Saturday, 2 August 2014

JOM MASAK NASI GORENG...

ASSALAMUALAIKUM...

HARI NI SUDAH MASUK SYAWAL YANG KEENAM. KUIH RAYA KUKIS-KUKIS DLL MASIH BANYAK TERSIMPAN DI DALAM BEKASNYA BUAT HIDANGAN TETAMU YANG BERKUNJUNG.

TAPI DI AWAL PAGI TAKKAN NAK BERSARAPAN  DENGAN KUKIS-KUKIS SAJA KOT...MASAK NASI GORENG YANG MUDAH OK JUGA KAN...

YANG MUDAH TU MACAMANA YA? MASAK BIASA-BIASA SAJA. SEDIAKAN NASI SEJUK, LEBIHAN SEMALAM, BAWANG PUTIH, BAWANG MERAH, BAWANG BESAR, DIPOTONG HALUS, CILI API SEDIKIT DAN IKAN BILIS DITUMBUK KASAR/HALUS. SAYUR SAWI/KANGKUNG/KOBIS ATAU KESUKAAN MASING-MASING.

ISI SEDIKIT MINYAK DALAM KUALI PANASKAN SEKEJAP DAN TUMIS BAWANG-BAWANG, SAYUR, IKAN BILIS, CILI API. MASUKAN GARAM SESUKA RASA, KEMUDIAN NASI DAN KACAULAH SEKATA HINGGA ELOK MASAKNYA. INI RESEPI PI YANG SIMPLE...

DAN SUDAH BOLEH DIMAKAN HINGGA KENYANG...

RESEPI NASI GORENG KAMPUNG
My resepi.com

Bahan-bahan ( 1 orang )

  • 1 pinggan nasi putih, 
  • 10 ekor ikan bilis,
  • 2 ulas bawang putih,
  • 4 ulas bawang merah 
  • 5 batang cili padi(bagi yang gemar pedas),
  • 1 inci belacan,
  • 1 biji telur,
  • serbuk lada hitam,
  • secubit garam(secukup rasa), 
  • 2 batang sayur kangkung, 
  • 4 ekor udang(dibersihkan dan dibuang kulitnya) nak gantikan dengan hirisan ayam pun ok je

Cara-cara

1.Tumbukkan bawang putih, bawang merah, cili padi,belacan dan garam(tidak perlu begitu halus)
2.Panaskan minyak dan goreng ikan bilis yang telah dibasuh sehingga garing.
3.Masukkan bahan yang telah ditumbuk hinnga naik bau.
4.Masukkan udang dan sotong,goreng hingga masak.
5.Masukkan telur,kacau seketika lalu masukkan nasi yang telah dihancurkan.
6.Masukkan sayur kangkung,kemudian serbuk lada hitam secukup rasa.

SEBENARNYA PELBAGAI JENIS NASI GORENG YANG BOLEH DISEDIAKAN MENGIKUT SELERA DAN KREATIVITI MASING-MASING.

BUKAN SUSAH PUN ...MAHU DENGAN TIDAK SAJA.

18 comments:

  1. wah... pas banget nih buat menu sarapan, ijin catat resepnya ya...

    ReplyDelete
  2. heh..heh...catatlah comtel cell...salam lebaran maaf zahir batin...tq

    ReplyDelete
  3. nikmat sekali pastinya nasi gorengnya disantap untuk sarapan...selama bulan ramadhan tidak pernah menyantap nasi goreng karena membuat panas perut :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap n mengenyangkan pastinya...tq Jery Yanuarian.

      Delete
  4. Waa.. macam sedap ni.. macam tak susah sangat ^^ Boleh buat.. :)

    ReplyDelete
  5. ala masak nasi goreng bukan susahpun..cubalah....tq Yun Sing.

    ReplyDelete
  6. sudah lama tak makan nasi goreng
    tiba tiba mendadak kepingin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...cubalah resepi yg kak beri tu...tq Purnomo.

      Delete
  7. sedap tu..nak mai sini...tq zumal.

    ReplyDelete
  8. Emm..nampak menyelerakan je nasi goreng tu...nak2 jika ditambah dengan ayam goreng..fuhh. apapun selamat hari raya aidilfitri..

    ReplyDelete
  9. sesekali makan nasi goreng sedap juga kan...kalau ada ayam goreng lagilah sedap..tq abuikhwan salam idilfitri...

    ReplyDelete
  10. nasi goreng satu!..ya betul, nasi goreng paling senang dan cepat dimasak..

    Salam Aidilfitri 1435H..

    ReplyDelete
  11. heh..heh..siap. dh xde ide msk nasi goreng jer..salam idilfitri nohas...tq

    ReplyDelete
  12. teringat kat kg buat lontong goreng ...

    ReplyDelete
  13. kak, bak la sepinggan ke sini ;-)

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”