Thursday, 17 July 2014

SAADAH...KEBAHAGIAAN...

ASSALAMUALAIKUM...

SAADAH! SAADAH! SAADAH! SAADAH!

Empat nama Saadah itu ada hubungkaitnya denganku. Saadah pertama tentulah kakak angkatku tika di SMART dulu. Kak saadah ini kampungnya di Temai hilir, Pekan. sering juga aku dibawa kerumahnya bersama seorang lagi adik angkat lelakinya Ruyub yang juga sekelas denganku. 

Rumahnya terletak tidak jauh dari sungai Pahang yang luas. Cantik sekali pemandangannya di situ. keluarga kak saadah juga menganggap aku dan Ruyub adalah anak2 angkat mereka.

Selesa sekali berada di tengah keluarga yang menerima dan melayan kami dengan ramah lagi prihatin. Tak dapatku lupa akan keenakan asam pedas ikan baung masakan kak Hairani untuk hidangan tengahari kami sekeluarga. 

Sedap sungguh. ikan baung yang diperolehi bargh/bapa angkatku itu dengan menjalanya di sungai Pahang. memang banyak rezeki yang boleh diperolehi daripada sungai itu sekiranya rajin berusaha mendapatkannya. 

Semua pic google untuk hiasan.

Dan khabarnya kak Hairani yang pandai masak asam pedas baung kini seorang pegawai polis. 
Kak saadah  kedua yang kukenal dengan sangat baik adalah seorang sda(w) felda. Beliau ini rapat denganku kerana aku yang pertama dilihatnya tika mula ditukarkan ke sini.

Perkenalan yang menjalenkan hubungan baik sehinggalah kak Saadah Sarbini ini ditukarkan pula ke felda Bukit Kuantan. 

Dalam keaktifan aku bersosial dengan aktiviti tanah rancangan, seorang lagi Saadah muncul menyalami tanganku. Saadah ini berasal dari melaka dan suaminya adalah pengurus felda ulu jempol ini. kak Saadah ini punyai dua orang anak, lelaki dan perempuan. 

Kadangkala aku menemaninya menghantar anak2nya untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan. kebetulan yang tidak kuduga pula tatkala mengetahui kak Saadah ini adalah sepupu kepada cikgu Sulaiman guruku diSMKM dulu. 

Cikgu sulaiman yang pernahku katakan telah berkahwin dengan kawanku niknurizan. disamping jalenan hubungan baikku dengan kaksaadah ini rupanya adalagi seorang saadah yang akan menduduki senarai kawan-kawanku. 

Kali ini orang kesihatan pula. Maksudku saadah kawan baruku ini seorang jururawat desa yang baru ditugaskan di klinik tanah rancangan ini. Perkenalan aku dengannya meningkatkan kefahamanku tentang aspek kesihatan dan beliau mengajarku istilah-istilah yang sering digunakan orang-orang kesihatan. 

Ah! bertuah dan berbahagia sekali Allah mendekatkan diriku dengan saadah-saadah yang kuceritakan ini. Padaku mereka adalah insan2 berbahagia kerana kebahagian sentiasa mengiringi kehidupan mereka kerana nama yang mereka bawa. ..saadah - bahagia. moga kalian semua berbahagia seterusnya di mana juga kalian berada....

SELAMAT BERPUASA RAMADAN DAN MENYAMBUT IDILFITRI PADA SYAWAL YANG BAKAL MENJELANG...MOHON MAAF SEMUA SALAP SILAP ADUHAI SAADAH BEREMPAT.

19 comments:

  1. ikan baung tu lagu mana rasa teringin nak rasa aih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak rasa kena mai Phg.. kat Kedahh xdak ikan tu....tq Montana

      Delete
  2. wew ...... indah btul ... asik tuh buat mandi2 dsitu ...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mandimanda di sungai mmg jadi kelaziman menyeronokan sekali...

      Delete
  3. Alhamdulillah dapat kawan² yg saadah macam nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. YA SYUKUR SGT TAPI SUDAH PUTUS HUBUNGAN...TQ Fiza Rahman.

      Delete
  4. saya cari kawan lama nama Saadah...rindu kawan-kawankan PI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak pun duk cari2 kawan2 ni tapi xjumpa lagi...mmg rindu tq babYpose

      Delete
  5. Best laa tempat ni... jemput singgah ke blog SM ye kalau sudi :)

    http://santanmanis.blogspot.com/2014/07/boleh-gelak-sampai-tertonggek-kalau.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best...tq santan manis...dh singgah tadi.

      Delete
  6. cerita yang menarik sebagai inspirasi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Kang Ucup secebis kisah kehidupan kak...

      Delete
  7. Menarik sekali olahan entri ini...
    Untuk pengetahuan kak Paridah, Kakak saya pun ada yang bernama Saadah... teringat dia dikampung, sekarang ini berstatus ibu tunggal dengan 10 orang anak. Tapi dah besar2 anaknya malah dah bercucu pun... Hanya tinggal lagi tiga orang yang masih menyambung belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah kakak BM ada yg namanya saadah ya n BM lihat kehidupannya bersama anak2nya tentu sgt berbahgia kerana nama yg dibawa dirinya mendoakannya...org dulu2 beri nama anak simple saja tapi amat bermakna...tq BM

      Delete
  8. Replies
    1. INSYA ALLAH..DIDOAKAN KEBHGIAN KEHIDUPAN MRK....TQ MKL

      Delete
  9. Sedapnya ikan baung tu..kalau musim hujan bila balik kg, mesti dapat makan yg frest punya ..

    ReplyDelete
  10. WA pernah makan ikan sungai ni ya...mmg sedap berbeza rasanya dgn ikan sungai di tempat lain...tq wa.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”