Sunday, 3 August 2014

ISRAEL DAN BOIKOT.

ASSALAMUALAIKUM...
Antara perkembangan menarik perhatian Awang ialah kenyataan Menteri Kewangan Israel, Yair Lapid yang mengakui bahawa kempen boikot terhadap negara itu akan menjejaskan ekonominya. Kepada sesiapa yang mengandaikan bahawa memulaukan produk, jenama dan perkhidmatan Israel tidak akan berjaya, ternyata salah. 

Beberapa maklumat tidak rasmi, menjadi bukti. Israel misalnya telah kerugian lebih AS$4 bilion ekoran kempen boikot yang sebenarnya sudah pun berjalan terhadap isu penempatan haram Yahudi di Tebing Barat hinggalah kepada serangan tentera Israel di Gaza. 

Makin banyak pihak mengambil langkah memulaukan Israel terutama selepas Pertubuhan Pengajian Amerika (ASA) menggantung kerjasama dengan institusi pendidikan Israel yang menyokong dan beroperasi di penempatan haram Yahudi. 

Banyak firma Barat dalam pelbagai sektor mengambil langkah atas asas moral. Bank terbesar Jerman, Deutsche (DB) telah menyenarai hitam Hapoalim Bank milik Israel. Mesejnya bukan semua di Barat menyokong kegilaan Israel menindas rakyat Palestin.


Ada lagi banyak petunjuk . Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mungkin mengenakan sekatan penerbangan ke Tel Aviv. Industri pelancongan Israel terjejas ekoran boikot oleh syarikat pelancongan terbesar Jerman, TUI selain amaran Jabatan Negara AS.

 Kempen BDS (boikot, lupus, sekatan) ke atas produk dan perniagaan Israel sejak 2005 semakin mendapat sambutan. Chile kurangkan hubungan perdagangan dengan Israel. Rangkaian perniagaan Britain, John Lewis mengurangkan perdagangan dengan syarikat Israel, Soda Stream.

Artis terkemuka seperti Pink Floyd, Massive Attack dan Faithless enggan membuat persembahan di Israel. Di samping itu, John Legend, Rihanna, Selena Gomez dan Zayn Malik turut membantah kezaliman rejim Zionis. Pemain bola sepak QPR, Joey Barton lantang kritik Israel.

Sebelum ini bintang Portugal, Christiano Ronaldo enggan bertukar jersi dengan pemain pasukan Israel kerana tidak mahu bersekutu dengan pembunuh rakyat Palestin. Rangkaian pasar raya terbesar Britain, Tesco tidak lagi menjual produk Israel.

 Tokoh dunia, Stephen Hawking turut boikot sidang pengajian Israel. Antara gereja terbesar di AS, Gereja Presbyrian henti pelaburan di Israel dan syarikat yang berurusan dengan rejim Zionis.

Apakah gelombang sentimen yang sama ini, yang suatu ketika pernah menjatuhkan rejim aparteid di Afrika Selatan, akan mampu melenyapkan 'kekebalan' Israel? Awang tidak pasti tetapi yang makin jelas boikot dan tekanan ekonomi - biarpun mengambil masa - boleh meruntuhkan keangkuhan, kejahatan dan kezaliman Israel.




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Sumber produk Israel..Relaksminda.blogspot.

 “Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. musuh-musuh mereka tidak dapat memberi kudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya.”Dimanakah mereka?” jawab rasulullah.” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya” (Riwayat Bukhari

Read more: http://www.penaminang.com/2014/08/hamas-pejuang-atau-pembuka-pintu-fitnah.html

29 comments:

  1. Replies
    1. mesti diteruskan lagipun banyak pilihan kita...tq zumal

      Delete
  2. sakit hati tengok kereta org Islam ada sticker McD..apalah nak sokong sgt McD tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. McD Msia juga nmpknya sdg bermuram kerna boikot yg mnjejaskan bisnis mrk...

      Delete
  3. hentikan menggunakan dan menkonsumsi produk2 diatas ,,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu lagipun kita xrugi malah membantu sdra2 kita di gaza tq Fiu S

      Delete
  4. aayoo, bersama kita boikot produk yang mendukung israell...

    ReplyDelete
  5. yes kita boikot selamanya..tq Ione Nasition..

    ReplyDelete
  6. Walaupun dh seminggu berlalu....selamat hari raya Aidil Fitri maaf zahir batin kapada kak sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ingatannya selamat hari raya maaf zahir batin utk haliza n keluarga juga..

      Delete
  7. akak nmpk masih ada lagi org menjamu selera kat mekdi. takde perasaan agaknya..

    ReplyDelete
  8. ntahlah kakyon susah kita nk faham hati seseorang ni...sepatutnya menghindarlah kan....tq

    ReplyDelete
  9. saya hanya berharap
    segera di turunkan azab buat israel dan antek2 nya ....

    ReplyDelete
  10. Kita semua berdoa n berharap moga Allah membalas kezaliman Israel itu sepantasnya...tq Purnomo.

    ReplyDelete
  11. kita teruskan ajer boikot... tidak dapat semua produk... sebahagian pun dah baik... daripada tak ada langsung tindakan dari kita kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya boikot mungkin hanya mungkin sumbangan kecil kita..namun ternyata berkesan...tq idah.

      Delete
  12. Boikot ni perlukan konsistensi. Jangan bermusim. Kalau bermusim, sampai ke sudah Israel terus bermaharajalela menindas rakyat Palestin.

    ReplyDelete
  13. benar tu ...apa saja produk Israel perlu diboikot xkira musimnya...tq Sylarius Yusof.

    ReplyDelete
  14. smoga boikot ni x bermusim.. harap2 ianya berterusan..

    ReplyDelete
  15. moga2 demikian...tq Pha is.

    ReplyDelete
  16. hrp kempen ni bukan bermusim...

    ReplyDelete
  17. Haritu jalan-jalan shopping mall.. McD rugi teruk nampaknya.. xD

    ReplyDelete
  18. WAH SUDAH PANDAI MENILAI BISNIS...BAGUS TU...TQ YUN SING.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”