Sunday, 28 September 2014

MISTERI HIGHLAND TOWERS....MEREMANG ROMA...

Assalamualaikum....

3 Kisah seram Highland Towers
Highland Towers! Satu nama yang telah terpahat didalam sejarah di negara Malaysia, dimana telah berlaku satu kejadian runtuhan pada salah sebuah bangunan daripada tiga buah bangunan apartment di Ulu Klang, Selangor, pada tarikh 11 Disember 1993. Mengikut kepada laporan yang direkodkan, angka korban kepada runtuhan terbabit adalah seramai 48 orang, tetapi ianya dipercayai adalah lebih ramai lagi mangsa yang terperangkap pada masa itu dan masih tertanam tidak ditemui sehingga kini.
Selepas berlakunya runtuhan tersebut, 2 lagi block di kawasan itu dan beberapa block disekitarnya telah dikosongkan atas faktor keselamatan. Jadi, dengan kesan tapak runtuhan dan sebahagian mangsa yang tidak dapat dijumpai sehingga kini, bersama dua bangunan yang telah tidak berpenghuni selama 20 tahun, apa yang kamu akan bayangkan dan rasakan jika berada disana berseorangan ketika ini? Sanggupkan kamu menerima tawaran sebanyak 1 juta ringgit untuk bermalam di tingkat atas sekali, disalah sebuah bangunan apartment tersebut tanpa sesiapa dan hanya kamu seorang diri?
Berikut adalah 3 kisah seram dan misteri yang dikumpul dari sumber internet, media cetak, dan dari pengalaman sendiri mangsa gangguan !Higland Towers!
Kisah 1 - Dua Orang Lelaki Berjubah Putih
Menurut kepada cerita dari penduduk kawasan berhampiran, terdapat sebuah kisah yang ganjil dan pelik telah berlaku, serentak dengan runtuhan bangunan tersebut. Kisah itu diceritakan sendiri oleh saksi kejadian, dimana seorang amah Indonesia yang berkerja dengan sebuah keluarga melayu yang tinggal di block berhampiran, iaitu di Block 2, telah menyaksikan 2 lelaki misteri yang lengkap memakai serban dan berjubah putih, sedang menggoncang dan menolak bangunan di Block 1 diiringi dengan bacaan al-Quran dari kedua-dua makhluk misteri tersebut.
Bagi menyokong dakwaannya, perempuan tersebut juga telah bersumpah, apa yang disaksikannya adalah dari matanya sendiri. Mengikut kepada laporan saksi kejadian, bangunan tersebut telah runtuh secara menyenget seperti sedang ditolak dan bukan jatuh menjunam kebawah, menguatkan lagi dakwaan wanita Indonesia itu.
Kisah 2 - Pemandu Teksi dan Wanita Misteri
Pengalaman yang dilalui oleh seorang pemandu teksi di Ibu Kota ini, agak menyeramkan dan berlaku ditengah malam, ceritanya seperti ini:
Ketika itu waktu adalah pada sekitar jam 1 pagi, seorang pemandu teksi yang baru sahaja menurunkan penumpang di sekitar ibu kota bercadang untuk pulang kerumahnya, di Gombak, kerana kepenatan setelah dari pagi keluar mencari rezeki. Didalam perjalanan memandu pulang dari pusat bandar, seorang wanita telah menahan teksinya, dan kerana merasa kasihan melihatnya yang keseorangan ditengah malam, dia membuat keputusan untuk memberhentikan teksi dan bertanya kemana wanita tersebut hendak pergi.
"Cik hendak ke mana?", tanya pemandu teksi itu dengan sopan.
"Saya hendak balik kerumah," wanita tersebut menjawab dengan kepalanya tunduk kebawah.
"Saya boleh hantarkan jika cik mahu", pemandu teksi itu menawarkan perkhidmatan teksinya, walaupun dia begitu keletihan ketika itu.
"Dimana rumahnya?"
"Di Taman Hill View, Higland Tower".
Pemandu teksi tersebut agak bersyukur kerana Taman Hill View terletak di sepanjang laluan ke rumahnya di Gombak, jadi dia boleh menggunakan lebuhraya MRR2 untuk kesana, tetapi didalam masa yang sama dia terlupa bahawa salah satu bangunan disitu telah runtuh dan bangunan disekitarnya juga sudah tidak berpenghuni lagi kerana telah berpindah atas arahan pihak berkuasa.
Setelah kira-kira 10 minit berlalu, ketika kedua-duanya diam membisu, secara tiba-tiba pemandu teksi tersebut teringat akan peristiwa runtuhan bangunan di situ yang baru sahaja terjadi, dan beliau terus merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada wanita itu. Pelbagai persoalan timbul difikirannya, siapa wanita ini? Masih ada lagikah penghuni yang belum berpindah? Jika ada pun, berani betul wanita ini tinggal disitu kerana sudah pasti kawasan itu sudah tidak selamat lagi untuk dihuni.
Oleh kerana keinginannya yang begitu kuat untuk mengetahui siapa wanita itu, pemandu teksi itu terus bertanya kepadanya setelah sampai ke destinasi, "Cik masih tinggal disini ke?"
Lebih kurang dalam 30 saat, wanita itu baru menjawab, "Masa bangunan tu runtuh, saya ada didalam, dan kedua-dua kaki saya telah putus. Cuba abang tengok kaki saya ni, kudung dan berdarah".
Pemandu teksi itu tidak mahu melihatnya, tetapi kepalanya tetap menoleh ke belakang di kerusi penumpang dan dia seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, kedua-dua kaki wanita itu memang kudung dan dipenuhi darah. Lututnya lemah, kakinya tidak bermaya lagi untuk menekan pedal minyak. Dia hanya mampu memandang dan terkaku apabila wanita itu membuka pintu teksi dan turun sambil merangkak menuju ke arah runtuhan bangunan tersebut sehingga wanita itu hilang dari pandangan matanya.
Kisah 3 - Kenapa Dengan Afiq?
Beberapa tahun lalu, sekumpulan 4 orang pemuda dari kawasan sekitar Kuala Lumpur, telah memutuskan untuk melawat tapak runtuhan Highland Towers, di Ulu Klang. Kebetulan pada malam itu adalah malam jumaat. Sebut sahaja malam jumaat, secara semula jadi sejak zaman dahulu sehingga kini, pemikiran orang melayu akan mengaitkannya dengan malam yang mudah untuk melihat atau berjumpa dengan hantu dan makhluk halus.
Mereka menaiki dengan sebuah kereta untuk sampai ke sana, dan mangsa yang digelarkan sebagai Afiq, duduk dibahagian belakang bersama seorang lagi rakannya. Apabila tiba ke destinasi, mereka berpecah, berjalan sambil mengambil gambar, dan berkumpul semula ditempat kereta diletakkan kira-kira 20 minit kemudian. Setelah berpuas hati dan bersetuju untuk pulang, mereka pun masuk kedalam kereta dan meninggalkan Higland Towers tersebut dengan bermacam-macam cerita yang dibualkan mereka dari pengalaman melawat tapak runtuhan itu sebentar tadi.
Biarpun mereka rancak berborak dengan pelbagai cerita sejak turun dari situ, mereka telah perasan satu perkara ganjil telah berlaku kepada Afiq. Afiq tidak bercakap walau sepatah perkataan pun sejak tadi, walaupun setelah mereka sampai ke restoran mamak untuk minum. Malah Afiq juga tidak memesan minuman atau pun makanan, dia hanya mendiamkan diri dan hanya menunduk memandang lantai. Tetapi masing-masing buat tidak tahu sahaja kerana tidak mahu mengganggu kalau-kalau dia sedang memikirkan masalah dirinya ketika itu.
Sementara menunggu pesanan yang diminta sampai, mereka menyambung kembali perbualan yang terhenti ketika membuat pesanan minuman tadi, dan tiba-tiba telefon bimbit kepada salah seorang dari mereka berbunyi. Apabila melihat kepada nama yang terpapar di skrin panggilan pemanggil, dia kehairanan, kerana panggilan tersebut dibuat dari telefon bimbit Afiq yang disebelahnya. Apabila ditanya kepada Afiq kenapa menelefonnya sedangkan dia berada di sebelah, Afiq hanya mendiamkan diri. Afiq pula dilihat seperti tidak melakukan apa-apa, dan tidak juga melihat dia memegang telefon bimbit.
Apabila keadaan menjadi semakin bingung, pemuda tersebut menjawab juga panggilan 'Afiq' itu untuk kepastian apakah yang sedang berlaku sebenarnya. Setelah menjawab panggilan tersebut, jelas kedengaran suara pemanggil tersebut adalah Afiq, dan telah membuatkan mereka semua terkejut dan serentak itu memandang ke arah 'Afiq' yang membisu itu. Selepas membuat pengesahan dan yakin yang membuat panggilan itu adalah Afiq yang sebenar, mereka segera meninggalkan tempat tersebut dan memecut kembali ke Highland Towers untuk menjemput rakan mereka, Afiq yang sebenar itu.
Makhluk yang menyerupai Afiq itu juga turut mengikut mereka menaiki kereta sehingga sampai ke Highland Towers, dan turun sejurus mereka memberhentikan kereta ditempat yang sama ketika sampai kali pertama tadi. Afiq yang sebenar juga telah lama berada disitu kerana menunggu, tetapi tidak dapat melihat perkara yang baru terjadi sebentar tadi. Setelah Afiq memasuki kereta, mereka terus memecut turun dan menceritakan perkara yang telah terjadi kepada 'Afiq'.

FB NORADABI ROSDI.

PIC GOOGLE UNTUK HIASAN.

28 comments:

  1. menyesal saya baca malam2 macam ni. huh! huhu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hih..hih..saja nk menyakat malam2...tq Gee Lion

      Delete
    2. next time nampak tajuk mcm ni sumpah tak bukak.. ahakss

      Delete
    3. hahaha...sekali terkena dua kali tahu ya...tq

      Delete
  2. Memang seram... Masa kejadian dulu tu zumal ikuti setiap hari sampai berkampung depan tv...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak juga sentiasa ikuti perkembangannya..menyedihkan sekali insiden ni....tq zumal.

      Delete
  3. Seramnya.. kalau kakak yg kena agaknya dah pengsan awal-awal.
    Tapi seseungguhnya macam-macam cerita yg kita dengar dari kisah keruntuhan HT itu kan..

    ReplyDelete
  4. benda2 misteri gini kak mohon jnglh alaminya mmg xsanggup...pelbagai kisah seram yg diceritakan org ekoran tumbangnya HT...NI TQ KAKZAKIE.

    ReplyDelete
  5. ya kisah nyata dgn misterinya...tq Mbak Susi.

    ReplyDelete
  6. allahuakbar seram membacanyer kak !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kisah seram gini mengganggu juga membacanya...tq Kesuma Angsana.

      Delete
  7. masa benda ni jadi licha masih kecil .jadi tak tau sangat

    ReplyDelete
  8. kisahnya dh lama tapi kesannya msh ada...tq liza licha.

    ReplyDelete
  9. jangan kata dengar cerita pun kita dah seram,inikan pulak orang yang mengalaminya sendiri.sampai sekarang pun kalau lalu kawasan itu pun rasa seram..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau lalu mesti terasa nk cepat melepasinya bimbang ada yg menumpang...tq kakyon.

      Delete
  10. perh seram jugak.. tempat lama mesti ada misterinya..
    tambah yg kaki kudung and afiq memng terasa seram :)

    ReplyDelete
  11. sedar xsedar sudah lama kejadian tu ya tapi tapak tinggalannya msh diselubungi keanean kisah2 misteri yg menyeramkan...tq sobri

    ReplyDelete
  12. alamak... ngeri plak baca memalam nie... :)

    ReplyDelete
  13. ketika kejadian ini berlaku saya tak lepas tgk kat tv 3 . masa tu wartawan di lokasi adalah suhaimi . saya andaikan pd ketika itu kerana hujan lebat dan ada berlaku tanah runtuh di sekitarnya ... beberapa thn selepas itu , kondo yg kosong itu dijadikan tpt penagih melepak dan remaja melakukan pesta seks terutama pada 31 ogos ... agak2 mrk ni ada jumpa hantu ke tidak ... versi cerita hantu tu mmg banyak dan x mustahil sbb ada kematian , ada mayat tertimbus di situ dan jin mmg duduk kat umah kosong ...

    ReplyDelete
  14. ya liputan cerita insiden bgitu rinci n menyayat hati..yeke...penagih dadah tu bolehla fhm sbb mrk dh ilang rasa takut tapi remaja yg buat pesta gila tu sungguh memalukan...hantu2 pun jijik nk tengok n dekat kot...tq vee sandi.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”