Thursday, 18 September 2014

PANTUN-PANTUN PERBIDALAN...PAK ENGKU.

ASSALAMUALAIKUM...

CORAT-CORET PAK ENGKU..
PANTUN-PANTUN PERBIDALAN PAK ENGKU...
SIANG BELANTUK LETAK DI BOKOR,
DICINCANG PUTUS SI UBI GANYUT;
KAIL SEBENTUK UMPAN SEEKOR,
SEKALI PUTUS SEHARI BERHANYUT.


Perbidalan: Kail sebentuk umpan seekor, sekali putus sehari
berhanyut.
Maksudnya: Melakukan sesuatu dengan tidak cukup persediaan
bagi menghadapi segala kemungkinan (seperti berniaga
dengan modal yang sedikit atau alang kepalang).

DIPAKAI PACAR BAJU BERLABUCI,
KOYAK DI RUSUK LETAK DI TANGGA;
KAIN DALAM ACAR DIKUTIP DICUCI,
MASIH NAK MASUK KE LONGKANG JUGA;


Perbidalan: Kain dalam acar dikutip dicuci, dia hendak masuk ke longkang juga.
Maksudnya: Orang yang bertabiat jahat itu tidak dapat diperbaiki lagi.
(Acar atau Acaran adalah:bahasa orang Kedah bererti tempat membuang kotoran
dapur; limbah)

NAIK SAMPAN KE TANJUNG TUAN.
DUDUK RAPAT TEMAN SEDARJAT;
MENGAIL BERUMPAN KATA BERTIPUAN,
BARULAH MENDAPAT APA DIHAJAT.

Perbidalan: Mengail berumpan berkata bertipuan.
Maksudnya: Untuk mendapatkan sesuatu daripada orang haruslah
pandai mengambil hatinya.

DUDUK MENGAMIR KERJA TAK USAI,
TIDUR DI RANJANG SEDARI PAGI;
HUTANG SAMIR BELUM LANGSAI,
HUTANG KAJANG TUMBUH LAGI.

Perbidalan: Hutang samir belum langsai, hutang kajang tumbuh lagi.
Maksudnya: Hutang lama belum habis dibayar, sudah berhutang lagi.
(Kamir atau mengamir adalah bahasa orang Kelantan bermaksud 'mengadun'.
Samir adalah daun (nipah, rumbia, dll) untuk dibuat atap atau pengalas
makanan.

Kajang adalah benda yang dianyam dari daun nipah (buluh, mengkuang
dll) digunakan untuk atap atau pelindung daripada panas dll.

TEPI SENGKALAN SI LIMAU PURUT,
BUAH KERANJI DALAM KELALANG;
PASAR JALAN KERANA DITURUT,
LANCAR KAJI KERANA DIULANG.
                                                pic fb tohid rosdi.
Perbidalan: Pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang.
Maksudnya: Kepandaian (kemahiran) diperolehi kerana dibiasakan
mengerjakannya..

(Pasar adalah bahasa Minangkabau yang bererti 'licin'.(berkenaan
jalan yang mati rumputnya kerana selalu dilalui).
Sekian. Tammatul Al Kalam.

27 comments:

  1. OK Nanti kak cuba kisahkan siapa Pak Engku...tapi nikmatilah dulu karya2 pantun2nya yg sangat berseni dlm kartegori pantun Melayu lama...tq MKL.

    ReplyDelete
  2. Sorong papan tarik papan
    Buah  keranji atas perahu
    makan petai se papan
    dah berus gigi still berbau :)) gurau PI hehe betpantun ni kena cekapkan PI

    ReplyDelete
  3. wah pantun orang baru ni menarik sekali...boleh masuk kertegori pantun lucu heh..heh..tq babYpose.

    ReplyDelete
  4. bahasa halus orang melayu untuk menegur sesuatu perkara yang tidak baik melalui bidalan.KY pun selalu menegur anak guna bidalan tapi yg ringkas-ringkas saja..
    berakit-rakit kehulu..berenang-renang ketepian..
    psst..betulke ni bidalan? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh..kak ni xberapa reti pantun perbidalan ni. bidalan tu bahasa bermaksud tersirat rasanya betullah pantun bidalan KY tu..tq

      Delete
  5. Kalau hendak mencapai taraf Pak Ungku punya pantun memang tak tercapailah kakak ni.
    Indah bahasa terselit bidalan lagi.

    ReplyDelete
  6. samalah kita kakzakie..pak engku ni mmg arif dgn apa yg ditulisnya n kita belajar sedikit tentang betapa kayanya bendahara bahasa meliputi pantun2 indah yg diukir sejak lama dahulu..tq kakzakie.

    ReplyDelete
  7. Suka baca pantun tapi tak pandai nak berpantun ☺

    ReplyDelete
  8. suka baca pun ok fiza...tanda tahu n menghargainya...tq

    ReplyDelete
  9. Tegur secara terus mungkin boleh buat orang terluka tapi cara berpantun ni lebih lembut.

    ReplyDelete
  10. benar tu tapi kalau yg faham tentu terasa...tq zumal.

    ReplyDelete
  11. salam hangat dari kami ijin menyimak gan, dari kami pengrajin jaket kulit

    ReplyDelete
  12. terima kasih sudi singgah n menyimak jaket kulit...

    ReplyDelete
  13. ▶️ Kepada sahabat-sahabat yang masih menanti jodoh, memang benar jodoh dan pertemuan itu sudah tertulis. Namun, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari?

    ▶️ Mungkin anda sebenarnya buntu di mana haruskah untuk mencari, dan bagaimana. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG DI Jom Dating Malaysia atau www.jomdating.my secara PERCUMA dan sudah ramai juga yang berjaya menemui jodoh.

    ReplyDelete
  14. Hai semua

    Nama saya FRADESY RIRITIA, saya berasal dari indonesia, saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu anda semua kebenaran, setiap orang yang anda lihat pada catatan mereka di blog dan laman web ini adalah pencuri (SCAMMERS), saya telah menjadi mangsa cerita mereka dan mereka telah merosakkan hidup saya.
    Saya tidak di sini untuk memberitahu anda kisah bagaimana saya ditipu dan bagaimana saya kehilangan banyak wang kepada mereka.

    Saya di sini untuk memberitahu anda SYARIKAT PINJAMAN sebenar dan sahajalah yang ALLAH hantar untuk mengubah hidup saya, mereka adalah SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL, mereka adalah satu-satunya syarikat pinjaman tulen yang diiktiraf dan dibiayai oleh WORLD BANK.

    Mereka adalah satu-satunya syarikat pinjaman tulen, mereka mempunyai syarat dan syarat pinjaman yang cukup besar, untuk menutup semua pinjaman mereka mampu dimiliki dan cepat dilunaskan tidak seperti syarikat palsu lain yang anda lihat di sini dalam talian yang akan mengambil wang anda tanpa mengeluarkan pinjaman anda,
    Tolong jangan tertipu oleh saksi yang mempunyai nombor dan whatsapp indonesia, mereka semua penipu, bagaimana syarikat individu boleh memberi pinjaman ?, itu harus menjadi pertanyaan pertama anda.

    Rakan-rakan saya di Asia, saya mohon anda mendengarkan saya ketika saya bersumpah kepada anda dengan nama Allah, bahawa saya mengatakan kepada anda semua kebenaran, Syarikat ALL GLOBAL GRANT LOAN, satu-satunya syarikat yang boleh dipercayai dan mereka akan memastikan anda menerima pinjaman anda setelah anda menyelesaikan proses pinjaman seperti yang diperlukan.
    Mengapa anda tidak menjadi antara berita baik ini dengan menghubungi mereka segera jika anda SANGAT MENARIK untuk meninggalkan perjuangan kewangan anda dan meningkatkan tahap kehidupan anda, berikut adalah EMAIL allglobalgrantloan@gmail.com.

    Anda bebas menghubungi saya di EMAIL fradesyriritia12@gmail.com saya untuk maklumat lebih lanjut, saya dengan senang hati akan mendengar anda berkongsi kisah kebahagiaan anda sendiri.
    Terima kasih semua, dan semoga ALLAH memberkati SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL kerana memberi saya kegembiraan baru ini.

    NAMA Syarikat: SEMUA PINJAMAN GRANT GLOBAL
    EMAIL Syarikat: allglobalgrantloan@gmail.com.
    Whatsapp Syarikat: +1(304)997-4034
    E-mel Saya: fradesyriritia12@gmail.com

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”