Monday, 1 September 2014

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI...

ASSALAMUALAIKUM...

IBADAT haji merupakan ibadat yang perlu dilaksanakan bagi setiap Muslim yang mencukupi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa. Dalam mengerjakan ibadat yang merupakan rukun Islam yang kelima ini, suasana kepelbagaian budaya dan adat resam menuntut keimanan yang tinggi, kesabaran yang jitu dan sifat pengorbanan serta saling hormat-menghormati antara satu sama lain lahir daripada ketakwaan seseorang Muslim itu.

Justeru, bakal-bakal haji perlulah membuat persediaan, sama ada daripada segi ilmu, mental, rohani dan jasmani. Bakal haji perlulah melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu ibadat haji dan umrah melalui kursus dan bahan penerbitan Tabung Haji, memahami proses-proses urusan haji di Tanah Suci dan menyediakan keperluan sama ada dari segi pakaian, peralatan dan memperoleh maklumat berhubung keadaan di Mekah dan Madinah agar dapat melakukan ibadat haji dalam keadaan tenang serta mengharapkan keredaan Allah.

Sebelum memulakan perjalanan murni ini, betulkan niat dengan penuh ikhlas pergi ke Tanah Suci semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT, memperbanyakkan taubat sebelum ke Tanah Suci, meninggalkan perkara-perkara maksiat dan melalaikan serta meminta maaf dan keredaan semua orang terutama ibu bapa, suami/ isteri dan sanak-saudara.

Di Tanah Suci, hampir tiga hingga empat juta jemaah haji berkumpul di satu tempat pada masa yang sama. Dalam keadaan yang telah ramai ini akan menimbulkan keadaan yang kurang selesa. Oleh itu, pengurusan diri (kendiri) amatlah penting semasa berada di tengah-tengah lautan manusia ini. Jemaah haji dinasihatkan untuk merancang dan mengatur aktiviti harian supaya ia berjalan lancar dan dapat menyempurnakan ibadat dengan baik.

Memandangkan keadaan cuaca di Tanah Suci pada tahun ini memasuki era musim panas adalah disarankan semua jemaah haji menjaga diri agar kesihatan tidak terjejas. Jemaah haji disarankan minum air dengan banyak supaya tidak mengalami gejala kekurangan air atau “heat stroke."

Penjagaan kesihatan ini penting supaya jemaah haji dapat menumpukan perhatian kepada amalan ibadat sepanjang berada di Tanah Suci. Sepanjang berada di Tanah Suci, jemaah haji hendaklah sentiasa menjaga akhlak dan nama baik negara kerana jemaah dari Malaysia sangat dipandang tinggi oleh kerajaan Arab Saudi sebagai jemaah haji contoh.

Mereka hendaklah sentiasa mengikut peraturan dan nasihat daripada Tabung Haji serta mengelak daripada terlibat dengan sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan nama baik negara seperti demonstrasi dan melanggar peraturan kerajaan Arab Saudi. Berilah kerjasama kepada petugas Tabung Haji, tolong menolong dan bertolak ansur sesama jemaah haji.

Akhir kata, jemaah haji perlulah bersiap sedia dengan maklumat perjalanan, barang-barang keperluan dan buku-buku panduan sebagai persediaan menghadapi perjalanan haji ini. Jemaah haji diingatkan supaya sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan diri sepanjang berada di Tanah Suci. Ingatlah perjalanan ini adalah perjalanan ibadat bukan perjalanan lawatan pelancongan. Satu perjalanan menuju Ilahi.

Pengharapan saya adalah semoga semua jemaah haji Malaysia dapat pergi dan balik dengan selamat, melalui satu proses perubahan ke arah yang lebih baik, menjadi seorang yang soleh wa musleh di mana berperanan dalam pembangunan ummah dan negara.
Pada kesempatan ini, saya mengucapkan selamat menunaikan haji. Semasa kembalinya tuan-tuan dan puan-puan nanti ke tanah air seolah-olah kembalinya itu seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya, suci bersih dan mendapat haji yang mabrur, insya-Allah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my


18 comments:

  1. Kepada bakal2 haji, selamat menunaikan rukun Islam ke 5. Selamat pergi dan selamat kembali. Semoga pulang bersama haji mabrur... amiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah..kita doakan Allah melindungi n merpermudahkan urusan ibadah mrk di sana...tq Bin Muhammad.

      Delete
  2. Labaik allahuma Labaik!
    kepada yg tunai haji, semoga dapat haji yg mabrur :)

    ReplyDelete
  3. SERUAN HAJI TELAH TIBA...INSYA ALLAH PASTI MEMPEROLEHI HAJI MABRUR...TQ Nick Nashram.

    ReplyDelete
  4. Labaik allahuma Labaik! entah bila saya dapat menyahut panggilan ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah...pasti tiba masa n ketikanya kelak berdoalah sweetie...tq

      Delete
  5. Semoga bakal-bakal haji selamt dalam perjalanan , selamt menunaikan haji selamt kembali dengan haji yang mabruj, semoga tiba juga giliran kita...

    ReplyDelete
  6. insya Allah doakan kebaikan mrk slmt pergi n pulang, segala urusan Allah permudahkan..tq sud@is.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, selamat berangkat kpd tetamu-tetamu Allah, selamat mengerjakan haji, semoga beroleh haji yang mabrur...

    ReplyDelete
  8. tetamu2 Allah alangkah bhgianya mrk dpt berada di tanah haram, mengerjakan aji n beribadah banyak2...memperoleh haji mabrur..insya Allah...tq nohas.

    ReplyDelete
  9. Selamat menunaikan haji kepada bakal2 haji... semoga dipermudahkan segala urusan mu... ameen..

    ReplyDelete
  10. terima kasih idah...insya Allah kita doakan yg baik2 saja...

    ReplyDelete
  11. insya Allah...moga2 begitu tq budi purnomo.

    ReplyDelete
  12. amin...sehingga pulang ke Malaysia jadi haji yang Mabrur

    ReplyDelete
  13. Panggilan haji kini tiba lagi ^_^

    ReplyDelete
  14. ya seruan haji melambai lagi...tq zumal.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”