Friday, 25 July 2014

SALAM IDILFITRI....

ASSALAMUALAIKUM...

SUKANYA HATI MASING-MASING MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG BERJAYA MENUNAIKAN IBADAH DI BULAN RAMADAN SUNAT DAN WAJIB DENGAN SEMPURNA. WALAU TETAP MERASA SAYU KERNA BULAN YANG MENJANJIKAN BANYAK KEBERKAHAN DAN GANJARAN PAHALA BERGANDA MULAI MENGANSUR DIRI...

DAN SYAWAL BERTAKBIR MEMBAWA IDILFITRI YANG DINANTI DENGAN SENYUM BERSERI...

KAMPUNG HALAMAN MELAMBAI PULANG. RIANG DAN MERIAH DAPAT BERHARI RAYA BERSAMA KELUARGA TERSAYANG DI DESA TERCINTA NAN INDAH.


SEMPENA LEBARAN YANG DIRAI PI UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT IDILFITRI KEPADA KAWAN-KAWAN BLOG DAN FB JUGA SEMUA KAWAN-KAWAN DI DALAM NEGARA DAN LUAR NEGARA YANG RAJIN KE BLOG KARYAKU MELALUI URL, GOOGLE, FB, DAPUR KAK JEE JUGA BLOG KAWAN-KAWAN/REFERRING SITE YANG LAIN. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK KESUDIAN KALIAN MERIAKAN HATI PI PENULIS YANG MENCORET SUARA MELALUI TULISANNYA




PI MOHON AMPUN SALAH SILAP JIKALAU ADA TULISAN YANG TIDAK BERAPA DISENANGI...ALMAKLUM KITA KAN TIDAK MAKSUM DAN KESILAPAN KADANG TIDAK TERSENGAJA DILAKUKAN.

KEPADA KAWAN-KAWAN BLOGGER YANG RAJIN MEMBALAS TULISAN PI DENGAN KOMEN-KOMEN MEMBINA PI AMAT BERTERIMA KASIH SEKALI...PERKENALAN DENGAN KALIAN DI RUANG MAYA AMAT BERMAKNA DI HATI PI. DIMANA SAJA ANDA BERADA PI SERING DOAKAN KEBAIKAN KAWAN-KAWAN.
KEGEMBIRAAN DI IDILFITRI YANG INDAH RAIKAN SEBAIKNYA DENGAN BERZAKAT FITRAH SEBELUM BERAKHIR RAMADAN ATAU DI PAGI SYAWAL.

ERATKAN SILATURAHIM DENGAN KUNJUNGAN KE RUMAH SAUDARA MARA JIRAN TETANGGA SEPERTI YANG TELAH KITA AMALKAN SEKIAN LAMA SAMBIL MENIKMATI HIDANGAN JUADAH DAN KUIH RAYA YANG BERANEKA.

RAMADAN TELAHPUN MENGHILANG
SYAWAL PULA YANG MENJELANG.

GEMA TAKBIR DI SUBUH HARI

HATI TERKENANG KEPADA YANG PERGI...

SEDIH RASA TIDAK TERKATA

NAMUN TERPAKSA RELAKAN SAJA.

SALAH DAN SILAP MOHON DIAMPUN

SEPULUH JARI KEMAS TERSUSUN.

IDILFITRI HARI LEBARAN

BERSAMA-SAMA KITA RAYAKAN...

28 comments:

  1. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.

    minta maaf jika ada komen2 saya yg menyinggung perasaan, menguris hati...selamat beraya bersama family..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak dik nohas...salam idilfitri maaf zahir batin...bergembiralah bersama keluarga di lebaran mulia..

      Delete
  2. selamat hari raya sis..
    baca entry ni buatkan diri lagi smangat nak berhari raya :P
    berkobar2 plak eh..:P

    klikx2

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya dik sobri...mesti sedang hepi sakan sambut raya bersama famili ni...tq rajin klik2..

      Delete
  3. selamat hari raya.
    yg pulang kampung tu hati2.
    baru blk hari ni..dah 2 accident tgk..ngeri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya cikgu Nick Nashram...setiap kali musim raya insiden yg kita risaukan eksiden di jalanraya, malang main mercun berulang kali berlaku kan...masing2 mmg perlu jaga diri n berhati-hati selalu...tq.

      Delete
  4. Waa.. semua gambar mesti ada bunga ye.. :) Selamat Hari Raya ye.. yang balik kampung hati-hati di jalan raya dan jangan main mercun xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunga kan penyeri suasana...tq Yun Sing..selamat hari raya..

      Delete
  5. selamat hari raya Idil Fitri, mohon maaf lahir dan batin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam idilfitri Jery Yanuarian...bersama kita bermaafan...tq

      Delete
  6. Assalamualaikum,
    Salam Lebaran buat Kak Paridah sekeluarga. Semoga Syawal ini disambut dengan gembira bersama insan2 tersayang. Mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan.
    Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam dik BM...juga salam lebaran dari kak utk BM sekeluarga..raikan n rasakan kegembiraan di lebaran syawal mulia...tq.

      Delete
  7. selamat hari raya ya kak
    mohon maaf lahir dan bathin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya dik Purnomo Jr n famili maaf zahir batin.

      Delete
  8. selamat hari raya aidilfitri buat tuan punya blog..semoga bergembira menyambutnya bersama keluarga tersayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya dik abuikhwan n famili maaf zair batin moga bergembira menyambut syawal...tq.

      Delete
  9. Ufuk Ramadhan mulai memudar, Cahaya Syawal kian memancar, Dosa dan Khilaf saatnya dibakar, Marah dan Dendam saatnya dikubur. Kadang hati berburuk sangka, Langkah membekas lara, Tutur kata tidak terjaga, Tingkah laku membawa luka. Andai tangan tak dapat berjabat, Setidaknya kata masih terucap : "Selamat IDUL FITRI 1435H, Minal Aydin Walfaidzin, Mohon Maaf Lahir dan Batin ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah indah sekali susunan bahasa...salam idilfitri maaf zahir batin..tq

      Delete
  10. selamat hari raya cikneto..tq.

    ReplyDelete
  11. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin sis...

    ReplyDelete
  12. selamat hari raya zumal n tok...maaf zahir batin....

    ReplyDelete
  13. Selamat Hari Raya buat kak Paridah sekeluarga... Mohon maaf zahir dan batin... :)

    ReplyDelete
  14. selamat hari raya idah n famili maaf zahir batin..tq

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”