Tuesday, 12 August 2014

CERITERA MERDEKAKU BY DUNIA ZUMAL...

ASSALAMUALAIKUM...

OGOS YANG ISTIMEWA...



Selain kita yang akan merayakan hari ulang tahun kemerdekaan pada akhir Ogos, ada juga negara lain seperti India, Indonesia, Singapura yang turut memilih Ogos sebagai National day yang disambut rakyatnya setiap tahun..

Hendak tahu tarikhnya yang tepat kenalah google ye sebab mokcik ni maleh nak menggooglenya. Yang paling penting kita tidak pernah lupa 31 Ogos adalah HARI KEBANGSAAN negara  yang kita sayangi dan bangga sebagai rakyatnya.

Apalagi jikalau tarikh lahir kita 31Ogos juga seperti anak angkatku Norhusna yang kini berada di Dubai. Bertambahlah rasa bangganya. Suna adalah pegawai budaya SUK Kelantan. Tidak lama lagi Suna akan menyambut ulang tahun kelahirannya bersamaan dengan tarikh kemerdekaan negara.

Sementara putri sulungku nan seorang akan menyambut ulang tahun hari lahirnya pada 27 Ogos. Mayasari ini cuma seorang guru sekolah kebangsaan. (HAPPY BIRTHDAY MAYASARI MOGA PANJANG UMUR SIHAT WALAFIAT BERBAHAGIA MURAH REZEKI)

Seorang lagi kawan Mayasari dan Husna juga lahir pada bulan Ogos iaitu 12 Ogos. Azira adalah seorang pensyarah UPM di Bintulu.

Tidak lupa juga hendakku ceritakan kejayaan kawan anakku,Nasri yang lahir pada 8 Ogos kini berjawatan pegawai tinggi FELDA.

Kebetulan sungguh kesemua kawan-kawan baik anakku yang miliki ijazah sarjana tarikh kelahiran mereka pada bulan Ogos. Apakah itu petanda bahawa anak-anak kita yang lahir pada bulan Ogos sangat istimewa kebolehannya?

Justeru tarikh 31 Ogos yang dipilih untuk memaktubkan kemerdekaan negara adalah sangat tepat kerana pelbagai keistimewaan yang Allah limpahkan dalam bulan Ogos. Agaknyalah kot.

Aku sekadar berandaian saja. Hanya Allah Yang Maha Tahu setiap rahsia kejadian-Nya.

18 comments:

  1. Wahhh... banyak betul sambutan akak pada bulan ogos nie yer kak... :)

    ReplyDelete
  2. wah ternyata hari kemerdekaan malaysia sangat dekat dengan hari kemerdekaan Indonesia ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya bersamaan bulan ogosnya tapi Indonesia tarikhnya awal sedikit...tq Jery Yanuarian.

      Delete
  3. untung kaler besday dalam bulan ogos.. kat sekolah tiap2 tahun besday diorg akan disambut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap kali 31 ogos disambut yg berkongsi tarikhulang tahun kelahiran terasa turut diraikan...best tu...tq Pha Is.

      Delete
  4. Bestnyer kalau besday sama dengan hari kebangsaan kan... Rasa lebih meriah dan bangga. Terima kasih sudi join... Moga berjaya ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya tentu akan rasa gembira n bangga seolah merasa kita sebahgian dari watak penting negara...saja jer suka2 sertai segmen zumal tu...moga ramai lagi yg sertainya agar tambah meriah lagi segmen tu..tq zumal.

      Delete
  5. Banyaknya yang berlaku dalam bulan Ogos kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya banyak insiden yg xdpt dilupakan...tq Yun Sing.

      Delete
  6. Wah...ramai betul anak ogos yer kak. Anak saudara saya 31 ogos ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa'ah mmg ramai kalau disenarai sejak 1957..tahniah kpd anak sdra fiza...appy birthday xlama lagi...tq.

      Delete
  7. Ulang tahun negara disambut sekali dengan ulang tahun kelahiran... Sungguh meriah di bulan Ogos!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bangga n gembira pastinya jikalau hari kelahiran kita turut terabadi bersama sejarah catatan kelahiran negara kita kan...setiap tahun sebuah negara meraikan besday kita juga...tq BM.

      Delete
  8. Kiranya bulan Ogos bulan penuh kemeriahan.
    Selain kemerdekaan ada sambutan ulangtahun kelahiran
    Anak dara kecik kakak lahir 05-08, baru aje celebrate birthday dia yg ke 11 tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik sambut birthday bulan ogos juga yer..tahniah. bersama kita menyambut ulang tahun hari kemerdekaan sepanjang hari ogos bersama peristiwa2 bermakna n memeriahkannya...tq Kakzakie.

      Delete
  9. ya, betul..bulan Ogos bulan istimewa....30 Ogos birthday saya..hihi..cuti 3 hari..

    ReplyDelete
  10. wah istimewa juga buat nohas ya..tentu dh merancang merai besday xlama lagi cuti pun lama tu...happy birthday nohas...awal sedikit ucapannya..tq

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”