Friday, 4 July 2014

MAI !...MAI !..SILA...SILA...SINGGAH...SINGGAH..DI MEWAH CAFE

ASSALAMUALAIKUM....

SUDAH BERGERAK KE MANA-MANA GERAI RAMADAN UNTUK MEMBELI JUADAH BERBUKA PUASA KER?  ATAU LANGSUNG TAK PERNAH MEMBELI DARIPADA MANA-MANA GERAI RAMADAN YANG TUMBUH MERATA BAK CENDAWAN SELEPAS HUJAN PADA BULAN RAMADAN YANG BERKAH INI KERANA SERONOK MEMASAK SENDIRI DI DAPUR UNTUK PERSEDIAAN BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGA.

BERNIAGA MERAIH REZEKI ADALAH SATU IBADAH YANG DITUNTUT. APALAGI DI BULAN SUCI DIMANA ALLAH MELIMPAH REZEKI YANG BERGANDA SEPERTIMANA KITA MENUNAIKAN SETIAP AMAL IBADAHNYA.

Semua pic ila mewahcafe.

TAPI MENJUAL KUIH/MUIH/MAKANAN/JUADAH KEPADA PEMBELI YANG SEDANG
BERPUASA HARUSLAH JUJUR MENEPATI ETIKA JUAL BELI DENGAN BARANGAN YANG BERKUALITI. BUKAN MENJUAL KUIH/MUIH DAN LAUKPAUK YANG HAMPIR BASI DAN MENYEBABKAN KERACUNAN KEPADA YANG MEMAKANNYA KAN...
 
SUNGGUH KURANG SOPAN BETUL PABILA PENAT-PENAT MEMBELI JUADAH TAPI TERPAKSA MEMBUANGNYA PULA KERANA RASANYA YANG TAK LAYAK DIMAKAN LAGI.

JADI KENA PILIH-PILIH JUGA GERAI RAMADAN YANG BOLEH DIPERCAYAI DAN DIYAKINI KUALITI SERBASERBINYA.

KALAU DI MEWAH CAFE MEMANG YAKIN 100 PERSEN DENGAN KUALITI JUADAH YANG DIJUALNYA...KENAPA YAKIN SANGAT TU? MESTILAH PENUH KEYAKINAN SEBAB MEWAH CAFE YANG BERNIAGA JUADAH RAMADAN NI MILIK ADIK PI DAN KELUARGANYA HEH...HEH.. OHH! GITU YER...NAK PROMOTE PERNIAGAAN ADIK SENDIRI PULAK YA...TAK MENGAPALAH SESEKALI KAN..

ILA @MEWAH CAFE

KAWAN-KAWAN YANG TINGGAL SEKITAR BANDAR BENTONG BOLEHLAH MENDAPATKAN PELBAGAI JUADAH BERBUKA YANG DIINGINI DI MEWAH CAFE YANG LETAKNYA BERDEKATAN DENGAN STESYEN BAS BENTONG.

PELBAGAI KUIHMUIH DAN LAUKPAUK BERBUKA YANG DIJUALNYA. YANG PALING DISUKAI PENGGEMARNYA ADALAH GULAI IKAN PATIN, IKAN KELI BERLADA.

16 comments:

  1. wahh banyaknya makanan... tapi acik tak suka membeli di bazaar

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak sendiri ya...bagus tu...tq acik Aku Penghibur.

      Delete
    2. betul tu.. masak sendiri puas hati

      Delete
    3. ikut selera sendiri ya...

      Delete
  2. Bentung kak? jauh tue... betul kata kak paridah... meniaga kena jujur... kawan idah criter kelmarin dia beli lauk utk buka puasa... sampai rumah buka plastik tengok dah berbuihh... basii... tak baikkan aniaya orang berpuasa macam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh sikit jer idah...mmg pun ada peniaga di pasar ramadan yg jual makanan lama n fikirkan keuntungan semata...tq acik idah.

      Delete
  3. wah....kami masak di rumah je..selamat berpuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak sendiri lbh meyakinkan...selamat berpuasa...tq Muhammad Khairuddin Lim.

      Delete
  4. belum pergi ke PARAM lagi..mak ada kt rumah, balik dah siap masak..huhu..'

    kalau lalu Bentong, InsyaAllah, boleh singgah..

    ReplyDelete
  5. bestlah gitu nohas, mak tolong masakkan ya...masakan mak mmg tersedap sekali...tq nohas.

    ReplyDelete
  6. Setekat seminggu ni belum pergi lagi bazaar...bunda bukan apa takut rambang mata..

    Kalau terasa nak makan apa yg x mampu nk masak bunda suruh anak2 belikan...so jimat sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak sendiri lebih jimat n selamat kan bunda...tq

      Delete
  7. sy cuma pegi pd 1st ramadan je slbh nyer msk sendiri

    ReplyDelete
  8. rajin masak sendiri ya...bagus tu...tq Khairinn anies

    ReplyDelete
  9. Owh kat Bentong yer... Ramai customer tu ;)

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah...ramai peminat masakannya....tq zumal...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”