kat umah kampung dulu arwah tok wan ada tanam sireh kat belakang rumah. Pedas la akak ^_^

    ReplyDelete
  8. hahaha...pedas sikit tapi bagi kak ok juga...arwah tokwan zumal seorang guru tapi sukakan sireh juga...maksudnya arwah tokwan seorang berilmu n tahu khasiat sireh pinang...tq zumal.

    ReplyDelete
  9. Sekarang ni hanya guna sirih pinang buat hantaran sahaja. Kalau tidak kerana adat...mungkin langsung dah tak terlihat.

    ReplyDelete
  10. benar tu jikalau tidak kerana keperluan adat sireh pinang akan tersisih terus drpd bnudaya kehidupan kita...tq BM

    ReplyDelete
  11. adat yang hmpir dilupakan,,boleh dan kena cerita kat ank2 nii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak2 generasi baru dh xtau semua tu nk cari info google saja..heh..heh..tq sud@is

      Delete
  12. dah tak nampak dah adat ni kat mana-mana kak paridah..
    selalu bertandang rumah orang, ada yang dibelek tapi bukan sirih pinang,
    Samsung, iPhone, Ienovo itulah yang menjadi pilihan..
    :p

    ReplyDelete
  13. hmm...betullah tu...nampaknya hanya tinggal kenangan...masa merubah segala...tq gee.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”